kssr

2
KSSR TAHUN TUJUAN Melahirkan insan yang seimbang , berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang- tunjang komunikasi , sains dan teknologi , perkembangan fizikal dan estetika, ktrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Murid akan mempunyai asas-asas seperti insan yang seimbang dari segi JERIS , menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkebolehan menjadi pekerja yang berilmu. PENEKANAN KSSR memastikan selepas enam tahun persekolahan murid akan mencapai standard pengetahuan , kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) Pada tahap 1, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada tahap 2, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M disamping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan dan perkembangan sahsiah. ORGANISASI KANDUNGAN Diorganisasikan dalam bentuk bermodul dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara bermodul iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri (self-contained). Setiap modul mempunyai pengetahuan , kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Upload: la-suerte-aiman

Post on 15-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ghghf

TRANSCRIPT

KSSR

TAHUN

TUJUAN Melahirkan insan yang seimbang , berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi , sains dan teknologi , perkembangan fizikal dan estetika, ktrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Murid akan mempunyai asas-asas seperti insan yang seimbang dari segi JERIS , menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkebolehan menjadi pekerja yang berilmu.

PENEKANAN KSSR memastikan selepas enam tahun persekolahan murid akan mencapai standard pengetahuan , kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) Pada tahap 1, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada tahap 2, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M disamping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan dan perkembangan sahsiah.

ORGANISASI KANDUNGAN Diorganisasikan dalam bentuk bermodul dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara bermodul iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri (self-contained). Setiap modul mempunyai pengetahuan , kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.