krl3033_d20102046114 norida

Upload: syazami-sabri

Post on 08-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

E

TRANSCRIPT

Penyelidiakan D20102046114

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

NORIDA BINTI RUSLID 20102046114

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI211

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN MAIZATUL AKHMA BINTI SAAT (K02402)

TARIKH SERAH: 21 MEI 2014

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK1ABSTRACT11. PENGENALAN 22. PERNYATAAN MASALAH43. KAJIAN LITERATUR54. OBJEKTIF KAJIAN65. SOALAN KAJIAN76. METODOLOGI KAJIAN76.1 REKA BENTUK KAJIAN86.2 SAMPEL KAJIAN86.3 INSTRUMEN KAJIAN86.4 ANALISIS DATA116.5 PROSEDUR KAJIAN127. BATASAN KAJIAN 13RUJUKAN14

Pendekatan Bermain Dalam KVKVNORIDA BINTI RUSLID20102046114

ABSTRAKBermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Kanak-kanak belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang mengembirakan mereka. Semasa bermain , kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Tranformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 menekankan kemahiran bahasa.

ABSTRACTPlay or playing is the natural tendency of a child. Because the activities are part of the play of children, teaching and learning process is more effective if the child's education curriculum is play-based activities. Children learn through play. Meaningful learning occurs primarily through play children learn and understand the issues that are happening around them in their cheer. During play, children interact with peers or adults through discussion and question and answer. Children learn to communicate, interact and adapt to the environment through play. Preschool curriculum transformation through the implementation of the National Standard Curriculum for Preschool (NPCS) 2010 emphasizes language skills.

1. PENGENALANMembaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asa pembentukan diri kea rah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadikan keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Pada peringkat ini, pelbagai kaedah dan teknik dapat dijalankan dan diterapkan kepada mereka. Keadaan ini disebabkan pada peringkat usia ini, mereka mudah menerima apa sahaja yang dipelajari daripada guru. Bagi merealisasikan penyelidikan sebagaimana yang diketahui, maka tajuk yang diperoleh adalah berkaitan dengan kepentingan mengenal huruf terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah dalam membaca.

Belajar membaca merupakan asas penting dalam penguasaan kognitif dan persekitaran sosial manusia (Yahya, Roselan & Naffi, 2009). Kemahiran membaca yang dikuasai di sekolah membantu pelajar membaca dengan berkesan. Guru perlu menguasai kemahiran kaedah mengajar agar mudah dan berkesan. Sehubungan dengan itu, di atas kesedaran tentang kepentingan pembelajaran terhadap murid-murid prasekolah, satu kajian mengenai Pendekatan Bermain Dalam Proses Membaca dilaksanakan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah dalam membaca.

Pendidikan awal kanak - kanak di Malaysia pada hari ini banyak memberi peluang kepada kanakkanak berusia di antara 4 hingga 6 tahun untuk belajar secara formal. Kurikulum yang digubal merupakan kurikulum yang fleksibel, bertema dan dinilai berdasarkan tahap kebolehan kanakkanak tersebut yang berfokus kepada akademik berfungsi iaitu Asas 3M. Namun demikian, untuk menarik minat kanakkanak ini untuk belajar dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada matapelajaran yang diajar bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebanyakan mereka perlu diajar menggunakan pelbagai kaedah yang memerlukan kreativiti guru.

2. PERNYATAAN MASALAHKajian ini bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu isu. Bila diajar hari ini, mereka akan lupa pada keesokannya. Masalah ini berlaku mungkin kerana mereka tidak memahami apa yang diajari oleh guru dan tidak boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan sempurna. Apabila keadaan ini berlaku, ia secara tidak langsung akan menyukarkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran untuk berjalan dengan lancar.

Menyedari bahawa kepentingan penguasaan kemahiran membaca kepada kanak-kanak maka kemahiran ini perlu diajar di peringkat awal dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan kebolehan mereka. Masalah tidak boleh membaca di kalangan pelajar sekolah rendah dan juga menengah di Malaysia amat membimbingkan semua pihak terutamanya para pendidik dan juga ibu bapa. Menurut berita yang disiarkan oleh Berita Harian (2009), Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis. Masalah ini masih berlarutan apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Utusan Malaysia, 15 Februari 2010) telah membuat pendedahan 60% pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Kabanyakan guru dan ibu bapa mementingkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca iaitu dapat mengenal abjad, membunyikan suku kata, membaca perkataan dan ayat mudah. Namum proses untuk mencapai kelancaran ini akan memakan masa sekiranya kurang diberi penekanan oleh guru. Terdapat kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca tetapi tidak boleh membaca dengan lancar. Ada kanak-kanak yang perlu mengeja untuk membaca perkataan kerana kurang memahami apa yang dibaca oleh mereka. Kefahaman merupakan matlamat yang penting dalam membaca dan apabila salah satu komponen dalam kelancaran hilang, pembaca berkemungkinan kurang memperolehi makna daripada teks (Rasinski, 2006).

Dalam kajian ini bermain dalam proses membaca dipilih untuk melihat kesan penggunaannya dalam meningkatkan kelancaran dan kefahaman kanak-kanak prasekolah.

3. KAJIAN LITERATURKajian terhadap kanak-kanak prasekolah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah ini dilaksanakan kepada kanak-kanak prasekolah. Tinjauan kajian adalah sangat penting kerana ia dapat membantu saya untuk mengenalpasti segala kelemahan dan juga masalah yang timbul sebelum tindakan yang seterusnya dijalankan. Malah tinjauan kajian ini adalah penting untuk memahami dengan lebih dalam masalah tersebut.

Mengikut Vygotsky (1967) main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan symbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Vygotsky berpendapat proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti pratikal. Sebelum kanak-kanak bertutur, mereka menggunkan alat bagi menyempurnakan tugas. Tetapi setelah bertutur, mereka menggunakan bahasa dalam aktiviti dan tingkah laku mereka juga berubah. Mereka berupaya merancang dan menguasai sekeliling mereka dengan pertuturan.

Teori perkembangan kanak-kanak Erikson(1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berlainan. Tahap ini adalah mengikut perkembangan kanak-kanak dan perkembangan ini dapat diasah dan ditingkatkan mengikut keperluan kanak-kanak. Peringkat prasekolah, kanak-kanak boleh berfikir dan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa sekeliling mereka. Menurut Piaget, kurikulum kanak-kanak peringkat awal perlu pertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan mereka mengikut peringkat tertentu. Piaget berpendapat bermain berperanan melatih dan memperkukuhkan kemahiran yang sedang berkembang. Oleh yang demikan, aktiviti bermain adalah satu strategi yang tidak dapat dipisahkan daripada kurikulum kanak-kanak peringkat awal. Bagi mengenal pasti sama ada kandungan kurikulum serta bahan pengajaran dan pembelajaran sesuai atau tidak, seorang guru harus mempunyai pengetahuan dalam perkembangan kanak-kanak.

Menurut kajian Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011), di luar Negara kurikulum seperti Montessori, High Scoope, Regio Emilia, Waldorf dan garis panduan Developmentally Approprite Pactices (DAP) yang disediakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kanak-kanak. Maria telah mereka bahan-bahn pembelajaran yang berasaskan aktiviti dan melakukan pemerhatian bagaimana kanak-kanak bermain dengan bahan ini. Oleh demikian, guru perlulah kreatif dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran supaya berinteraksi dengan bahan bacaan tersebut seperti bemain membunyikan suku kata KVKV dengan objek atau kad gambar.

Salah satu cara mencapai matlamat pendidikan prasekolah sempurna melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pada dasarnya sifat semulajadi kanak-kanak ialah suka bermain. Melalui bermain kanak-kanak secara tidak langsung dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman baru melalui proses pembelajaran yang menarik lagi bermakna. Semasa bermain, unsur perpaduan dan muhibah seperti sikap tolong menolong, hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dapat dipupuk.

4. OBJEKTIF KAJIANDalam kajian ini pengkaji mengenal pasti bahawa kebanyakan kajian menjurus kepada kanakkanak prasekolah. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan pencapaian kanak-kanak prasekolah dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dalam topik mengecam huruf dan membaca di antara kaedah bermain sambil belajar dengan kaedah tradisional.

Pengkaji telah menentukan beberapa objektif bagi kajian yang akan dijalankan. Objektif umum kajian tindakan ini adalah meningkatkan kemahiran mengenal huruf di kalangan murid prasekolah dengan menggunakan Pendekatan Bermain Dalam KVKV. Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: Meningkatkan strategi dan kaedah pengajaran guru yang lebih efektif. Membantu guru membuat penambahbaikan strategi dan kaedah pengajarannya sekiranya ada kelemahan. Membantu guru membuat perancangan yang terperinci sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Membantu meningkatkan kefahaman kanak-kanak dalam KVKV dengan pendekatan bermain.

5. SOALAN KAJIAN1. Sejauh manakah tahap kelancaran membaca KVKV kanak-kanak prasekolah?2. Sejauh manakah pendekatan bermain dalam proses membaca KVKV dapat mempertingkatkan kelancaran membaca kanak-kanak prasekolah?3. Adakah bermain membantu kefahaman membaca KVKV di kalangan kanak-kanak prasekolah?

6. METODOLOGI KAJIANKajian yang akan dijalankan adalah pendekatan bermain dengan menggunakan persampelan rawak sistematik iaitu kanakkanak ini akan dirawak dari segi jantina, pencapaian akademik bagi matapelajaran Bahasa Malaysia yang diperolehi sebelum kajian dijalankan, taraf hidup murid serta kemahiran sosioemosi murid. Melalui kajian ini juga, kanak kanak akan disetarakan dengan 10 orang akan diberi kaedah bermain sambil belajar.

6.1 Reka Bentuk KajianDalam kajian terhadap kanak-kanak prasekolah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah ini dilaksanakan kepada kanak-kanak prasekolah. Tinjauan kajian adalah sangat penting kerana ia dapat membantu untuk mengenalpasti segala kelemahan dan juga masalah yang timbul sebelum tindakan yang seterusnya dijalankan. Malah tinjauan kajian ini adalah penting untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Kajian bermain dalam KVKV ini saya memilih reka bentuk kajian tinjaun berbentuk kualitatif. Kualitatif yang melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, 10 orang kanak-kanak telah dijadikan sebagai sampel kajian. Bagi memungut data, beberapa instrument telah digunakan, iaitu catatan untuk pemerhatian dan produser temu bual.

6.2 Sampel KajianPopulasi kajian ini adalah dikalangan kanak-kanak prasekolah di SK Siputeh, Perak yang terdiri daripada 10 orang murid prasekolah SK Siputeh, Perak. Semuanya terdiri daripada murid berbangsa melayu. Melibatkan 6 lelaki dan 4 perempuan.

6.3 Instrumen KajianDalam kajian ini instrumen membaca KVKV dibina berdasarkan adaptasi beberapa instrument yang digunakan oleh Nor Hashimah Hashim (2003) dan Yahya Che Lah (2003). Terdapat beberapa cara menilai kanak-kanak. Berikut diberikan penilaian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji adalah: i)Kaedah pemerhatian: Kaedah ini akan dilaksanakan semasa menjalankan kajian tindakan mengatasi permasalahan yang berlaku. Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid-murid prasekolah terhadap aspek mengenal huruf dan membaca KVKV. Ini sedikit banyak membantu dalam kajian. Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid, pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan murid dan ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun kad KVKV bersama rakan-rakan, membuat aktiviti kumpulan, menyusun huruf menjadi KVKV. Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhatikan dan dinilai oleh guru adalah melalui lembaran kerja yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

ii)Kaedah sesi temubual berstruktur: Kaedah temubual boleh dilaksanakan semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti untuk mengumpulkan maklumat secara langsung. Jenis temubual yang akan digunakan adalah temubual tidak berstruktur di mana proses ini dijalankan dalam suasana yang tidak formal.

iii)Kaedah Senarai Semak.Senarai semak adalah cara mudah bagi menilai kemajuan kanak-kanak. Guru boleh membina dan membentuk senarai semak bagi menilai pencapaian sesuatu matlamat, kemahiran dan konsep. Ia digunakan untuk mengenalpasti tahap kemahiran membaca KVKV di kalangan kanak-kanak prasekolah. Guru boleh mengetahui tahap kanak-kanak dengan merekod dalam jadual seperti di bawah iaitu BM: belum menguasai atau TM : telah menguasai dengan meletak 1 di dalam kotak yang berkenaan.

Jadual 1 : Contoh senarai semak

iv)Kaedah Penilaian PenaksiranKonsep penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penilaian membolehkan guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses merancang, proses melaksanakan penaksiran dan proses merekod maklumat. Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, kedua ialah menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai dan seterusnya adalah untuk menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan.

Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.

6.4 Analisis Data Pendekatan Bermain Dalam KVKV satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak. Melalui bermain, mereka akan merasa gembira dan senang hati untuk membuat penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan tapi ianya dapat meningkatkan keupayaan kognitif, perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.

Pada bahagian ini, pelaksanaan Ujian prabacaan dijalankan untuk mendapatkan data-data bagi melaksanakan kajian seterusnya. Ujian prabacaan dijalankan kepada setiap responden. Setiap responden dikehendaki membaca 20 perkataan yang terkandung dalam setiap set ujian. Tempoh responden membaca 20 perkataan tersebut akan dicatat disamping mengira jumlah perkataan yang dibaca dengan betul.

Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat sebelum dan selepas untuk menilai perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan dan potensi murid. Maklumat ini membolehkan kemajuan murid dapat dipertingkatkan dan dikembangkan ke tahap maksimum. Menurut Nor Hashimah Hashim (2003) dan Yahya Che Lah (2003), penilaian ini digunakan bagi menilai program, seterusnya memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak. Penilaian secara formatif membantu membentuk matlamat dan objektif program dan pembelajaran kanak-kanak secara berterusan dan lebih formal. Keseluruhanya, segala bukti kajian penyelidikan perlulah dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan Pendekatan bermain dalam membaca KVKV semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

6.5 Prosedur KajianIsu masalah sebahagian besar kanak-kanak prasekolah yang masih lagi lemah dalam menguasai kemahiran membaca. Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia meneruskan usaha menangani masalah ini. Antaranya memberi latihan kepada guru dan menambahkan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penyelidikan mendapati punca masalah utama kanak-kanak tidak boleh mengingati apa yang telah dipelajari hari ini, mereka akan lupa pada keesokannya. Apabila keadaan ini berlaku akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran terus dilaksanakan dengan lancar. Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:i.Hasil pembelajaran yang ingin dicapai.ii.Bahan perlu sesuai dengan murid.iii.Bahan konkrit benar dan maujud.iv.Permainan yang menarik dan mengembirakan.

Faedah yang penyelidik dan guru-guru dapat melalui pendekatan ini adalah ia dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada khusus. Ia membantu dalam meningkatkan keupayaan kognitif, dapat bersosialisasi dengan rakan-rakan, meningkatakan kemahiran emosi, perkembangan fizikal dan kemahiran daya rekacipta penyelidik dan guru-guru.

Langkah pertama yang guru laksanakan dalam aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran adalah kaedah fonik digunakan untuk melatih kanak-kanak suku kata dengan memadankan dua suku kata menjadi perkataan. Sebelum kanak-kanak mencantumkan dua suku menjadi perkataan, kanak-kanak perlu dahulu menguasai kemahiran membaca dan membunyi suku kata KV seperti ba, ca da, fa.. za. Terdapat pelbagai pendapat mengenai cara pelaksanan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Menurut Marohaini Yusoff (2014) perkataan yang selalu digunakan dan kerap kali ditemui semasa membaca lebih senang difahami. Oleh itu, guru perlu membina carta dan kad suku kata KV dimana kanak-kanak akan bermain seperti bingo untuk melihat tahap ingatan hafalan dan mengecam bunyi suku kata terbuka KV. Setiap kali kanak-kanak bermain akan membunyi dan menemui suku kata yang sama. Siapa yang Berjaya mencari bunyi yang sama akan menyebut bingo. Secara tidak langsung kanak-kanak senorok bermain dengan bunyi suku kata KV.

Langkah kedua iaitu apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran membunyi suku kata KV. Guru memberi peluang untuk bermain suku kata yang menggunakan perisian komuputer bagi menarik minat dan memupuk semangat untuk berusaha gigih. Jika telah menguasai kedua-dua kemahiran tersebut guru akan membina carta di mana kanak-kanak akan melengkapkan dua suku kata berdasarkan gambar.

Langkah seterusnya bermain roda impian untuk memadankan dua suku kata terbuka menjadi perkataan berdasarkan carta gamabar yang disediakan. Setiap aktiviti yang akan dijalankan diberi token sebagai satu penghargaan atas usaha mereka untuk memupuk minat membaca. Setelah kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, saya akan menggunakan teknik mengeja dan membatang dua suku kata terbuka dengan bermain membina perkataan dua suku kata terbuka berdasarkan gambar yang diberi.

7. BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya difokuskan kepada masalah kemahiram membaca KVKV kanak-kanak prasekolah sahaja dan tidak melibatkan guru prasekolah. Kajian ini pula akan dijalankan di Prasekolah SK Siputeh, Perak sahaja. Secara kesimpulanya, dengan adanya kajian penyelidikan ini ia secara tidak langsung dapat menyedarkan guru-guru bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara kelas, kumpulan ataupun individu. Saya yakin dan percaya pendekatan belajar sambil bermain akan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah SK Siputeh, Perak.

RUJUKANAmir Awang (1986). Teori-teori pembelajaran. Fajar Bakti Shah Alam

Dr. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Publicatin & Distributors Sdn. Bhd

Kamarudin Hj. Husin (1998) Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Logman Malaysia Sdn. Bhd

Kebangsaan Prasekolah (Edisi Percubaan). Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum Kuala Lumpur Percetakan Rima Sdn Bhd

Linah Binti Summase (2009), Belajar Sambil Bermain Buku Kolekdi Kerta Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL ms 92-101

Marohaini Yusoff 2014, Strategi Pengajaran Bacaan dan kefahaman. PTS Akademia, Selangor

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2004).Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Publicatin & Distributors Sdn. Bhd

Sharifah Nor Puteh, Aliza Ali (2011), Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah Journal Pendidikan Bahasa Melayu:1-15

Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman, Dk. Siti Ardiah Pg. Mohiddin, Maszuraimah Muizz Sulaiman (2012), The Implementation Of The Teaching Of Reading Using Phonics Method At Preschool Level In Brunei Darussalam Journal Pendidikan Bahasa Melayu: 93-109

2

14