carta organisasi mara
Embed Size (px)
DESCRIPTION
TRANSCRIPT

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta
Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Majlis ini bertujuan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.
CARTA ORGANISASI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
PENGENALAN
ISI KANDUNGAN1. Pengenalan2. Ahli Majlis MARA 2013-20153. Ahli Pengurusan MARA 20134. Organisasi MARA5. Carta Organisasi Sektor Keusahawanan6. Peranan Sektor Keusahawanan
7. Carta Organisasi Sektor Pendidikan8. Peranan Sektor Pendidikan9. Kesimpulan10. Rujukan11. Lampiran



ORGANISASI MARA

Ketua Pengarah
Timbalan PengarahSektor Keusahawanan
Mohd Rosdi Bin Hj Ismail
Pembangunan Usahawan
Pembiayaan Perniagaan
PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
PERNIAGAAN
PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PERNIAGAAN
CARTA ORGANISASI SEKTOR KEUSAHAWANAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PERNIAGAANBahagian ini bertanggungjawab untuk membangunkan industri dan perniagaan Bumiputera dengan memberi bantuan
dan nasihat membina kepada usahawan Bumiputera supaya lebih berdaya saing. Selain daripada itu bahagian ini juga akan memantau dan menyelidik mengenai pembangunan dan industri perniagaan. Pengarah bahagian ini ialah Hassan B. Mohd. Amin.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PERNIAGAANMenyediakan kemudahan ruang niaga dan ruang kilang untuk disewa dengan kadar rendah bagi menambah jumlah
golongan usahawan Bumiputera. Bahagian ini juga akan membantu untuk meningkatkan lagi tahap usahaniaga mereka. Memberi bantuan dan nasihat dari segi membaik pulih bangunan atau ruang niaga. Pengarah bahagian ini ialah Adilah Bt. Hassan.
BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAANBahagian ini bertanggunjawab untuk menguruskan segala pembiayaan dan pinjaman yang disediakan untuk
usahawan Bumiputera untuk menambah modal atau memulakan perniagaan. Segala proses mengikut konsep ajaran islam dan bebas dari riba.
PERANAN SEKTOR KEUSAHAWANAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWANMembangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat
Program Keusahawanan MARA. Pengarah bahagian ini ialah Mohamad B. Samion.

Ketua Pengarah
Timbalan PengarahSektor Pendidikan
Abd. Rahim B. Abd. Ghani
PendidikanTinggi
PendIdikan Menengah
Penganjuran Pelajaran Kemahiran & Teknikal
TeknologiPendidikan
CARTA ORGANISASI SEKTOR PENDIDIKAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANBahagian ini ditugaskan untuk meguruskan segala peralatan dan penyampaian cara pembelajaran selari dengan
perkembangan teknologi pendidikan. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memastikan segala kemudahan yang ada di institusi pembelajaran bawah MARA berada di dalam keadaan lengkap dan sempurna. Pengarah bahagian ini ialah Latipah Bt. Ahmad.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKALBahagian ini bertangungjawab untuk menguruskan segala institusi kemahiran di bawah MARA. Menyediakan
kemudahan latihan dan infrastruktur yang mencukupi dan menepati piawaian antarabangsa. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertungkus lumus untuk menambah penglibatan Bumiputera dalam industri teknikal. Pengarah bahagian ini ialah Mohd Fadzil B. Ghazali.
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAHBahagian ini bertanggungjawab untuk meguruskan segala aktiviti di Maktab Rendah Sains Mara, Objektif utama
bahagian ini ialah memastikan pelajar lepasan MRSM mumpunyai daya tahan, jati diri dan daya saing yang tinggi berlandaskan nilai-nilai murni. Pengarah bahagian ini ialah Mahzan B. Atan.
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGIBahagian ini bertanggungjawab untuk menwarkan perkhidmatan pendidikan dan pengurusan kukrikulum yang
berkualiti melalui pelaksanaan pengurusan kualiti yang sentiasa dibuat penambahbaikan bagi melahirkan modal insane yang berdaya saing. Bahagian ini bertanggungjawab mengurus KPM,KM,UniKL,KPTM dan GMI. Pengarah bahagian ini ialah Abd. Rahim B. Hashim.
PERANAN SEKTOR PENDIDIKAN
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN Bahagian ini bertanggungjawab untuk pembangunan modal insan meliputi usahawan yang boleh menjana kekayaan,
melahirkan tenaga kerja kompeten dan pelajar Bumiputera cemerlang. Untuk mencapai matlamat ini BPP menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan. Pengarah bahagian ini ialah Azmi B. Mohamad.

KESIMPULAN
• MARA mempunyai satu sistem pengurusan yang tersusun agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti tinggi
• Sektor Pendidikan dan Keusahawanan merupakan antara sektor utama dalam organisasi MARA sebagai tulang belakang perkhidmatan MARA selaras dengan misinya“Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera ”

RUJUKAN
http://www.mara.gov.my/pengenalan-sejarahhttp://www.mara.gov.my/ahli-majlis-marahttp://www.mara.gov.my/ahli-pengurusan-marahttp://www.mara.gov.my/carta-organisasi

LAMPIRAN
Laman Web MARA