konsep asas fizik

5
KONSEP ASAS FIZIK YANG SUKAR DAN MISKONSEPSI KONSEP FIZIK BAGI TAJUK GELOMBANG CAHAYA PANTULAN DAN PEMBIASAN CAHAYA DAN APLIKASI DALAM

Upload: rosdi-ramli

Post on 22-Jun-2015

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KONSEP ASAS FIZIK YANG SUKAR DAN MISKONSEPSI KONSEP FIZIK BAGITAJUK GELOMBANG CAHAYA PANTULAN DANPEMBIASAN CAHAYA DAN APLIKASI DALAM HUKUM SNELL

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Asas Fizik

KONSEP ASAS FIZIK

YANG SUKAR DAN MISKONSEPSI

KONSEP FIZIK BAGI

TAJUK

GELOMBANG CAHAYAPANTULAN DAN

PEMBIASAN CAHAYA

DAN APLIKASI DALAM

HUKUM SNELL

Page 2: Konsep Asas Fizik

PENERANGAN TENTANG KONSEP-KONSEP YANG SUKAR DAN MENJADI PENYEBAB KEPADA MASALAH MISKONSEPSI

Bagi tajuk gelombang, ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

1. Gelombang bunyi

2. Gelombang cahaya

3. Gelombang electromagnet

Para pelajar sentiasa keliru dengan konsep-konsep yang diterangkan di dalam ketiga-tiga tajuk ini. Setiap tajuk di atas secara relatifnya

mempunyai kesamaan namun jika difahami dengan jitu ianya mempunyai banyak perbezaan dari pelbagai aspek. Bukan itu sahaja, setiap tajuk di

atas juga sentiasa salah diintepretasikan oleh kebanyakan pelajar. Kami memilih tajuk gelombang cahaya yang merangkumi tajuk pantulan dan

pembiasan cahaya untuk dipermudahkan.

Dalam tajuk ini, kebanyakan pelajar tidak mematuhi beberapa perkara seperti:

a) Kurang memahami Hukum-Hukum Pantulan dan Hukum Snell bagi pembiasan cahaya.

b) Tidak mahir menggunakan simbol dalam pengiraan.

c) Tidak mahir menggantikan simbol dalam pengiraan Matematik

d) Tidak memahami secara terperinci Hukum Snell

Berikut bagaimana permasalahan di atas dihuraikan dan diperincikan sehingga menyebabkan pelajar mengalami miskonsepsi dan seterusnya

kurang berminat pada subjek ini.

Page 3: Konsep Asas Fizik

Kurang memahami Hukum-Hukum Pantulan dan Hukum Snell bagi pembiasan cahaya

Bagi permasalahan ini, kebanyakan pelajar sukar mengingati hukum-hukum yang perlu mereka fahami menyebabkan gangguan kepada input

yang baru. Untuk itu, pemahaman yang jitu amatlah kritikal dikalangan pelajar.

Tidak mahir menggunakan simbol dalam pengiraan.

Bagi sesetengah pelajar, symbol-simbol Matematik yang digunapakai ketika mnyelesaikan masalah amatlah mengganggu. Mereka tidak dapat

mengingati apakah makna dan kegunaan symbol yang digunapakai itu.

Tidak mahir menggantikan simbol dalam pengiraan Matematik

Selain itu, sentiasa kedengaran para pelajar tidak mahir dalam menggantikan simbol dalam pengiraan Matematik. Para pelajar yang dibebankan

dengan pelbagai simbol dan rumus pada matapelajaran yang lepas. Masalah ini akan makin terbeban apabila sesetengah simbol digunapakai

untuk mewakili lain.

Tidak memahami secara terperinci Hukum Snell

Kebanyakan pelajar tidak memahami sesuatu hukum adalah impak dari masalah-masalah yang dinyatakan di atas. Maka, penguasaan pelajar

akan terus merundum sekiranya tidak diatasi segera.

Page 4: Konsep Asas Fizik

KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI BAGI MENGATASI MASALAH.

Kaedah yang digunakan dalam menyelesaikan masalah ini adalah praktis latih tubi. Cara ini dipilih berdasarkan kebolehan pelajar dan

sejauh mana mereka boleh menguasai tajuk ini. Kaedah praktis latih tubi sangat berkesan apabila melibatkan topik-topik yang memerlukan

pengiraan untuk dikuasai. Secara relatifnya, otak kita akan memberi tindak balas segera apabila mengulangi sesuatu perkara berulangkali. Namun

kaedah ini walaupun berulangkali mampu menarik minat pelajar kerana penerapan beberapa elemen yang difikirkan wajar. Elemen-elemen ini

seperti penyampaian ilmu melalui multimedia interaktif seperti kepelbagaian audio dan visual. Pelajar didapati mula memahami sedikit demi

sedikit dan setelah mampu menyelesaikan masalah keseluruhannya mereka akan menampakkan minat yang mendalam untuk terus mencuba.