konfrontasi m'sia-i'sia

3
Soalan 8 : Sejauh manakah Gagasan Malaysia menjadi faktor utama berlakunya konfrontasi Indonesia-Malaysia. Pengenalan: Konfrontasi merupakan cabaran yang terbesar bagi Malaysia sewaktu masih kekurangan pengalaman dalam menguruskan konflik. Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia tercetus apabila Tunku telah bersetuju untuk menubuhkan Malaysia yang meliputi Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Indonesia menganggap Malaysia sebagai kuasa neokolonisme Barat untuk menyekat Indonesia. Terdapat juga faktor-faktor kecil lain yang menyebabkan berlakunya konfrontasi ini. Faktor Huraian 1. Pengumuman Penubuhan Malaysia (27/5/ 1961) - Penubuhan Malaysia (TM, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak) - Indonesia akan bersetuju dengan penubuhan Malaysia sekiranya rakyat kawasan terlibat bersetuju. - Namun, TM menganggap Indonesia hanya memberikan alasan untuk Malaysia menangguhkan penubuhan. 2. Penubuhan Malaysia sebagai wakil kuasa neokolonia lis - Sukarno: Penubuhan Malaysia merupakan idea British untuk mengekalkan kepentingan di Asia Tenggara. - Artikel VI: British mempunyai hak untuk mengekalkan pengkalan dan kemudahan lain di Singapura (perjanjian di London : 9/7/1963) - Macapagal (Filipina) menyokong kenyataan tersebut. 3. Gagasan Malaysia menyekat PKI - TM menganggap bahawa penubuhan Malaysia ini akan menghalang pengaruh komunisme dari berkembang di rantau Malaysia. - Pada masa ini, politik Indonesia dikuasai oleh PKI. - Penubuhan Malaysia juga akan menghalang Indonesia daripada menjadi kuasa dominan di rantau ini. 4. Tunku mencabuli Perjanjian Manila - Menurut Perjanjian Manila (tarikh) yang dipersetujui oleh Malaysia-Filipina-Indonesia, Gagasan Malaysia tidak boleh diumumkan selagi PBB tidak memberi sebarang keputusan terhadap penubuhan Malaysia. - Namun, Tunku telah mengumumkan penubuhan Malaysia pada 16/9/1963 selepas mengadakan rundingan di London (7-9/7/1963). - Hal ini telah melanggar syarat perjanjian dan Indonesia berasa marah atas tindakan tersebut menyebabkan Sukarno mengisytiharkan dasar Ganyang Malaysia (27/7/1963) 5. Indonesia tidak setuju dengan - Apabila PBB selesai menjalankan penilaian ke atas Sabah dan Sarawak, Indonesia menyatakan bahawa semasa proses tersebut berlaku, British telah campurtangan. - Tuduhan ini menunjukkan bahawa Indonesia cuba mencari alasan bagi menggagalkan rancangan

Upload: euvilla-van-de-charl

Post on 28-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

his

TRANSCRIPT

Page 1: konfrontasi m'sia-i'sia

Soalan 8 : Sejauh manakah Gagasan Malaysia menjadi faktor utama berlakunya konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Pengenalan:

Konfrontasi merupakan cabaran yang terbesar bagi Malaysia sewaktu masih kekurangan pengalaman dalam menguruskan konflik. Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia tercetus apabila Tunku telah bersetuju untuk menubuhkan Malaysia yang meliputi Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Indonesia menganggap Malaysia sebagai kuasa neokolonisme Barat untuk menyekat Indonesia. Terdapat juga faktor-faktor kecil lain yang menyebabkan berlakunya konfrontasi ini.

Faktor Huraian1. Pengumuman

Penubuhan Malaysia (27/5/ 1961)

- Penubuhan Malaysia (TM, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak)

- Indonesia akan bersetuju dengan penubuhan Malaysia sekiranya rakyat kawasan terlibat bersetuju.

- Namun, TM menganggap Indonesia hanya memberikan alasan untuk Malaysia menangguhkan penubuhan.

2. Penubuhan Malaysia sebagai wakil kuasa neokolonialis

- Sukarno: Penubuhan Malaysia merupakan idea British untuk mengekalkan kepentingan di Asia Tenggara.

- Artikel VI: British mempunyai hak untuk mengekalkan pengkalan dan kemudahan lain di Singapura (perjanjian di London : 9/7/1963)

- Macapagal (Filipina) menyokong kenyataan tersebut.3. Gagasan

Malaysia menyekat PKI

- TM menganggap bahawa penubuhan Malaysia ini akan menghalang pengaruh komunisme dari berkembang di rantau Malaysia.

- Pada masa ini, politik Indonesia dikuasai oleh PKI. - Penubuhan Malaysia juga akan menghalang Indonesia

daripada menjadi kuasa dominan di rantau ini.4. Tunku

mencabuli Perjanjian Manila

- Menurut Perjanjian Manila (tarikh) yang dipersetujui oleh Malaysia-Filipina-Indonesia, Gagasan Malaysia tidak boleh diumumkan selagi PBB tidak memberi sebarang keputusan terhadap penubuhan Malaysia.

- Namun, Tunku telah mengumumkan penubuhan Malaysia pada 16/9/1963 selepas mengadakan rundingan di London (7-9/7/1963).

- Hal ini telah melanggar syarat perjanjian dan Indonesia berasa marah atas tindakan tersebut menyebabkan Sukarno mengisytiharkan dasar “Ganyang Malaysia” (27/7/1963)

5. Indonesia tidak setuju dengan penilaian oleh PBB

- Apabila PBB selesai menjalankan penilaian ke atas Sabah dan Sarawak, Indonesia menyatakan bahawa semasa proses tersebut berlaku, British telah campurtangan.

- Tuduhan ini menunjukkan bahawa Indonesia cuba mencari alasan bagi menggagalkan rancangan penubuhan Malaysia.

6. Mengalihkan - Konfrontasi ini bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat

Page 2: konfrontasi m'sia-i'sia

perhatian rakyat Indonesia

Indonesia daripada menentang kerajaan Indonesia yang sedang mengalami masalah ekonomi dan pentadbiran yang tidak stabil.

- Kedudukan ekonomi Indonesia yang tidak stabil pasti akan membuatkan rakyat Indonesia berasa marah sekiranya Malaysia mampu memajukan Sabah dan Sarawak.

Penyelesaian HuraianPertama - Diadakan di Manila pada 9-17/4/1963.

- Disertai Dr. Suwito Kusumowidagdo (Indonesia), Mohd Ghazali Shafie (Malaysia) dan Salvador P. Lopez (Filipina)

- Membincangkan: Masalah ekonomi, pembangunan sosial serta masalah kestabilan

dan keselamatan di rantau AT. Masalah Malaysia tidak dibincangkan kerana tidak mahu

menunjukkan sikap tegas Kedua - Diadakan di Tokyo pada 31/5-1/6/1963

- Merupakan perjumpaan tidak rasmi antara Tunku, Sukarno dan Macapagal.

- Tunku dan Macapagal dijemput oleh Sukarno yang sedang bercuti di Tokyo.

- Tujuan: Melicinkan perjalanan persidangan kedua (peringkat Menteri Luar) Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menghina dan menyakiti

mana-mana pihak. Namun, tidak dapat mengubah pendirian Malaysia kerana Tunku berpendapat bahawa isu Malaysia merupakan masalah dalaman dan mustahil untuk ditangguhkan.

Ketiga - Diadakan pada 7 Jun 1963.- Persidangan ini melibatkan Tun Abdul Razak (TM), dr. Subandrio

(Indonesia) dan Emmanuel Pelaes (Filipina).- Telah membentuk Persetujuan Manila.- Dalam persetujuan ini, Indonesia da Filipina akan mengakui penubuhan

Malaysia setelah PBB mengesahkan penduduk Borneo bersetuju untuk memasuki Penubuhan Malaysia.

Keempat - Diadakan di Manila pada 30/7 – 5/8/1963- Tujuan: memulihkan hubungan antara ketiga-tiga negara- Melibatkan Sukarno, Macapagal dan TAR.- Bersetuju untuk mengesahkan Persetujuan Manila dan membentuk

Maphilindo.- Penyertaan TM sebagai satu taktik untuk menyelesaikan konfrontasi

dengan cepat.- Maphilindo terbubar kerana penubuhan Malaysia pada 16/9/1963. - Menyebabkan pemutusan ekonomi oleh Indonesia pada 21/9/1963.

Kelima - Dikenali sebagai Persidangan Bangkok- Peringkat pertama (5-11/2/1964)- Malaysia, Indonesia dan Filipina bertemu manakala Thailand dilantik

Page 3: konfrontasi m'sia-i'sia

untuk menyelia gencatan senjata.- Malaysia: syarat gencatan senjata ialah mengundurkan tentera

Indonesia.- Indonesia: menghentikan tembakan dan menuntut untuk

mengundurkan tentera British jika mahu Indonesia mengundurkan tenteranya.

- Hasil rundingan kurang memuaskan.- Peringkat kedua (2-4/3/1964)- Tun Abdul Razak masih tetap dengan pendiriannya mahu pengunduran

tentera Indonesia dari Malaysia.- Indonesia: tidak akan mengundurkan tentera selagi penyelesaian tidak

dicapai.- Persidangan ini gagal mewujudkan perdamaian antara kedua-dua

negara.Keenam - Diadakan di Tokyo (18/6/1964)

- Gagal mencapai matlamat kerana Malaysia menuntut pengunduran tentera dalam masa 4 minggu serta menghentikan konfrontasi sebelum mengadakan perbincangan.

- Sukarno mahu pengunduran dilakukan beransur-ansur selari dengan perkembangan proses perdamaian.

- Menandatangani Afro-Asia Consiliation Commission (cadangan perdamaian oleh Macapagal)

- Macapagal ditugaskan untuk mengkaji masalah yang wujud dalam 3 negara dan memberi cadangan untuk berdamai.

- Gagasan ini tidak diaplikasikan => konfrontasi berterusanKetujuh - Peralihan kepimpinan dari Sukarno ke Suharto (30/9/1965) => peralihan

kuasa dari golongan komunis kepada pihak tentera. - Pemerintahan tentera Suharto telah mengambil langkah untuk

memulihkan hubungan dengan Malaysia. - 1 perjanjian ditandatangani pada 11/8/1966 tanda pengakhiran

konfrontasi yang berlangsung selama lebih 3 tahun.

Kesimpulan:

Tidak dapat dinafikan bahawa isu penubuhan Malaysia merupakan faktor utama yang menyebabkan konfrontasi terjadi antara Malaysia dan Indonesia. Namun terdapat juga faktor-faktor kecil lain yang menyumbang kepada konfrontasi ini. Walaupun terdapat pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah ini, namun, sikap kedua-dua pihak yang tegas telah menyebabkan tiada sebarang kata putus dapat dicapai. Namun, konfrontasi ini hanya berakhir setelah kepimpinan Indonesia digantikan oleh Suharto selepas menggulingkan Sukarno.

Rujukan:

Nik Anuar Nik Mahmud: Konfrontasi Malaysia Indonesia

Abdullah Zakaria Ghazali, Zulkarnain Abd Rahman: Konflik Dunia Abad Ke-20