kriptografi.docx

19
PERANAN KRIPTOGRAFI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KRIPTOGRAFI Kriptografi berasaldaripada perataa!ba"asa #$!a!i iait$ %&r'pto( 'a!g ber)as$d ra"sia ata$p$! terse)b$!'i da! %grap"'( 'a!g ber)as$d t$lisa!* Ole" riptografi dapat didefi!isia! sebagai s$at$ t$lisa! 'a!g bersifat ra"sia da! tida )$da" diba&a ole" ora!g lai! se&ara $)$)* Ma!aala+ riptologi p$la )er$paa! bida!g il)$ 'a!g beraita! riptografi* Kriptografi adala" s$at$ aeda" $!t$ )e)astia! pesa!a! ra"sia se! dili!d$!gi da! tidatera!&a)*Ia )er$paa! s$at$ &ara bagai)a!a se$ra!g, $ra!g!'a d$a ora!g sali!g bert$ar pesa!a! ta!pa a!&a)a! l$ar* Erti!'a+ "a!'a ora!g,ora!g 'a!g terlibat dala) o)$!iasi terseb$t sa"a-a 'a!g )e)a"a)i )as$d pesa!a! pe!giri)* Merea 'a!g )e!gg$!aa! riptografi perl$la" se!tiasa ber"ati, era!a .ala$p$! se&ara teori siste) terseb$t sela)at+ !a)$! ia -$ga bole" terded epada pe!'a"oda! -ia siste) i!i disala"g$!a* Kriptografi terdiri daripada e!ripsi da! deripsi* E!ripsi adala" s$at$ p )e!tra!sfor)asia! pesa!a! 'a!g "e!da diiri) /plai!te0t1 se"i!gga )e!-adi s$at pesa!a! 'a!g tida dapat die!alpasti /&ip"erte0t1* Deripsi )er$paa! l e!ripsi+ iait$ s$at$ proses )e!ge)balia! &ip"erte0t )e!-adi plai!te0t* E!rips deripsi )e)erl$a! ba!t$a! 'a!g diseb$t sebagai $!&i* Dala) proses e!ripsi da deripsi+ ada 'a!g )e!gg$!aa! $!&i 'a!g sa)a+ !a)$! ada p$la 'a!g )e!gg$!aa! sepasa!g $!&i 'a!g berbe2a* Kese)$a proses e!ripsi+ deripsi+ da! pe)ba!gita! $!&i dib$atberdasara!s$at$ algorit)a* S$at$ algorit)a dib$at berdasara! f$!gsi,f$!gsi )ate)ati* Pri!sip asas riptografi )ode! iala" aloit)a 'a!g dig$!aa! di dala) apa -$ siste) riptografi perl$ dieta"$i ole" $)$)* La!ga" terseb$t adala" bagi )e)as paar dapat )e!ga!alisis siste) terseb$t da! seter$s!'a)e!gesa"a! ta"ap

Upload: suziliana-sulaiman

Post on 04-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERANAN KRIPTOGRAFI DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKRIPTOGRAFIKriptografi berasal daripada perkataan bahasa Yunani iaitu crypto yang bermaksud rahsia ataupun tersembunyi dan graphy yang bermaksud tulisan. Oleh itu, kriptografi dapat didefinisikan sebagai suatu tulisan yang bersifat rahsia dan tidak mudah dibaca oleh orang lain secara umum. Manakala, kriptologi pula merupakan bidang ilmu yang berkaitan kriptografi.

Kriptografi adalah suatu kaedah untuk memastikan pesanan rahsia sentiasa dilindungi dan tidak terancam. Ia merupakan suatu cara bagaimana sekurang-kurangnya dua orang saling bertukar pesanan tanpa ancaman luar. Ertinya, hanya orang-orang yang terlibat dalam komunikasi tersebut sahaja yang memahami maksud pesanan pengirim. Mereka yang menggunakan kriptografi perlulah sentiasa berhati-hati kerana walaupun secara teori sistem tersebut selamat, namun ia juga boleh terdedah kepada penyahkodan jika sistem ini disalahguna.

Kriptografi terdiri daripada enkripsi dan dekripsi. Enkripsi adalah suatu proses mentransformasikan pesanan yang hendak dikirim (plaintext) sehingga menjadi suatu pesanan yang tidak dapat dikenalpasti (ciphertext). Dekripsi merupakan lawandari enkripsi, iaitu suatu proses mengembalikanciphertextmenjadi plaintext. Enkripsi dan dekripsi memerlukan bantuan yang disebut sebagai kunci. Dalam proses enkripsi dan dekripsi, ada yang menggunakan kunci yang sama, namun ada pula yang menggunakan sepasang kunci yang berbeza. Kesemua proses enkripsi, dekripsi, dan pembangkitan kunci dibuat berdasarkan suatu algoritma. Suatu algoritma dibuat berdasarkan fungsi-fungsi matematik. Prinsip asas kriptografi moden ialah aloitma yang digunakan di dalam apa jua sistem kriptografi perlu diketahui oleh umum. Langkah tersebut adalah bagi memastikan pakar dapat menganalisis sistem tersebut dan seterusnya mengesahkan tahap pertahanannya terhadap apa jua serangan penyahkodan yang berlaku. Hal ini juga bermaksud data yang telah dienkripsi bergantung kepada kerahsiaan kunci dan bukannya pada algoritma enkripsi dan dekripsi.

APLIKASI KRIPTOGRAFI

Perisikan PeperanganSemasa peperangan berlaku, setiap perisik akan cuba untuk membaca mesej-mesej rahsia dari pihak musuh mereka. Pasukan perisikan amat penting kerana ia boleh menyediakan pelbagai maklumat rahsia yang diperlukan untuk memenangi pertempuran semasa berperang. Pihak yang berjaya mendeskripsi mesej pihak musuh akan menyerang secara senyap supaya musuh-musuh tidak menukar sistem kriptografi mereka.

Antara kejayaan penyahkodan ialah pada awal tahun 1917 apabila satu mesej dari negara Jerman yang dikenali sebagai telegram Zimmermann telah dihantar ke Amerika Syarikat. Di dalam mesej tersebut, Duta Besar Jerman yang berada di Mexico diminta untuk menawarkan penyatuan dengan kerajaan Mexico dan sebagai ganjaran, Mexico akan memiliki Texas, New Mexico dan juga Arizona. Mesej Zimmerman ini agak panjang dan terdiri daripada kira-kira seribu kumpulan kod berangka. Mesej yang dialamatkan kepada duta Jerman di Amerika Syarikat tu berjaya dinyahkodkan oleh tentera Amerika.

Dua penyahkodan tentera mengakui bahawa mesej dikodkan udi dalam kod diplomatik Jerman ia dikenali sebagai 0075 (bahagian mereka telah menyelidik kod iniselama berbulan - bulan). Mereka mampu untuk memecahkan kod itu dengan menemui bahawa 0075 adalah salah satu daripada siri kod dua bahagian. Ia telah ditentukan oleh Pejabat Luar Jerman iaitu kod ini mengandungi dua sifar dan dua digit, di mana kedua-dua digit sentiasa menunjukkan perbezaan aritmetik 2. Oleh itu dengan menemui cara tersebut, penyahkodan perisikan dapat memecahkan kod ini dan menghalang daripada berlakunya penyatuan.

Kini, kriptografi bukan sahaja digunakan oleh perisik. Namun, tanpa disedari kriptografi sebenarnya diaplikasikan di mana-mana sahaja di sekitar kehidupan kita. Selain menyembunyikan rahsia, kriptografi juga berperanan memberi pengesahan kepada pengguna yang sah bagi mengelakkan pindaan maklumat yang tidak dapat dikesan dan mencegah penggunaan rangkaian tanpa kebenaran oleh penceroboh. Sebenarnya, boleh dikatakan kesemua rakyat Malaysia adalah pengguna peranti yang menggunakan kiptografi. Semakin maju perkembangan teknologi canggih masa kini, semakin banyak juga peranti yang dihasilkan menggunakan kriptografi sebagai agen keselamatan maklumat. Salah satu peranti yang mengandungi kriptografi yang sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian kita ialah kad pengenalan MyKad. MyKad

MyKad merupakan kad menggunakan teknologi cip yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang amat tinggi. Kualiti setiap cip pada kad tersebut telah pun diuji ketahanannya oleh pihak Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM). MyKad ini berfungsi sebagai kad pengenalan bagi semua warganegara Malaysia. Oleh itu, kegunaan cip pada kad ini adalah supaya data-data pemegang MyKad yang sah dapat disimpan dengan selamat. Teknologi cip pada kad ini juga menggunakan pengesahan kekunci simetri kriptografi dan elalui proses enkripsi bagi melindungi data sistem operasi pelbagai lapisan dengan landasan cip yang selamat. Pada tahun 2012. kapasiti MyKad ini telah meningkat daripada 64kb kepada 80kb. Peningkatan kapasiti ini membolehkan lebih banyak data dapat disimpan pada kad tersebut.

Selain itu, MyKad juga menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi mengenalpasti pengenalan diri pemegang kad seperti gambar berwarna dan Sijil Digital pengesahan diri. Ciri keselamatan yang lain pada kad ini ialah ghost image yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan MyKad.

Rajah 1: MyKad yang berfungsi sebagai kad pengenalan diriSebenarnya, aplikasi utama yang memuatkan Sijil Digital (Digital Certificate) dan Kekunci Persendirian (Private Key) di dalam MyKad ini adalah Aplikasi Prasarana Kekunci Awam yang juga dikenali sebagai Public Key Infrastructure. Sijil Digital yang terkandung pada kad ini membolehkan beberapa transaksi dilakukan secara elektronik. Antaranya ialah pengesahan, di mana sesiapa sahaja tidak boleh menyamar sebagai pemegang kad orang lain. Pembuktian pula dapat dilihat pada tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi. Manakala, maklumat sulit pula boleh dienkrip sebagai sulit. Selain itu, integriti juga dapat dilakukan iaitu tiada pihak ketiga yang mampu mengubah sebarang maklumat pada MyKad.

Kesimpulannya, semua warganegara Malaysia yang sah kerakyatannya wajib mempunyai sekeping MyKad tersendiri yang tidak mungkin sama dengan mana-mana MyKad yang dimiliki oleh individu lain. Menerusi ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada MyKad tersebut, tidak akan wujud masalah pemalsuan MyKad di negara ini.

Kad ATM (Automated Teller Machine)Bagi menjalankan urusniaga perbankan seperti mengeluarkan wang tunai, pertanyaan baki, pemindahan wang dan penukaran nombor PIN, kad ATM iaitu Automated Teller Machine telah pun dicipta dan digunakan. Seperti MyKad, kad ATM juga mempunyai cip tertentu yang merangkumi suatu sistem yang dapat menjamin keselamatan kad ATM dan boleh menyimpan pelbagai data berbanding sistem jalur magnetik yang pernah digunakan sebelum ini.

Ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan pada penggunaan kad ATM kerana ia sering terdedah untuk digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana setiap kali kita menggunakan mesin ATM atau pun membeli produk dan servis atas talian, kita akan menghantar data pada kad ATM kepada pihak yang sepatutnya. Namun, jika data yang dihantar dipintas oleh pihak ketiga, sistem kewangan kita berisiko untuk digodam dan dicuri oleh mereka. Jika berjaya, mereka akan menyamar sebagai pengeluar wang yang sah kerana ATM bertindak balas berdasarkan enkripsi yang diterima. Pencuri boleh menggunakan isyarat yang sama ke ATM tersebut berulang kali untuk menipu dan mengeluarkan wang secara haram.

Rajah 2 : Kad ATM

Kad ATM bercip mempunyai sistem operasi dan ciri-ciri keselamatan yang tersendiri. Nombor pengenalan peribadi (PIN) yang perlu dimasukkan ke dalam sebuah mesin ATM bersama-sama dengan kad ATM untuk mengesahkan bahawa kad itu sedang digunakan oleh individu yang sah, boleh disimpan sama ada di dalam komputer bank dalam bentuk enkripsi (seperti cipher) atau dienkripsi pada kad itu sendiri. Aplikasi kriptografi yang digunakan ini dipanggil sebagai satu hala yang bermaksud ia adalah mudah untuk untuk mengira dan padankan sifer daripada kunci bank dan PIN pelanggan tetapi tidak boleh dilakukan hanya dengan mengira PIN plaintext sifer daripada bank walaupun kunci diketahui. Oleh itu, fungsi Utama kad ATM ini ialah keupayaannya untuk menyimpan data, menghantar data, dan menerima data kewangan dengan cara yang selamat.

Kad KreditKad kredit pintar turut mengaplikasikan aspek kriptografi kerana ia mempunyai pemproses mikro yang terdapat di dalam kad tersebut. Kad kredit ini telah mula digunakan pada tahun 1984 di Perancis dan kriptografi adalah asas kepada kad ini untuk berfungsi dengan beberapa cara tertentu. Pengguna kad kredit perlulah mengesahkan identiti mereka setiap kali proses transaksi dilaksanakan sama seperti kaedah nombor PIN yang digunakan bersama kad dan mesin ATM.

Aplikasi kriptografi digunakan apabila kad dan pembaca kad melaksanakan enkripsi pertukaran sign-countersign untuk mengesahkan bahawa setiap daripada mereka (kad dan pembaca kad) adalah sah. Setelah disahkan, transaksi yang ingin dilakukan akan dijalankan dalam bentuk dienkripsi untuk menghalang sesiapa sahaja, termasuk pemegang kad atau pemegang pembaca kad daripada mengetahui bagaimana transaksi tersebut dijalankan. Ia adalah untuk mengelakkan daripada mana mana individu menyamar sebagai mana mana pihak (pemegang kad atau pemegang pembaca kad) untuk menipu sistem. Protokol ini dilakukan dalam dengan cara yang tersembunyi daripada pengguna kecuali untuk keperluan memasuki PIN untuk memulakan urus niaga.

Rajah 3: Kad kreditSiaran Televisyen ASTROSebenarnya, lebih tiga juga penduduk di Malaysia adalah merupakan pengguna rangkaian ASTRO yang mengandungi pelbagai saluran rancangan televisyen dari pelusuk negara. Setiap pelanggan ASTRO sebenarnya adalah pengguna kriptografi tanpa mereka sedari. Penggunaan kriptografi ini terdapat pada kad pintar Astro yang dimasukkan ke dalam slot yang terletak pada dekoder Astro tersebut bagi menikmati siaran Astro yang dilanggani.Malah, setiap kad pintar Astro ini juga mempunyai master key di mana hanya pelanggan Astro yang sah dan membayar yuan langganan sahaja dapat menikmati rancangan-rancangan menarik di Astro. Fungsi utama master key ini adalah untuk menjana sub key yang mendekripsi setiap paket yang dipancarkan melalui satelit pada setiap kurang dari sepuluh saat ke piring Astro pengguna.Sekiranya master key yang digunakan adalah sah, maka setiap paket yang diterima akan dapat didekripsi dengan betul. Lantas, para pelanggan akan dapat menonton apa sahaja siaran yang mereka ingini di Astro. Malah, pihak Astro pula akan sentiasa memperbaharui master key semua pelanggan dari semasa ke semasa dan hanya pelanggan yang telah membuat pembayaran yuran langganan sahaja akan dapat terus menikmati pakej-pakej Astro yang mereka langgani.

Rajah 4: Kad pintar Astro

Pasport Antarabangsa MalaysiaSebagai satu prosedur yang wajib dilaksanakan semasa keluar masuk melintasi sempadan negara ini, dokumen perjalanan yang sah amat penting. Sehubungan dengan itu, kegunaan pasport yang sah merupakan suatu kemestian yang perlu dipatuhi bagi merekodkan semua operasi keluar masuk yang berlaku di sempadan negara. Oleh itu, pihak imigresen perlu mengetatkan langkah prosedur untuk warga asing kerana unsur-unsur yang tidak diingini mungkin boleh memasuki negara ini dnegan mudah sekiranya tiada rekod yang dicatatkan.

Maka, satu sistem keselamatan telah pun diperkenalkan yang dikenali sebagai penggunaan RFID iaitu Radio Frequency Identification Device yang terdapat ada pasport antarabangsa Malaysia. RFID ialah pengaplikasian sistem tanpa wayar yang menggunakan medan elektromagnet frekuensi radio untuk memindahkan data dari tag dilampirkan kepada sesuatu objek. Hal ini bermaksud tag berkenaan tidak perlu menggunakan kuasa bateri pun untuk beroperasi.

Kebiasaannya, RFID digunakan untuk tujuan pengenalan automatik dan pengesanan. Penggunaan RFID bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselamatan dokumen perjalanan, malahan ia juga boleh digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen. Dengan adanya RFID, Pegawai Imigresen bukan sahaja boleh mendapatkan semua data yang dikehendaki, malah mereka juga dapat mengesan jika pemegang pasport mempunyai butiran pasport yang tidak sah ataupun palsu.

Bagi membolehkan data diperolehi daripada pasport(tag), pembaca data (reader) diperlukan untuk berinteraksi dengan tag. Menerusi protokol ini, data rahsia tag tidak akan dihantar melalui saluran komunikasi yang tidak selamat antara tag dan reader. Reader akan memberi challenge kepada tag yang akan bertindak balas menggunakan kunci kriptografi dan juga nilai rahsia. Sekiranya tindak balas yang diberikan adalah betul, maka data akan dapat dibaca oleh reader dengan baik dan lancar. Protokol ini juga menggunakan kaedah kekunci simetri kriptografi ataupun public key cryptography. Tag yang menggunakan kriptografi biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding tag yang tidak menggunakan kriptografi . Ini menyebabkan ianya tidak digunakan secara meluas dan terhad. Di samping itu, tag yang menggunakan kriptografi juga dapat mencegah daripada berlakunya pengklonan tag dan pemalsuan pasport.

Rajah 5: Pasport Malaysia

Cakera Padat. Cakera padat adalah merupakan peranti yang amat popular kerana ia digunakan secara meluas di seluruh pelusuk dunia. Fungsinya yang pelbagai dan dan bentuknya yang praktikal menjadikan ia sebagai pilihan utama pencipta perisian komputer, permainan video, penerbit filem mahupun pemuzik. Namun begitu, dengan penggunaan cakera padat yang meluas juga, pelbagai kegiatan cetak rompak telah berlaku dengan jualannya yang dijalankan di merata tempat secara haram. Oleh itu, bagi menyelesaikan isu ini, penggunaan kunci produk (product key) telah pun diperkenalkan bagi membanteras kegiatan cetak rompak.

Rajah 6: Cakera padat

Kunci produk yang juga dikenali sebagai kunci perisian merupakan perisian berasaskan kunci untuk program di dalam komputer, Ia berupaya memperakui bahawa salinan program tersebut adalah asli ataupun tidak. Pengaktifan kadangkala dilakukan di luar talian iaitu dengan cara memasukkan kunci. Terdapat juga pengaktifan yang dilakukan di dalam talian. Proses pengaktifan ini diperlukan untuk mencegah pengguna lain menggunakan kunci yang sama. Namun, tidak semua perisian mempunyai kunci produk. Hal ini disebabkan pencipta perisian boleh memilih untuk menggunakan kaedah yang berbeza untuk melindungi hak cipta mereka. Dalam beberapa kes pual seperti perisian sumber terbuka, perlindungan hak cipta tidak digunakan. Permainan video pula menggunakan kunci produk untuk mengesahkan bahawa ia tidak disalin semula. Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak dapat bermain permainan video di dalam talian tanpa kunci produk yang asli dan unik. Pengguna juga tidak dibenarkan untuk bermain dalam talian dengan dua kunci produk yang serupa pada masa yang sama. Kunci produk terdiri daripada satu siri nombor dan juga huruf. Ia biasanya dimasukkan oleh pengguna semasa pertama kali menggunakan perisian komputer tersebut. Kunci produk dimanipulasikan menggunakan algoritma matematik secara kriptografi dan cuba untuk memadankan keputusan untuk satu nilai yang sah. Sekiranya kunci produk yang dimasukkan itu betul, maka pengesahan akan diberikan dan pengguna dapat menggunakan perisian tersebut.

KOD BARKod bar merupakan kod optik yang boleh dibaca dengan menggunakan peralatan khas. Ianya mewakili data yang bekaitan dengan objek yang dipasangkan kepada kod bar tersebut. Pada asalnya, kod bar mewakili data dengan mempelbagaikan lebar dan jarak garisan selari, di mana ia dirujuk sebagai linear.

Kemudian, penghasilan ko bar berkembang menjadi segi empat tepat, titik, heksagon dan lain-lain corak dalam bentuk dua dimensi (2D). Walaupun dengan sistem 2D menggunakan kod bar pelbagai simbol, secara amnya ia masih dirujuk sebagai kod bar. Kebiasaannya, kod ba digunakan pada produk barangan yang dijual di pasaraya. Ini adalah untuk memudahkan juruwang menjalankan tugas ketika proses pembayaran oleh pelanggan. Dengan hanya satu klik pada pengimbas kod bar, harga dan nama produk dipaparkan pada skrin juruwang. Selain daripada memudahkan juruwang di sesebuah pasaraya, penggunaan kod bar ini dapat membantu pihak pengurusan memantau jumlah produk yang telah berjaya dijual.

Pengimbas kod bar digunakan untuk mengimbas kod bar tersebut. Data akan dihantar oleh rangkaian tanpa wayar ataupun berwayar kepada pelayan web yang selamat. Melalui kaedah kriptografi, pengesahan akan diberikan dan data akan dikembalikan kepada pengimbas oleh rangkaian tanpa wayar ataupun berwayar. Sebenarnya, data yang terdapat pada sesuatu kod bar sebenarnya dilindungi dengan penggunaan kriptografi. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan data tersebut diolah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, sekiranya data ataupun harga sesuatu barang diubah sehingga menjadikan harganya terlalu murah di sesebuah pasaraya, mungkin ia akan menyebabkan kerugian besar kepada pasaraya berkenaan.

Rajah 7: Kod barSejak zaman dahulu lagi pemimpin-pemimpin dunia telah menggunakan sistem komunikasi secara tersembunyi. Apa yang dimaksudkan dengan tersembunyi dalam komunikasi secara selamat ialah dengan menggunakan kriptografi sebagai medium perantaraan. Dengan adanya kriptografi, jika sesuatu maklumat dapat dipintas oleh musuh, mereka tidak mungkin dapat mengetahui atau membaca isi kandungan maklumat tersebut. Ini adalah kerana maklumat tersebut telah diubah atau diolah ke dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dengan mata kasar. Hanya penghantar maklumat dan penerima yang sepatutnya sahaja yang dapat mengetahui isi kandungan maklumat yang dihantar. Namun begitu, setiap kod rahsia tetap dapat dibongkar dengan adanya kuasa komputer yang bertambah canggih setiap masa seiring dengan kemajuan teknologi moden yang lain. Tetapi, dengan adanya penggunaan kriptografi, sekurang-kurang kita dapat mempertahankan sistem komunikasi daripada digodam oleh musuh. Justeru itu, kita haruslah sentiasa mempertingkatkan tahap kesedaran kita tentang keselamatan informasi yang kini telah menjadi bahan bualan dunia agar kita bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

BANDING BEZA PENGGUNAAN KRIPTOGRAFI KUNCI UMUM DIFFIE-HELLMAN DENGAN ALGORITMA YANG DICIPTAKAN OLEH RIVEST, SHAMIR DAN ADLEMAN.Pada awalnya algoritma-algoritma kriptografi yang ada menggunakan kunci yang sama (simetris) untuk melakukan proses enkripsi dan proses dekripsi. Jadi cukup dengan satu buah kunci proses enkripsi dan dekripsi dapat dijalankan. Namun hal ini dapat mengancam keamanan proses komunikasi jika menggunakan algoritma kriptografi dengan kunci simetris. Sebagai contoh ketika Alice dan Bob akan melakukan komunikasi yang aman dengan menggunakan proses enkripsi untuk tiap pesan yang akan dikirim maka pertama-tama Alice akan memberitahu Bob kunci yang akan digunakan untuk melakukan proses enkripsi dan dekripsi pesan. Hal inilah yang membuat algoritma kriptografi dengan knci simetri kurang aman, karena kita harus memberitahu pihak lawan komunikasi kunci yang digunakan untuk melakukan proses enkripsi dan dekripsi. Jika pada proses pemberitahuan kunci disadap atau pihak yang tidak berhak mengetahui kunci ini maka proses komunikasi dengan kunci ini menjadi tidak aman sama sekali.

Berikut ialah banding beza di antara penggunaan kriptografi Kunci Umum Diffie-Hellman dengan algoritma yang diciptakan oleh Rivest, Shamir dan Adleman.

Jadual 1: Banding beza penggunaan kriptografiDIFFIE-HELLMANRIVEST, SHAMIR DAN ADLEMAN

Algoritma Diffie-Hellman menggunakan pertukaran data untuk menghasilkan suatu kunci simetris yang digunakan untuk proses enkripsi dan dekripsi

Algoritma RSA menggunakan kunci publik dan kunci privat untuk pertukaran kunci antara pihak yang berkomunikasi.

Algoritma Diffie- Hellman memerlukan 8 buah pembolehubah yang mempunyai peranan masing-masing iaitu P, G, XA, XB, YA, YB, Key A, dan Key B.Algoritma RSA memerlukan 6 buah pembolehubah yang memiliki peranannya yang tersendiri iaitu P, Q, N,TE, E (Enkripsi) dan D (Dekripsi)

Pada Algoritma Diffie-Hellman, tidak perlu dilakukan perhitungan dua buah kunci kerana kunci digunakan hanya untuk proses enkripsi dan dekripsi.Bagi melakukan pertukaran pesanan, dua pasang kunci diperlukan iaitu satu pasang kunci untuk pihak pertama dan satu lagi kunci untuk pihak lawan.

Algoritma Diffie-Hellman lebih cepat dalam membangkitkan sepasang kunci kerana ia menggunakan perhitungan yang lebih sedikit berbanding algoritma RSA. Algoritma RSA mempunyai dua buah perkalian bilangan BigInteger (PxQ) dan (P-1)(Q-1) yang menyebabkan waktunya lebih lama berbanding algoritma Diffie-Hellman.

Keamanan kunci Algortima Diffie-Hellman bergantung pada kerahsiaan nilai XA dan XB yang dipilih oleh pihak masing-masing . Keamanan kunci Algoritma RSA bergantung pada nilai P dan Q yang ditentukan pada proses pembangkitan kunci. Jika nilai N yang disebarkan ke pihak lain dapat difaktorkan menjadi niali P dan Q, maka keamanan kunci tidak dapat dijamin lagi.

Algoritma Diffie-Hellman memerlukan pertukaran antara dua pihak yang berkomunikasi untuk membangkitkan nilai kunci. Sekiranya ingin melakukan komunikasi dengan pihak lain, maka ia melakukan kembali proses pertukaran kunci dari awal.Algoritma RSA tidak memerlukan pertukaran data kepada pihak lawan untuk membangkitkan kunci. Sekiranya ingin berkomunikasi dengan pihak lain maka cukup dengan mengirimkan kunci publik yang telah dibuat sebelumnya.

Apabila kita hanya memperhatikan nilai O(n) saja yang mana untuk Diffie-Hellman dapat ditarik kesimpulan bahawa O(n) = n . 2n,sedangkan untuk RSA nilai O(n) = n . log(n) maka Diffie-Hellman lah yang memiliki keunggulan di atas RSA kerana secara grafik Diffie-Hellman lebih menaik secara eksponensial sebab pada dasarnya grafik y = 2x merupakan grafik yang sudah menaik secara eksponensial dan dipertegas lagi dengan kehadiran n.Rajah 8: Perbandingan grafik Diffie-Hellman dan RSA

Kesimpulannya, berdasarkan hasil perbandingan di atas, dapat dilihat bahawa setiap algoritma mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Antaranya ialah Algoritma Diffie-Hellman memiliki kompleksitas lebih tinggi sehingga memerlukan perlawanan yang lebih tinggi dan waktu kriptanalis yang juga lebih lama. Kekuatan algoritma Diffie-Hellman ataupun RSA terutama terletak pada panjang atau pendeknya bilangan yang dibangkitkan serta apakahmemenuhi persyaratan yang ada sesuai aturan algoritma masing-masing. Apabila tingkat keacakan bilangan-bilangan yang dibangkitkan kurang tinggi, peluang untuk berhasil diserang pun akan semakin besar,RUJUKAN

Abdul Alif Zakaria. (2012). Kriptografi di Sekeliling Kita. Diperolehi pada 14 September 2014 dari www.cybersecurity.my/data/content_files/.../1043.pdf

Dony Ariyus. (2008). Pengantar Ilmu Kriptografi Teori, Analisis dan Implementasi. Yogyakarta: Penerbit Andi.

Rinaldi Munir. (2006). Kriptografi dalam Kehidupan Sehari-hari. Diperolehi pada 13 September 2014 dari http://kur2003.if.itb.ac.id/file/Kriptografi%20dalam%20Kehidupan%20Sehari-hari.doc.

Simpson, S. (1997). Cryptography in Everyday Life. Diperolehi pada 12 September 2014 dari laman web http://www.laits.utexas.edu/~anorman/BUS.FOR/course.mat/SSim/life.html

Yudi Retanto. (2010). Perbandingan Algoritma RSA dan Diffie-Hellman: Program Studi Teknik Informatika. Diperolehi pada 4 September 2014 dari laman webhttp://informatika.stei.itb.ac.id/~rinaldi.munir/Kriptografi/20102011/Makalah2/Makalah2-IF3058-Sem2-2010-2011-083.pdf