kritik jurnal

8
1.0 Sinopsis Jurnal ini menerangkan bolehkah seorang guru untuk menjadikan seorang murid yang bermoral. Jurnal ini juga menerengkan bagaimana pendidikan moral bermula dengan dasar pendidikan guru. Selain guru, sekolah juga memainkan peranan dalam membentuk moral dan peribadi murid. Di samping itu, jurnal ini juga menerangkan kebaikan bermoral. Penulis menggunakan definisi moral dengan menggunakan kamus dalam talian dan pendapat beberapa tokoh sebagai rujukan dalam memberikan maksud kebaikan bermoral. Guru merupakan agen pembentukan moral yang penting dalam kalangan murid-murid. Petikan jurnal ini menerangkan secara langsung iaitu berkaitan pemahaman manusia secara teoritical keliru dengan kewujudan manusia vang bersifat baik. Manusia bersifat baik ini dikatakan akan membawa masalah kerana bersifat baik adalah baik tetapi tidak sempurna. Walau bagaimanapun, sebagai seorang manusia yang baik tidak bermakna bahawa seseorang itu perlu benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan , matlamat untuk menjadi manusia yang betul-betul sempurna adalah mustahil kecuali Nabi yang mempunyai sifat maksum. Manusia boleh berkelakuan baik, namun mereka tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan boleh mempunyai kelemahan . Jadi matlamat pembentukan moral pada manusia secara objektifnya untuk mewujudkan hubungan interpersonal antara manusia secara adil dan menyeluruh selain mendapatkan faedah kepada diri sendiri iaitu akal kemoralan. Tabiat moral yang baik meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat pertimbangan rasional. Idea Sommers yang 1

Upload: norfarahin-abd-rahman

Post on 31-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRITIK JURNAL

1.0 Sinopsis

Jurnal ini menerangkan bolehkah seorang guru untuk menjadikan seorang murid

yang bermoral. Jurnal ini juga menerengkan bagaimana pendidikan moral bermula

dengan dasar pendidikan guru. Selain guru, sekolah juga memainkan peranan dalam

membentuk moral dan peribadi murid. Di samping itu, jurnal ini juga menerangkan

kebaikan bermoral. Penulis menggunakan definisi moral dengan menggunakan kamus

dalam talian dan pendapat beberapa tokoh sebagai rujukan dalam memberikan maksud

kebaikan bermoral. Guru merupakan agen pembentukan moral yang penting dalam

kalangan murid-murid. Petikan jurnal ini menerangkan secara langsung iaitu berkaitan

pemahaman manusia secara teoritical keliru dengan kewujudan manusia vang bersifat

baik. Manusia bersifat baik ini dikatakan akan membawa masalah kerana bersifat baik

adalah baik tetapi tidak sempurna. Walau bagaimanapun, sebagai seorang manusia

yang baik tidak bermakna bahawa seseorang itu perlu benar-benar tidak melakukan

sebarang kesalahan , matlamat untuk menjadi manusia yang betul-betul sempurna

adalah mustahil kecuali Nabi yang mempunyai sifat maksum. Manusia boleh

berkelakuan baik, namun mereka tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan boleh

mempunyai kelemahan . Jadi matlamat pembentukan moral pada manusia secara

objektifnya untuk mewujudkan hubungan interpersonal antara manusia secara adil dan

menyeluruh selain mendapatkan faedah kepada diri sendiri iaitu akal kemoralan. Tabiat

moral yang baik meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat pertimbangan

rasional. Idea Sommers yang orang boleh menjadi baik dengan mengamalkan biasa ,

tabiat moral menarik dan selesa. Ia menunjukkan bahawa moral belajar dan / atau

diajar boleh menjadi kebaikan untuk lain-lain. Ini menunjukan peranan guru dalam

pendidikan moal adalah satu yang relevan dan patut dipertingkatkan. Di samping itu,

terdapat 3 perkara penting yng guru perlu laksanakan bagi memastikan pembentukan

moral terhadap individu berkesan. Perkara tersebut ialah menunjukkan tingkah laku

yang baik, menggalak tingkah laku tersebut serta memberi ganjaran kepada tingkah

laku yang berterusan. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk memberi panduan kepada

murid mengenai tingkah laku yang berkesan.

1

Page 2: KRITIK JURNAL

2.0 Kekuatan

Melalui pembacaan mengenai jurnal ini, banyak yang boleh dikenal pasti iaitu

beberapa kelebihan dan kelemahan dalam penulisan beliau. Selain itu, melalui

pembacaan jurnal ini dapat memperoleh hasil pembelajaran melalui kajian terhadap

jurnal tersebut.

Kelebihan utama yang terdapat pada jurnal ini ialah penulis memberikan fakta

dengan buktinya sekali. Dalam penulisan yang baik, fakta yang diberi harus lengkap

dengan bukti yang nyata dan betul. Misalnya, pada permulaan penulisan jurnal tersebut

penulis sudah menyatakan suatu fakta yang secara terang, ringkas dan sangat mudah

untuk difahami oleh pembaca. Fakta yang diterangkan berdasarkan pendapat daripada

pelbagai tokoh yang menyatakan tentang pendidikan dan bagaimana untuk membentuk

individu yang baik serta bermoral.

Di samping itu, salah satu cara untuk menjadikan jurnal itu sebagai penulisan

yang berkesan dan menarik ialah dengan pemilihan dan penggunaan sumber-sumber

yang berkesan. Penulis jurnal ini ada menggunakan pelbagai jenis sumber iaitu sumber

pertama dan juga sumber kedua. Penulis juga bijak dalam memasukkan sumber

supaya selaras dengan isi.

Selain itu, kelebihan jurnal ini turut terletak pada aturan penulisan yang

sistematik dan tersusun. Penulis cuba membuat kronologi terhadap penulisan beliau

supaya pembaca boleh mengikuti cerita tersebut dan tidak lari daripada mesej atau

tema yang cuba disampaikan kepada pembaca. Misalnya, penulis menerangkan

tentang sesuatu tajuk mengikut perenggan. Contohnya, bagi perenggan pertama

penulis menerangkan pengenalan bagi jurnal yang telah dibuat. Hal ini dapat

memberikan gambaran awal kepada pembaca. Seterusnya, bagi perenggan kedua

pula, penulis menerangkan kebaikan bermoral. Isi yang ketiga pula ialah aspek moral

dalam pekerjaan guru. Isi seterusnya ialah bagaimana untuk memberikan perhatian

kepada murid da nisi yang terakhir ialah kesimpulan. Hal ini dapat memudahkan

pembaca dalam memahami jurnal tersebut.

2

Page 3: KRITIK JURNAL

Dalam sesuatu penulisan, apabila penulis menggunakan atau merujuk kepada

sumber lain iaitu hasil kajian orang lain, maka penulis harus memberi penghargaan

kepada penulis yang dirujuk dengan menyertakan rujukan di akhir ayat yang diambil

atau digunakan. Selain itu, penulis boleh menyenaraikan sama ada tajuk, nama penulis,

tahun, atau tajuk penulisan tersebut sebagai rujukan.

3.0 Kelemahan

Seterusnya, kelemahan jurnal ini ialah banyak menggunakan ayat yang panjang

dan berputar belit. Ayat yang panjang akan membuatkan pembaca cepat merasa

bingung dan bosan. Penulis jurnal ini kurang bijak dalam menghasilkan ayat yang

mantap dan padat. Cuma terdapat beberapa ayat sahaja yang betul-betul ringkas,

padat dan mudah difahami. Justeru itu, ayat yang panjang tidak menarik kerana ianya

hanya lebih mengelirukan kerana pembaca terpaksa membaca berulang kali untuk

memahami sesuatu isi tersebut. Secara keseluruhannya, penulis ini juga gemar

menggunakan ayat yang panjang-panjang.

Di samping itu, penulis banyak menggunakan fakta sahaja. Kebanyakan isi-si

semuanya berbentuk akademik dan lebih kepada fakta yang terikat. Penulis seolah-olah

mengharap kepada rujukan buku sahaja. Saya juga mendapati, penulis kurang

memberi pandangan dan pendapat beliau sendiri. Sebaliknya, asyik menerangkan fakta

sahaja. Seharusnya penulis mesti memberi kritikan, cadangan atau pandangan beliau

sendiri sama ada menyokong atau menolak pendapat daripada rujukan yang beliau

perolehi. Oleh itu, menyebabkan penulisan beliau ini menunjukkan penulis kurang mahir

dalam melahirkan pemikiran sendiri dan menunjukkan penulis bergantung sepenuhnya

kepada nota rujukan. Penulis boleh memberi pendapat atau mengkritik mengenai kajian

yang dibuat.

Selain itu, penulis juga perlu memberi penekanan terhadap sokongan atau

bantahan terhadap sesuatu idea. Sekiranya penulis menyokong sesebuah idea, penulis

haruslah menguatkan huraian dengan memberi sebab kepada pilihan tersebut supaya

pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kehendak penulis di dalam jurnal

3

Page 4: KRITIK JURNAL

tersebut. Sekiranya penulis menyokong sesebuah idea, penulis haruslah menguatkan

huraian dengan memberi sebab kepada pilihan tersebut supaya pembaca dapat

memahami dengan lebih jelas kehendak penulis didalam jurnal tersebut. Contohnya,

maksud kebaikan bermoral. Penulis perlu bersetuju dengan satu pendapat tokoh sahaja

supaya tidak mengelirukan pembaca.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Untuk penambahbaikkan jurnal, penulis perlu menyatakan pendirian sama ada

menyokong ataupun menolak idea dari sumber rujukannya. Malahan, sokongan

tersebut perlulah dikaitkan dengan responden, sebagai contoh penulis menyatakan

faktor-faktor dalam pendidikan moral, penulis perlu memberikan idea seperti cadangan

secara jelas ataupun langkah-langkah wajar bagaimana seorang guru dapat mengajar

murid-murid menjadi lebih bermoral.

Di samping itu, penulis juga boleh menambahkan tarikan pembaca. Penulis

seharusnya memulakan sesuatu perenggan dengan melabelkan kata kunci sebagai

tajuk untuk memudahkan pembaca. Penulisan juga tidak semestinya tajuk itu berbentuk

formal. Hal ini kerana, penulisan sesebuah jurnal tidaklah terikat dengan format

penulisan seperti karangan ataupun surat rasmi.

Selain itu, penulis sesebuah jurnal layak dan bebas dalam memilih idea untuk

menaikkan semangat pembaca. Justeru, penulis secara tidak langsung boleh

membangkitkan semangat pembaca jurnal. Sebagai contoh, penulis boleh

mengeluarkan hujah-hujah daripada Menteri Pelajaran mengenai kelakuan murid yang

tidak bermoral mengikut tahun supaya dapat memberikan bukti yang lebih tepat dan

dapat memberikan gambaran kepada pembaca mengenai kelakuan yang tidak

bermoral murid.

Seterusnya, jurnal adalah bebas untuk menertakan item-item gambarajah untuk

mengukuhkan bukti penulis ada bersama responden. Ini akan menambah lagi

keyakinan pembaca untuk terus mengikuti jurnal tersebut. Jurnal juga boleh disertai

dengan hasil dapatan dalam jadual, rajah, atau carta alir .

4

Page 5: KRITIK JURNAL

5.0 Rumusan

Analisis jurnal ini menernagkan bagaimana kita boleh menilai sama ada kanak-

kanak telah menerima pakai tingkah laku yang baik dan prinsip-prinsip moral. Hal ini

dapat ditunjukkan dalam rangka yang lebih besar seperi yang ditunjukkan dalam

gambarajah iaitu faktor-faktor dalam pendidikan moral ialah faktor yang paling besar

ialah murid itu sendiri, faktor guru, faktor sekolah dan faktor pengajaran guru. Di

samping itu, guru perlu menetapkan satu contoh yang baik agar dapat diikuti dan

dicontohi murid. Guru juga perlu menitikberatkan nilai-nilai murni dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat mengikuti nilai tersebut. Guru perlu

memastikan murid tidak menghafal nilai-nilai tersebut tetapi mereka perlu belajar

melalui pemikiran mereka dan memahami. Mereka akan menerima pakai nilai-nilai di

dalam hati mereka jika mereka mendapati mereka terpuji dan berikut bernilai. Hanya

dengan cara ini boleh tingkah laku moral yang baik dan bertukar menjadi tabiat

sepanjang hayat. Menurut Aristotle, melihat tindakan seseorang adalah cara terbaik

untuk menilai watak dan beliau tingkah laku moral. Ia adalah tindakan yang

menceritakan tentang sifat dan tingkah laku seseorang moral. Oleh itu , moral adalah

hasil daripada nilai-nilai intrinsik. Tambahan pula, phronesis , kebijaksanaan moral atau

praktikal, adalah pengetahuan yang membolehkan pemilik untuk bertindak dengan baik

atau "melakukan perkara yang betul" dalam keadaan tertentu ( Aristotle, 2011) dalam

erti kata lain , pemantulan juga pada kuasa yang wujud berkaitan dengan, untuk

Sebagai contoh, berfikiran terbuka dan perspektif (Seligman et al. , 2005). Guru dapat

menunjukkan akhlak mereka melalui pengajaran dan tingkah laku mereka secara

keseluruhan dan murid-murid boleh, dengan bantuan dan bimbingan daripada guru,

memikirkan untuk diri mereka sendiri sama ada guru (atau sesiapa lain ) tingkah laku

adalah sesuatu yang mereka anggap terpuji, berharga, bernilai pakai , dan yang baik

(Woodward , 1994). Menurut Keefer (1996), cara kita memperoleh pengetahuan

praktikal kegiatan berharga kita sendiri mengajar kita dalam tugas-tugas yang kita

berhutang kepada orang lain. Dapat mengenal pasti tugas-tugas kita berhutang kepada

orang lain memerlukan apa yang perlu untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna

dan memuaskan.

5