kristian

9
Kristian . Gereja adalah tempat ibadat bagi umat Kristian Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia , kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru . Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi , dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham . Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua עעעעעdalam bahasa Ibrani ). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al- Masih' . Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam Sejarah Kristian Garisan masa Kristian Pengikut Persidangan Kristian Perpecahan Besar Perang Salib Reformasi Tritunggal Tuhan Bapa Tuhan Anak (Jesus Christ ) Roh Kudus Ketidaktrinitian Alkitab Perjanjian Lama · LXX Perjanjian Baru Injil Sepuluh Rukun Khutbah Puncak Gunung Teologi Kristian Kejatuhan Manusia · Indah seri Penyelamatan · Justifikasi Penyembahan Kristian Dajal Gereja Kristian Mazhab Roman Katolik

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 11-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

agama

TRANSCRIPT

Kristian

Sejarah KristianGarisan masa KristianPengikutPersidangan KristianPerpecahan BesarPerang SalibReformasi

TritunggalTuhan BapaTuhan Anak (Jesus Christ)Roh KudusKetidaktrinitian

AlkitabPerjanjian Lama LXXPerjanjian BaruInjilSepuluh RukunKhutbah Puncak Gunung

Teologi KristianKejatuhan Manusia Indah seriPenyelamatan JustifikasiPenyembahan KristianDajal

Gereja KristianMazhab Roman KatolikMazhab Kristian OrtodoksProtestanAnglikanismeLutherianismeMazhab KristianGerakan KristianKotak ini:paparbincangsunting

.

Gereja adalah tempat ibadat bagi umat KristianAgama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua dalam bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis),Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.Bangunan gerajaGereja-gereja dibenarkan didirikan di Malaysia walaupun pembinaan gereja baru dihadkan. Tidak ada sebarang gereja yang telah sedia wujud ditutup oleh kerajaan maupun jemaah Kristian yang sudah mantap kedudukannya dibubarkan. Walaubagaimana pun gereja baru sukar dibina. Sebagai contoh, pihak berkuasa Shah Alam mengambil masa lebih dua puluh tahun untuk meluluskan pembinaan sebuah gereja di situ dan turut mengenakan syarat tambahan agar bangunan gereja itu kelihatan seperti kilang dan tidak seperti lazimnya. Gereja biasanya didirikan di kedai-kedai di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.[sunting] Evangelisme

Kathedral Hati Kudus di Kota Kinabalu, SabahSudah menjadi amalan pihak gereja Malaysia agar tidak berdakwah kepada komuniti Islam negara. Risalah-risalah Kristian disyaratkan dibawah undang-undang supaya berlabel 'hanya untuk orang-orang bukan Islam'. Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menegah keras penyebaran sebarang agama selain dari Islam kepada orang-orang Muslim. Walaupun tidak ada sekatan khusus menghalang orang-orang Islam daripada murtad dan memeluk agama lain, begitu sedikit bilangan orang Islam yang menukar agama. Sebagai contoh, menurut jurucakap Persatuan Peguambela Muslim, mahkamah syariah Negeri Sembilan telah mengesahkan 16 kes murtad. Salah satu faktor ialah kerumitan bagi orang-orang Islam menukar agama kerana implikasi perundangan serius yang terbabit dan kerana Islam memainkan peranan penting dalam hidup masyarakat Melayu sejak berzaman yang mengukuhkan kepercayaan pengikut-pengikutnya. Lihat juga Kebebasan beragama di MalaysiaWalau bagaimanapun terdapat beberapa kes di mana orang-orang Islam memeluk agama Kristian secara diam-diam tanpa mengisytiharkan dirinya murtad. Mereka hidup sebagai orang Kristian tetapi dari segi undang-undang negara bukan mengikut undang-undang agama Islam, mereka masih beragama Islam. Begitu juga terdapat kes orang kristian keluar dari kristian namun menyembunyikan keislamannya. Ini kerana tekanan keluarga, ketakutan kehilangan suami/isteri atau hak penjagaan anak-anak selalunya sudah cukup sebagai penghalang.Mereka yang menunjukkan minat terhadap agama Kristian sering kali dihantar oleh keluarga mereka ke Jabatan agama Islam negeri atau daerah, di mana mereka diberi khidmat nasihat bagi memulihkan akidah mereka.Disini kita dapat melihat bahawa para pendakwah islam aktif untuk menyebarkan agama islam itu sendiri. Dengan kekurangan dana dan dan kurangnya bantuan terhadap pendakwah ini, namun mereka tetap berusaha tanpa mengharapkan balasan manusia. kebanyakan orang islam sukar untuk ditarik kepada agama yang lain. Terdapat juga golongan pendakwah yang melakukan penyebaran secara terperinci. Pihak mereka lebih bersungguh-sungguh dari yang dilakukan oleh pendakwah kristian.Komuniti kristian yang kaya dan berjaya amat membantu pihak pendakwah kristian ini didalam penyebaran agama kristian itu sendiri. Dengan bantuan yang hebat adalah dipercayai dapat membantu dengan begitu berkesan sekali.Orang Islam di malaysia sendiri mendapat pembelaan secara baik oleh pihak tertentu. Pihak yang berwajib untuk menjaga kepentingan orang islam bertanggungjawab menjaga zakat dan harta baitul mal yang diperuntukan. Mereka sedar bahawa kelemahan dalam mengamalkan agama adalah salah satu punca perkara ini berlakuCuti keagamaan KristianHari Krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan dirayakan lebih dari segi komersil tanpa banyak unsur-unsur kerohanian. Aktivis-aktivis Kristian kadang kalanya membeli ruang iklan di akhbar-akhbar pada hari Krismas atau Easter. Ini biasanya hanya boleh dilakukan di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan tidak pada setiap tahun. Rencana pengarang biasanya membuat ucapan meraikan Krismas.Pada 2004, [1] pihak kerajaan mengatur majlis sambutan Hari Krismas pada peringkat nasional. Namun begitu, ia dikatakan, secara tidak rasmi melarang penggunaan simbol-simbol keagamaan Kristian dan gita puja / hymn yang menyebut nama Jesus Christ. Upacara itu ditaja bersama oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan Kristian Malaysia CFM. Sultan Selangor(telah mangkat) dan Raja Perempuan Selangor mencemar duli menghadiri upacara yang ditayangkan di segenap pelosok negara majoriti Islam Malaysia bersama Perdana Menteri dan beberapa ahli kabinet kerajaan.OC Lim, bekas peguam yang menjadi paderi Jesuit, pengarah Pusat Penyelidikan Katolik dan Pembantu Paderi Mukim /Parish Priest gereja St. Francis Xavier membuat bantahan rasmi. Katanya "Menghalang nyanyian karol dan memperalat Krismas untuk kepentingan politik adalah melampau, memalukan dan merupakan satu pencabulan". Katanya lagi "Memanggil majlis itu satu upacara kebudayaan (seperti yang dirasionalkan oleh ahli-ahli politik Kristian yang lebih politik dari berjiwa Kristian) sama seperti merendahkan martabat Jesus kepada seorang sej budaya seperti Confucius."Setiausaha Am CFM,Rev Dr Hermen Shastri menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak ingin "sebarang perkara yang menghina Islam" berlaku semasa majlis rumah terbuka tersebut.Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, YB Dr Rais Yatim kemudiannya menafikan larangan seperti itu dikeluarkan, baik "secara rasmi mahupun tidak rasmi". Beliau juga menambah, "tidak ada salahnya menyanyikan lagu-lagu seperti Silent Night dan Merry Christmas" yang merupakan "lagu-lagu ceria untuk perayaan tersebut"Lee Min Choon, penasihat undang-undang kepada CFM dan Evangelikal Nasional Christian Fellowship /National Evangelical Christian mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "Ia bermakna gereja-gereja dibenarkan meraikan Krismas seperti biasa. Jika tidak, perayaan itu akan hilang maknanya". ""Semua pihak sepatutnya menaruh kepercayaan kepada hasrat kerajaan dan menyambut Krismas seperti biasa dan memperlihatkan keimanan mereka". Jumaat AgungJumaat Agung bukan cuti am kebangsaan, tetapi ia adalah cuti am negeri di Sabah dan Sarawak di mana penganut Kristian ialah minoriti yang diberi hak untuk berhari raya; kedua-dua negeri diberikan sesetengah taraf autonomi yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan, sedangkan mereka dianggap polities on par dengan Malaya apabila mereka bergabung dengannya dan Singapura untuk membentuk Malaysia.Akan tetapi, tiada bukti bahawa hadangan teologikal ini memainkan peranan dalam bukan-inclusion Jumaat Agung sebagai cuti. The other two significant religious minorities in Malaysia, penganut Buddha and Hindu, juga menerima hanya satu hari cuti persekutuan setiap Wesak Day dan Deepavali respectively. Deepavali akan tetapi, bukanlah cuti am di negeri Sabah dan Sarawak.Bahan BacaanSebagai negara yang agama rasminya ialah Islam, kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan Bible berbahasa Indonesia dan Bible berbahasa Melayu yang kedua-keduanya dikenali sebagai "al-kitab". Pengharamannya itu adalah kerana melayu telah mengiktiraf bangsa mereka sebagai Islam sepenuhnya. Termasuk seluruh aspek kehidupan bangsa melayu itu didedikasikan kepada Islam. Mengikut undang-undang negara sesiapa dari kalangan melayu keluar dari agama Islam, maka taraf sebagai orang melayu dihapuskan, mereka juga hilang hak sebagai bumiputra. kedua-dua buku tersebut menggunakan istilah Allah untuk Tuhan, sama seperti panggilan orang-orang beragama Islam untuk Tuhan. Penganut-penganut agama Kristian mendakwa, tidak ada terjemahan yang lebih tepat dari bahasa Ibrani asal untuk perkataan 'Tuhan' kerana bahasa Arab dan Ibrani berasal dari akar Semitik yang sama. Risalah-risalah agama Kristian berbahasa Melayu lain turut diharamkan seketika.Bible Iban yang dipanggil "Bup Kudus" juga pada satu ketika dilarang dari menggunakan istilah "Allah Taala" untuk Tuhan. Penjelasan dibuat kepada pihak kerajaan bahawa tidak ada istilah yang lebih tepat di dalam bahasa Ibani. Pengharaman itu tidak dikuatkuasakan mahupun dimansuhkan secara rasmi. Larangan itu akhirnya ditarik balik berikutan tunjuk perasaan oleh ketua-ketua Kristian.Akan tetapi, isu baru-baru ini yang melibatkan akhbar edaran dalaman Gereja Katolik dan isu pengimpotan bahan-bahan agama daripada Indonesia oleh Sidang Injil Borneo Sabah untuk penggunaan gereja melahirkan perasaan gusar secara amnya. Penggunaan istilah-istilah yang mempunyai kaitan rapat dengan agama Islam dan Kristian, dalam penerbitan dalaman dan bahan-bahan keagamaan khususnya dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda, telah melahirkan kerisauan oleh Kementerian Dalam Negeri tentang impaknya kepada masyarakat. Namun begitu, syukur kepada Ilahi atas kurnianya, masalah-masalah dapat diselesaikan dengan jasabaik dan persefahaman antara pihak-pihak yang terlibat.Menurut Presiden SIB Sabah, Pdt. Jerry Dusing, istilah Allah telah digunakan dalam ibadah gereja SIB dan Alkitab semenjak penubuhannya pada zaman pra-kemerdekaan lagi oleh jemaah Bahasa Malaysia yang rata-ratanya kaum pribumi di Sabah dan juga dipengaruhi oleh amalan-amalan dan kosa kata agama gereja di Indonesia. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah lebih meluas lagi pada masa kini oleh rata-rata muda-mudi yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda dan pengantara. Menurut statistik, penganut agama Kristian di negara ini adalah kira-kira 10% dan hampir 60% daripada mereka menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda mereka.Menurutnya lagi, penggunaan istilah Allah untuk mewakili Tuhan oleh orang Kristian seawal zaman pra-Islam lagi dan diteruskan ke zaman moden di negara-negara yang mempunyai pengaruh bahasa Arab, untuk menerangkan konsep ketuhanan monotheistik agama Abrahamik. Bidang etymologi (pengkajian perkataan) mencadangkan bahawa Allah bermaksud Tuhan yang satu" dan mempunyai persamaan dengan Elaha dalam bahasa Ibrani yang bermaksud Tuhan. (Sumber: http://theagora.blogspot.com/2008/01/bahasa-malaysia-milik-semua.html) Filem-filemFilem arahan Mel Gibson, The Passion of The Christ dihadkan tayangannya pada 2004. Filem itu hanya dipertontonkan secara rasmi kepada penganut agama Kristian. Bilangan penonton juga terhad disebabkan tiket-tiket tidak dijual di kaunter-kaunter tiket biasa. Kumpulan Kristian seperti National Evangelical Christian Fellowship membuat penempahan blok tiket dan mengedarkannya ke pelbagai gereja. Tempoh tayangan filem tersebut dipanjangkan dari tempoh dua bulan yang diperuntukkan pada awalnya. Ini mungkin bererti bukan penganut-penganut agama Kristian sahaja yang menontonnya. Aktiviti-aktivitiKaedah-kaedah penyembahan seperti liturgi yang digunakan dan khutbah-khutbah tidak ditapis maupun dikawal secara aktif oleh kerajaan. Namun begitu pengawasan secara sulit kadang kala berlaku.Dilaporkan bahawa beberapa sekolah menengah awam telah mengharamkan secara tidak rasmi, aktiviti-aktiviti Kristian seperti Christian Fellowship (CF) di kawasan persekolahan. CF di sekolah yang terbabit dipindahkan ke rumah-rumah persendirian agar dapat terus berfungsi.Templat:Verification needed

Konklusi: dengan pembacaan , saya dapat mengetahui bahawa penganut agama terbahagi kepada tiga iaitu katolik,protestan dan ortodoks.selain itu, agama kristian merupakan agama terbesar yang dianuti oleh ramai orang. Agama ini diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jeruselam. Hari lahirnya disambut sebagai hari natal.