ktgksan

Upload: aku-myself

Post on 03-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 ktgksan

    1/14

    1.0 LATAR BELAKANG PENGUKURAN KETANGKASAN

    Kajian-kajian mengenai ketangkasan bermula pada awal kurun ke-20. Menurut

    Mosely ( 1958 ), pada masa lalu, dikatakan bahawa ketangkasan hampir bergantung

    sepenuhnya kepada baka dan ia merupakan warisan daripada keturunan. Tetapi

    menurut Bennet (1956), Lafuze (1957) dan Calvin (1958), ketangkasan dapat diperbaiki

    menerusi pengajaran yang diajar oleh guru.

    Berdasarkan kajian Serls (1951), yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak di

    peringkat sekolah rendah mendapati bahawa terdapat korerasi yang positif dan tinggi

    perbezaannya di antara pertumbuhan fizikal serta lakuan ketangkasan jika

    dibandingkan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kajian ini disokong oleh

    Espenschande (1947), di mana dapatan daripada hasil kajian yang telah dijalankan ke

    atas kanak-kanak lelaki dan perempuan sehingga umur 14 tahun menunjukkan terdapat

    persamaan. Selepas berumur 14 tahun, kanak-kanak lelaki akan terus meningkat dari

    segi ketangkasannya tetapi sebaliknya bagi kanak-kanak perempuan.

    Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor perkembangan fisiologi tubuh badan

    pada kanak-kanak perempuan mula menunjukkan perubahan. Perubuhan ini adalah

    dari segi bentuk tubuh badan serts saiz pertumbuhan yang meningkat. Berdasarkan

    ketangkasan somatotaip, pengkaji-pengkaji seperti Cureton (1941), Bookwalter dan Karl

    (1952), Perbis (1954) dan Solley (1957), berpendapat bahawa golongan endormof

    merupakan golongan yang paling rendah ketangkasan jika dibandingkan dengan

    somatotaip yang lain. Golongan endomorph merupakan golongan yang mempunyai

    rangka tubuh yang besar dan ia kelihatan gemuk.

    Menurut Bookwwalter (1952), daripada kajian yang dijalankan terhadap bentuk

    badan ektomorf mempunyai rangka tubuh badan yang kecil yang menampakkan

    seseorang itu kelihatan kurus dan tinggi. Mereka ini adalah lebih pantas dan tangkas.

    Berdasarkan kajian Sills (1953), beliau berpendapat bahawa kanak-kanak dari

    golongan mesomorf adalah lebih tangkas dari ektomorf. Ini kerana golongan ini memiliki

    rangka tubuh badan yang sederhana besar serta mempunyai otot-otot yang

    menampakkan seseorang itu kelihatan tegap. Namun begitu, daripada kajian yang

  • 7/29/2019 ktgksan

    2/14

    dijalankan oleh Solley (1957), mendapati tidak ada bukti yang nyata tentang saiz tubuh

    badan kanak-kanak bagi sesuatu peringkat umur itu boleh mempengaruhi ketangkasan

    mereka dalam sebarang aktiviti yang diceburi oleh mereka.

    Hoskins (1934), Johnson (1934), Gates (1940), Lehsten (1941), McCloy (1942)

    dan Carruth(1952). Kesemua penyelidik ini telah mengetengahkan kepentingan

    ketangkasan dalam aktiviti sukan. Menurut mereka ketangkasan merupakan satu

    komponen dalam kecergasan fizikal serta dianggap sebagai satu faktor yang boleh

    meramalkan kebolehan motor. Ia juga dikatakan sebagai asas kepada kemahiran

    dalam aktiviti sukan tertentu. Ketiga-tiga penyelidik ini berpendapat bahawa

    ketangkasan sangat perlu dalam permainan bola keranjang. Latihan-latihan seperti

    daya tahan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran motor dalam permainan dapat

    memperkembangkan lagi komponen ketangkasan. Melalui penyertaan dalam pelbagai

    jenis permainan seperti badminton, tenis, squash, bola keranjang, bola jarring, bola

    baling dan bola sepak boleh meningkatkan ketepatan koordinasi pergerakan yang lebih

    tepat dan jauh serta ketangkasan yang baik.

    Dalam projek Majlis Penyelidikan Amerika Alliance For Health Physical

    Education, Recreation and Dance (AAHPERD 1859), terdapat ujian-ujian kemahiran

    sukan di mana komponen ketangkasan memainkan peranan yang penting seperti

    dalam ujian kemahiran bola keranjang.Komponen ketangkasan yang terdapat dalam

    ujian ini adalah menjaring dari hadapan, menjaring sisi, `foul shot`, under basketball

    shot`, hantaran pantas, lompat dan sentuh, menggelecek dan hantaran atas untuk

    ketepatan.

    Menurut Cozens (petikan Clarke, 1976). Beliau telah menjalankan kajian

    mengenai keupayaan keolahragaan untuk penuntut perempuan di sebuah kolej. Salah

    satu daripada ujian yang dijalankan ialah ujian larian mengelak. Dalam kajian ini, beliautelah mewakilkan seramai 52 orang perwakilan di dalam bidang Pendidikan Jasmani

    sebagai subjek dalam ujian tersebut untuk menentukan kebolehpercayaan dan

    kesahannya. Hasil daripada kajian tersebut mendapati kebolehpercayaan dalam ujian

    ini ialah r=0.93 dan kesahannya pada 0.82. Sheffield dan gates telah menjalankan

    pengujian ketangkasan ketika berlari. Terdapat tiga ujian yang telah dijalankan oleh

  • 7/29/2019 ktgksan

    3/14

    mereka untuk menguji keupayaan motor. Skor t yang diperolehi digunakan sebagai

    kriteria perbandingan. Hasil daripada kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki yang

    berumur di antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk ujian lari berhalangan dengan

    menguji korelasi 0.81 dan kebolehpercayaan 0.93. Lawsons juga mendapati hasil yang

    sama terhadap kanak-kanak perempuan pada peringkat umur di antara 7 tahun hingga

    12 tahun terhadap ujian lari ulang alik 40 ela.

  • 7/29/2019 ktgksan

    4/14

    2.0 PENGENALAN KETANGKASAN

    Ketangkasan ialah kebolehan menukar arah kedudukan badan atau sebahagian

    badan dengan cepat dan pantas. Ketangkasan digunakan oleh guru Pendidikan

    Jasmani sebagai satu ujian bagi mengukur prestasi kecergasan motor murid. Menurut

    Menurut Annarino (1976), ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam

    faktor fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot

    dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini. Maka

    keadaan ini mestilah dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang

    sesuai.

    Manakala menurut Safrit (1973), Clarke (1876), Mathews (1978), Baumgartner &

    Jackson(1999), ketangkasan adalah kemampuan mengubah kedudukan badan dan

    arah secara pantas. Barrow & McGee mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk

    kepada kepantasan dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagian

    atau keseluruhan badan.

  • 7/29/2019 ktgksan

    5/14

    3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETANGKASAN

    Antara faktor-faktor yang mempengaruhi ketangkasan ialah masa reaksi,

    faktor baka, keupayaan latihan, peratusan lemak, gaya hidup dan kematangan. Masa

    reaksi iaitu kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi

    dan masa pergerakan, di mana ia juga dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan

    tentang reaksi satu kumpulan otot tertentu bertindakbalas ke atas sebarang aktiviti

    lakuan motor.

    Selain itu, keupayaan latihan merupakan faktor yang mempengaruhi

    ketangkasan. Jika seseorang itu sentiasa melakukan latihan, dia akan berupaya

    menggerakkan sejumlah besar otot secara pantas dan berkesan untuk menukar arah

    pergerakan. Menurut Braakhuis etc, (2003) menyatakan bahawa kadar peratusan

    lemak yang tinggi dalam badan akan mengurangkan ketangkasan individu. Ini

    disebabkan beban badan yang berlebihan terpaksa ditanggung oleh individu untuk

    memudahkan mereka bertindak balas dalam sesuatu aktiviti.Ini jelas menunjukkan

    bahawa berat badan (peratusan lemak) merupakan salah satu daripada faktor yang

    mempengaruhi ketangkasan.

    Tambahan pula, gaya hidup juga aspek yang penting dalam ketangkasan.

    Mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan aktif dalam

    sukan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai tahap ketangkasan yang

    optimum. Miller (1998), menyatakan ketangkasan juga mempunyai hubung kait dengan

    baka. Jika seseorang itu mempunyai latar belakang seorang atlit, maka kemungkinan

    anaknya akan mewarisi bakat yang ada padanya.

    Menurut Seils (1995) yang menyentuh ketangkasan mempunyai kolerasi yang

    positif dengan pertumbuhan fizikal bagi pelajar lelaki dan perempuan. Semakin

    meningkat dewasa, ketangkasan pelajar lelaki akan meningkat manakala pelajar

    perempuan akan semakin menurun.

  • 7/29/2019 ktgksan

    6/14

    4.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM PENGUJIAN DAN PENGUKURAN

    KETANGKASAN

    Ujian-ujian pendidikan dalam Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Sains Sukan

    ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan

    untuk membuat keputusan yang praktikal.

    Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang

    bermanfaat. Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu boleh

    diharapkan, serta mudah diperolehi.

    Ujian juga merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan

    penilaian amat bergantung kepada pembinaan ujian yang baik. Semasa penilaian

    dilakukan, mesti terdapat empat konsep asas yang amat penting iaitu kesahan

    (validity), kebolehpercayaan (reliability), keobjektifan (objectivity), dan morma (norms).

    Jika ujian penilaian yang dijalankan tidak memenuhi syarat ini, maka keputusan yang

    diperolehi tidak akan diterima pakai melalui ujian pengukuran itu.

    Kesahan (validity)

    Matlamat utama dalam pengukuran ialah mendapatkan maklumat yang benar.

    Kesahan sesuatu ujian adalan sah kalau ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.

    Kesahan menunjukkan setakat mana sesuatu ujian itu memenuhi matlamat atau tujuan

    menguji. Hanya ujian yang mempunyai cirri-ciri kesahan sahaja boleh dikatakan

    sebagai ujian yang sah kerana ia dapat mengukur apa yang harus diukur.

    Ciri-ciri kesahan ujian ini mengandungi beberapa jenis, antaranya ialah kesahan

    lahir, kesahan konten, kesahan criteria dan kesahan binaan.

    Kesahan Lahir

    Ujian dikatakan mempunyai kesahan lahir jika item-itemnya memenuhi criteria

    umum pembolehubah yang berkenaan. Misalnya selepas meneliti item-item tanpa

    merujuk kepada criteria khusus, satu kesahan tentang ujian dibuat, misalnya ujian itu

  • 7/29/2019 ktgksan

    7/14

    dijalankan untuk mengukur pengetahuan sejarah. Jadi, ujian itu ujian itu mempunyai

    kesahan lahir untuk mengukur pengetahuan sejarah. Apabila ujian tersebut sahih

    menampakkan kemampuan mengukur apa yang boleh diukur, maka ujian tersebut

    dikatakan mempunyai kesahan lahir.

    Kesahan Konten (Content Validity)

    Kesahan konten merupakan kesahan yang paling penting dalan melakukan

    pembinaan yang sah. Kesahan konten selalu digunakan guru untuk mengukur

    pencapaian pelajar daripada apa yang telah diajarkan. Kesahan konten lebih khusus

    dari segala segi kriterianya.

    Pada amnya isi ujian yang disediakan oleh guru bergantung kepada apa yang

    telah diajar dan bagaimana ianya telah diajar. Isi ujian ditentukanberdasarkan kriteria,

    kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk, peringkat

    atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi ujian bertulis, sangat

    mustahakbagi guru supaya menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian, ia hendaklah

    memilih atau menyediakan item ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung

    kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran dan peringkat objektif pelajaran

    yang hendak diuji.

    Sebagai kesimpulan, sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kesahan konten jika

    ia merupakan sample yang baik bagi mewakili kandungan sukatan pelajaran dan

    objektif-objektif pelajaran. Ini amat bermakna apabila ujian tersebut mempunyai konten

    atau kandungan pelajaran yang sebenarnya telah dipelajari dan diajar mengikut aras

    kesukaran yang ditentukan.

    Kesahan Binaan (Construct Validity)

    Ujian yang mempunyai kesahan binaan ialah ujian di mana item-item yang

    dicipta oleh Pembina itu mewakili objektif-objektif dan isi kandungan yang telah

    dipelajari. Jadi, ujian itu dikatakan sah untuk Pembina jika kriteria ini dipenuhi.

  • 7/29/2019 ktgksan

    8/14

    Kesahan Kriteria (Criterion Validity)

    Kesahan kriteria menunjukkan bahawa skor ujian berhubungkait antara satu sama lain

    atau lebih factor luaran seperti kepakaran penilai, keputusan pertandingan dan juga

    kesahan ujian. Faktor-faktor ini dikatakan mempunyai kesahan kriteria jika ia dapat

    menolong penilai memahami individu yang dinilai.

    Kebolehpercayaan (Reliability)

    Kebolehpercayaan merujuk kepada pencapaian yang tekal. Ini bermakna darjah

    di mana skor yang sama akan doperolehi dengan menggunakan ujian-ujian yang

    berlainan. Ketepatan ukuran dianggarkan melalui konsep konsistensi maklumat.

    Lazimnya, adalah amat sukar untuk membentuk satu ujian yang mempunyai

    kebolehpercayaan yang tinggi. Ini kerana pencapaian murid dalam situasi yang

    berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor yang berlainan sperti bilangan soalan,

    emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran, dan cara pemeriksaan. Oleh itu,

    untuk meninggikan cirri kebolehpercayaan, guru perlu mengurangkan segala punca

    perubahan faktor-faktor tersebut.

    Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ujian yang mempunyai kebolehpercayaan

    yang tinggi ialah ujian yang dapat memberi keputusan yang hamper sama atau sama

    apabila ujian itu dijalankan berulangkali dalam jangkamasa yang sama bagi sampel

    yang sama.

  • 7/29/2019 ktgksan

    9/14

    5.0 CONTOH UJIAN KETANGKASAN LOMPAT KUADRAN

    Objektif : Untuk mengukur ketangkasan berdasarkan perubahan

    posisi badan dengan lompatan dalam arah yang berbeza.

    Tahap umur : Pelajar berumur 21 hingga 22 tahun

    Jantina : Lelaki dan perempuan

    Alatan : Stop watch (Jam randik) dan Fitness Jump

    Rajah 1: Fitness Jump

  • 7/29/2019 ktgksan

    10/14

    Prosedur :

    1. Peserta berdiri di belakang penanda mula.

    2. Apabila arahan mula diberikan, peserta melompat dengan kedua-dua kaki ke

    kuadran 1, kuadran 2, kuadran 3, kuadran 4 dan balik semula ke kuadran 1.

    3. Ulang lakuan tersebut sehingga arahan berhenti diberikan.

    4. Dua percubaan akan diberikan.

    5. Jika subjek berhenti sebelum masa tamat, subjek dikehendaki melakukan

    semula.

    Skor : Bilangan kaki masuk ke dalam kuadran yang tepat dalam masa 10 saat.

    Penalti : markah (point) ditolak sekiranya kaki terpijak garisan atau salah zon atau

    arah.

    Norma jumlah skor ujian lompat kuadran bagi pelajar Institut Pendidikan Guru

    TAHAP

    PENCAPAIAN

    LELAKI PEREMPUAN

    CEMERLANG 31 dan ke atas 33 dan ke atas

    BAIK 25 30 27 32

    SEDERHANA 13 24 14 26

    LEMAH 7 12 8 13

    TERLALULEMAH

    0 6 0 - 7

  • 7/29/2019 ktgksan

    11/14

    Kelebihan :

    1. Jimat ruang, masa dan kos.

    2. Arahan mudah difahami.

    Kekurangan :

    1. Subjek keliru arah lompatan.

    2. Mata akan ditolak sekiranya subjek pijak garisan atau salah arah.

  • 7/29/2019 ktgksan

    12/14

    CONTOH BORANG SKOR LOMPAT KUADRAN

    NAMA:

    UMUR:

    BILANGAN SET LOMPATAN:

    SKOR TERTINGGI:

    TAHAP PENCAPAIAN:

    1 6 11 16 21 26 31 36 41 46

    2 7 12 17 22 27 32 37 42 47

    3 8 13 18 23 28 33 38 43 48

    4 9 14 19 24 29 34 39 44 49

    5 10 15 20 25 30 35 40 45 50

  • 7/29/2019 ktgksan

    13/14

    REFLEKSI

    AMILAH BT MOHAMAD (900414-03-5654)

    Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak kebaikan yang telah

    saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat mengetahui tentang sejarah sesuatu ujian

    yang dijalankan. Selain itu, saya juga dapat meneroka berkenaan jenis ujian yang

    terdapat dalam penilaian dan pengukuran. Ilmu ini amat bermanfaat kerana ianya boleh

    saya gunakan apabila bergelar bakal pendidik kelak. Saya dapat mengetahui

    berkenaan ujian Straight Leg Angle, Lompat Jauh Berdiri dan Lompat Kuadran.

    Maklumat ini benar-benar berguna kepada saya.

    Tambahan pula, saya dapat mengetahui tentang cara pengukuran sesuatu ujian.

    Misalnya, melalui perisian SPSS, saya dapat menganalisis sesuatu data. Misalnya

    mencari min, korelasi dan sisihan piawaian. Maklumat ini boleh saya gunakan apabila

    ingin menganalisis sesuatu data kerana ianya berkaitan dengan kebolehpercayaan.

    Input yang diperolehi ini akan saya ingati sepanjang bergelar pendidik pada masa akan

    datang.

    Saya juga dapat menambah maklumat tentang kebaikan dan kelemahan sesuatu

    ujian yang dijalankan. Kekuatan sesuatu alatan bagi ujian yang digunakan dapat

    membuktikan alatan tersebut dapat digunakan dengan baik. Malah, melalui amali

    tersebut, saya dapat merasai pengalaman menjalankan ujian straight leg angle, ujian

    lompat jauh berdiri dan lompat kuadran. Saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan

    kelemahan diri saya sendiri.

    Antara kelemahan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah

    faktor pembahagian masa. Saya perlu bijak menguruskan masa untuk menyiapkan

    tugasan. Saya juga perlu mengambil peluang untuk perlu berfikiran lebih bijak dalammembahagikan masa bagi menyiapkan tugasan. Cabaran dan dugaan yang datang ini

    lebih mematangkan saya dalam menangani sesuatu masalah yang datang.

  • 7/29/2019 ktgksan

    14/14

    Akhir sekali, saya berharap pengetahuan yang saya perolehi akan datang saya

    gunakan apabila saya bergelar bakal pendidik kelak. Ini kerana saya akan

    bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa kelak. Sekian, terima kasih.