konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

12

Click here to load reader

Upload: intan-nurbaizurra-mohd-rosmi

Post on 15-Jul-2015

116 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Konvensyen Mengenai Hak

Kanak-Kanak 1989

Page 2: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Memberikanperlindungan

kepada kanak-kanak dari segi

Pengabaian & Penderaan

Jaminan kanak-kanak akan

mendapat haknya

Eksploitasi

Tujuan Konvensyen

Page 3: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Mengapa Konvensyen ini perlu ?

Banyak negara yang tidakmempunyai struktur

perundangan khusus untukkanak-kanak.

Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak lemahberbanding orang dewasa.

Kanak-kanak mudah terjejasoleh apa jua yang dilakukan

atau tidak dilakukan.

Kanak-kanak tidak berhakmengundi dan tidak mempunyaipengaruh politik dan ekonomi

Page 4: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Prinsip-prinsip Konvensyen

Kanak-kanaktidak

seharusnya di

diskriminasikan

Kanak-kanakmempunyai hak

kepadakehidupan danperkembangan

Kepentinganterbaik kanak-kanak mesti

diberikeutamaan

Kanak-kanak harusdiberi peluangmelibatkan diri

secara aktif dalamsemua perkara yang

menyentuhkehidupan mereka

dandiberi kebebasanuntuk menyuarakanpendapat mereka

Page 5: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Intipati didalam Konvensyen Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa

mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan,kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status

Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkansupaya keluarga memberikan perlindungan dan bantuan perlu untuk mampumenjalankan tanggungjawab mereka

Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkansepenuhnya dan hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yan gembira,kasih sayang dan persefahaman

Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental,memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undangyang sewajarnya

Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalamkeadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas

Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orangbagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Page 6: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Tinjauan Isu Utama

Menurut laporan Mengenai Status Hak kanak-kanak di Malaysia oleh Child Rights Coalition Malaysia Disember 2012 :

Hak kanak-kanak di Malaysia telah berkembang dengan ketara sejak Malaysia bersetujumengikuti CRC pada tahun 1995 dan memperkenalkan Akta Kanak-kanak pada tahun2001. Banyak inisiatif untuk menyedari dan menegakkan hak-hak kanak-kanak telahdimajukan oleh kerajaan dan masyarakat sivil. Kemajuan yang besar telah, sebagai contoh, dicapai dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan asas untuk kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, beberapa cabaran utama masih kekal untuk kanak-kanak. Gabungantelah mengenal pasti isu-isu berikut sebagai membimbangkan:

• Kumpulan kanak-kanak yang terpinggir dan tercicir.

• Keganasan, pengabaian, penganiayaan dan penderaan kepada kanak-kanak.

• Hukuman korporal

• Kekurangan pemantauan dan laporan sistematik dan telus mengenai hak kanak-kanak.

Page 7: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Usaha dijalankan Malaysia untuk

perlindungan kanak-kanak

Talian Bantuan 24 jam, Talian Nur 15999, Childline Malaysia

Penubuhan talian ini adalah satu langkah positifWalaubagaimanapun, terdapat kebimbangan penerimatalian tidak bersedia untuk mengendali kes-kes sensitif

seperti isu LGBTIQ dan masalah kesihatan mental

Mahkamah khas ditubuhkan

Memberi penekanan kepada penglibatan ibubapadalam pemulihan kanak-kanak

Menangani ketidakharmonaian keluarga melaluibengkel interaktif

Akta Kanak-kanak 2001 telah digabungkan dengan Akta MahkamanJuvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 serta Akta

Perlindungan Kanak-kanak 1991.Mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan

penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanakmelaporkan kes penderaan kanak-kanak

Berikutan itu, laporan kes yang dilaporkan menunjukkanpeningkatan daripada 1036 pada tahun 2001 kepada

1656 pada 2005

Page 8: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Strategi pencegahan dalam sistem

perlindungan kanak-kanak:

Strategi pencegahan dalam Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Negara 2009:

1. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan

kanak-kanak;

2. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk melindungi diri

mereka;

3. Membangunkan modul latihan seragam mengenai perlindungan kanak-kanak dan

sistem saringan bagi orang-orang yang bekerja secara langsung dengan kanak-

kanak.

Page 9: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak

(PPKK)

PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan

kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang

dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang

dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat

jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus

pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan

pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain

masalah sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK

diseluruh negara. Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada

kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK.

Page 10: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik

dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-

kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan

Perlindungan Kanak-kanak. PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat.

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam

sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang

memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan

tempoh masa PAKK patut dijalankan. PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau

untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa

atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan,

Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan.

Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan

sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak

yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada

jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak

lebih daripada lima belas orang.

Page 11: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989

Peranan Pakk Dan Aktiviti -Aktiviti Yang Dijalankan Oleh

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

Tempatperlindungan ; menyediakan

pelbagai aktivitibersesuaiandengan umurkanak-kanak

Pusat advokasi ; mengadakan

ceramah/kursuspendek kepada

masyarakat, ibubapa dankanak-kanak

Pusat IntervensiKrisis ;

menyediakankhidmat kaunseling

PusatPembelajaran ;

kelas bimbingan, kelas komputer,

kelas keagamaan, kelas drama

Pusat Sosial, Sukan danRekreasi

Pusat sumber ; menyediakanbahan bacaankepada kanak-

kanak

Page 12: Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989