kritik jurnal ob.docx

9
Jurnal yang saya kaji bertajuk Do Women Followers Prefer A Different Leadership Style Than Man? Di dalam jurnal yang Bertajuk The International Journal Of Human Resources Management. Vol.22, No.13,August 2011, 2818-2833. Jurnal ini telah diterbitkan oleh Routledge Taylor&France. Jurnal ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif iaitu kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Ringkasan jurnal Daripada jurnal tersebut dapat saya ringkskan bahawa, kajian ini bertajuk Adakah wanita cenderung memilih gaya kepimpinan yang berbeza berbanding lelaki? Hakikatnya dalam dunia yang semakin global ramai yang mencari cara yang terbaik untuk memajukan sesebuah organisasi. Oleh itu kajian ini telah dilaksanakan untuk mengkaji persepsi pekerja bawahan terhadap ciri kepimpinan terbaik menerusi perspektif yang berbeza. Kajian ini telah memilih individu di Greek untuk menjalankan kajian. Soal selidik telah diedarkan kepada seramai 2008 orang responden yang bekerja di sektor awan di Greek. Kajian ini ingin mengkaji gaya kepimpinan yang terbaik menerusi perspektif lelaki dan wanita. Serta pengaruh gaya kepimpinan tersebut ke atas keperluan kepada pencapaian bagi lelaki dan wanita. Konsep kepimpinan telah menjadi isu yang amat penting, kerana ianya memberikan impak yang sangan besar terhadap kejayaan sesebuah organisasi. Kemajuan dunia kini telah mendorong individu

Upload: sofiah-mohamad

Post on 26-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal yang saya kaji bertajuk Do Women Followers Prefer A Different Leadership Style Than Man? Di dalam jurnal yang Bertajuk The International Journal Of Human Resources Management. Vol.22, No.13,August 2011, 2818-2833. Jurnal ini telah diterbitkan oleh Routledge Taylor&France. Jurnal ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif iaitu kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Ringkasan jurnal Daripada jurnal tersebut dapat saya ringkskan bahawa, kajian ini bertajuk Adakah wanita cenderung memilih gaya kepimpinan yang berbeza berbanding lelaki? Hakikatnya dalam dunia yang semakin global ramai yang mencari cara yang terbaik untuk memajukan sesebuah organisasi. Oleh itu kajian ini telah dilaksanakan untuk mengkaji persepsi pekerja bawahan terhadap ciri kepimpinan terbaik menerusi perspektif yang berbeza. Kajian ini telah memilih individu di Greek untuk menjalankan kajian. Soal selidik telah diedarkan kepada seramai 2008 orang responden yang bekerja di sektor awan di Greek. Kajian ini ingin mengkaji gaya kepimpinan yang terbaik menerusi perspektif lelaki dan wanita. Serta pengaruh gaya kepimpinan tersebut ke atas keperluan kepada pencapaian bagi lelaki dan wanita. Konsep kepimpinan telah menjadi isu yang amat penting, kerana ianya memberikan impak yang sangan besar terhadap kejayaan sesebuah organisasi. Kemajuan dunia kini telah mendorong individu untuk memilih pemimpin yang terbaik demi mencapai matlamat, terutamanya matlamat organisasi. Oleh, itu satu kajian perlu di wujukan untuk mengetahui apakah ciri-ciri pemimpin yang di kehendaki oleh lelaki dan wanita sewaktu mereka bekerja. Lambakan pekerja wanita dalam dunia pekerjaan juga menjadi telah mewujudkan banyak isu yang perlu di kupas. Hal ini demikian kerana sudah semestinya golongan wanita mempunyai perspektif mereka sendiri tentang ciri-ciri yang perlu wujud dalam diri pemimpin. Hal ini demikian kerana, pandangan wanita untuk memajukan sesebuah organisasi tidak lagi boleh di pandang enteng mereka juga perlu diberikan ruang untuk menilai pemimpin yang terbaik. Objektif kajian yang cuba di capai oleh penyelidik adalah untuk mengetahui persepsi pekerja bawahan terhadap profil kepimpinan melalui perspektif yang berbeza. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji keperluan dan memeriksa keupayaan pemimpin untuk menguruskan perubahan dengan menggunakan instrumen yang diperkenalkan oleh Ekvall dan Arvonen (1991) iaitu teori pendekatan 3 dimensi Ekvall dan Arvonen (1991). Memandangkan sifat aneh prototaip pemimpin, matlamat utama adalah untuk mencari sama ada ini adalah perkara biasa untuk individu lelaki dan perempuan.Kajian ini juga mengambil kira keperluan (need for achievement) individ. Oleh itu, Pengkaji telah menyenaraikan 3 hipotesis yang ingin beliau capai iaitu:H1a: Pekerja wanita lebih mengharapkan ketua/pemimpin yang berorentasikan manusia dan perubahan (people/change oriented)H1b: Pekerja lelaki lebih mengharapkan ketua/pemimpin yang berorentasikan tugas( task oriented)H2: Pekerja lelaki dan dan wanita di pengaruhi oleh keperluan untuk pencapain (need for achiement) dalam memilih gaya kepimpinan pemimpin.

KRITIKAN JURNAL Pada pandangan saya kajian ini menerangkan isu-isu kepimpinan masa kini yang memerlukan kajian yang mendalam terutamanya daripada 2 perspektif yang berbeza. Konsep kepimpinan telah menjadi isu yang amat penting, kerana ianya memberikan impak yang sangan besar terhadap kejayaan sesebuah organisasi. Kemajuan dunia kini telah mendorong individu untuk memilih pemimpin yang terbaik demi mencapai matlamat, terutamanya matlamat organisasi. Oleh, itu satu kajian perlu di wujukan untuk mengetahui apakah ciri-ciri pemimpin yang di kehendaki oleh lelaki dan wanita sewaktu mereka bekerja. Perengan satu dan dua dalam jurnal tersebut telah menjelaskan dengan lebih mendalam tentang tajuk yang ingin dikaji. Akikatnya, pembaca boleh memahami isu yang ingin diutarakan oleh penyelidik melalui pernyataan masalah yang dinyatakan. Pengkaji juga telah menyatakan objektif kajian yang jelas dan mudah untuk dicapai. Manakala hipotesisi yang ingin diuji juga rasional. Pada pandangan saya sorotan kajian yang dibuat oleh pengkaji agak berserabut dan tidak terurus. Hal ini demikian kerana terlmpau banyak teori tradisional yang pengkaji lambakkan dalam sorotan literature sehigga menutup tori sebenar yang ingin dikaji. Selain daripada itu, pengkaji juga tidak menyatakan menjelaskan teori pendekatan 3 dimensi tersebut dengan jelas. Hal ini demikian keran pengkaji hanya menceritakan kekurangan yang terdapat pada teori tradisional tanpa membezakan teori tersebut dengan teori yang ingin pengkaji gunakan. Hakikatnya, sorotan kajian yang digunakan juga agak lapuk dan tidak terkini. Betul pengkaji perlu mengunakan teori-teori tradisional yang telah kukuh, tetapi jika pengkaji menambah teori atau pandangan yang lebih terkini sudah semestinya sorotan kajian tersebut akan menjadi lebih menarik. Sorotan yang dibuat jugak agak terlalu sempit tampa penerangan yang jelas. Pengkaji juga perlu menambah lagi sorotan kajian tersebut, hal ini demikian kerana sorotan yang sedia ada tidak mampu untuk menguatkan lagi hujah dan pandangan penyelidik. Sorotan kajian yang dibuat tidak bias tetapi agak tidak jelas dan perlu di tambah baik. Berdasarkan jurnal yang dikaji sorotan kajian yang dipaparkan oleh penyelidik adalah berkaitan dengan teoriteori kepimpinan tradisonal. Bemaksud teori yang dikemukakan oleh penyelidik adalah agak lama dan tidak terkini. Pada perenggan awal pengkaji telah menyatakan tentang definasi kepimpinan daripad pengkaji terdahulu seperti Harsey dan Blanchard(1982) serta Clark dan Clark 1996. Definasi terkini yang dinyatakan oleh pengkaji hanyala daripada Scandura dan Dorfman iaitu pada tahun 2004. Seterusnya pada perenggan yang ke-2 pengkaji telah mengemukankan teori-teori kepimpinan. Iaitu 2 dimensi kepimpinan yang telah diperkenalkan oleh Lewin, Leppit dan White pada tahun 1939. Teori tersebut menekakan dua dimensi pemimpin yang berbeza iaitu pemimpin berorentasikan pekerja/hubungan dan pemimpin yang berorentasikan tugas/pengeluaran. Pengkaji telah membezakan teori tradisional tersebut dengan teori yang telah di kemukakan pada 1991. Teori yang telah digunakan ialah teori pendekatan 3 dimensi Ekvall dan Arvonen. bahawa dua dimensi model klasik tersebut tidak lagi dapat mencerminkan tingkah laku pemimpin kini, disebabkan oleh globalisasi, persaingan yang hebat, dan evolusi teknologi yang pesat, Ekvall dan Arvonen (1991) menegaskan antara gaya kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin adalah yang di tekankan mereka dalam teori pendekatan 3 dimensi iaitu, orentasi pekerja / hubungan, orentasi perubahan dan orentasi tugas.

Dalam sesuatu kajian penyelidikan, metodologi yang digunakan merupakan factor yang penting bagi membolehkan keputusan yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan berkualiti. Juteru itu, pensampelan dan penganalisisian data yang digunakan perlu dikenal pasi agar ia bersesuian dengan objektif kajian. Kegagalan dalam menggunakan methodology kajian yang bersesuain dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh mennyebabkan beban maklumat. Dalam jurnal ini, pengkaji tidak menjelaskan dengan jelas reka bentuk kajian yang beliau lakukan. Sepatutnya pengkaji munggunakan frasa seperti kajian ini menggunakan kedah kuantitatif dan menggunakan kaedah pengumpulan data secara tinjauan. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik, sperti sedia maklum sememangnya melalui soal selidik sesuatu masaalah dapat dirungkai. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, meskipun penyelidik menggunakaan boring soal selidik tetapi sampel responden yang dipilih adalah dipilih secara sambil lewa. Penyelidik sepatunya memdapatkan jumlah keseluruhan pekerja awam tersebut kemudia membuat pemilihan sample yang sesuai. Contonhnya mengikut jadual persempelan yang disarankan oleh krejcie dan morgan 1970. Melalui kaedah ini pemilihan sample yang di buat oleh pegkaji akan menjadi lebih tepat. Namun, pengkaji hanya menggagak dan memilih 2008 sampel tanpa membuat sebarang rujukan. Kaedah penyebaran soal seldik yang dilakukan juga akan tidak telus , dimana pengkaji hanya mengedarkan boring soal selidik tersebut dapa setiap organisasi tanpa memberikan penerangan yang sewajarnya kepada responden. Manakala responden hanya berkesempatan untuk mendekatai 75 orang responden sahaja secara face to face. Prosedur kajian yang dinyatakan agak bercelaru dan tidak teratur terutamanya sewaktu pengkajia membina boring soal selidik. Situasi ini berlaku ekoran penyelidik tidak melakukan kajian rintis atau pilot test.hakikatnya, meskipun penyelidik telah menggunakan soal selidik orang lain dan mempunyai keboleh percayaan dan kesahan yang boleh diterima , tetapi kajian awal atau kajian rintis untuk kajian sendiri perlu dilakukan. Azizi yahya 2007. Hal ini demikian kerana, mungkin terdapat perbezaan dari segi saiz dan populasi kajian. Kajian rintis juga brperanan untuk melihat tahap kefahaman responden terhadap soalan yang ada dalam boring soal selidik. Bagi analisi factor yang pengkaji lakukan dapat dikenal pati beberapa masaalah , antaranya, nilai alpha cronbachs yang di peroleh penyelidik hanyalah sebanyak 0.60 . ini bermaksud nilai tersebut rendah dan soal selidik perlu di perbaiki ekoran penilaian keboleh percayaan yang rendah. Meurut mohamad majid 2005. Penilaian kebolehpercayaan instrument adalah pula, berdasrkan ketekalan dalaman dan melihat nilai pekali alpha cronbachs. jika nilai pekali mencatatkan nilai antara 0.70 hingga 0.80, ianya sudah di anggap sebagai mempunyai keboleh percayaan yang mat tinggi. Secra kesuleruhan juga didapati metodologi yang dinyatakan oleh pengkaji adalah agak tidak lengkap kerana pengkaji hanya fokus kepada sample dan instrument, tetapi penyelidik lupa untuk menerangkan tentang kawasan kajian, reka bentuk kajian, procedure kajian, kaedah pengumpulan data, kajian rintis dan tatacara penganalisian data.Dalam analisis data dan persemmbahan pengkaji menjelaskan tentang data-data yang beliau peroleh dengan tidak jelas. Penyelidik mempersembahkan data kuantitatif dengan hanya menggunakan jadual. Penyelidik tindak menggunakan instrument seperti graf, carta mahupun, rajah. Sememangnya dapatakan kajian yang diperoleh telah menyawab hipotesisi kajian terutamanya bagi H1a dan H2 tetapi tidak bagi H1b.

JantinaCiri Kepimpinan

Bercirikan ManusiaBercirikan PerubahanBercirikan Tugas

Keperluan pencapaian

Dalam bahagian perbincangan, pengkaji Berjaya menyusun dapatan kajian mengikut objektif kajian yang dinyatakan. Namun, penerangan yang diberikan agak bercelaru dan perlu di baca beberapa kali untuk difaami.

KESIMPULANKesimpulanya, berdasarkan jurnal yang saya kaji.