krl3033 d20112052413 rosliza razali

Upload: aisyma-fiza

Post on 06-Jul-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    1/16

    0

    KRL 3033

    KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. MATRIK PROGRAM

    ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 AT34J

    PENDIDIKAN

    SEKOLAH

    RENDAH

    PENSYARAH/PENYELIA: DR. ZULKEFLEE BIN HJ. YAACOB

    TARIKH SERAH : 25 MAC 2015 

    KERTAS KERJA

    PERMAINAN BOLING DENGAN RANGSANGAN GAMBAR BAGI

    MEMBANTU MURID LINUS TAHUN MEMBACA DIFTONG DAN DIGRAF

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    2/16

    1

    I SI KANDUNGAN

    i.  Pendahuluan 2

    ii.  Latar belakang kajian 3

    iii.  Pernyataan masalah 3

    iv.  Kerangka konseptual 5

    v.  Objektif kajian 8

    vi.  Soalan Kajian 8

    vii.  Kepentingan kajian 10

    viii.  Batasan kajian 10

    ix.  Definisi operasional 11

    x. 

    Rumusan 13

    xi. Rujukan 14

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    3/16

    2

    i.  Pendahuluan

    Bahasa Melayu atau kini lebih dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan

     bahasa kebangsaan bagi negara bangsa Malaysia. Oleh hal yang demikian, subjek ini

    telah diajar di semua peringkat persekolahan dan menjadi subjek wajib lulus bagi

     peperiksaan  –   peperiksaan awam terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam

    mempelajari subjek bahasa Malaysia, murid akan diajar kemahiran  –  kemahiran bahasa

    yang meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan

    kemahiran menulis (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Biar pun kini kurikulum

     pendidikan bahasa Malaysia berubah selari dengan perubahan secara total kurikulum

     pendidikan negara daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dasar dan pendirian pihak kementerian

    tentang pengajaran kemahiran bahasa dalam kalangan murid di sekolah tetap tidak

     berubah.

    Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang amat penting untuk

    dikuasai oleh seseorang individu. Kemahiran ini boleh diklasifikasikan sebagai

    kemahiran paling penting dalam  survival   hidup seseorang. Tidak keterlaluan jika

    dikatakan bahawa kemahiran membaca adalah satu kebolehan yang menjadi punca

    kepada pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang. Justeru itu, pihak

    kementerian telah menetapkan kemahiran membaca sebagai salah satu kemahiran utama

    yang perlu dikuasai oleh murid terutamanya murid tahap 1 sekolah rendah sebelum

    mereka memasuki tahap 2 persekolahan. Untuk tujuan itu, Ujian Saringan LINUS

    dijalankan bagi memastikan tiada murid tercicir dalam menguasai kemahiran membaca.

    Guru  –   guru pula disarankan untuk melakukan inovasi terhadap strategi pengajaran

    mereka dalam membantu murid –  murid ini menguasai kemahiran membaca.

    Pelbagai strategi pengajaran dapat digunakan oleh guru bagi membantu murid  –  

    murid mereka menguasai kemahiran membaca. Felicia Michael (2012) mencadangkan

     penggunaan doh bagi membantu murid mengenal huruf dan menyebut huruf. Wan Mohd

    Zulfaqar & Nordin (2013) pula mencadangkan penggunaan papan interaktif kata bagi

    membantu murid membaca perkataan KV+KV. Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2007)

     pula menggunakan strategi pengajaran yang lebih menarik iaitu melalui lagu dan muzik

     berasaskan komputer bagi membantu murid tahun 1 meningkatkan kemahiran membaca

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    4/16

    3

    mereka. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk menggunakan permainan

     boling dengan rangsangan gambar bagi membantu murid  –   murid LINUS tahun 2

    membaca diftong dan digraf.

    ii.  Latar belakang kajian

    Tajuk kajian saya ialah Permainan Boling Dengan Rangsangan Gambar Bagi

    Membantu Murid LINUS Tahun 2 Membaca Diftong dan Digraf. Kajian in

    memanipulasikan kaedah main yang kini diaplikasikan dalam Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah (KSSR) melalui strategi pengajaran didik hibur (Kementerian Pelajaran

    Malaysia, 2012). Kemahiran membaca merupakan salah satu bidang yang diuji dalam

    Ujian Saringan LINUS. Murid terutamanya murid LINUS sering kali menghadapi

    masalah untuk membaca diftong dan digraf. Melalui kaedah main dengan penerapan

    rangsangan gambar, murid LINUS tahun 2 akan dibantu untuk membaca diftong dan

    digraf dalam bahasa Melayu. Seramai 25 orang murid tahun 2 yang gagal melepasi Ujian

    Saringan LINUS 1 & pada tahun 2014 (ketika mereka darjah 1) akan menjadi responden

    kepada kajian penyelidikan ini. Murid  –  murid tersebut merupakan murid  –  murid dari

    Sekolah Kebangsaan Parit Kasan. Latar belakang responden adalah hampir sama iaitu

    datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang sederhana.

    Kebanyakan ibu bapa murid adalah petani, penoreh getah dan pekerja kilang.

    iii.  Pernyataan masalah

    Tahun 2014 menyaksikan seramai 25 orang murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan

    Parit Kasan gagal dalam melepasi Ujian Saringan LINUS 1 dan 2. Hal ini dilihat sebagai

    suatu kebimbangan kerana ia akan mengganggu perjalanan proses pembelajaran mereka.

    Beberapa siri mesyuarat telah diadakan oleh pihak pentadbiran sekolah ekoran masalah

    ini. Rentetan daripada mesyuarat tersebut, pihak pentadbiran sekolah menyarankan agarguru  –   guru bahasa Malaysia bagi tahun 1 dan 2 menggunakan pelbagai strategi

     pengajaran bagi memastikan murid berjaya menguasai kemahiran membaca (literasi

     bahasa Malaysia) dengan jayanya.

    Berdasarkan atas pengalaman mengajar saya selama lebih 10 tahun, saya

    merasakan bahawa kaedah main amat sesuai digunakan oleh murid  –   murid peringkat

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    5/16

    4

    sekolah rendah terutamanya murid tahap 1. Kaedah main ini dilihat sebagai kaedah

     pembelajaran yang amat diminati oleh murid –  murid. Sesuai dengan sifat lahiriah kanak

     –   kanak, mereka sememangnya suka bermain (Noriati et al, 2009). Justeru itu, guru

    seharusnya mengambil kesempatan daripada peluang ini untuk menerapkan aktiviti

     pembelajaran dalam proses bermain kanak  –   kanak yang mana hasil pembelajarannya

    diketahui dikuasai dengan baik.

    Permainan boling dengan rangsangan gambar merupakan satu kaedah pengajaran

    kemahiran membaca terutamanya kemahiran membaca diftong dan digraf. Melalui

    kaedah ini, murid akan bermain sambil belajar untuk menyebut dan membaca perkataan –  

     perkataan yang mempunyai diftong dan digraf dengan rangsangan gambar. Perkataan  –  

     perkataan akan dipecahkan kepada dua suku kata. Suku kata tersebut akan dilekatkan

     pada botol  –  botol boling. Perlu diingat bahawa digraf dan diftong juga dilekatkan pada

     botol  –   botol boling tersebut. Murid seterusnya akan membaling bola ke arah susunan

     botol  –  botol tersebut. Jatuhan bola perlu dikumpulkan oleh murid, mereka seterusnya

     perlu menggabungkan suku kata pada botol yang dijatuhkan mereka untuk membentuk

     perkataan  –   perkataan yang bermakna. Huraian lengkap mengenai permainan ini akan

    diterangkan dalam bab seterusnya penulisan kertas kerja penyelidikan tindakan ini.

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    6/16

    5

    iv.  Kerangka konseptual

    Dalam menjalankan penyelidikan tindakan ini, model Kemmis (dalam Rosinah,

    2012) akan diguna pakai kerana model ini dilihat sebagai paling sesuai untuk dijadikan

    kerangka utama kepada pelaksanaan kajian ini. Empat prosedur pelaksanaan penyelidikan

    tindakan menurut Model Kemmis meliputi perancangan, pelaksanaan (implementasi),

     pemerhatian dan membuat refleksi. Berikut merupakan asas prosedur tindakan yang akan

    diguna pakai dalam menjalankan kajian ini;

    Rajah 1: Model Stephen Kemmis (Rosinah, 2012)

    Dalam Model Kemmis, terdapat istilah kitaran yang merujuk kepada proses

    lengkap prosedur pelaksanaan penyelidikan tindakan. Langkah pertama merujuk kepada

     perancangan yang mana saya akan merancang pelaksanaan penyelidikan ini melalui

     pemerhatian awal dan juga dengan merujuk kajian  –   kajian terdahulu. Seterusnya,

     perancangan yang telah dibuat akan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang telah

    ditetapkan. Pemerhatian seterusnya akan dilakukan bagi mendapatkan output  –   output

    daripada pelaksanaan tindakan tersebut. Berdasarkan hasil dapatan tindakan, refleksi

    akan dijalankan bagi menilai kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang

     pelaksanaan tindakan yang telah dijalankan.

    Kitaran Pertama

    Kitaran Kedua

    Rancang

    Tindakan

     

    Tindakan

     

    Refleksi

    Refleksi

    Pemerhatian

    Pemerhatian

    Semakan

    Rancangan

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    7/16

    6

    Jika dapatan refleksi menunjukkan respons negatif, kitaran kedua akan dijalankan

    sebagai memperbaiki prosedur pelaksanaan penyelidikan tindakan sedia ada. Kitaran

    kedua akan memperlihatkan prosedur pelaksanaan penyelidikan tindakan yang sama iaitu

    merancang, tindakan/implementasi, pemerhatian dan refleksi. Dapat dikatakan di sini

     bahawa perancangan tindakan yang akan dijalankan dalam kitaran kedua merujuk kepada

     proses penambahbaikkan daripada hasil dapatan daripada kitaran pertama yang telah

    dijalankan.

    Berikut merupakan langkah pelaksanaan tindakan yang akan dijalankan dengan

     pengimplementasian kaedah penyelidikan tindakan Model Kemmis (dalam Rosinah,

    2012);

    Prosedur Penerangan

    Perancangan Untuk kitaran pertama, segala perancangan akan dimuatkan

    dalam kertas kerja perancangan pelaksanaan penyelidikan

    tindakan ini.

    Pemerhatian awal akan dilakukan bagi meninjau masalah

    yang dihadapi dan menilai kesesuaian penggunaan strategi

     pengajaran yang telah dipilih.

    Tindakan/Implementasi Saya akan menjalankan dua jenis PdP iaitu PdP pertama

    dijalankan tanpa intervensi manakala PdP kedua dijalankan

    dengan intervensi.

    Intervensi di sini merujuk kepada pengimplimentasian

    strategi pengajaran yang telah dirancang iaitu penggunaan

    kaedah permainan boling dengan rangsangan gambar.

    Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan terhadap pelaksanaan PdP

    sebelum dan selepas intervensi bagi mendapatkan maklumat

    tentang kesan yang diterima oleh murid selepas pelaksanaan

    strategi pengajaran ini.

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    8/16

    7

    Data dikumpulkan melalui tiga jenis instrumen kajian iaitu

     pemerhatian berstruktur, temu bual dan analisis dokumen.

    Refleksi Data yang telah dikumpulkan akan dianalisa bagi

    mendapatkan generalisasi terhadap keberkesanan kaedah

     pelaksanaan penyelidikan yang telah dijalankan.

    Jika didapati murid tidak menerima impak positif terhadap

    inovasi strategi pengajaran ini, penambahbaikkan akan

    dilakukan ke atas pelaksanaan tindakan dan dijalankan

    dalam kitaran yang kedua.

    Jadual 1: Kitaran pertama perjalanan prosedur penyelidikan tindakan melalui penerapan

    Model Kemmis

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    9/16

    8

    v.  Objektif kajian

    Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca

    diftong dan digraf dalam literasi bahasa Malaysia dengan menggunakan kaedah

     permainan boling dengan rangsangan gambar. Selain hal itu, kajian ini juga dijalankan

    untuk menilai impak gabungan kaedah bermain dan rangsangan gambar terhadap minat,

    motivasi dan tingkah laku murid terhadap i. kemahiran membaca suku kata diftong dan

    digraf; ii. intervensi gabungan kaedah bermain boling dengan rangsangan gambar; iii.

    guru yang mengajar bahasa Malaysia melalui penggunaan strategi pengajaran ini; dan

    akhir sekali terhadap iv. subjek bahasa Malaysia.

    a.  Objektif khusus

    i.  Untuk menentukan keberkesanan intervensi kaedah bermain permainan boling

    dengan rangsangan gambar dalam proses PdP bagi kemahiran membaca suku

    kata digraf dan diftong.

    ii.  Menilai impak intervensi kaedah bermain permainan boling dengan

    rangsangan gambar ke atas minat dan motivasi murid terhadap PdP bagi

    kemahiran membaca suku kata digraf dan diftong.

    iii.  Mencerap kekerapan jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid sewaktu

    intervensi bagi kemahiran membaca suku kata digraf dan diftong.

    vi.  Soalan Kajian

    Berikut merupakan persoalan kajian yang dibina bagi membantu mencapai objektif

    kajian;

    i.  Adakah intervensi kaedah bermain permainan boling dengan rangsangan gambar

     berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata

    digraf dan diftong?ii.  Adakah kaedah bermain permainan boling dengan rangsangan gambar memberi

    kesan positif kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti aktiviti

    PdP?

    iii.  Apakah kekerapan jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid sewaktu

    intervensi bagi kemahiran membaca suku kata digraf dan diftong?

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    10/16

    9

    vii.  Kepentingan kajian

    Kajian tindakan ini dihasilkan bagi menilai dan mengukur keberkesanan PdP

    dengan strategi pengajaran menggunakan kaedah bermain permainan boling dengan

    rangsangan gambar terhadap kemahiran membaca diftong dan digraf dalam kalangan

    murid –  murid LINUS tahun 2 yang gagal melepasi Ujian Saringan 1 dan 2 LINUS pada

    tahun 2014. Oleh hal yang demikian, saya menjangkakan bahawa hasil laporan

     penyelidikan tindakan ini dapat membantu para guru untuk menilai semula strategi

     pengajaran yang telah digunakan oleh mereka selama ini di samping merangsang mereka

    (para guru) untuk bertindak lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti PdP yang sesuai

     bagi menarik minat dan meningkatkan motivasi murid  –  murid yang gagal dalam Ujian

    Saringan LINUS.

    Selain hal itu, kajian ini juga dilihat sesuai dalam membantu murid –  murid tahun

    2 di sekolah saya untuk memperbaiki pencapaian mereka dalam perkembangan

     pembelajaran subjek bahasa Malaysia mereka. Dapatan  –   dapatan daripada kajian ini

    seterusnya akan membantu saya untuk merencanakan aktiviti PdP yang seterusnya bagi

    membantu murid –  murid tahun 2 menguasai kemahiran membaca dan akhirnya melepasi

    ujian –  ujian saringan dalam LINUS.

    viii.  Batasan kajian

    Menurut Carlopio (1998) dalam Noriati et al (2010), perubahan ialah penerimaan

    inovasi apabila maklumat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui

     penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Justeru itu, penyelidikan tindakan ini

    dilaksanakan bagi menambah baik pelaksanaan dan amalan harian guru dalam

    menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid  –   murid. Namun begitu, dalam

    menjalankan proses perubahan ini, terdapat banyak batasan yang perlu saya lalui dalam

    usaha untuk memastikan agar penyelidikan saya ini mencapai takat keberjayaannya.

    Kekangan masa merupakan musuh paling rapat yang mengongkong pelaksanaan

     penyelidikan tindakan saya. Saya mempunyai pelbagai komitmen yang memerlukan saya

    memperuntukkan masa demi memenuhi keperluan komitmen  –   komitmen tersebut.

    Sebagai seorang guru, seorang isteri dan seorang ibu, saya perlu bijak dalam

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    11/16

    10

    membahagikan masa. Untuk itu, saya bercadang untuk menggunakan jadual perancangan

    tugasan harian bagi membantu saya menguruskan masa dan semua tugasan dengan bijak.

    Selain hal itu, tingkah laku murid juga menjadi halangan kepada pelaksanaan

     penyelidikan tindakan saya. Seperti umum sedia maklum, kanak  –   kanak mempunyai

    sifat dan perangainya yang tersendiri. Ibu bapa dan guru lah yang bertindak untuk

    mencorakkannya. Namun begitu, murid  –  murid yang bersekolah di institusi  –   institusi

     pendidikan pada usia seawal 6 tahun telah menghabiskan 3 hingga 5 tahun secara purata

    di rumah sepenuh masa atau pun di pusat  –  pusat pengasuhan. Justeru itu, peribadi dan

    tingkah laku kanak  –  kanak ini telah pon dicorak dengan tanpa disedari oleh ibu bapa.

    Ada yang mempunyai sikap –  sikap positif dan ada juga yang mempunyai banyak sikap –  

    sikap negatif. Kanak  –   kanak ini akhirnya membawa sikap dan perangai tersebut ke

    sekolah rendah. Saya sebagai seorang guru tahun 1 dan 2 sentiasa menemui pelbagai

    ragam dan jenis murid  –  murid. Saya dapat jangkakan tentang tingkah laku yang akan

    ditunjukkan oleh murid  –  murid saya apabila proses pelaksanaan penyelidikan tindakan

    ini dijalankan.

    Batasan  –   batasan lain yang mungkin dialami oleh saya sepanjang menjalankan

     penyelidikan tindakan ini ialah hubungan dan kerjasama antara saya dengan pihak

    sekolah, saya dengan kakitangan sekolah yang lain terutamanya guru –  guru, saya dengan

    murid dan juga saya dengan ibu bapa. Justeru itu, sebelum melaksanakan penyelidikan

    tindakan ini saya perlu memaklumkan pihak pentadbiran sekolah dan pihak Pejabat

    Pendidikan Daerah Ledang tentang pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Saya juga

     perlu memberi maklum kepada ibu bapa dan penjaga murid –  murid tentang penglibatan

    anak –  anak di bawah mereka dalam kajian ini.

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    12/16

    11

    ix.  Definisi operasional

    a.  Diftong

    Diftong merujuk kepada gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan dalam

    satu hembusan nafas seperti ai, au dan oi.

     b.  Digraf

    Digraf merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002) dimaksudkan

    sebagai dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Secara amnya digraf merupakan

    dua huruf berturut –  turut yang mewakili satu bunyi, dua huruf atau dua lambang

    seperti ng, kh, sy dan ny.

    c. 

    Kaedah

    Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002) menerangkan kaedah sebagai

    norma, langgam, cara, laku, adat kebiasaan, hukum, prinsip, teorem, tata,

     peraturan, acara, sistem, susunan, stesel, metode, macam, lagu, ragam, lagak,

    ugeran, lagam. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi

    melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Arbak

    Othman (1989) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai cara keseluruhan

    mengajar bahasa bagi mencapai tujuan  –   tujuan yang tertentu melalui prinsip  –  

     prinsip yang telah ditetapkan oleh satu –  satu kaedah.

    Abdullah Hassan (1996) pula menambah, kaedah pengajaran juga

    membawa maksud langkah –  langkah dan peringkat –  peringkat yang diatur untuk

    mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang

    dipegang. Kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk

    mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan

    kepada pendekatan yang dianuti (Modul KRB 3053). Kaedah ini bersifat prosedur

    yang terdiri daripada langkah  –   langkah dan peringkat  –   peringkat yang teratur

    yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.

    Secara tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa kaedah pengajaran

    merupakan langkah  –   langkah pengajaran yang tersusun rapi dan

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    13/16

    12

     berkesinambungan yang harus diikuti dengan sesuai bagi mencapai sesuatu

    objektif pengajaran.

    d.  Kaedah bermain

    Kaedah bermain merupakan satu aktiviti berstruktur yang memfokuskan

    kepada aktiviti bermain dengan penerapan aktiviti –  aktiviti pembelajaran. Murid

    akan berasa seronok bermain dan dalam masa yang sama akan menguasai hasil

     pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru.

    e.  Membaca

    Menurut kamus Dewan edisi Empat, ‘baca’ ditakrifkan sebagai

    memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan

    memahamkan makna kandungannya. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan

    (2002) menerangkan baca sebagai ucap, sebut, kata. Membaca pula didefinisikan

    sebagai mengucapkan, menuturkan, melafazkan, membatang, berkata.

    Menurut Atan (1978) pula, membaca ialah kebolehan mengenal lambang-

    lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara

    (bahasa) serta memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan

    itu. Menurut Kim Myonghee (2002) pula, “reading is a very complicated process

    involving a variety of factors that interact with one another ”. Dalam konteks

    kajian ini, membaca bermaksud kebolehan membaca abjad, suku kata, perkataan

    dan ayat. Menurut Yahya (2007), proses membaca adalah usaha berterusan yang

    dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna

    teks yang dibaca.

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    14/16

    13

    x.  Rumusan

    Sesuai dengan sifat semula jadi kanak –  kanak yang sememangnya suka bermain,

     penggunaan kaedah bermain ini dilihat amat sesuai digunakan sebagai platform bagi

    membantu murid –  murid menguasai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru.

    Pelbagai kajian telah dijalankan oleh para sarjana, guru  –  guru dan pengamal pendidikan

    seluruh dunia tentang keberkesanan pengimplementasian kaedah bermain sebagai salah

    satu bahagian dalam aktiviti PdP. Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan agar

     penyelidikan tindakan ini mampu untuk mengukuhkan lagi kenyataan bahawa kaedah

     bermain sebagai platform pembelajaran dapat membantu murid menguasai pembelajaran

    mereka.

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    15/16

    14

    Bibliography

    Abdullah Hassan. (1996). Isu - isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa malaysia. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Draf DSK

     Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1 SK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum,

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Felicia Michael. (2012). Biskut Huruf Meningkatkan Prabacaan. Kuching: IPG Kampus Batu

    Lintang.

    Haji Zainal Abidin Safarwan . (2002). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan . Kuala Lumpur:

    Utusan Publications & Distributors.

    Haliza, H., & Samuel, J. N. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam :

    Oxford Fajar .

    Haliza, H., & Samuel, J. N. (2009). Perkembangan Kanak - Kanak  (2 ed.). Kuala Lumpur:

    Kumpulan Budiman.

    Juriah Long et al. (1992). Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar

    Bakti.

    Kamarudin, J., & Siti Hajar, A. A. (2012). KSSR Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah

     Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Norhadi Anwar Tamit. (2012). Penggunaan "Super Ayat" dalam meningkatkan kemahiran

    membaca secara mekanis murid tahun empat. Kuching: IPG Kampus Batu Lintang .

     Noriati, A. R., Ying, B. P., & Sharifah Fakhriah, S. A. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah

    Alam: Oxford Fajar.

     Noriati, A. R., Ying, B. P., Sharifah Fakhriah, S. A., & Wan Kamaruddin, W. H. (2009).

    Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

     Noriati, A. R., Ying, B. P., Sharifah Fakhriah, S. A., & Zuraidah, A. M. (2010). Guru dan

    Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. .

    Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Modul KRB 3053. Tanjong Malim:

    Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Penulisan. Kuala Lumpur: Freeminds

    Horizons Sdn. Bhd. .

  • 8/17/2019 Krl3033 d20112052413 Rosliza Razali

    16/16

    15

    Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir. (2007). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca

     Menerusi Lagu dan Muzik berasaskan komputer bagi murid tahu satu. Shah Alam:

    Universiti Teknologi Malaysia .

    Wan Mohd Zulfaqar, W. Y., & Nordin, S. (2013). Meningkatkan kemahiran membaca perkataan

     KV+KV murid tahun 3 Amanah menggunakan Papan Interaktif Kata. Terengganu: IPG

    Kampus Dato' Razali Ismail.