sidang redaksi pendidikan kewanganapabila menerima duit pinjaman ptptn, mara, biasiswa atau elaun...

12

Upload: others

Post on 06-Mar-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus
Page 2: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

2 •

SidangRedaksi

Adalah cukup penting agar usaha-usaha yang akt i f dan berkesandikendal ikan untuk membantupengguna Malaysia menguruskankewangan mereka dengan lebih cekapdalam persekitaran yang mencabarini.

Berdasarkan laporan statistik muflisdaripada Jabatan Insolvensi Malaysiadan golongan yang mendapatkankhidmat Agensi Kaunsel ing danPengurusan Kredit, menunjukkanbahawa pengguna Malaysia tidakmenguruskan kewangan merekadengan baik. Mereka t idakmempunyai pengetahuan yang cukuptentang produk kewangan dan tidakmempunyai kemahiran untukmembuat keputusan kewangan untukmenjaga kepent ingan kewanganmereka.

Kekurangan ini sudah tentu akanmemberi kesan terhadap pengurusan

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Siti Rizadiana binti Rahmat

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

harian individu dan keluarga. Begitujuga ia akan mempengaruhikemampuan untuk membuattabungan untuk matlamat jangkapanjang sepert i membeli rumah,mendapatkan pendidikan tinggi bagidiri atau anak dan juga mempunyaitabungan yang cukup untukpersaraan.

Pengurusan kewangan yang kurangberkesan juga boleh menyebabkanpengguna terdedah kepada krisiskewangan bi la menghadapikecemasan seperti isu perubatan,hilang pekerjaan atau kemalangan.

Jadi, pendidikan kewangan memberimanfaat kepada pengguna dalamsetiap peringkat umur dan tahappendapatan.

Bagi golongan muda dewasa yangbaru memasuki alam pekerjaan, iaboleh dijadikan perkara asas bagi

Pendidikan KPendidikan KPendidikan KewanganewanganewanganDan PenggunaDan PenggunaDan Pengguna

Pendidikan KewanganDan Pengguna

Page 3: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

• 3

menguruskan bajet dan simpanan serta mengawalperbelanjaan serta hutang.

Pendidikan Kewangan boleh membantu sesebuahkeluarga membentuk disipl in untuk membuattabungan sendiri di rumah atau untuk keperluanpendidikan anak-anak. Ia juga menggalakkanpenggunaan berhemat dan mengurangkanperbelanjaan di rumah.

Pendidikan Kewangan boleh membantu pekerjayang telah berumur untuk memastikan merekamempunyai simpanan yang cukup untuk menjalanikehidupan persaraan yang selesa denganmenyediakan mereka maklumat serta kemahiranmembuat pelaburan secara bijaksana dan pilihansimpanan.

Pendidikan pengurusan kewangan boleh membantupengguna yang berpendapatan rendah untukmenggunakan apa yang mereka miliki dan buatkeputusan kewangan yang bijak untuk wang merekasemasa membeli sebarang produk kewangan.

Untuk pengguna yang mempunyai wang untukmembuat pelaburan, pendidikan pengurusankewangan dapat meningkatkan kefahaman tentangmaklumat kewangan yang asas seperti risiko danpulangan serta maklumat yang lebih spesifik tentangpelbagai jenis pelaburan.

Pengguna memerlukan pengetahuan tentangpengurusan kewangan untuk meni lai danmembandingkan pelbagai maklumat yang komplekstentang produk dan perkhidmatan kewangan. Tanpapengetahuan kewangan yang asas, penggunamungkin t idak dapat membel i produk danperkhidmatan kewangan yang mereka perlukan ataumungkin mereka telah membeli sesuatu produkkewangan yang tidak diperlukan atau tidak sesuai.

Pendidikan pengurusan kewangan dapat membantupengguna untuk menjadi lebih berpengetahuantentang produk dan perkhidmatan kewangan.Pengguna akan mengetahui saluran untukmendapatkan maklumat kewangan danmemanfaatkannya, serta menggunakan maklumattersebut untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Secara am, pendidikan kewangan adalah proses dimana pengguna boleh meningkatkan kefahamanmereka tentang produk dan perkhidmatan kewanganagar mereka dapat membuat keputusan berdasarkanmaklumat yang tepat dan melindungi diri daripadapelbagai penipuan serta pengguna boleh mengambiltindakan untuk memperbaiki kedudukan kewanganmasa kini dan pada masa hadapan.

Daripada aspek yang lain, operasi pasaran danpersaingan di pasaran akan menjadi kurang cekapsekiranya pengguna tidak ada pengetahuan ataukemahiran untuk menguruskan hubungan merekadengan institusi kewangan dengan baik. Penggunayang berpengetahuan dan berkeyakinan akanmenuntut dan berunding untuk produk danperkhidmatan yang memenuhi matlamat jangkapanjang dan jangka pendek pengguna.

Oleh i tu, penyedia perkhidmatan kewangandikehendaki menyediakan produk dan perkhidmatanyang mempunyai ciri-ciri yang dituntut oleh penggunayang berpengetahuan tersebut. Akan tetapisekiranya pengguna tidak mempunyai pengetahuan,kemahiran atau keyakinan untuk menuntut daripadainstitusi kewangan produk dan perkhidmatan yangmemenuhi keperluan mereka, pengguna akan terikut-ikut “nasihat” penjual atau agen yang seringkali lebihmementingkan komisyen mereka daripada kebajikanpengguna. Ada kemungkinan keputusan penggunadi dalam konteks ini akan mengakibatkan kerugiandan pembaziran akan dihadapi oleh pengguna.

Pendidikan pengurusankewangan boleh membantupengguna yangberpendapatan rendahuntuk menggunakan apayang mereka miliki ....

Page 4: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

4 •

Menjadi seorang pelajar kampus bukannya tugasyang mudah. Selain daripada mengulang kaj ipelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlumenguruskan wang agar dapat menjalani hidupsebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang.Sekiranya anda gagal menguruskan wang denganbijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnyamemberi kesan kepada pembelajaran anda.

Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik bolehdimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities IndustryDevelopment Corporat ion (SIDC), bahagianpendidikan dan pembangunan bagi SuruhanjayaSekurit i Malaysia ingin berkongsi 10 panduanberjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelahselesai membaca art ikel in i , anda bolehmempraktikkan panduan-panduan yang diberi danmengaplikasikannya mengikut keadaan kewangananda selaku seorang pelajar.

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10Peratus

Secara amnya, peraturan 10 peratus bermakna andaperlu menyimpan 10 peratus daripada wang yanganda miliki setiap bulan. Contohnya, jika andamempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50.Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA,biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan,pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang iniboleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda padamasa hadapan. Amalan ini juga akan mendidik andauntuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalammenyimpan wang pada masa akan datang.

Panduan 2: Wujudkan DanaKecemasan

Sebagai pelajar, ada masanya anda akan berhadapandengan kejadian yang t idak di jangka dan iamemerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagaicontoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa kehospital, kenderaan atau komputer mungkin rosakdan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yanglain. Sekiranya anda t idak mempunyai danakecemasan, anda pasti akan berdepan denganpelbagai masalah. Namun, dengan adanya danakecemasan, anda tidak perlu rungsing dan berhutangdengan orang lain kerana anda mempunyai wangsimpanan sendiri. Tetapi ingat: dana kecemasanharus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 3: Amalkan tabiat melabur

Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi andaperlu melaburkan wang tersebut agar mendapat lebihpulangan. Amalkan tabiat melabur secepat yangmungkin supaya anda boleh mendapat pulanganyang maksimum daripada pelaburan. Rebutlahpeluang daripada kuasa pengkompaunan denganmelaburkan wang anda dalam produk pelaburan yangsesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukan kajisel id ik yang mencukupi dengan membacaprospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan,majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilihproduk pelaburan yang paling sesuai dengan tahaprisiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada, andaperlu mengenali sedikit sebanyak tentang konseppelaburan.

10 Panduan10 Panduan10 PanduanBerjimatBerjimatBerjimatCermatCermatCermatUntukUntukUntukPelajarPelajarKampusKampus

Page 5: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

• 5

Panduan 4: Buat perbandingan hargasemasa membeli-belah

Dengan membandingkan harga dan mencari tawaranyang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiapkali membeli-belah. Membandingkan harga jugamengajar anda untuk menjadi lebih berhati-hati danbersabar semasa membeli barang. Sebagai seorangpembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidakakan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malahakan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yangterbaik untuk wang anda!

Panduan 5: Potong kad kredit anda

Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysiamendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yangdiisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah.Statistik ini antara lain menggambarkan bahawapelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mulabekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysiayang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika andamemiliki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit olehibu bapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah sayamemiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kadkredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Panduan 6: Kurangkan bil elektrikanda

Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil beratisu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupuntiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazimyang dipandang remeh walaupun ia merupakan satupembaziran. Sebenarnya, apabila anda menjimatelektrik, anda juga menjimatkan wang. Antaraperkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkankelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakanlampu jenis jimat tenaga serta mengurangkan tahapkecerahan skrin komputer.

Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak

Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, andajuga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda dikedua-dua belah muka surat kertas, beli isiansemula mesin pencetak dan bukannya kartr i jpencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajarsenior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersamakawan-kawan dan makanlah di kampus. Secaraamnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampusseperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lainnyaadalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini!Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dancarilah peluang mendapatkan diskaun apabilamembeli barang (buku, alat tulis dan lain-lain) secarapukal di kampus.

© Securit ies Industry DevelopmentCorporation 2010. Untuk mendapatkanpanduan pelaburan bijak, layari lamanweb Pelabur Malaysia(www.min.com.my) . J ika andaberminat berkongsi, menerbit ataumengedar semula artikel ini, sila [email protected].

Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda

Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangatmembantu dalam usaha anda menyimpan wang.Anda boleh menggunakannya untuk mendapatdiskaun ketika menonton wayang, membeli buku,menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan,bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatanyang anda dapat!

Panduan 9: Gunakan pengangkutanawam

Menggunakan pengangkutan awam biasanyamelibatkan kos yang lebih rendah berbandingmemandu kereta. J ika kurang minat menaikipengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal ataubasikal supaya boleh menjimatkan wang untukpetrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikutjadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jikadest inasi yang di tuju t idak jauh dan cuacamengizinkan, apa salahnya j ika berjalan kakiberbanding memandu kereta?

Panduan 10: Gunakan Internet untukmembuat panggilan

Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilaitelefon bimbit, apa kata anda membuat panggilanmelalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbualsepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walausesen pun ( j ika mengunjungi “wi- f i hotspot”percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksamenggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawalebih murah untuk menghantar mesej (SMS)berbanding membuat panggilan.

Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universitibukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata.Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagaiaspek kehidupan dan akan menempuh pelbagaipengalaman yang mampu mencorak kehidupan andakelak. Anda semestinya t idak mahu masalah-masalah berkaitan kewangan menjadi isu yangmembebankan anda di kampus. Denganmempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan,anda sepatutnya boleh menikmati kehidupankampus yang bebas daripada tekanan, seronok, danmengujakan!

Page 6: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

6 •

Bagi memenuhi keperluan perniagaan anda, institusikewangan menawarkan rangkaian produk pembiayaanyang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana(PKS) di bawah perbankan konvensional dan Islam.Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis produkyang ditawarkan di pasaran, bergantung kepadakeperluan pembiayaan dan kesesuaian pembiayaantersebut dengan perniagaan anda.

PRODUK YANG BETUL UNTUKTUJUAN YANG BETUL

Umumnya, perniagaan anda memerlukan pembiayaanuntuk pemerolehan aset dan modal kerja. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis pembiayaanyang boleh anda pilih. Misalnya, untuk memperolehiperalatan perniagaan, lekapan dan kelengkapan, andaboleh memilih untuk membiayai pemerolehan tersebutmelalui sewa beli perindustrian, pajakan ataupunpinjaman berjangka. Pilihan muktamad terletak kepada

Perusahaan Kecil dan SederhanaProduk Pembiayaan untuk Perniagaan Anda– Bahagian Pertama

keputusan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkiningin mendapatkan maklumat lanjut mengenaikesesuaian produk tersebut sebelum membuatkeputusan mengenai jenis pembiayaan untukperniagaan anda. Maklumat yang disediakan hanyasebagai panduan. Oleh yang demikian, anda harusmerujuk kepada institusi kewangan anda untukmendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut.

PEMEROLEHAN ASET/PENGEMBANGAN PERNIAGAAN

Perniagaan anda memerlukan aset untuk beroperasi.Aset-aset ini mungkin terdiri dari harta benda tak alihseperti kilang, rumah kedai dan bangunan ataupunaset-aset lain seperti kenderaan, peralatan, lekapandan mesin. Sekiranya anda bercadang untuk membeliatau memajak aset-aset tersebut, produk pembiayaanyang tersedia adalah disenaraikan seperti berikut:

PRODUKPEMBIAYAAN

KEGUNAAN CIRI-CIRI FAEDAH

PinjamanBerjangka

Sewa BeliPerindustrian

Pajakan

Untuk memperolehiaset tetap (harta takalih, iaitu, tanah danbangunan sertakenderaan komersil)

Untuk memperolehimodal aset sepertiperalatan dan mesin.

Untuk memperolehimodal aset sepertiperalatan dan mesin.

Pinjaman yang diberi untuk jangka masayang dipratentukan (tempoh), denganpembayaran balik secara ansuran.

• Kemudahan yang membenarkan PKSmemajak peralatan daripada institusikewangan tanpa perlu membeliperalatan itu

• Terdapat 2 jenis kemudahan pajakanyang tersedia:i. Pajakan Operasi

Hak milik dipegang oleh institusikewangan.

ii. Pajakan PembiayaanHak milik dipegang oleh institusikewangan. Walau bagaimanapun,pemajak mempunyai pilihan untukmembeli aset tersebut pada akhirtempoh pajakan.

• Satu bentuk pembiayaan yang manaaset dibeli oleh institusi kewangan dandisewakan kepada PKS dengan hak milikdikekalkan oleh institusi kewangansehingga pinjaman dibayar balik

• PKS membuat pembayaran balik secaraberkala kepada institusi kewangan

Memudahkan pengurusan danamemandangkan jumlah bayarandipratentukan.

• Memudahkan pengurusan danakerana jumlah ansuran pajakanadalah dipratentukan

• Untuk pajakan operasi, kospenyelenggaraan ditanggungoleh pemberi pajak (institusikewangan)

• Ansuran yang dibayar untukpajakan layak mendapatpelepasan cukai sepenuhnya

• Membolehkan PKS memilikiperalatan dan mesin tanpa perlumembayar amaun sepenuhnyaterlebih dahulu

• Memudahkan pengurusan danamemandangkan jumlahpembayaran balik dipratentukan

• Membolehkan dana yang sediaada digunakan bagi tujuan lain

Page 7: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

• 7

MODAL KERJA

Selain daripada pembiayaan aset, perniagaan anda memerlukan modal kerja bagi membiayai operasi harianperniagaan. Pada amnya, bentuk pembiayaan yang paling mudah ialah kemudahan overdraf daripada bank-bankperdagangan. Namun begitu, walaupun fleksibel, overdraf mungkin meningkatkan kos perniagaan. Fi komitmenmungkin dikenakan ke atas baki kemudahan overdraf atau kredit pusingan yang tidak digunakan. Faedah-faedahdan ciri-ciri produk yang disediakan oleh institusi kewangan bagi tujuan modal kerja adalah seperti yang berikut:

Sumber : Bank Negara Malaysia

Maklumat yangdisediakan hanyasebagai panduan. Olehyang demikian, andaharus merujuk kepadainstitusi kewangan andauntuk mendapatkanpenjelasan danmaklumat lanjut.

MODALKERJA KEGUNAAN CIRI-CIRI FAEDAH

Overdraf(OD)

Pemfaktoran

KreditPusingan(RC)

Bagi memenuhikeperluan modal kerjaperniagaan sepertimembeli bahanmentah, baranganuntuk perniagaan danlain-lain.

Seperti OD, iabersifat jangkapendek dan biasanyadigunakan untukmemenuhi keperluanmodal kerja jangkapendek.

Bagi memperolehipembiayaan jangkapendek untuk hutangdagangan (jualanbarangan kepadapelanggan secarakredit).

• Pinjaman pusingan yang disediakankepada pelanggan perniagaan melaluiakaun semasa, yang mana peminjamboleh mengeluarkan jumlah wang yangdiperlukan dengan cara mengeluarkancek selagi tidak melebihi had OD

• Fi komitmen sebanyak 1% dikenakanatas baki kemudahan yang tidakdigunakan

• Faedah dikira atas kadar harianberdasarkan baki belum jelas pada akhirsetiap hari perniagaan

• Pinjaman yang diberikan untuk satutempoh jangka masa tertentu yangboleh dipusing semula apabila matang

• Kemudahan jangka pendek yang sesuaibagi syarikat-syarikat yang mempunyaikedudukan kewangan yang baik

• Pengeluaran pinjaman melalui suratdaripada PKS kepada institusikewangan dengan menyatakan tempohpinjaman yang diperlukan

Satu kaedah pembiayaan yang manainstitusi kewangan membeli invoisdagangan pelanggan secara diskaun atasnilai muka invois berkenaan danmenyediakan pendahuluan tunai bagitujuan perniagaan.

Kefleksibelan dalam pengurusandana kerana OD dapat digunakansecara berterusan, selagikemudahan tersebut digunakandengan cara yang teratur danperniagaan terus diuruskandengan memuaskan.

• Kos pembiayaan lebih rendahberbanding dengan kemudahanpembiayaan konvensional

• Dana boleh digunakan secaraberterusan kerana ia adalahkemudahan pusingan

• Pendahuluan tunai diperolehidengan mudah dan cepat

• Tidak memerlukan cagaran• Dapat menjual pada harga yang

lebih berdaya saing kepadapengguna yang membeli secarakredit

.....bersambung pada keluaran akan datang...

Page 8: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

8 •

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu padamasa ini dan dibebankan lagi dengan harga barangkeperluan yang semakin melambung, maka sudahpastinya ia akan memberikan bebanan kepada orangramai. Apatah lagi dengan bayaran ansurankenderaan yang perlu dijelaskan setiap bulanmengikut perjanjian sewa beli yang termeteraidengan institusi perbankan.

Tidak dinafikan, para pengguna kenderaan di negaraini mengalami beban yang tinggi dalam pengurusankewangan mereka, kehidupan di bandar yang serbaserbi memerlukan wang ringgit.

Tatkala sibuk menguruskan keperluan harian, adadi antara mereka yang terlupa atau menghadapikesukaran melunaskan bayaran ansuran kenderaanmereka.

Lebih menyedihkan jika ansuran kenderaan merekatertunggak. Terdapat ramai yang memilih jalanmudah seperti menyerahkan kenderaan kepadapihak ketiga untuk tujuan sambung bayar.

Sebenarnya tindakan ini sangat berisiko, ibaratmenjerat dir i sendir i . Tahukah anda bahawa,walaupun ada pihak ketiga yang akan menyambungansuran bulanan, namun anda masihbertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenderaanitu, sepertimana yang terkandung dalam perjanjiansewa beli yang asal, termasuk juga jika berlaku kesjenayah serta kemalangan. Jika berlaku kes jenayahatau kesalahan jalan raya, anda boleh diheret kemahkamah, walaupun pada dasarnya anda tidakmelakukannya.

Jika pihak ketiga gagal melangsaikan hutang andaataupun kenderaan anda dibawa lari kerana gagalmembuat pembayaran, pihak bank akan meletakkantanggungjawab ke atas anda atas segalapermasalahan yang timbul. Lebih teruk, perkara iniboleh menggagalkan tuntutan insurans keranasegala tindakan ini adalah bercanggah dengan AktaSewa Beli 1967.

Lebih memburukkan keadaan jika kenderaan andaterlibat dalam kemalangan maut ataupun kes langgarlari. Sudah pasti anda yang akan diheret ke mukapengadi lan kerana anda merupakan pemil ikberdaftar kenderaan itu.

Jika kenderaan itu ditarik atau dituntut oleh pihakbank disebabkan kegagalan pihak yangmenyambung hutang itu melangsaikan hutangnya,maka kenderaan ini akan dilelong. Jika hasil lelongantidak mencukupi bagi menampung jumlah yangtertunggak, maka bakinya perlu ditanggung oleh tuanpunya asal kenderaan dan pihak ketiga tidak bolehdipertanggungjawabkan kerana pihak ketiga tiadaapa-apa kai tan yang boleh disabitkan ataskesalahan perjanjian sewa beli yang asal. Maka,tiada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat walaupunkenderaan ditarik atas kecuaian yang dilakukan olehpihak ketiga.

Langkah terbaik jika menghadapi masalah kewanganberkaitan sewa beli kenderaan adalah denganberbincang semula dengan pihak bank. Untukpengetahuan anda, sekarang terdapat banyakinst i tusi perbankan yang menyediakan pakejpenjadualan semula pembayaran untuk membantupengguna.

Jika anda benar-benar tidak boleh meneruskanpembayaran, maka lebih baik bagi andamenyerahkan kenderaan itu kepada pihak perbankansebelum tamatnya tempoh surat not is jadualkeempat. Sekurang-kurangnya anda tidak perlumenanggung kos penarikan semula serta kos-koslain yang pastinya akan membebankan. Anda jugamempunyai pilihan untuk membayar secara ansuranbaki daripada hasil lelongan kenderaan. Ini adalahlangkah yang lebih selamat.

Jadilah pengguna yang bi jak dalam membuatkeputusan.

Sumber: Auto Touch Magazine, Edisi Mei 2010

Risiko UrusNiaga SambungBayar PerjanjianSewa Beli

Page 9: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

• 9

Hari t idak berbelanja merupakan sebahagiandaripada program Kempen Konsumer Kebangsaanyang berlangsung antara tahun 2008 hingga 2012.Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai setiaptahun. Pada hari tersebut, para pengguna digalakkanagar tidak membuat sebarang pembelian sepanjanghari. Idea ini adalah untuk meningkatkan kesedaranpengguna tentang tabiat berbelanja mereka danmemikirkan tentang kepenggunaan secarakeseluruhan serta kesannya terhadap budaya sertaalam semula jadi.

Budaya Tidak Membeli-belah

Membeli-belah tidak memberikan kemudaratan,namun ia bergantung kepada jenis barang-barangyang anda beli. Anda perlu memastikan tentang‘keperluan’ dan ‘kehendak’ sebelum berbelanja. Andaperlu mempunyai alasan yang kuat ’mengapa’ andaperlu membeli sesuatu barang agar pembeliantersebut merupakan satu keperluan dan tidakmenyebabkan pembaziran.

Melawan Nafsu

Apabila anda tidak melakukan sesuatu, sebenarnyaanda telah melakukan sesuatu! Tindakan anda untukbersetuju mengurangkan perbelanjaan merupakansuatu permulaan. Hari Tidak Berbelanja merupakanhari untuk anda melawan nafsu membeli barang. Iamerupakan hari untuk anda mencabar diri andasendiri.

Kesan Yang Berpanjangan

Kempen ini tidak bermaksud untuk mengubah carahidup anda dalam masa sehari sahaja, tetapi iamampu memberi kesedaran secara berpanjanganyang mungkin merupakan satu pengalaman hidup!Kempen ini akan terus tersemat dalam minda anda,iai tu set iap kal i anda berbelanja, anda akanmemikirkan kesan barang tersebut kepada nilaikepada wang anda dan alam sekitar.

Cara Menyambut Hari TidakBerbelanja• Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi• Bawa bekal untuk makanan tengahari• Masak sendiri di rumah• Berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam

untuk mengelakkan pembelian petrol• Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk

mengelakkan penggunaan bahan api untuktujuan yang tidak penting

• Menghabiskan masa dengan aktiviti-aktivitiyang t idak mengeluarkan wang sepert imembaca buku, berkebun dan bersenam

• Menggunakan barang-barang yang terpakai dirumah anda untuk dijadikan suatu barang yangbaru

• Membuat satu inventori barang-barang yangtelah sedia ada dirumah untuk mengelakkanmembeli barang yang sama apabila andamembeli belah kelak

• Menyebarkan mesej dengan memberitahu oranglain sama ada secara lisan atau penulisan diblog atau laman sosial untuk menggalakkanorang lain turut sama menjayakan kempen ini.

• Bertukar pakaian dengan rakan rapat atau ahlikeluarga yang lain

Hari TidakHari TidakHari TidakBerbelanjaBerbelanjaBerbelanja16 JULAI 2011

Anda perlu memastikantentang ‘keperluan’ dan

‘kehendak’ sebelum berbelanja.

Page 10: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

10 •

Hampir semua negara di dunia kini merasai kesandaripada harga makanan yang meningkat secaramendadak serta kedudukan ekonomi yang tidakmenentu. Justeru, bagi membantu para pengguna diMalaysia mengurangkan kesan ini ialah melalui amalanberkebun sendiri.

Tanah merupakan satu anugerah semula jadi yangbanyak terdapat di Malaysia. Terdapat banyak tanahyang terbiar di kawasan bandar dan luar bandar yangdipenuhi dengan rumput rampai dan tanaman-tanamanyang tidak mendatangkan hasil. Kini anda boleh

TanamSendiriLebihJimat!!

menanam sayur-sayuran dan buah-buahan yang andasukai di halaman atau kebun di rumah anda.

Penghuni rumah pangsa dan rumah teres yang tidakmempunyai kawasan bertanah pula boleh menanamsayur-sayuran di dalam pasu atau beg poli di rumahmereka. Malaysia adalah negara yang dikurniakancahaya matahari dan hujan yang banyak. Kedua-duasumber ini amat diperlukan untuk bercucuk tanam dirumah. Dengan melakukan kerja yang sedikit sahajaia boleh memberikan pulangan yang lumayan.

KENAPA PERLUNYABERKEBUN DI RUMAH?

• Ia dapat mengurangkan perbelanjaan seharianuntuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahanyang harganya semakin meningkat pada masaini.

• Anda boleh mendapatkan buah-buahan dansayur-sayuran yang segar daripada taman andasendiri.

• Anda boleh mendapatkan makanan seperti cili,daun kari dan ulam dengan mudah sekali.

• Anda mengambil makanan yang sihat kerana ia bebas daripada racun perosak atau racun serangga.• Ia boleh dijadikan sebagai hobi yang boleh membawa keseronokan kepada ahli keluarga anda.• Anak-anak anda sendiri mengetahui dari mana datangnya sumber makanan mereka.• Anda akan lebih menghargai nilai makanan dan tidak akan mensia-siakannya kerana ia hasil titik

peluh anda sendiri.• Memberikan kepuasan kerana dapat makan buah-buahan dan sayur-sayuran dari taman anda sendiri.• Menggunakan tanah yang kosong untuk berkebun dapat mengelakkan daripada pembaziran kepada

sumber tanah.• Hasil tanaman dapat menghijaukan kawasan halaman dan memberikan pemandangan rumah yang

indah.• Jika menanam dalam kuantiti yang banyak, hasil tanaman boleh dikongsi bersama-sama dengan

jiran atau menjualnya untuk mendapatkan wang tambahan.• Anda dapat menikmati makanan organik yang dihasilkan sendiri dengan kos yang rendah kerana

harga hasil pertanian secara organik amat tinggi di pasaran.

Page 11: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

• 11

Perkhidmatan KaunterBergerak BNMLINK

Pegawai-pegawai BNMLINK akan mengadakanperkhidmatan kaunter bergerak di lokasi-lokasiberikut pada bulan Mei dan Jun 2011 untukmembantu sebarang permasaalahan kewangan,pinjaman, perbankan atau insurans anda:

1. Bank Simpanan Nasional cawanganSarikei, Sarawak*Tarikh : Isnin-Rabu, 23 – 25 Mei 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

2. Bank Simpanan Nasional cawangan SriAman, Sarawak*Tarikh : Khamis-Jumaat, 26 – 27 Mei 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

Langkah Keselamatan semasaberkebun !!• Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis

yang beracun sebelum menanamnya di kawasanrumah.

• Selalu memakai sarung tangan dan kasut ataubut yang bersesuaian semasa berkebun.

• Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dansebagainya, lakukan secara perlahan-lahan agar

3. AmBank cawangan Batu Pahat, JohorBahru*Tarikh : Khamis-Jumaat, 16 – 17 Jun 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

4. AmBank cawangan Sitiawan, Perak*Tarikh : Isnin, 27 Jun 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

5. Maybank cawangan Lumut, Perak*Tarikh : Selasa, 28 Jun 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

* Sekiranya terdapat pertukaran lokasi, tarikh dan masa, silarujuk pengumuman yang akan di buat di pelbagai mediatermasuk surat khabar, radio, risalah ringkas serta sepandukdi kawasan sekitar daerah anda.

sesuatu benda yang tersembunyi di sebaliknyadapat ditanggalkan dengan baik.

• Sentiasa memeriksa but, sarung tangan danpakaian sebelum memakainya. Jika ia telahterbiar dalam tempoh tertentu, goncangkan iadengan kuat. Anda mungkin tidak mengetahui apayang terdapat di dalamnya!

• Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalamlubang-lubang di dalam tanah.

Page 12: Sidang Redaksi Pendidikan KewanganApabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]