krangan2

6
Berita-Sempena Bulan Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan, sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita tentang aktiviti- aktiviti yang dijalankan. RAWANG, Jumaat-Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh negara. Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid- murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bualan kemerdekaan ialah pertandingan pidota, pertandingan menulis esei, pertandingan menulis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei. Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah “Merdeka” dengan penuh bersemangat. Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara. Posted by jesssumeng at 11:18 PM 1 comment:

Upload: syazwanie-suhaimi

Post on 28-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

krangan2

TRANSCRIPT

Page 1: krangan2

Berita-Sempena Bulan Kemerdekaan

Sempena Bulan Kemerdekaan, sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

RAWANG, Jumaat-Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh negara.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan kemerdekaan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bualan kemerdekaan ialah pertandingan pidota, pertandingan menulis esei, pertandingan menulis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei.

Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah “Merdeka” dengan penuh bersemangat.

Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara. Posted by jesssumeng at 11:18 PM 1 comment:

Page 2: krangan2

Fakta-Keistimewaan Pokok Kelapa

Tulis sebuah karangan tentang “Keistimewaan Pokok Kelapa atau yang Dikenali Sebagai Pokok Serba Guna”.

Pokok kelapa atau dikenali sebagai “Pokok Serba Guna” banyak terdapat di tepi pantai di Malaysia. Pokok ini merupakan tumbuhan yang berbuah sepanjang tahun. Pokok kelapa juga memberikan sumber kewangan yang penting kepada negara.

Hampir setiap bahagian pokok kelapa boleh digunakan. Batang pokok kelapa yang panjang dan keras itu boleh dibuat titian. Sabut kelapa dapat digunakan untuk membuat tali dan berus. Tempurung kelapa dapat dijadikan tabung dan barang-barang hiasan.

Isi kelapa boleh digunakan untuk membuat kuih-muih yang sedap. Santannya diguna untuk memasak kari. Selain itu, minyak kelapa boleh digunakan untuk memasak, membuat sabun, dan manjerin.

Air kelapa ialah sejenis minuman yang boleh menyejukkan badan. Daun kelapa pula dapat dibuat atap. Selain itu, daun kelapa juga dapat dibuat sarung ketupat. Pelepah-pelepah boleh diikat untuk menjadi penyapu lidi.

Pokok kelapa memang mempunyai banyak kegunaan. Oleh itu, pokok kelapa dikenali sebagai pokok beraneka gunaan. Kerajaan patut menggalakkan penduduk kampung menanam pokok kelapa. Penanaman pokok kelapa bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan orang kampung, tetapi memberi peluang kepada orang kampung menubuhkan industri secara kecil-kecilan.

Page 3: krangan2

Fakta-Tanggungjawab Seorang Anak Kepada Ibu Bapa

Tuliskan sebuah karangan tentang, ‘Tanggungjawab Seorang Anak kepada Ibu Bapa’.

Tanpa ibu bapa, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Mereka juga sanggup berkorban apa saja demi memastikan kita manjadi anak berguna. Persoalannya, apakah tanggungjawab anak terhadap ibu bapa?

Setiap ibu bapa ingin melihat anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, anak sepatutnya berusaha gigih bagi merealisasikan hasrat ibu bapa itu.

Selain itu, kasih sayang yang dicurahkan ibu bapa sebenarnya tidak bernilai. Justeru, seseorang itu hendaklah berusaha menggembirakan ibu bapa sepanjang hayat tanpa sebarang alasan.

Menjelang usia tua, ibu bapa memerlukan perhatian dan kasih sayang. Jadi, inilah masanya seseorang anak melaksanakan tanggungjawab memelihara mereka sebagaimana mereka memelihara kita.

Sesungguhnya, segunung intan sekalipun tidak sama nilainya dengan jasa ibu bapa terhadap anak. Lantaran itu, tanggungjawab anak tidak berakhir setelah ibu bapa meninggal dunia, sebaliknya berterusan terutama berdoa semoga mereka beroleh kesejahteraan.

Kesimpulannya, huraian di atas menjelaskan bahawa anak bertanggungjawab memastikan kesejahteraan ibu bapa mereka. Dengan hal yang demikian, akan lahirlah sebuah keluarga yang bahagia dan masyarakat penyayang.

Page 4: krangan2

SOALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberikan ialah "Faedah Makan Buah-buahan Tempatan". Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya. 

                Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah makan buah-buahan tempatan’’.

Para hadirin yang dihormati,               Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah rambutan, manggis, durian, tembikai dan sebagainya. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.              Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Dusun-dusun buah-buahan dimerata tempat di negara kita ini membekalkan pelbagai jenis buah-buahan yang bermutu tinggi. Buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.              Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.             Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.              Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani, seterusnya menjana perkembangan ekonomi negara kita. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.             Sekian, terima kasih.

Page 5: krangan2