kpm laluan pendidikan dan kerjaya terbaik - ewarta mara · pdf filekemudahan penajaan,...

1
KARNIVAL Pendidikan MARA (KPM) telah menempa banyak seja- rah dan kejayaan semenjak dianjur- kan lebih sedekad lalu. KPM sering menjadi perhatian dan amat dinan- tikan oleh masyarakat umum setiap kali mula memasuki tahun baru. Ini dapat dilihat apabila KPM dikunjungi ratusan ribu pengunjung terutama pelajar dan ibu bapa dari seluruh negara bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peluang pendidikan yang disediakan oleh pel- bagai institusi pendidikan teruta- manya di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sistem Pendidikan MARA men- gutamakan kualiti pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, malahan lebih penting pelajar diter- apkan dengan nilai hidup yang ting- gi dan mempunyai jati diri kukuh. Hasrat MARA, agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, membangunkan modal insan ber- ilmu bukan sahaja untuk melihat mereka mampu berdikari dan men- jadi insan cemerlang, bahkan lebih jauh dari itu, MARA turut berper- anan sebagai penggerak dan peny- umbang ke arah membangunkan modal insan yang mampu memen- uhi keperluan ke arah negara ber- pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Usaha ini diperincikan oleh pihak kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Menurut Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad (gambar), MARA telah mengambil inisiatif bagi menyokong kukuh usaha kerajaan untuk mentransformasikan bidang pendidikan sebagai enjin pertumbu- han dalam bidang-bidang ekonomi utama negara melalui penghasilan modul pembelajaran yang lebih kompetitif dengan mengambil kira metodologi dan keperluan semasa tenaga kerja. Bahkan program penajaan pelajar juga turut diperkemas dengan mem- beri penekanan khusus terhadap manpower planning bagi menghasilk- an professionals, global competent tech- nologist, potential technopreneurs, lead- ers and excellent students, ujar beliau. Pada tahun ini, KPM melakar seja- rah penganjuran terbesarnya di mana 300 ruang pameran akan dise- diakan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu usaha bagi memperluaskan lagi penyertaan ter- utamanya dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), Institusi Pendidikan MARA (IPMa), institusi pengajian luar nega- ra, institusi kewangan, majikan serta perniagaan berkaitan pendidikan. Dalam perkembangan sama, buat julung kalinya KPM 2011 menyasar- kan untuk menembusi pasaran pen- didikan tinggi antarabangsa dengan mempelawa penyertaan mereka dalam karnival tersebut. KPM tahun ini lebih bersifat inte- grated dan holistik, sebagai one stop centre untuk memenuhi kepelbaga- ian urusan dan tujuan pengunjung yang datang. Diharapkan para pelajar yang bernaung di bawah MARA akan menjadikan MARA sebagai rakan kerjaya masa hadapan. Penganjuran KPM secara langsung menyediakan platform kepada lepas- an sekolah khususnya SPM, STPM dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang melan- jutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bersesuaian dengan kelayakan akademik, minat serta kemahiran mereka. Selain itu, KPM juga akan mengadakan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka yang melibatkan penyertaan syarikat-syarikat tempa- tan dari pelbagai sektor dan industri bagi memberi peluang kepada pen- cari-pencari kerja termasuk lepasan IPMa dan graduan universiti untuk membina dan mengembang kerjaya masing-masing. MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan tradisi penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) untuk memanfaatkan kumpulan sasaran melalui perkongsian maklumat terkini berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya masa kini. Dengan tema Jalur Kerjaya Anda, penganjuran KPM berhasrat membawa masa depan yang lebih cemerlang kepada golongan pelajar dan belia untuk membuat pilihan bijak dan tepat dalam menentukan hala tuju pendidikan serta karier yang lebih terjamin pada masa hadapan. KPM juga merupakan platform untuk MARA menangani isu-isu kekeliruan yang mungkin dihadapi oleh masyarakat umum yang pada hari ini sedia dilimpahi dengan pelbagai maklumat. Selain itu, KPM juga menjadi penghubung bagi memudahkan urusan IPMa, IPTA/S serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar untuk mempromosi kursus-kursus dan program pengajian yang ditawarkan di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana meliputi bidang akademik, profesional dan juga kemahiran. Sejumlah 10 IPMa bakal digerakkan bersama secara agresif untuk mem- promosikan 268 kursus-kursus di pelbagai peringkat pengajian. Dengan ini secara langsung akan mem- bolehkan mereka membuat keputusan yang bijak dan terbaik menepati kelayakan, minat dan pengalaman masing-masing. Secara keseluruhan dijangkakan sejumlah 400 buah institusi pendidikan mengambil bahagian dalam KPM 2011. Selain itu, MARA juga akan sama- sama menyebarkan maklumat dari segi kemudahan penajaan, penyemakan baki pinjaman, pembayaran pinjaman dan program-program terkini MARA melalui Bahagian Kawalan Kredit, Bahagian Penganjuran Pelajaran, Bahagian Kenderaan serta Bahagian Kemahiran dan Teknikal. Lebih menarik, KPM 2011 membawa kelainan dengan penganjuran Karnival Kerjaya yang bakal dijayakan di PWTC. Pada Karnival Kerjaya ini, para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengikuti pameran oleh majikan tetapi juga berkesempatan untuk menghadiri temu duga terbuka bagi mengisi keko- songan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat terbabit. Ia sekali gus membantu pencari kerja terutama lepasan IPMa dan graduan universiti serta orang awam untuk mendapatkan pekerjaan. Ini merupakan kesinambungan inisiatif MARA menerusi program perintis Pusat Sumber Kerjaya (PSK) yang diperkenalkan dalam tahun 2009. Dijangkakan lebih 40 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang bakal menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat (IT), kejuruteraan, perniagaan, pengurusan dan pemasaran. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan berpakaian kemas. Orang ramai juga bukan sahaja berpeluang melihat pameran, bahkan mereka berpeluang mengikuti seminar dan kaunseling kerjaya yang memberi fokus kepada persediaan untuk men- jalani temu duga, menulis surat permo- honan kerja serta mengenal pasti jang- kaan serta kehendak majikan. Turut diadakan ujian personaliti dan kerjaya secara percuma yang akan dikendalikan oleh kaunselor berdaftar (CR) MARA bagi mendapat gambaran mengenai kesesuaian pilihan kerjaya graduan. Dalam perkembangan yang sama, syarikat perniagaan berkaitan pendidikan juga dijangka mengambil bahagian bagi menyokong usaha penganjuran KPM pada kali ini. Justeru, peluang setahun sekali yang disediakan MARA itu sewajarnya diman- faatkan oleh orang ramai kerana KPM pada kali ini membawa kelainan dan merupakan yang terbesar dalam sejarah dengan melibatkan banyak institusi dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. MUKA 14 MINGGUAN MALAYSIA AHAD 16 JANUARI 2011 Karnival Pendidikan MARA 2011 Jalur Kerjaya Anda Temui kami di sini: Masuk PERCUMA! Tarikh Lokasi 1 - 2 Mac 2011 ALOR SETAR (Selasa & Rabu) Dewan Insaniah, Kolej Universiti 10 pagi - 6 petang Insaniah, Alor Setar, Kedah 5 - 6 Mac 2011 JOHOR BAHRU (Sabtu & Ahad) Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor 10 pagi - 6 petang 11 - 13 Mac 2011 KUALA LUMPUR ( Jumaat, Sabtu & Ahad) Dewan Merdeka & Dewan Tun 10 pagi - 6 petang Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur 15 - 16 Mac 2011 KUALA TERENGGANU (Selasa & Rabu) Terengganu Trade Centre, 10 pagi - 6 petang Kuala Terengganu, Terengganu 19 - 20 Mac 2011 KOTA BHARU (Sabtu & Ahad) Perkarangan Stadium Sultan 10 pagi - 6 petang Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan 25 - 26 Mac 2011 KUCHING ( Jumaat & Sabtu) Perkarangan Bangunan MARA, 9 pagi - 5 petang Plaza Astana, Kuching, Sarawak 29 - 30 Mac 2011 KOTA KINABALU (Selasa & Rabu) Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah 9 pagi - 5 petang 9 - 10 April 2011 IPOH (Sabtu & Ahad) Ipoh Parade, Ipoh, Perak 10 pagi - 6 petang Penyertaan masih terbuka kepada IPTA/S, majikan dan perniagaan berkaitan pendidikan. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di www.mara.gov.my/ maraedux atau faksimilikan borang lengkap tempahan ke alamat: Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur Tel : +60-3-26986041 Faks: +60-3-26981817 Apa yang menarik di KPM MARA l Pameran pendidikan IPTA/S dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) l Yuran pengajian PERCUMA di IPMa terpilih l Peluang penajaan dan pem- biayaan pelajaran MARA untuk calon yang layak l Elaun bulanan untuk calon yang layak l Kaunseling pendidikan dan kerjaya l Pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak l Permohonan terus dan temuduga terbuka l Semakan baki tunggakan pinjaman MARA l Peluang kerjaya dan temuduga kerja MARA telah mengambil inisiatif bagi menyokong kukuh usaha kerajaan untuk mentransformasikan bidang pendidikan sebagai enjin pertumbuhan dalam bidang-bidang keutamaan negara melalui penghasilan modul pembelajaran yang lebih komprehensif dengan mengambil kira metodologi dan keperluan semasa tenaga kerja – IBRAHIM AHMAD KPM menjana transformasi pendidikan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka l Pameran majikan l Temuduga kerja l Klinik resume l Taklimat kerjaya l Tatahias diri (Grooming) l Ujian personaliti Khas untuk pencari-pencari kerja!! KPM laluan pendidikan dan kerjaya terbaik Peluang setahun sekali yang disediakan MARA itu sewajarnya dimanfaatkan oleh orang ramai kerana KPM pada kali ini membawa kelainan dan merupakan yang terbesar dalam sejarah dengan melibatkan banyak institusi dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. KPM menjadi penghubung bagi memudahkan urusan IPMa, IPTA, IPTS dan majikan mendekati kumpulan sasar untuk mempromosi kursus-kursus dan program pengajian serta peluang kerjaya masa kini.

Upload: dominh

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KPM laluan pendidikan dan kerjaya terbaik - eWARTA MARA · PDF filekemudahan penajaan, penyemakan baki pinjaman, pembayaran pinjaman dan program-program terkini MARA melalui Bahagian

KARNIVAL Pendidikan MARA (KPM) telah menempa banyak seja-rah dan kejayaan semenjak dianjur-kan lebih sedekad lalu. KPM sering menjadi perhatian dan amat dinan-tikan oleh masyarakat umum setiap kali mula memasuki tahun baru.

Ini dapat dilihat apabila KPM dikunjungi ratusan ribu pengunjung terutama pelajar dan ibu bapa dari seluruh negara bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peluang pendidikan yang disediakan oleh pel-bagai institusi pendidikan teruta-manya di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sistem Pendidikan MARA men-gutamakan kualiti pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, malahan lebih penting pelajar diter-apkan dengan nilai hidup yang ting-gi dan mempunyai jati diri kukuh.

Hasrat MARA, agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, membangunkan modal insan ber-

ilmu bukan sahaja untuk melihat mereka mampu berdikari dan men-jadi insan cemerlang, bahkan lebih jauh dari itu, MARA turut berper-anan sebagai penggerak dan peny-umbang ke arah membangunkan modal insan yang mampu memen-

uhi keperluan ke arah negara ber-pendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Usaha ini diperincikan oleh pihak k e r a j a a n m e l a l u i P r o g r a m Transformasi Ekonomi (ETP) yang memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Menurut Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad (gambar), MARA

telah mengambil inisiatif bagi menyokong kukuh usaha kerajaan untuk mentransformasikan bidang pendidikan sebagai enjin pertumbu-han dalam bidang-bidang ekonomi utama negara melalui penghasilan modul pembelajaran yang lebih kompetitif dengan mengambil kira meto dologi dan keperluan semasa tenaga kerja.

Bahkan program penajaan pelajar juga turut diperkemas dengan mem-beri penekanan khusus terhadap manpower planning bagi menghasilk-an professionals, global competent tech-nologist, potential technopreneurs, lead-ers and excellent students, ujar beliau.

Pada tahun ini, KPM melakar seja-rah penganjuran terbesarnya di mana 300 ruang pameran akan dise-diakan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu usaha bagi memperluaskan lagi penyertaan ter-utamanya dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), Institusi Pendidikan MARA (IPMa), institusi pengajian luar nega-ra, institusi kewangan, majikan serta perniagaan berkaitan pendidikan.

Dalam perkembangan sama, buat julung kalinya KPM 2011 menyasar-kan untuk menembusi pasaran pen-didikan tinggi antarabangsa dengan mempelawa penyertaan mereka dalam karnival tersebut.

KPM tahun ini lebih bersifat inte-grated dan holistik, sebagai one stop centre untuk memenuhi kepelbaga-ian urusan dan tujuan pengunjung yang datang. Diharapkan para pelajar yang bernaung di bawah MARA akan menjadikan MARA sebagai rakan kerjaya masa hadapan.

Penganjuran KPM secara langsung menyediakan platform kepada lepas-an sekolah khususnya SPM, STPM dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang melan-jutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bersesuaian dengan kelayakan akademik, minat serta kemahiran mereka. Selain itu, KPM juga akan mengadakan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka yang melibatkan penyertaan syarikat-syarikat tempa-tan dari pelbagai sektor dan industri bagi memberi peluang kepada pen-cari-pencari kerja termasuk lepasan IPMa dan graduan universiti untuk membina dan mengembang kerjaya masing-masing.

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan tradisi penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) untuk memanfaatkan kumpulan sasaran mela lui perkongsian maklumat terkini ber kaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya masa kini.

Dengan tema Jalur Kerjaya Anda, penganjuran KPM berhasrat membawa masa depan yang lebih cemerlang kepada golongan pelajar dan belia untuk membuat pilihan bijak dan tepat dalam menentukan hala tuju pendidikan serta karier yang lebih terjamin pada masa hadapan.

KPM juga merupakan platform untuk MARA menangani isu-isu kekeliruan yang mungkin dihadapi oleh masyarakat umum yang pada hari ini sedia dilimpahi dengan pelbagai maklumat.

Selain i tu, KPM juga menjadi penghubung bagi memudahkan urusan IPMa, IPTA/S serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar untuk mempromosi kursus-kursus dan program pengajian yang ditawarkan di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana meliputi bidang akademik, profesional dan juga kemahiran.

Sejumlah 10 IPMa bakal digerakkan bersama secara agresif untuk mem-promosikan 268 kursus-kursus di pelbagai peringkat pengajian.

Dengan ini secara langsung akan mem-

bolehkan mereka membuat keputusan yang bijak dan terbaik menepati kelayakan, minat dan pengalaman masing-masing. Secara keseluruhan dijangkakan sejumlah 400 buah institusi pendidikan mengambil bahagian dalam KPM 2011.

Selain itu, MARA juga akan sama- sama menyebarkan maklumat dari segi kemudahan penajaan, penyemakan baki pinjaman, pembayaran pinjaman dan program-program terkini MARA melalui Bahagian Kawalan Kredit, Bahagian Penganjuran Pelajaran, Bahagian Kenderaan serta Bahagian Kemahiran dan Teknikal.

Lebih menarik, KPM 2011 membawa kelainan dengan penganjuran Karnival Kerjaya yang bakal dijayakan di PWTC.

Pada Karnival Kerjaya ini, para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengikuti pameran oleh majikan tetapi juga berkesempatan untuk menghadiri temu duga terbuka bagi mengisi keko-songan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat terbabit. Ia sekali gus membantu pencari kerja terutama lepasan IPMa dan graduan universiti serta orang awam untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini merupakan kesinambungan inisiatif MARA menerusi program perintis Pusat Sumber Kerjaya (PSK) yang diperkenalkan dalam tahun 2009.

Dijangkakan lebih 40 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang bakal menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat (IT), kejuruteraan, perniagaan, pengurusan dan pemasaran. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan berpakaian kemas.

Orang ramai juga bukan sahaja berpeluang melihat pameran, bahkan mereka berpeluang mengikuti seminar dan kaunseling kerjaya yang memberi fokus kepada persediaan untuk men-jalani temu duga, menulis surat permo-honan kerja serta mengenal pasti jang-kaan serta kehendak majikan.

Turut diadakan ujian personaliti dan

kerjaya secara percuma yang akan dikendalikan oleh kaunselor berdaftar (CR) MARA bagi mendapat gambaran mengenai kesesuaian pilihan kerjaya graduan.

Dalam perkembangan yang sama, syarikat perniagaan berkaitan pendidikan juga dijangka mengambil bahagian bagi menyokong usaha penganjuran KPM pada kali ini.

Justeru, peluang setahun sekali yang disediakan MARA itu sewajarnya diman-faatkan oleh orang ramai kerana KPM pada kali ini membawa kelainan dan merupakan yang terbesar dalam sejarah dengan melibatkan banyak institusi dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

MUKA 14 • MINGGUAN MALAYSIA AHAD 16 JANUARI 2011

Karnival Pendidikan MARA 2011Jalur Kerjaya AndaTemui kami di sini: Masuk PERCUMA!Tarikh Lokasi

1 - 2 Mac 2011 ALOR SETAR(Selasa & Rabu) Dewan Insaniah, Kolej Universiti 10 pagi - 6 petang Insaniah, Alor Setar, Kedah

5 - 6 Mac 2011 JOHOR BAHRU(Sabtu & Ahad) Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor10 pagi - 6 petang

11 - 13 Mac 2011 KUALA LUMPUR( Jumaat, Sabtu & Ahad) Dewan Merdeka & Dewan Tun 10 pagi - 6 petang Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur

15 - 16 Mac 2011 KUALA TERENGGANU(Selasa & Rabu) Terengganu Trade Centre,10 pagi - 6 petang Kuala Terengganu, Terengganu

19 - 20 Mac 2011 KOTA BHARU(Sabtu & Ahad) Perkarangan Stadium Sultan 10 pagi - 6 petang Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan

25 - 26 Mac 2011 KUCHING( Jumaat & Sabtu) Perkarangan Bangunan MARA, 9 pagi - 5 petang Plaza Astana, Kuching, Sarawak

29 - 30 Mac 2011 KOTA KINABALU(Selasa & Rabu) Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah9 pagi - 5 petang

9 - 10 April 2011 IPOH(Sabtu & Ahad) Ipoh Parade, Ipoh, Perak 10 pagi - 6 petang

Penyertaan masih terbuka kepada IPTA/S, majikan dan perniagaan berkaitan pendidikan. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di www.mara.gov.my/maraedux atau faksimilikan borang lengkap tempahan ke alamat:Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA21, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala LumpurTel : +60-3-26986041Faks: +60-3-26981817

Apa yang menarik di KPM MARA

l Pameran pendidikan IPTA/S dan Institusi Pendidikan MARA

(IPMa)l Yuran pengajian PERCUMA di IPMa terpilihl Peluang penajaan dan pem-

biayaan pelajaran MARA untuk calon yang layak

l Elaun bulanan untuk calon yang layak

l Kaunseling pendidikan dan kerjayal Pinjaman pendahuluan untuk

calon yang layakl Permohonan terus dan temuduga terbukal Semakan baki tunggakan pinjaman MARAl Peluang kerjaya dan temuduga

kerja

MARA telah mengambil inisiatif bagi menyokong kukuh usaha kerajaan untuk mentransformasikan bidang pendidikan sebagai enjin pertumbuhan dalam bidang- bidang keutamaan negara melalui penghasilan modul pembelajaran yang lebih komprehensif dengan mengambil kira metodologi dan keperluan semasa tenaga kerja – IBRAHIM AHMAD

‘KPM menjana transformasi pendidikan

Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbukal Pameran majikanl Temuduga kerjal Klinik resume

l Taklimat kerjayal Tatahias diri (Grooming)l Ujian personaliti

Khas untuk pencari-pencari kerja!!

KPM laluan pendidikan dan kerjaya terbaik

Peluang setahun sekali yang disediakan MARA itu sewajarnya dimanfaatkan oleh orang ramai kerana KPM pada kali ini membawa kelainan dan merupakan yang terbesar dalam sejarah dengan melibatkan banyak institusi dan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

KPM menjadi penghubung bagi memudahkan urusan IPMa, IPTA, IPTS dan majikan mendekati kumpulan sasar untuk mempromosi kursus-kursus dan program pengajian serta peluang kerjaya masa kini.