ksj bermula pada bulan ramadan

Upload: twone-firdaus

Post on 07-Jul-2018

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 KSJ Bermula Pada Bulan Ramadan

    1/4

    KSJ bermula pada bulan RamadanNASIR JANI

    14 FEBRUARI 2016

    1

    Nasir Jani

    BEBERAPA minggu kebelakangan ini aku berpeluang bekerjasama dengan beberapa filmmaker dan pengarahfilem generasi baharu.

    Pertemuan tidak dirancang ini berlaku atas urusan kerja. Kesempatan ini juga membolehkan aku mengenalilebih dekat pembikin, penggiat filem generasi muda kita.

    Aku sebenar sangat teruja. Aku bagaikan mendapat suntikan tenaga dan semangat baharu bila berpeluang

     berinteraksi sambil bertugas dengan anak-anak muda ini untuk penggambaran menyiapkan satu projek promosiuntuk sebuah filem.

    Lewat sesi tugasan dan pertemuan tersebut aku berkesempatan menyelami pemikiran dan pandangan sinematik pembikin dan penggiat filem generasi baharu ini. Aku dapati kelompok ini khususnya, pandangan mereka lebihterurus dan jelas hala tujunya.

    Mereka ini rata-ratanya tahu dan pasti kenapa mereka memilih bidang perfileman sebagai kerjaya mereka.

    Ada misi dalam kerja karya dan perjuangan seni mereka. Aku tidak mahu menggunakan input! ini untukmenggambarkan senario keseluruhan anak-anak muda yang berkecimpung dalam bidang filem ini.

    Apa aku lihat dan alami bersama kelompok ini tidak semestinya mewakili sikap dan gaya kerja kelompok laindalam bidang perfileman tanah air.

    http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nasir-jani/ksj-bermula-pada-bulan-ramadan-1.484930http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nasir-jani/ksj-bermula-pada-bulan-ramadan-1.484930

  • 8/18/2019 KSJ Bermula Pada Bulan Ramadan

    2/4

    Aku beruntung bertemu kelompok ini. Mereka punya wawasan dan fokus dalam berkarya. Pastinya, akumeraikan kepelbagaian dari segi sikap, pandangan, cara anak muda generasi sekarang bekerja dan berkarya.

    Peluang berinteraksi dengan filmmaker generasi baharu ini memaparkan kepadaku ada di antara mereka yangfaham di samping ada masih belum faham keperluan asas melahirkan dan mengarah sesebuah filem. Apa asas penting itu"

    Asas paling penting ialah idea, wacana, gagasan, fahaman atau ideologi yang mahu disampaikan dan diangkatlewat naskhah #isual masing-masing.

    $nilah asas sebenarnya membe%akan sikap, attitude dan tujuan seseorang indi#idu menjadi seorang filmmaker.

    Aku ada terbaca artikel &assan Muthalib, seorang pengkritik dan pengkaji filem Melayu dan Malaysia.

    'eliau merumuskan tulisan dan pandangan Ku (eman Ku &ussain, wartawan hiburan tentang wacana atau ideadalam filem ) idea dalam filem menjadi komen, sindiran atau pun persoalan terhadap sesuatu tetapi tidak sekali-

    kali dibuat untuk menyampaikan !mesej!.

    Para karyawan hanya tukang cerita yang mempunyai sesuatu untuk dikongsikan dengan khalayak. (emuanyalahir dari renungan dan ia merupakan perspektif mereka tentang keadaan sosiobudaya atau politik di sesuatumasa yang menyentuh perasaan dan akal fikiran mereka.

    *ika konsep ini difahami oleh setiap filmmaker baharu mahupun lama secara automatik hal-hal remeh-temeh

    seperti glamor, populariti, gosip picisan dan isu-isu kurang cerdik yang sering dikaitkan dengan dunia senihiburan dan filem dapat diletakkan pada tempat dan ketika dirasakan perlu sahaja.

    'ukan satu keutamaan.

    $dea, wacana dan gagasan dipaparkan secara kreatif lewat penghasilan filem adalah lebih paramount! )keutamaan paling utama dari segala-galanya.

    Apa hubung kaitnya, nukilan di atas dengan janji aku minggu lalu untuk menulis tentang pembikinan filem pertamaku Kembara (eniman *alanan yang diproduksikan + tahun lalu"

    Kata kuncinya ialah idea atau wacana. ilem Kembara (eniman *alanan K(*/ membawa idea, wacana tentangmasalah ekonomi karyawan, seniman Melayu khususnya dan masalah ekonomi bangsa Melayu amnya.

    $tulah idea asas dan wacana penting yang aku dan rakan-rakan lain mahu sampaikan lewat filem K(*. 0etapiidea ini bukan lahir daripada mula M 1asir menulis skrip asalnya.

    (krip asal beliau telah melalui satu proses panjang sebelum dimetamorfosiskan ke bentuk lakon layar asaltulisanku.

    Aku akan ceritakan bagaimana skrip asal M 1asir ini berubah dalam melalui proses pembikinan sesebuah filem.

    Proses ini penting kerana ia akan menjawab dan menjelaskan beberapa insiden kontro#ersial dan tindakanbrutal!ku setelah K(* siap dan berjaya ditayangkansehinggalah ke peringkat pencalonan di esti#al ilem Malaysia ke-2, 3456.

    (emuanya bermula dengan satu panggilan telefon pada pagi 3 *un 3457 bersamaan 8 9amadan 377. 0arikh itu juga adalah hari pertama (istem 0ele#isyen Malaysia atau 0:+ mula bersiaran secara rasmi dipancarkanmeliputi kawasan Lembah Kelang sahaja.

    Panggilan telefon di rumahku itu datangnya daripada M 1asir. Aku menyewa rumah di 0aman ;ombak setelah

     berkahwin dan punya seorang anak berusia 8 tahun.

  • 8/18/2019 KSJ Bermula Pada Bulan Ramadan

    3/4

    Aku bagaikan tidak percaya, betul ke M 1asir di hujung talian membuat panggilan ini. Ketika itu M 1asir sudahmula dikenali ramai lewat lagu-lagu hitnya, di antaranya =kspres 9akyat, &ati =mas, Kepadamu Kekasih,;erhana dan Perjuangan.

    Ketika itu beliau berkolaborasi dengan A Ali dan (ahlan dalam kumpulan Kembara. (elain itu banyak laguciptaan M 1asir berjaya mempopularkan kumpulan Alleycats dan kumpulan lybaits dengan lagu klasiknya,

    Kenangan Lalu pada awal 5-an.

    Antara 345 sehingga 3457, M 1asir dan kumpulannya, Kembara sudah berjaya meletakkan kumpulan merekasebaris dengan penyanyi dan kumpulan yang top pada awal 5-an seperti (udirman, 'lues ;ang, (weet >harity,

    Alleycats dan >arefree.

    (elain itu, M 1asir juga merupakan penerbit album selain pencipta lagu dan penulis lirik.

    (epanjang masa tersebut beliau berkarya berpusat di (ingapura. Aku pula antara lewat 6-an sehingga 3457 bergiat dalam bidang perfileman berpusat di Kuala Lumpur. Aku bermula dalam bidang filem iklan dan

    dokumentari. Awal 5-an aku mula bergiat sebagai penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem-filemarahan &afsham, Mekanik, Matinya (eorang Patriot arahan 9ahim 9a%ali dan telefilem pertama untuk 0:+,

    Maria arahan (huhaimi 'aba.

    'erbalik kepada panggilan telefon M 1asir, beliau mahu bertemu untuk berbincang tentang filem dan skripfilem hasil karya beliau. Aku beri persetujuan untuk bertemu. Akhirnya, kami setuju berjumpa di rumahku

     petang itu.

    (ebelum mengakhiri perbualan aku bertanyakan dari mana beliau mendapat nombor telefon rumahku. M 1asirmemberitahu d9 (am memberinya nombor telefonku.

    ?9 (am merupakan penyanyi genre reggae pertama tanah air. 0erkenal dengan lagu (aya Anak Malaysia.

    'eliau juga merupakan pelopor kepada fenomena penyanyi jalanan atau buskers. 'ila balik daripada menuntut

    dan merantau di =ropah pada awal 5-an, d9 (am dan rakan-rakannya memperkenalkan dan memulakankegiatan menyanyi di jalanan di pasar-pasar malam 'angsar, ?amansara dan Petaling *aya. Ketika itu akumemang mengenali d9 (am atau nama sebenarnya, (alim $brahim.

    'eliau mula muncul sebagai pelakon undangan dalam filem Mekanik 345+/ arahan &afsham di mana aku

    terlibat sebagai penolong pengarah. ?9 (am juga berlakon dalam filem Matinya (eorang Patriot 3457/.

    Aku juga memikul tugas penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem arahan 9ahim 9a%ali ini.

    (etahun sebelum itu M 1asir menerbitkan album pertama d9 (am berjudul Abu 1awas, merupakan albumreggae Melayu pertama dihasilkan.

    Maka petang itu M 1asir ditemani oleh d9 (am datang ke rumahku. Kami berbincang tentang keinginan M 1asir untuk terlibat dalam filem setelah mula berjaya dalam bidang nyanyian dan penerbitan album.

    M 1asir memberikan aku satu draf skrip berdasarkan idea dan cerita asal yang diilhamkannya.

    Menurutnya lagi, beliau ada meminta seorang wartawan dan penulis skrip filem #eteran, &am%ah &usseinarwah/ untuk menulis lakon layar berdasarkan skripnya itu.

    0etapi M 1asir merasakan lakon layar tersebut tidak menepati cita rasanya.

    'eliau meminta aku untuk menulis lakon layar baharu. Aku bertanya M 1asir sama ada beliau sudah ada produser untuk menerbitkan filemnya.

  • 8/18/2019 KSJ Bermula Pada Bulan Ramadan

    4/4

    'eliau menyatakan belum ada lagi. Aku membelek-belek skrip asal yang diklip setebal hampir lebih 3 helaihimpunan kertas A7 untuk mencari tajuknya.

    0idak jumpa, lalu aku tanya M 1asir, @Apa title filem lu ni" @Kembara (eniman *alanan jawab M 1asir