kuiz 2 satu model kelestarian di malaysia

3
4. Bincangkan satu model kelestarian di Malaysia. Pembangunan lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang (Bruntland Report, 1987). Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran masa depan (futuristik) dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan. Pembangunan Lestari adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang. Pembangunan bandar yang lestari harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. Pembangunan bandar yang lestari perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Amalan pembangunan lestari adalah penting bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada abad ke-21. Salah satu cara untuk pembangunan lestari ini ialah melalui teknologi hijau. Kerajaan Malaysia menyedari bahawa pada abad ke-21, tenaga boleh diperbaharui dan mampan serta teknologi hijau akan menjadi teras pertumbuhan ekonomi bagi semua negara. Ini seterusnya, mengurangkan degradasi alam sekitar dan menggalakkan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua bentuk kehidupan. Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia telah mula membangunkan lima koridor ekonomi bagi menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang dan mempercepat pertumbuhan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Iskandar Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) adalah salah satu koridor ekonomi yang diwujudkan. Dengan keluasan 2,217 km persegi, Iskandar Malaysia adalah satu projek pembangunan yang besar melangkaui tempoh masa 20 tahun. Secara geografinya, Iskandar Malaysia dibahagikan kepada lima nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E. Kawasan ini merangkumi Pusat Bandar Johor Bahru (Pusat Komersil), Nusajaya (Pusat Pentadbiran Negeri), Pasir Gudang/Tanjung Langsat (Bandar Industri dan pelabuhan), Tanjung Pelepas (Bandar Industri dan Pelabuhan), dan Senai- Skudai/Kulai (Hub pengangkutan dan kargo). Pembangunan ekonomi wilayah ini dipacu oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan di bidang elektrik dan elektronik, petrokimia

Upload: fadzlli-amin

Post on 11-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Satu model kelestarian di Malaysia

TRANSCRIPT

  • 4. Bincangkan satu model kelestarian di Malaysia.

    Pembangunan lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang (Bruntland Report, 1987). Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran masa depan (futuristik) dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan. Pembangunan Lestari adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.

    Pembangunan bandar yang lestari harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. Pembangunan bandar yang lestari perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa.

    Amalan pembangunan lestari adalah penting bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada abad ke-21. Salah satu cara untuk pembangunan lestari ini ialah melalui teknologi hijau. Kerajaan Malaysia menyedari bahawa pada abad ke-21, tenaga boleh diperbaharui dan mampan serta teknologi hijau akan menjadi teras pertumbuhan ekonomi bagi semua negara. Ini seterusnya, mengurangkan degradasi alam sekitar dan menggalakkan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua bentuk

    kehidupan. Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia telah mula membangunkan

    lima koridor ekonomi bagi menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang dan mempercepat pertumbuhan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Iskandar Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) adalah salah satu koridor ekonomi yang diwujudkan.

    Dengan keluasan 2,217 km persegi, Iskandar Malaysia adalah satu projek pembangunan yang besar melangkaui tempoh masa 20 tahun. Secara geografinya,

    Iskandar Malaysia dibahagikan kepada lima nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E. Kawasan ini merangkumi Pusat Bandar Johor Bahru (Pusat Komersil), Nusajaya (Pusat Pentadbiran Negeri), Pasir Gudang/Tanjung Langsat (Bandar Industri dan pelabuhan), Tanjung Pelepas (Bandar Industri dan Pelabuhan), dan Senai-Skudai/Kulai (Hub pengangkutan dan kargo). Pembangunan ekonomi wilayah ini dipacu oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan di bidang elektrik dan elektronik, petrokimia

  • dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, logistik, perkhidmatan kewangan, pendidikan, pelancongan, perkhidmatan kesihatan dan industrik kreatif.

    Iskandar Malaysia adalah satu manifestasi perancangan untuk membangunkan metropolis yang lestari, dinamik dan bertaraf dunia di selatan Johor yang akan menjadi koridor pertumbuhan utama negara melalui pembangunannya di lokasi strategik di rantau ini, penduduk yang berdaya saing dan infrastruktur logistik yang mantap. Pihak Berkuasa

    Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Regional Development Authority/IRDA) telah menyediakan pendekatan yang menyeluruh dan holistik kepada pembangunan Iskandar

    Malaysia dan menjadikanya sebagai satu model pembangunan yang lestari. IRDA telah membuat komitmen untuk mengambil laluan ekonomi hijau-komuniti

    hijau-persekitaran hijau bagi pertumbuhan yang seimbang dalam membangunkan Iskandar Malaysia. Low Carbon Society Blueprint untuk Iskandar Malaysia 2025 adalah dokumen bertulis yang mewakili iklim menyeluruh dasar perubahan mitigasi dan strategi terperinci untuk membimbing pembangunan Iskandar Malaysia ke arah menjadi Metropolis Bertaraf Antarabangsa Yang Kukuh dan Lestari. Pelaksanaan tersebut dijangka membawa Iskandar Malaysia ke arah menjadi rantau rendah karbon, dan pertumbuhan hijau.

    Sebuah ekonomi hijau adalah ekonomi yang inovatif dan kreatif dengan peranan utama bagi pelaburan dalam pembangunan mampan dan teknologi hijau. Pendekatan ekonomi hijau menggunakan laluan yang lebih lestari dengan meningkatkan peratusan daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan yang bersih, teknologi bersih, bangunan hijau, pengurusan sisa, perkhidmatan air, pertanian dan perhutanan mampan.

    Satu lagi pendekatan penting yang IRDA pertimbangkan adalah simbiosis industri. Dari segi konsep, simbiosis industri adalah penggunaan aktif bahan buangan daripada satu industri yang menjadi sumber mentah berharga yang lain, dengan itu mengurangkan penghasilan sisa dan mencapai kecekapan sumber yang lebih tinggi. Simbiosis Industri boleh mengurangkan sisa ke tapak pelupusan, jejak karbon dan risiko komersil, memulihara sumber, meningkatkan pendapatan, keuntungan, pengembangan perniagaan dan pekerjaan dan dengan itu menyampaikan pertumbuhan hijau mampan.

    Model pembangunan lestari menumpukan tiga dasar utama iaitu alam semula jadi, ekonomi dan social. Dasar alam sekitar selalunya menumpukan perhatian kepada beberapa isu seperti pencemaran tanah, pengedaran udara, pengeluaran gas dari system rumah hijau dan sebagainya. Lazimnya, konsep ini dikaitkan dengan suatu bentuk

  • pembangunan seimbang. Ekonomi tumbuh segar bagi membina kekayaan. Kekayaan pula digunakan untuk membangunkan jati diri masyarakat. Dalam masa yang sama alam sekitar yang masih segar perlu dijaga dan dipelihara sementara yang rosak dipulihara. Ini supaya nikmat kemajuan masa kini boleh pula dinikmati oleh generasi akan datang.

    Iskandar Malaysia telah dibangunkan berlandaskan model pembangunan yang lestari dan mampan. Justeru itu, Iskandar Malaysia juga merupakan satu model pembangunan yang lestari yang dapat diteladani sebagai satu model pembangunan wilayah bagi kawasan lain di masa akan datang.