konkrit 4444

14
TAKRIFAN: Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang berlaku pada zon tegangan dapat diatasi. Tujuannya adalah untuk mengehadkan kawasan tegasan tegangan struktur di mana retakan/ rekahan akan berlaku pada konkrit apabila beban dikenakan ke atasnya. Proses ‘ tegas dulu’ dalam konkrit bertetulang di buat dengan menarik atau menegangkan dawai – dawai keluli dan tetulang secukupnya. KONKRIT TEGAS DULU

Upload: suria

Post on 15-Jun-2015

2.419 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONKRIT 4444

TAKRIFAN:

Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang berlaku pada zon tegangan dapat diatasi.

Tujuannya adalah untuk mengehadkan kawasan tegasan tegangan struktur di mana retakan/ rekahan akan berlaku pada konkrit apabila beban dikenakan ke atasnya.

Proses ‘ tegas dulu’ dalam konkrit bertetulang di buat dengan menarik atau menegangkan dawai – dawai keluli dan tetulang secukupnya.

KONKRIT TEGAS DULU

Page 2: KONKRIT 4444

Apabila dawai atau tetulang ini dilepaskan dari mesin penarik atau penegang, ia akan menarik sama rata konkrit – konkrit yang terdapat disekelilingnya dalam usaha untuk kembali ke ukuran atau saiz asalnya.

Rajah 6.1 prinsip Teori Tegas dulu

Sumber: nota panduan politeknik Malaysia

Pindahan tegasan

Pesongan

Ricihan Lenturan

Retakan / rekahan

CIRI – CIRI REKABENTUK

KONKRIT TEGAS DULU

Page 3: KONKRIT 4444

Contoh mudah harian terhadap prisip asa teori tegas dulu ialah kerja yang dilakukan oleh seseorang ketika mengangkat beberapa biji bata. Salah satu daripada cara mengangkat ialah dengan menyusun bata itu melintang dan mengenakan tekanan yang seimbang dikedua – dua hujungnya.

Rajah 6.2 Prinsip asas Teori Tegas dulu

Sumber: nota panduan politeknik Malaysia

Dalm konkrit tegas dulu, tegasan mampatan dulu boleh direkabentuk untuk menahan tegasan tegangan sendeng (ricihan)

Di bawah beban kenaan unit tegas dulu akan melentur dan mengurangkan mampatan bina dalam. Tetapi apabila beban diedarkan, mampatan akan kembali semula dan unit akan kembali ke bentuk asalnya.

Apabila beban dikenakan dan tegasan tegangan terbentuk dalam tetulang keluli, retakan / rekahan juga terbentuk pada konkrit disekeliling tetulang.

Ini adalah kerana daya tarikan tegangan konkrit adalah rendah. Oleh itu, konkrit tegas dulu direkabentuk untuk mengatasi kelemahan ini yang berlaku pada konkrit tetulang.

Page 4: KONKRIT 4444

TEGASAN TEGANGAN DALAM KONKRIT DAPAT DI ATASI DENGAN:

Konkrit tegas dulu digunakan untuk struktur siap tuang iaitu struktur yang menanggung beban yang tinggi seperti jambatan.

Penggunaan tetulang dalam kokrit bertetulang

Penggunaan system teori penegasan dahulu

Page 5: KONKRIT 4444

PRINSIP – PRINSIP ASAS KONKRIT TEGAS DULU.

Prinsip yang digunakan ialah dengan memberikan daya mampatan terhadap konkrit

Oleh itu tegasan mampatan akan terdapat dalam konkrit

Tujuannya ialah untuk mengimbangi tegasan tegangan yang terlibat apabila beban dikenakan

Kabel/besi tetulang akan di tarik dan ditegangakan serta ditambatkan secara kekal di hujung konkrit dan ini akan berlakunya daya tegangan

Daya tegangan ini kemudiannya dilepaskan agar kabel tadi akan cuba kembali ke panjang asal

Proses ini akan menerbitkan / berlakunya daya mampatan (yang berlainan arah) di dalam konkrit

Konkrit yang telah dimampatkan tadi tidak lagi dianggap sebagai beban mati tetapi bertindak seperti mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi untuk mengelakkan retakan

Konkrit adalah kuat dalam mampatan tetapi lemah dalam tegangan

Page 6: KONKRIT 4444

KEBAIKAN KONKRIT TEGAS DULU.

Hanya 1/5 sahaja daripada berat tetulang yang diperlukan oleh konkrit bertetulang digunakan dalam konkrit tegas dulu

Kuantiti konkrit yang diperlukan adalah kurang

Ahli korporat tegas dulu diuji semasa pembuatannya dan sebarang kerosakan dapat diperbaiki

Mempercepatkan masa untuk pembinaan struktur yang besar.Contoh: jambatan dan Fly-over.

Page 7: KONKRIT 4444

Terdapat dua kaedah iaitu:

KAEDAH TEGANG DULU (PRE-

KAEDAH TEGANG KEMUDIAN (POST-TENSIONING)

KAEDAH-KAEDAH PROSES

PENEGASAN

Page 8: KONKRIT 4444

A) KAEDAH TEGANG DULU.

Acuan dipasang mengelilingi tendon (contoh : kabel keluli)

Konkrit diisi dan dibiarkan mengeras serta diawetkan.

Apabila konkrit telah mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon tadi dilepaskan dari tambatan dan hyraul jack.

Oleh kerana konkrit telah mencengkam pada tendon, maka tendon tadi tidak akan bergerak dan kekal kepada panjang asal.

Tendon dipotong rata pada permukaan konkrit di kedua-dua hujung dan dicat dengan cat pencegah karat.

Rajah 6.3 Konkrit Tegas Dulu

(a) Peringkat 1

(b) Peringkat 2

(c) Peringkat 3

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Page 9: KONKRIT 4444

B) KAEDAH TEGANG KEMUDIAN

Tendon dimasukkan ke dalam satu salur/ logam yang boleh melentur di mana satu hujungnya akan diikat pada hyraul jack.

Acuan disediakan pada bentuk yang diperlukan. Konkrit diisi ke dalam acuan yang mengandungi tendon dalam salur logam

tadi dan dibiarkan meneras sehingga kekuatan yang dipelukan tercapai. Setelah konkrit mencapai kekuatannya, kotak acuan dibuka dan tendon

ditarik dan ditegangkan dengan menggunakan bucu hydraulik dan diikat pada tambatan.

Tambatan dilengkapkan dengan plat. Apabila tendon mengecut,ia akan menarik plat ( di kedua-dua hujung )

masuk ke dalam dan seterusnya menghasilkan tegasan mampatan dalam konkrit.

Rajah 6.4 : Konkrit Tegas kemudian

(a) Peringkat 1

(c) Peringkat 2

Page 10: KONKRIT 4444

CIRI-CIRI TETULANG YANG DIGUNAKAN

Tetulang keluli terdiri daripada keluli yang mempunyai tegasan yang tinggi 100 - 140 tan/i n2.

Keluli yang digunakan biasanya selapis, dua lapis atau tiga lapis dan seterusnya sehingga setebal 4mm dalam garis pusat.

Jenis-jenis dawai tetulang biasanya dikenali sebagai :a) Kabel : Sekumpulan tetulang.b) Tetulang : Dawai-dawai, bar atau lembar yang dibentuk dalam keadaan sejuk dikenali sebagai “ hard drawn wires”c) Bar : Tetulang dengan keratin padu.d) Lembar heliks : Sekumpulan dawai yang dipintal atau dipusingkan dlam bentuk heliks.

Page 11: KONKRIT 4444

CIRI-CIRI KONKRIT YANG DIGUNAKAN.

Konkrit dari konkrit kualiti kelas satu.

Segala proses pembuatan atau pembancuhan atau bancuhannya diteliti dan diawasi dengan baik dan sempurna mengikut penentuan yang ditetapkan.

Simen yang digunakan adalah terdiri daripada simen mengeras cepat supaya bancuhan yang dibuat cepat keras dan kering dengan awal.

Dengan ini ahli struktur dapat digunakan dengan lebih awal lagi. Setiap ahli struktur biasanya diwapkan supaya cepat mengeras.

Nisbah bancuhan bahan ialah 1 : 112 : 3

Nisbah air-simen yang digunakan ialah 0.45

Proses pemadatan dibuat dengan mesin pengetar.

Kekuatan mampatan yang mesti dicapai hasil daripada ujian kiub ialah leih daripada 43 N/mm2 pada umur 28 hari. Kekuatan mampatan minima yang mesti tercapai ialah 28.5 N/mm2.