konsep ibadah

4
KONSEP IBADAH Oleh Ust. Asyraf Ridwan Hj. Ali Surah az-Zariyat:56 “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaku).” Ibn Taimiyyah : Kesempurnaan makhluk adalah terletak dalam perlaksanaan ibadahnya kepada Allah SWT, setiap kali manusia meningkatkan kesempurnaan dan ketinggian darjatnya. Sesiapa yang menyangka ada jalan lain atau menyangka manusia dapat membebaskan diri daripada pengabdian dirinya atau keluar dari lingkungan itu untuk mendapat kesempurnaan yang lebih, dia adalah orang yang paling jahil dan sesat.

Upload: alimin-wahid

Post on 21-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kbjcjgvlb

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP IBADAH

KONSEP IBADAHOleh Ust. Asyraf Ridwan Hj. Ali

Surah az-Zariyat:56

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaku).”

Ibn Taimiyyah :Kesempurnaan makhluk adalah terletak dalam perlaksanaan ibadahnya

kepada Allah SWT, setiap kali manusia meningkatkan kesempurnaan dan ketinggian darjatnya. Sesiapa yang menyangka ada jalan lain atau

menyangka manusia dapat membebaskan diri daripada pengabdian dirinya atau keluar dari lingkungan itu untuk mendapat kesempurnaan yang lebih,

dia adalah orang yang paling jahil dan sesat.

Page 2: KONSEP IBADAH

PERGERTIAN IBADAHBAHASA• Berasal dari perkataan ‘abada ( ), ya’budu ( ), ‘abd ( ).• ‘Abd adalah kata masdar yang memberi maksud HAMBA.• Ia juga bermaksud al-ta’at (taat) wa al-khudhu’ (tunduk)• HAMBA TERBAIK – Rasul dan Nabi.• Perhambaan diri kepada Allah mestilah disertai dengan perasaan

cinta dan takut kepadaNya. Sentiasa patuh kepada Allah sama ada suka mahupun benci.

• Ia mesti mengasihi Allah dan RasulNya melebihi dari yang lain.• HAMBA - khalifah/ pentadbir. - insan/ manusia.

- juara.- ‘haiwanul natiq’.- duta.

Page 3: KONSEP IBADAH

ISTILAH• Taat, tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya

kepada Allah SWT; mengakui dan menyakini bahawa Allah sahajalah yang wajib ditaati, tunduk patuh, merendah diri, takut dan mengharap.

• Tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para rasul, sama ada ia berbentuk suruhan ataupun larangan.

Page 4: KONSEP IBADAH

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

• Allah SWT menciptakan manusia dan segala makhluk yang lain yang dapat kita lihat melalui pancaindera yang ada pada kita dan juga makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat (diluar batas akal fikiran manusia) sebagai tanda kekuasaan Allah.

• Antara makhluk tersebut, manusia adalah makhluk yang paling mulia dijadikan oleh Allah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab manusia melaksanakan segala perintah dan juga meninggalkan larangannya.

• Kemudian Allah mengembalikan manusia yang tidak bertanggungjawab ke tempat yang hina dan serendah-rendahnya.

• Menjadi kewajipan bagi setiap manusia membebaskan diri dari tempat yang hina tersebut.

• Beribadah semata-mata untuk Allah dengan niat yang ikhlas dan beribadah secara mutlak dengan mematuhi syariat Islam dalam seluruh bidang kehidupan.