kualiti hidup dan hubungannya dengan kualiti …etd.uum.edu.my/3579/8/s811257.pdf · bahawa kertas...
TRANSCRIPT
i
KUALITI HIDUP DAN HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN
SERTA KEPUASAN PELANGGAN: SATU KAJIAN KE ATAS PESERTA
PROGRAM LADANG KONTRAK
OLEH:
YUSRIZAL BIN AHMAD
Disertasi Diserahkan Kepada
Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business,
Universiti Utara Malaysia
bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan)
Januari 2013
ii
KOLEJ PERNIAGAAN
(College of Business)
Universiti Utara Malaysia
PERAKUAN KERTAS PROJEK
(Certification of Project Paper)
Saya, mengaku bertandatangan, memperakukan bahawa
(I, the undersigned, certified that)
YUSRIZAL BIN AHMAD (811257)
Calon untuk Ijazah Sarjana SARJANA SAINS (PENGURUSAN)
(Candidate for the degree of MASTER OF SCIENCE (MANAGEMENT)
telah mengemukakan kertas projek yang bertajuk
(has presented his/her project paper of the following title)
KUALITI HIDUP DAN HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI
PERKHIDMATAN SERTA KEPUASAN PELANGGAN:
SATU KAJIAN KE ATAS PESERTA PROGRAM LADANG KONTRAK
Seperti yang tercatat di muka surat tajuk dan kulit kertas projek
(as it appears on the title page and front cover of the project paper)
Bahawa kertas projek tersebut boleh diterima dari segi bentuk serta kandungan dan
meliputi bidang ilmu dengan memuaskan
(that the project paper acceptable in the form and content and that a sastisfactory
knowledge of the field is covered by the project paper)
Nama Penyelia UUM ; Dr Abdul Rahim Othman
(Name of supervisor)
Tandatangan : __________________
(Signature)
Tarikh :
(Date)
iii
PENGESAHAN TESIS
Saya mengaku bahawa semua kerja-kerja tesis yang dinyatakan dalam disertasi ini
adalah usaha saya sendiri (melainkan diakui dalam teks) dan bahawa tidak ada kerja--
kerja tesis telah sebelum ini diserahkan untuk mana-mana program akademik Sarjana.
Semua sumber yang dipetik telah diakui melalui rujukan.
Tarikh : 9 Januari 2013
Tandatangan Pelajar :
iv
KEBENARAN MERUJUK
Kertas penyelidikan ini dikemukakan bagi memenuhi keperluan pengijazahan program
Sarjana Sains Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya bersetuju
membenarkan pihak Perpustakaan UUM mempamerkannya sebagai bahan rujukan
umum. Saya juga bersetuju sebarang bentuk salinan sama ada secara keseluruhan atau
sebahagian dari kertas penyelidikan ini untuk tujuan akademik adalah dibenarkan
setelah merujuk kepada penyelia projek ini iaitu Dekan Penyelidikan dan Pasca
Siswazah dari Kolej Perniagaan universiti ini. Manakala sebarang bentuk salinan dan
cetakan bagi tujuan bukan akademik tanpa kebenaran penyelidik adalah dilarang sama
sekali. Penyataan rujukan kepada penyelidik dan penulis kertas ini serta pihak UUM
perlu dinyatakan sebagai rujukan dari kertas penyelidikan ini.
Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan kertas penyelidikan ini sama ada secara
keseluruhan atau sebahagian hendaklah dipohon melalui:
DEKAN
PENYELIDIKAN DAN PASCA SISWAZAH
KOLEJ PERNIAGAAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
v
ABSTRAK
Kajian penyelidikan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat sama ada terdapat
hubungkait di antara persepsi terhadap kualiti perkhidmatan kerajaan yang diterima dan
tahap kepuasan peserta Program Ladang Kontrak dengan kualiti hidup mereka, dan
sekiranya terdapat hubungkait diantara pembolehubah-pembolehubah tersebut, berapa
kuatkah pengaruhnya terhadap kualiti hidup peserta. Turut dikaji adalah sama ada
perbezaan dari segi faktor demografi mempunyai kesan yang signifikan kepada kualiti
hidup peserta Program Ladang Kontrak. Populasi kajian adalah merupakan keseluruhan
peserta Program Ladang Kontrak yang terdapat di seluruh negara, iaitu seramai 25,689
orang (population). Kaedah persampelan kebarangkalian secara rawak mudah telah
digunakan (simple random probability sampling). Borang soal selidik digunakan sebagai
kaedah bagi pengumpulan data. Daripada 450 borang soal selidik yang diedarkan,
sebanyak 409 dikembalikan dan hanya 394 sahaja yang dapat digunakan. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 16. Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji perkaitan antara
setiap pembolehubah. Manakala Regrasi Berganda digunakan untuk melihat pengaruh
terhadap pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Analisis
ANOVA pula digunakan untuk melihat sama ada perbezaan dari segi demografi
mempunyai kesan terhadap pemboleh ubah bersandar. Dapatan hasil kajian
menunjukkan terdapat hubungkait positif yang kuat diantara kualiti perkhidmatan dan
tahap kepuasan dengan kualiti hidup di mana kedua-dua pembolehubah tersebut
mempengaruhi 40.3% daripada keseluruhan kualiti hidup. Turut ditemui adalah
perbezaan dari segi tahap pendidikan tertinggi dan bilangan jenis perkhidmatan yang
diterima mempunyai kesan yang signifikan kepada kualiti hidup. Hasil penemuan ini
dapat dijadikat input kepada pihak pengurusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani dalam merancang dan melaksanakan program ini dengan memberi penekanan
kepada kualiti perkhidmatan yang disampaikan, serta berusaha memenuhi keperluan dan
kehendak peserta. Program ini juga didapati boleh dijadikan sebagai instrumen bagi
mencapai matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup serta mengurangkan
kadar kemiskinan penduduk di luar bandar yang majoritinya terlibat dengan aktiviti
pertanian.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to see whether there was a correlation between the
perception of the quality of government services received and the level of satisfaction
with quality of life of Contract Farming Program participant, and if there was a
correlation between these variables, how strong the influence on the quality of life. Also
examined is whether the differences in demographic factors have a significant impact on
the quality of life of the participants. The study population is the entire contract farming
program participants found throughout the country, namely a total of 25,689 people
(Population). The sampling method used was simple random probability sampling.
Questionnaires were used as a method for data collection. Of the 450 questionnaires
distributed, a total of 409 was returned and only 394 can be used. Data were analyzed
using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 16. Pearson correlation
analysis is used to determine the correlation between variables. While the Multiple
Regression is used to determine the influence of the independent variables to the
dependent variable. ANOVA analysis was used to see whether differences in
demographics have an impact on the dependent variable. The findings indicate there is a
strong positive relationship between service quality and service satisfaction with quality
of life in which both of these variables affects 40.3% of the overall quality of life. Also
found were differences in the level of educational attainment and number of services
received have a significant impact on quality of life. These findings can be used as input
to the management of Ministry of Agriculture and Agro-based Industry in planning and
implementing this program with emphasis on quality of services delivered, and strive to
meet the needs and desires of the participants. The program can also be used as an
instruments to achieve the government's goal to improve quality of life and reduce
poverty in the rural population of whom the majority are involved in agricultural
activities.
vii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya jua
maka dapatlah satu kertas penyelidikan terhasil mengikut jadual seperti yang
telah ditetapkan sebagai memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Sains
Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.
Dengan penuh rasa rendah diri dan terharu, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia yang telah banyak
membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan kertas penyelidikan ini iaitu
Dr Abdul Rahim Othman dari UUM. Segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan
dengan penuh keikhlasan tersebut akan saya manfaatkan untuk kegunaan di
masa-masa akan datang demi perkembangan ilmu dan manfaat bersama.
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Y.Bhg.
Dato' Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, serta warga kerjanya terutamanya Encik Mohd Shukur
Khalid, Puan Thilagarani Silvaraj, Cik Fariza Zabidi dan Puan Dahlia Sulaiman
di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Selain itu, tidak dilupakan juga
kepada pihak INTAN terutamanya warga kerja Pusat Pengembangan
Pengetahuan yang telah memberikan bantuan dan sokongan kepada saya
terutama dalam menganalisis data bagi mencapai objektif kajian yang telah
ditetapkan.
Di samping itu, dorongan dan galakan dari keluarga merupakan pembakar
semangat untuk saya terus berusaha melengkapkan setiap tugasan sepanjang
pengajian terutama dalam menyiapkan kertas penyelidikan ini. Terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga terutama kepada isteri yang
tercinta, Che Wan Zadilah Che Wan Ibrahim yang banyak membantu, serta
kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan saya. Semoga
iringan doa tersebut akan terus memberi jalan kejayaan kepada saya sepanjang
kerjaya yang diamanahkan ini.
Akhirnya, penghargaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan DSP/SSP
sesi 2011/2012 yang telah banyak memberikan kerjasama dan bantuan serta
nasihat sepanjang program ini dilaksanakan. Semoga kita akan bersama-sama
beroleh kejayaan di masa akan datang dan seterusnya hubungan yang terjalin ini
akan kekal buat selamanya.
YUSRIZAL BIN AHMAD
INTAN BUKIT KIARA
KUALA LUMPUR
2012
viii
KANDUNGAN
HALAMAN
TAJUK
PERAKUAN KERTAS PROJEK
PENGESAHAN TESIS
i
ii
iii
KEBENARAN MERUJUK iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
PENGHARGAAN vii
KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI JADUAL xv
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN
xviii
xix
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2
1.3
Latar Belakang Program Ladang Kontrak
Penyataan Masalah
3
9
1.4 Persoalan Kajian 14
ix
HALAMAN
1.5 Objektif Kajian 15
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.7
1.8
1.9
1.10
1.11
Skop Kajian
Andaian Kajian
Batasan Kajian
Organisasi Tesis
Kesimpulan
16
17
17
18
19
BAB 2 SOROTAN KARYA 20
2.1 Pengenalan 20
2.2
Kualiti Hidup
2.2.1 Definisi dan Konsep Kualiti Hidup
2.2.2 Pengukuran Kualiti Hidup
2.2.3 Hasil Dapatan Kajian Mengenai Kualiti Hidup
20
21
23
31
2.3
Kualiti Perkhidmatan
2.3.1 Definisi dan Konsep Kualiti Perkhidmatan
2.3.2 Pengukuran Kualiti Perkhidmatan
2.3.3 Hasil Dapatan Kajian Mengenai Kualiti
Perkhidmatan
34
35
36
40
x
HALAMAN
2.4
Tahap Kepuasan Pelanggan
2.4.1 Definisi dan Konsep Tahap Kepuasan
Pelanggan
2.4.2 Pengukuran Tahap Kepuasan Pelanggan
2.4.3 Hasil Dapatan Kajian Mengenai Tahap
Kepuasan Pelanggan
42
43
43
45
2.5
2.6
Program Ladang Kontrak
2.5.1 Definisi dan Konsep Program Ladang Kontrak
2.5.2 Hasil Dapatan Kajian Mengenai Program
Ladang Kontrak
Kesimpulan
46
46
50
54
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 56
3.1 Pengenalan 56
3.2 Kerangka Kajian 56
3.3 Hipotesis Kajian
3.3.1 Hipotesis 1
3.3.2 Hipotesis 2
3.3.3 Hipotesis 3
3.3.4 Hipotesis 4
3.3.5 Hipotesis 5
3.3.6 Hipotesis 6
57
57
58
58
58
58
58
xi
HALAMAN
3.4 Rekabentuk Kajian 58
3.5 Instrumen / Alat Pengukuran
3.5.1 Bahagian A: Latarbelakang Responden
3.5.2 Bahagian B: Kualiti Perkhidmatan
3.5.3 Bahagian C: Tahap Kepuasan Pelanggan
3.5.4 Bahagian D: Kualiti Hidup
60
61
62
63
63
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
3.11
3.12
Pengumpulan Data
3.6.1 Persampelan
3.6.2 Prosedur Pengumpulan Data
Tatacara Analisis Data
Kajian Rintis dan Ujian Kebolehpercayaan
Ujian Validasi (Keesahan)
Ujian Normaliti
Ujian Lineariti
Kesimpulan
64
65
66
69
71
74
76
78
79
BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 80
4.1 Pengenalan 80
4.2 Demografi Responden
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
80
81
xii
HALAMAN
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kumpulan
Umur
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Status
Perkahwinan
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tahap
Pendidikan Tertinggi
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh
Penyertaan
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Kategori
Penglibatan
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Perkhidmatan Diterima
81
83
84
85
86
87
88
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
Kualiti Perkhidmatan
Tahap Kepuasan Pelanggan
Kualiti Hidup
Pengujian Terhadap Hipotesis Kajian
4.6.1 Menguji Hipothesis 1 dan 2
4.6.2 Pembentukan Persamaan Model Regrasi
4.6.3 Analisis Varience (ANOVA) Satu Hala Bagi
Menguji Hipothesis 3, 4, 5 dan 6
Rumusan dan Kesimpulan
90
91
92
94
94
98
100
104
xiii
HALAMAN
BAB 5 Kesimpulan dan Cadangan 106
5.1 Pengenalan 106
5.2 Hubungan Antara Kualiti Perkhidmatan Dengan
Kualiti Hidup
106
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelanggan
Dengan Kualiti Hidup
Hubungan Faktor Demografi Dengan Kualiti Hidup
5.4.1 Hubungan Faktor Umur Dengan Kualiti Hidup
5.4.2 Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Tertinggi
Dengan Kualiti Hidup
5.4.3 Hubungan Faktor Tempoh Penyertaan Dengan
Kualiti Hidup
5.4.4 Hubungan Faktor Bilangan Jenis Perkhidmatan
Diterima Dengan Kualiti Hidup
Implikasi Kajian
Cadangan
5.6.1 Cadangan Kepada Organisasi
5.6.2 Cadangan Untuk Kajian Penyelidikan Akan
Datang
Kesimpulan
107
109
109
110
111
111
112
113
114
115
116
Rujukan
Lampiran
117
123
xiv
SENARAI RAJAH
TAJUK RAJAH HALAMAN
BAB 2: SOROTAN KARYA
Rajah 2.1: Komponen, Penunjuk dan Subpenunjuk Kualiti Hidup 28
Masyarakat Bandar
Rajah 2.2: Komponen Kesediaan Diri (Kualiti Hidup) 29
Rajah 2.3: Struktur model Dagger dan Sweeney 41
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
Rajah 3.1: Kerangka Kajian 57
BAB 4: ANALISIS DATA
Rajah 4.1: Taburan Responden Mengikut Kumpulan Umur 82
Rajah 4.2: Taburan Responden Mengikut Bilangan Perkhidmatan 89
Diterima
xv
SENARAI JADUAL
TAJUK JADUAL HALAMAN
BAB 1: PENGENALAN
Jadual 1.1: 16 Jenis Sayur-Sayuran yang Tersenarai Dalam 7
Ladang Kontrak
Jadual 1.2: 13 Jenis Buah-Buahan yang Tersenarai Dalam 8
Ladang Kontrak
BAB 2: SOROTAN KARYA
Jadual 2.1: Komponen Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) 25
Jadual 2.2: Dimensi dan item dalam model SERVQUAL 37
Jadual 2.3: Pembolehubah dan item dalam model Dagger 39
dan Sweeney
Jadual 2.4: 16 Jenis Sayur-Sayuran yang Tersenarai Dalam 37
Ladang Kontrak
Jadual 2.5: 13 Jenis Buah-buahan yang Tersenarai Dalam Ladang 37
Kontrak
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
Jadual 3.1: Dimensi Kualiti Perkhidmatan dan Nombor Item 63
Jadual 3.2: Dimensi Kualiti Hidup dan Nombor Item 64
Jadual 3.3: Pecahan Responden Mengikut Negeri 68
Jadual 3.4: Nilai Korelasi dan Kekuatan Hubungan 70
xvi
Jadual 3.5: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) 72
Jadual 3.6: Keputusan Ujian KMO dan Barylett's 74
Jadual 3.7: Patern Matrix dengan kaedah rotasi Oblimin with Kaiser 75
Normalization
Jadual 3.8: Nilai skewness dan kurtosis bagi pembolehubah yang dikaji 77
TAJUK JADUAL HALAMAN
BAB 4: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina 81
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Bangsa 83
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 85
Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 86
Tertinggi
Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Tempoh Penyertaan 87
Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Kategori Penglibatan 88
Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Bilangan Perkhidmatan 89
Diterima
Jadual 4.8: Analisis Dimensi Kualiti Perkhidmatan 90
Jadual 4.9: Nilai Purata Pembolehubah Tahap Kepuasan Pelanggan 92
Berdasarkan Item
Jadual 4.10: Nilai Purata Pembolehubah Kualiti Hidup Berdasarkan Item 93
Jadual 4.11: Keputusan Ujian Korelasi 95
Jadual 4.12: Keputusan Ujian Collinearity Statistic 96
xvii
Jadual 4.13: Keputusan Ujian Regrasi bagi Model Kajian 97
Jadual 4.14: Keputusan Ujian Regrasi 98
Jadual 4.15: Keputusan Ujian Regrasi 99
Jadual 4.16: Keputusan Ujian Hubungan Umur Dengan Kualiti Hidup 100
Jadual 4.17: Keputusan Ujian Hubungan Faktor Tahap Pendidikan 101
Tertinggi Dengan Kualiti Hidup
Jadual 4.18: Keputusan Ujian Hubungan Faktor Tempoh Penyertaan 102
Dengan Kualiti Hidup
Jadual 4.19: Keputusan Ujian Hubungan Faktor Bilangan Jenis 103
Perkhidmatan Diterima Dengan Kualiti Hidup
Jadual 4.20: Rumusan Ujian Hipothesis Kajian 104
xviii
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK LAMPIRAN HALAMAN
Lampiran 1: Borang Soal Selidik 123
Lampiran 2: Analisis Faktor 131
Lampiran 3: Keputusan Ujian Normaliti 135
Lampiran 4: Keputusan Ujian Lineariti 141
Lampiran 5: Bilangan Penduduk yang Bekerja mengikut Pekerjaan dan 143
Jantina 2010
Lampiran 6: Taburan Peratus Penduduk Bekerja Mengikut Jantina dan 144
Kumpulan Umur Malaysia, Q2/2011 dan Q3/2011
Lampiran 7: Taburan Peratus Penduduk Bekerja Mengikut Pencapaian 145
Pendidikan Malaysia, Q2/2011 dan Q3/2011
Lampiran 8: Keputusan Ujian Regrasi 146
Lampiran 9: Keputusan Ujian Hubungan Faktor Tahap Pendidikan 149
Tertinggi Dengan Kualiti Hidup
Lampiran 10: Keputusan Ujian Hubungan Faktor Bilangan Jenis 151
Perkhidmatan Diterima Dengan Kualiti Hidup
xix
SENARAI SINGKATAN
MAPPA - Majlis Perdana Perkhidmatan Awam
PTK
RMK-9
-
-
Program Transformasi Kerajaan
Rancangan Malaysia Ke-9
RMK-10 - Rancangan Malaysia Ke-10
PTD - Pegawai Tadbir dan Diplomatik
INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara
JPA
MOA
-
-
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
SPSS - Statistical Package For The Social Science
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Sektor pertanian merupakan antara sektor yang terpenting di Malaysia sungguhpun
terdapat tanggapan bahawa sektor ini merupakan sektor yang mengalami kemuncupan
dan sudah ketinggalan zaman. Ini terbukti apabila Kerajaan telah mempergiatkan semula
dan meletakkan sektor pertanian sebagai jentera pertumbuhan negara yang ketiga (third
engine of growth) di dalam Rangka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).
Penekanan diberikan kepada sistem pertanian baru yang melibatkan pertanian berskala
komersil dengan penggunaan teknologi moden yang meluas serta penglibatan usahawan
tani dan tenaga kerja mahir.
Sektor pertanian terus diberikan perhatian yang penting dalam pelaksanaan Rancangan
Malaysia Ke-10 melalui Program Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan oleh
Kerajaan. Melalui program tersebut, sektor ini akan mengalami peralihan daripada
pertanian kepada Industri Asas Tani. Menurut YB Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, penekanan akan diberikan kepada pengeluaran produk
bernilai tinggi seperti produk sarang burung walit dan pengeluaran produk yang boleh
diproses menjadi produk hiliran. Turut disasarkan adalah peningkatan produktiviti dalam
penanaman padi, perladangan rumpai laut dan penanaman sayur-sayuran beriklim
sederhana menerusi infrastruktur, teknik pengurusan dan teknologi yang lebih baik (Bab
15, Program Transformasi Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi (EPU JPM)).
The contents of
the thesis is for
internal user
only
117
RUJUKAN:
Abbate, R., Giambalvo, O. & Milito, A. M. (2001). Service and life quality: the case of
Palermo. Social Indicators Research, 54, 3, 275-308
Aditi Naidu (2009). Factors affecting patient satisfaction and healthcare quality.
International Journal of Health Care Quality Assurance, 22, 4, 366-381
Amriah Buang, Mohd Azlan Abdullah & Rosmiza Mohd Zainol (2010). Memajukan
petani kecil Melayu menerusi Pertanian Kontrak - Persepsi dan penilaian
peserta projek dan komuniti tempatan. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal
of Society and Space, 6, 1, 68-80.
Amriah Buang & Ratnawati Yuni Suryandari (2009). Pertanian kontrak sebagai satu
kaedah memajukan petani kecil Melayu: Tanggapan dan penilaian komuniti tani
tempatan di Zon Utara, Semenanjung Malaysia terhadap prestasi program
PertanianKontrak FAMA. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and
Space, 5, 1, 11-22.
Anderson, Eugene, W., Fornell, C. & Lehmann (1994). A customer satisfaction research
prospectus. 241-268
Andrews, F. M. (1991). Stability and change in levels and structure of subjective
wellbeing: USA 1972 and 1988. Social Indicators Research, 25, 1-30
Au, N., Ngai, E. W. T. & Cheng, T. C. E. (2008). Extending the Understanding of End
User Information Systems Satisfaction Formation: An Equitable Needs
Fulfillment Model Approach. MIS Quarterly, 32, 1, 43-66
Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md Jahi, Asmah Ahmad & Abdul Hadi,
Harman Shah (2006). Mendifinisi Semula Makna Kualiti Hidup Masyarakat
Bandar Dalam Konteks Ilmu Sosial. Malaysian Journal of Environmental
Management, 7, 19-32.
Azahan Awang (2006). Kualiti Hidup masyarakat bandar di kawasan Majlis
Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Thesis Dr. Falsafah, Program
Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian siswazah, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Azrina, S. (2006). Mulakan aktiviti tani untuk kegunaan sendiri. Utusan Online: 28 Julai
2006.
Babakus, E., and G. W. Boller. 1992. An empirical assessment of the servqual scale.
Journal of Business Research, 24, 3, 253–268
118
Bolton, Ruth and james H. Drew (1994). A Multistage Model of Customers’ Assessments
of Service quality and Value, Journal of Consumer Research, 17 (March): 375-
384.-(1994). Linking Customer Satisfaction to service Operations and Outcomes.
Pp. 173-200 in service quality: New Directions in Theory and Practice, Roland T.
Rust and Richard L. Oliver (Eds.) London: stage
Boschen, K.A. 1996. Correlates of life quality, life satisfaction, residential satisfaction,
and locus of control among adults with spinal cord injuries. Rehabilitation
Counseling Bulletin 39: 230-243.
Bowling, A. The Most Important things in Life. Comparisons Between Older and
Younger Population Age Groups by Gender. Results From a National Survey of
the Public’s Judgements. International Journal of Health.Sciences, 1995b, 6:169-
175.
Carman, J. M. 1990. Consumer perceptions of service quality: An assessment of the
servqual dimensions. Journal of Retailing, 66, 1, 33–55.
Chua, Y. P. (2012). Asas Statistik Penyelidikan (2 ed.). Kuala Lumpur: Mc Graww-Hill
Malaysia Sdn Bhd.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan (2 ed.). Kuala Lumpur: Mc Graw - Hill
Malaysia Sdn Bhd.
Dagger, T. S. & Sweeney, J. C. (2006). The effect of service evaluations on behavioral
intentions and quality of life. Journal of Service Research, 9,1, 3-18
Davis, J.A.(1971).Elementary Survey Analysis. Parentice Hall
Deming, W. E. (1992). The new economics for industry, government, education. British
Deming Association SPC Press, INC
Eaton, C. & Shepherd, A. W. (2001). Contract Farming, partnerships for growth. Food
and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) Agricultural Service
Bulletin, 145, 67-79.
Edvardsson, B. 2005. Service quality: Beyond cognitive assessment. Managing Service
Quality, 15,2, 127–135
Evans, R. David. (1994). .Enhancing quality of life in the population at large. Social
Indicators Research, 33, 47-88.
Farris, Paul W.; Neil T. Bendle; Phillip E. Pfeifer; David J. Reibstein (2010). Marketing
Metrics: The Definitive Guide to Measuring Marketing Performance. Upper
Saddle River, New Jersey: Pearson Education, Inc. ISBN 0-13-705829-2.
119
Fatimah Mohamed Arshad (2010). Sikap petani buah-buahan dan sayur-sayuran segar
kepada Perladangan Kontrak: Beberapa Implikasi Polisi. Proceeding in a
discussion organize by FAMA in Shah Alam, Selangor on 27 January 2010.
Fatimah, M. A. & Khalid, A. R. (2008). New Agri-food Marketing System: Structural
and Impact Analyses. Research report submitted to Federal Agricultural
Marketing Authority (FAMA).
Getty, J., & K. Thompson (1994). A procedure for scaling perceptions of lodging
quality. Hospitality Research Journal, 18, 2, 75–96
Ghobadian, A., S. Speller, and M. Jones (1994). Service quality: Concepts and models.
International Journal of Quality & Reliability Management, 11, 9, 43–66
Haryati Shafii & Nurasyikin Miskam (2010). Pembentukan Penunjuk dan Indeks Kualiti
Hidup bagi mengukur kesejahteraan hidup masyarakat di pekan Parit Raja,
Johor. Thesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM): Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan
Keusahawanan.
Haryati Shafii, Jamaluddin Md Jahi & A. Latiff (2003). Penunjuk Kualiti Hidup di
Taman Perumahan Penduduk di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Journal
of Techno Social, 1, 3-15
Headey, Bruce. (1993). An economic model of subjective well-being: Integrating
economic and psychological theories. Social Indicators Research, 28, 97-116
Keith, C. & Michael, K. (2012). Make or break: A simple non-compensatory customer
satisfaction model. International Journal of Market Research, 54, 2, 163-176
Kerlinger, F. N. (1973). Foundations of Behavioural Research. New York: Holt, Rinehart
and Winston.
Khan, M. (2003). Ecoserv: Ecotourists’ quality expectations. Annals of Tourism
Research, 30, 1, 109–124
Knutson, B., P. Stevens, C. Wullaert, & M. Patton (1991). Lodgserv: A service quality
index for the lodging industry. Hospitality Research Journal, 14, 7, 277–284
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Louis Leung (2010). Effects of Internet Connectedness and Information Literacy on
Quality of Life. Soc Indic Res (2010) 98:273–290. DOI 10.1007/s11205-009-
9539-1
120
Malaysia (2012). Hasil kajian HIP Projek. Pembentangan laporan dalam Mesyuarat
Pembangunan Negara. Jabatan Perdana Menteri: Unit Penyelarasan Pelaksanaan.
Malaysia (2012). Soal jawab MS ISO 9001:2008. Jabatan Perdana Menteri: Bahagian
Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia.
Malaysia (2011). Buku Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Malaysia (2011). Laporan Perangkaan Tenaga Buruh. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Malaysia (2010). Program Transformasi Ekonomi (ETP). Jabatan Perdana Menteri: Unit
Perancang Ekonomi.
Malaysia (2005). Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Jabatan Perdana
Menteri: Unit Perancang Ekonomi.
Malaysia (2004). Kualiti Hidup Malaysia. Jabatan Perdana Menteri: Unit Perancang
Ekonomi.
Malaysia (1999). Kualiti Hidup Malaysia. Jabatan Perdana Menteri: Unit Perancang
Ekonomi.
Mat Lazim Salleh (1995). Perbezaan Tanggapan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Di
antara Kakitangan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Pelanggan Di Kawasan
Utara. Thesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia (UUM):
Sekolah siswazah.
Muhyiddin Mohd Yassin (2004). Ucaputama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani, Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian
pada 12 Ogos 2004 di Hotel Palace of Golden Horses Selangor. Di muat turun
dari http://agrolink.moa.my/darimejamenteri/exco%20pertanian pada 27 Julai
2012
O'Neill, M. & Palmer, A. (2003). An exploratory study of the effects of experience in
consumer perceptions of the service quality construct. Managing Service Quality,
13, 2, 187-196
Padmakumar Ram, Swapna Bhargavi, G. & Gantasala, V. P. (2011). Work environment,
service climate and customer satisfaction: Examining theoretical and emperical
connections. International Journal of Business and Social Science, 2, 20, 121-137
Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual: A step by step guid to data analysis using
SPSS. Australia: Allen & Unwin.
Parasuraman,. Zeithaml, A. V. & Berry, L. (1985). A Conceptual Model of Service
Quality and its implications for Future Research. Journal of Marketing, 49, 41-50.
121
Parasuraman, A., Zeithaml, V. A. & Berry, L. L. (1988). SERVQUAL: A multiple-item
scale for measuring consumer perceptions of service quality. Journal of Retailing,
64,1, 12-40
Portal Rasmi International Monetary Fund (IMF). www.imf.org. Diakses pada 27 Julai
2012
Portal Rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. www.moa.gov.my. Diakses
pada 23 Jun 2012
Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). www.fama.gov.my.
Diakses pada 23 Jun 2012
Portal Rasmi World Health Organization: Regional Office of South-East Asia (2012).
www.who.int/ Diakses pada 27 Julai 2012
Ravichandran, K., Phrabakaran, S. & Arun Kumar, S. (2010). Application of Servqual
Model on Measuring Service Quality: A Bayesian Approach. Enterprise Risk
Management, 1, 1, 145-169
Seyed Hossein Siadat (2011). Measuring service quality using SERVQUAL model: A
case study of e-retrailing in Iran. Unpublish report. University of Wales, Cardiff.
Simmons, P. (2002). Overview of smallholder Contract Farming in Developing
Countries. Unpublished report. University of New England, Armidale, Australia.
Taylor, S. A. & Baker, T. L. (1994). An Assessment of the Relationship Between Service
Quality and Consumers' Purchase Intentions. Journal of Retailing, 70, 2, 163-178
Tsakiri, L. T. (2010). Is Globalisation Affecting the Quality of Life? A Review of the
Literature. European Research Studies, 13, 4, 157-168
Ventegodt, S., Merrick, J., & Andersen, N. J. (2003). Quality of Life Theory I. The IQOL
Theory: An Integrative Theory of the Global Quality of Life Concept. The
Scientific World Journal, 3, 1030-1040
Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin & Nik Wan Omar (2007). Analisis kesejahteraan
hidup nelayan pesisir. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and
Space, 3, 1, 53-59.
Wan Zahari Wan Yusoff & Maziah Ismail (2008). FM-SERVQUAL: A New Approach
of Service Quality Measurement Framework in Local Authorities. Pacific Rim
Real Estate Society, 1-15
Wheeler, J. Robert. (1991). The theoretical and empirical structure of general well-being.
Social Indicators Research, 24, 71-79
122
Yoo, D. K., & J. A. Park (2007). Perceived service quality: Analyzing relationships
among employees, customers and financial performance. International Journal of
Quality & Reliability Managemen, 21, 9, 908–926