konsep 1 malaysia

70
1MALAYSIA: KONSEP DAN NILAI DISEDIAKAN OLEH: ZAINAL ABIDIN BIN RAHMAD

Upload: fara-hairani-sahar

Post on 07-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Konsep 1 Malaysia

TRANSCRIPT

  • 1MALAYSIA: KONSEP DAN NILAI

    DISEDIAKAN OLEH:ZAINAL ABIDIN BIN RAHMAD

  • di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Malaysia tetap di Hati.

  • BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak:Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalamkalangan seluruh masyarakatnya;Memelihara satu cara hidup demokratik;Mencipta satu masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama;Menjamin satu cara yang liberal terhadaptradisi-tradisi kebudayaannya yangkaya dan berbagai-bagai corak;Membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebutberdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan Kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

  • Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagaibangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakanberdasarkan kehendak semua kumpulanetnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasarafirmatif, dasar untuk menolong kaumBumiputera asalkan dasar itu dilaksanakandengan cara yang adil dan memberi pertimbangankepada golongan Bumiputera yang layakmendapat sesuatu pertimbangan daripadakerajaan. Kita keluar daripada cara bertindakdalam tembok etnik yang kita amalkan sejaksekian lama.YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

  • APA ITU 11MALAYSIA?

  • KONSEP 1MALAYSIA1Malaysia Rakyat didahulukan, PencapaianDiutamakan lebih merupakan satu konsep dalambidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpinkerajaan menjalankan tugas denganlebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demikepentingan rakyat.

  • Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

  • Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

  • 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara,rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusanpembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

  • 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika diterap dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

  • MATLAMAT1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan Kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

  • MATLAMAT

    Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

  • MATLAMAT

    Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

  • HURAIAN1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

  • HURAIAN 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

  • HURAIAN1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

  • HURAIANNegara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

  • HURAIAN1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

  • HURAIAN1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

  • PENDEKATANASPEK 1TERAS-TERAS PERPADUANASPEK 2NILAI-NILAI ASPIRASI

  • KETERANGAN LOGO 1MALAYSIA

  • KETERANGAN LOGO 1MALAYSIA Melambangkan visi negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

  • KETERANGAN LOGO 1MALAYSIA Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

  • 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd RazakPerdana Menteri Malaysia

  • ASPEK-ASPEK UTAMA

  • ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIAAspek Pertama Penerapan Teras-Teras Perpaduan

    Aspek KeduaPenerapan Nilai-Nilai Aspirasi

  • ASPEK PERTAMA

  • ASPEK PERTAMATERAS-TERAS PERPADUAN

  • TERAS-TERAS PERPADUAN

    1. PENERIMAANPrinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. 1Malaysia menekankan sesuatu kau menerima keunikan kaum lain serta saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

  • TERAS-TERAS PERPADUAN2. PRINSIP-PRINSIP KENEGARAAN Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

  • TERAS-TERAS PERPADUANPrinsip-prinsip Kenegaraan berdasarkan:Perlembagaan Persekutuan Rukun Negara

  • TERAS-TERAS PERPADUAN3. KEADILAN SOSIAL Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

  • TERAS-TERAS PERPADUAN

    Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

  • TERAS-TERAS PERPADUAN

    Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

  • PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIHormat-menghormatiSemua kaum perlu menghormati adat resam serta budaya kaum lain juga tidak mempersoalkan peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

  • PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Rendah Hati (Tawadhuk)Semua masyarakat perlu mempunyai perasaan insaf bahawa kita adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan perlu hidup bersama secara harmoni.

  • PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIKesederhanaanMengambil pendekatan dalam apa jua isu yang berbangkit. Tindakan yang bersifat ekstrem tidak boleh diterima kerana ia boleh membawa masalah ketidakstabilansosial yang lebih parah.

  • PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Berbudi BahasaTutur kata dan tingkah laku yang berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain.

  • ASPEK KEDUA

  • ASPEK KEDUANILAI-NILAI ASPIRASI

  • NILAI-NILAI ASPIRASIBUDAYA BERPRESTASI TINGGI Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

  • NILAI-NILAI ASPIRASIBUDAYA KETEPATANRakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan tugas dan kewajipan.

  • NILAI-NILAI ASPIRASIBUDAYA ILMU Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

  • NILAI-NILAI ASPIRASI4. INTEGRITIBersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna

  • NILAI-NILAI ASPIRASIKETABAHAN Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

  • NILAI-NILAI ASPIRASIKESETIAAN Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

  • NILAI-NILAI ASPIRASIKEBIJAKSANAANMenghadapi sebarang masalah dengan penuh hemah dan teliti agar tidak menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak.

  • NILAI-NILAI ASPIRASIBUDAYA INOVASIRakyat Malaysia perlu mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi.

  • 1MALAYSIA=ATAUMALAYSIAN MALAYSIA?

  • PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

  • 1Malaysia gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut.

    Malaysian Malaysia satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.

  • 1Malaysia Menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia.

    Malaysian Malaysia terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

  • 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

    Malaysian Malaysia Identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

  • 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

  • HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIADENGAN DASAR-DASAR KERAJAANTERDAHULU

  • KERANAMU MALAYSIA

  • Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

  • Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

  • Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

  • KESIMPULANKonsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara.

  • KESIMPULANSemua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

  • KESIMPULANPembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

  • KESIMPULANSesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

  • Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diyakini akan menjana satu transformasi ketara ke arah sebuah negara Malaysia yang Maju, didukungi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi martabatnya pada pandangan dunia.

  • Perjuangan kita belum selesaiKerana hanya yang cekal dan tabahDapat membina mercu tandaBangsanya yang berjaya.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad Perjuangan Belum Selesai(Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

  • SEKIAN