kuiz 2 kepentingan industri dalam kelestarian dan kawalan alam sekitar

4
3. Bincangkan kepentingan industri dalam kelestarian dan kawalan alam sekitar. Terdapat pelbagat jenis industri dalam sesebuah negara. Semakin maju sesebuah negara itu semakin pesat aktiviti perindustrian yang terdapat di dalamnya. Hampir kesemua operasi pengilangan menghasilkan sisa kerana tidak ada satu pun proses pengeluaran yang boleh menukar kesemua bahan mentah kepada produk. Alam sekitar sering menjadi tempat pelepasan pencemar yang terdapat di dalam sisa yang dihasilkan oleh proses pembuatan industri. Sisa yang dihasilkan mungkin dalam bentuk gas, cecair atau pepejal. Tidak kira di ruang mana pencemar itu memasuki alam sekitar, pencemar tersebut boleh bergerak dan tersebar dalam alam sekitar dan rantaian makanan. Oleh yang demikian, pencemar yang dilepaskan oleh industri ke alam sekitar sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan kualiti udara, sumber air dan tanah. Sekiranya penyebaran pencemar toksik tidak dibendung boleh merosakkan harta benda, kepupusan organisma akuatik dan terestial. Bagi manusia, kesan yang ketara akibat pendedahan kepada pencemar toksik ialah menghidap penyakit akut dan konik. Adalah menjadi satu cabaran bagi industri untuk menghasilkan produk yang boleh mendatangkan keuntungan tetapi pada masa yang sama produk tersebut tidak menghasilkan sisa yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Untuk memenuhi kehendak ini, industri hendaklah merancang tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mengawal kesan terhadap alam sekitar. Bagi jangka masa pendek, sisa yang dihasilkan oleh proses pembuatan di industri hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke alam sekitar. Sekurang- kurangnya melaksanakan teknologi pengawalan yang melibatkan proses rawatan di hujung paip (end-of-pipe treatment) yang boleh mengurangkan ketoksikan dan/atau isi padu pencemar yang dilepaskan. Terdapat beberapa teknologi pengawalan yang boleh digunakan untuk merawat sisa yang telah direka bentuk berasaskan sifat pencemar yang perlu dihapuskan mengikut turutan tertentu laitu dari peringkat awal, sekunder sehinggalah ke peringkat tertier (polishing). Sisa yang mengandungi pencemar organik yang mudah diurai boleh dirawat dengan proses rawatan secara biologi. Proses rawatan kimia-fizik, rawatan terma dan proses berasaskan pengasingan membran boleh digunakan untuk sisa yang sukar dirawat secara biologi. Bagi jangka masa panjang, pematuhan undang-undang dapat dilihat sebagai aspek yang mempengaruhi perubahan sesebuah industri. Di Malaysia, terdapat pelbagai

Upload: fadzlli-amin

Post on 15-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kepentingan industri dalam kelestarian dan kawalan alam sekitar

TRANSCRIPT

Page 1: KUIZ 2 Kepentingan Industri Dalam Kelestarian Dan Kawalan Alam Sekitar

3. Bincangkan kepentingan industri dalam kelestarian dan kawalan alam sekitar.

Terdapat pelbagat jenis industri dalam sesebuah negara. Semakin maju sesebuah negara

itu semakin pesat aktiviti perindustrian yang terdapat di dalamnya. Hampir kesemua

operasi pengilangan menghasilkan sisa kerana tidak ada satu pun proses pengeluaran

yang boleh menukar kesemua bahan mentah kepada produk.

Alam sekitar sering menjadi tempat pelepasan pencemar yang terdapat di dalam sisa

yang dihasilkan oleh proses pembuatan industri. Sisa yang dihasilkan mungkin dalam

bentuk gas, cecair atau pepejal. Tidak kira di ruang mana pencemar itu memasuki alam

sekitar, pencemar tersebut boleh bergerak dan tersebar dalam alam sekitar dan rantaian

makanan. Oleh yang demikian, pencemar yang dilepaskan oleh industri ke alam sekitar

sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan kualiti udara, sumber air dan tanah. Sekiranya

penyebaran pencemar toksik tidak dibendung boleh merosakkan harta benda, kepupusan

organisma akuatik dan terestial. Bagi manusia, kesan yang ketara akibat pendedahan

kepada pencemar toksik ialah menghidap penyakit akut dan konik.

Adalah menjadi satu cabaran bagi industri untuk menghasilkan produk yang boleh

mendatangkan keuntungan tetapi pada masa yang sama produk tersebut tidak

menghasilkan sisa yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Untuk memenuhi

kehendak ini, industri hendaklah merancang tindakan yang perlu dilaksanakan bagi

mengawal kesan terhadap alam sekitar.

Bagi jangka masa pendek, sisa yang dihasilkan oleh proses pembuatan di industri

hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke alam sekitar. Sekurang-

kurangnya melaksanakan teknologi pengawalan yang melibatkan proses rawatan di

hujung paip (end-of-pipe treatment) yang boleh mengurangkan ketoksikan dan/atau isi

padu pencemar yang dilepaskan. Terdapat beberapa teknologi pengawalan yang boleh

digunakan untuk merawat sisa yang telah direka bentuk berasaskan sifat pencemar yang

perlu dihapuskan mengikut turutan tertentu laitu dari peringkat awal, sekunder

sehinggalah ke peringkat tertier (polishing). Sisa yang mengandungi pencemar organik

yang mudah diurai boleh dirawat dengan proses rawatan secara biologi. Proses rawatan

kimia-fizik, rawatan terma dan proses berasaskan pengasingan membran boleh digunakan

untuk sisa yang sukar dirawat secara biologi.

Bagi jangka masa panjang, pematuhan undang-undang dapat dilihat sebagai aspek

yang mempengaruhi perubahan sesebuah industri. Di Malaysia, terdapat pelbagai

Page 2: KUIZ 2 Kepentingan Industri Dalam Kelestarian Dan Kawalan Alam Sekitar

langkah perundangan dan dasar-dasar yang telah digubal bertujuan untuk melindungi

alam sekitar. Bagi meningkatkan pematuhan, industri haruslah peka dan memenuhi

arahan-arahan undang-undang, akta dan peraturan yang telah ditetapkan dan seterusnya

dapat melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar yang baik.

o Menghormati dan mengikuti undang-undang berkaitan dengan alam sekitar seperti

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

o Mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan yang berkenaan

dalam pengeluaran dan penyimpanan bahan-bahan kimia yang merbahaya dan

toksik.

o Mewujudkan dasar-dasar yang mementingkan kesejahteraan manusia dan

melindungi serta memelihara alam sekitar

Dari segi pendekatan pembangunan produk dan teknologi, industri juga boleh

mengadaptasikan teknologi hijau di dalam perancangan mereka. Teknologi Hijau merujuk

pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar

dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada

aktiviti manusia. Satu pendekatan Teknologi Hijau ialah mengamalkan pengeluaran hijau

bersih (cleaner greener production) iaitu mengaplikasikan strategi pencegahan

pencemaran yang bersepadu dalam proses, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan

kecekapan keseluruhan dan mengurangkan risiko kepada manusia dan alam sekitar.

Tujuan utama pengeluaran bersih adalah untuk mengurangkan penggunaan sumber dan

mengelakkan pencemaran. la boleh menurunkan kos rawatan dan pelepasan sisa serta

kesan pada kesihatan dan alam sekitar.

Selain itu industri juga digalakkan terlibat dengan pelabelan eko. Pelabelan eko

merupakan satu sistem pelabelan untuk barangan pengguna untuk menunjukkan bahawa

produk tersebut adalah mesra alam, dihasilkan melalui barangan yang boleh atau yang

telah dikitar semula ataupun satu produk yang dihasilkan tanpa menyebabkan sebarang

kesan negatif kepada alam sekitar. Langkah ini dapat membantu pengguna dalam

memilih produk mesra alam.

Pihak industri perlu mengambil pendekatan terkini dalam mengurus sisa industri iaitu

ke arah teknologi bersih yang menggabungkan pendekatan pencegahan pencemaran dan

pengurangan sisa bermula dari peringkat awal proses rekaan dan pembangunan sesuatu

produk dengan menjalankan penilaian kitaran hayat (life cycle analysis) produk yang

hendak dihasilkan. Langkah-langkah pencegahan seperti mengelak (avoiding) dan/ atau

Page 3: KUIZ 2 Kepentingan Industri Dalam Kelestarian Dan Kawalan Alam Sekitar

menghapuskan pelepasan pencemar (eliminating) adalah lebih baik dan efektif

berbanding rawatan, pelupusan atau pemulihan pencemaran (pollution remediation)

kerana ia memastikan integriti ekologi dan pemeliharaan sumber secara mampan.

Pada masa yang sama industri juga boleh mengamalkan konsep sisa sifar (zero waste)

dengan aktiviti guna semula, pertukaran sisa dan pemprosesan sisa untuk mengurangkan

kuantiti sisa yang perlu dirawat dan dilepaskan ke alam sekitar. Industri juga boleh

mengamalkan aktiviti meminimumkan sisa (waste minimization) mengikut keutamaan

bermula dengan pengurangan di punca (source reduction) diikuti oleh penggunaan semula

(recycling) dan diakhiri dengan rawatan (treatment) Dalam melaksanakan inisiatif ini,

sesebuah industri perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang tidak berbahaya

dan paling sedikit menghasilkan sisa selepas ia digunakan. Ia juga perlu memastikan

aspek pembungkusan dan produk itu sendiri atau bahagian-bahagiannya boleh dikitar dan

diguna semula bagi menghasilkan produk yang seterusnya.

Jika dibuat perbandingan, pengurusan sisa merupakan tindakan pada tahap yang lewat

sedangkan konsep sisa sifar lebih kepada pengurusan sumber pada peringkat awal lagi.

Jadi, jika sumber diuruskan dengan baik dan berkesan serta menggunakan teknologi yang

bersesuaian, sudah pasti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan adalah bermutu dan

mesra alam. Natijahnya, masalah kekurangan tapak pelupusan atau kemungkinan bandar

atau penempatan kita dilimpahi sampah sarap tidak akan berlaku kerana hasil

perindustrian dan perkilangan tidak menyumbang ke arah penciptaan sisa-sisa berbahaya

dan tidak bermanfaat.

Hubungan antara pembangunan industri dan alam sekitar amat nyata, di mana industri

mendatangkan masalah kepada alam sekitar, sementara peranan kerajaan dalam dasar-

dasar akan menghasilkan ‘situasi menang-menang’ yang memanfaat persekitaran dan

ekonomi. Di samping menggunakan perundangan sebagai alat pengurusan alam sekitar,

kerajaan harus mewujudkan hubungan simbiosis bersama industri. Pemberian pelbagai

insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada

Sumber Tenaga Boleh Diperbaharu dan industri-industri mengamalkan aktivit penjimatan

dapat dilihat sebagai strategi ampuh dalam menarik minat industri untuk beroperasi

secara mesra alam. Apabila penglibatan industri meningkat dalam operasi mesra alam,

secara tidak langsung dapat mengurangkan isu dan maslah alam sekitar. Selain itu

pelaksanaa EIA juga dapat menjadi titik pertemuan yang memenuhi matlamat kedua-dua

pihak ini iaitu antara manfaat ekonomi dan alam sekitar.

Page 4: KUIZ 2 Kepentingan Industri Dalam Kelestarian Dan Kawalan Alam Sekitar

Jaringan hubungan industri dan masyarat amat penting bagi memastikan industri lebih

berkeyakinan untuk melaksanakan pembangunan mesra alam. Sambutan daripada

pengguna terhadap produk mesra alam amat penting bagi memastikan industri terus

berkembang pesat dan seterusnya memperolehi keuntungan. Ia juga dapat dilhat sebagai

salah satu usaha masyarakat dalam membatu mengurus alam sekitar dengan baik. Oleh

yang demikian masyarakat harus peka dalam mengenal dan memilih produk dan

perkhidmatan mesra alam dan mempunyai kesanggupan membayar willingess to pay

(WTP) semasa membeli barangan mesra alam kerana sepertimana yang kita ketahui

produk mesra alam mempunyai kos yang lebih tinggi berbanding produk biasa.

Jaringan antara kerajaan-industri dan industri-masyarakat yang kukuh pastinya dapat

menjayakan pengurusan dan pentadbiran alam sekitar dengan baik. Jaringan kerajaan-

industri menunjukkan kerjasama industri dalam melaksanakan teknologi hijau mesra alam

dan ia disokong oleh melalui intensif fiskal yang diberikan oleh kerajaan kepada industri

tersebut. Begiu juga dengan jaringan industri pengguna malalui pelabelan eko dan

pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Tuntasnya, setiap pihak harus

berkerjasama main peranan dan mengembeleng tenaga dalam mengurus dan mentadbir

alam sekitar ini.