konflik palestin israel

7
KONFLIK PALESTIN-ISRAEL: SEBUAH CATATAN MUHASABAH Oleh: Ahmad Muziru Idham Bin Adnan 1.0 PENDAHULUAN Pertembungan antara dua kerajaan (state) di Timur Tengah, iaitu Palestin dan Israel sememangnya adalah sesuatu yang tidak asing dalam sejarah dunia. Konflik yang tercetus melibatkan antara usaha pengekalan kuasa imperialisme (imperialism) oleh Israel dan pengekalan kedaulatan (sovereignty) negara oleh warga Palestin. Sehingga ke hari ini, jalan penyelesaian antara kedua-duanya menemui jalan sukar sekalipun pelbagai teori telah dikemukakan seperti “two-state solution”, “one- state solution” and “three-state solution”. Dokongan kuat daripada kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (AS) menjadikan kedudukan Israel semakin kukuh di rantau tersebut. Perkara tersebut menyebabkan perjuangan rakyat Palestin menemui jalan sukar, lebih-lebih lagi apabila kerajaan Palestin itu sendiri terpecah kepada dua buah kerajaan, iaitu Semenanjung Gaza yang diperintah oleh Hamas dan Tebing Barat (West Bank) yang dikawal oleh Fatah. Namun begitu, akhir-akhir ini Hamas dan Fatah telah mencapai suatu kata sepakat untuk membentuk kerajaan perpaduan (unity government) yang memberi suatu tamparan hebat kepada Israel sehingga mencetuskan kebimbangan perdana menterinya, Benjamin Netanyahu yang menyatakan respon ketidaksetujuannya dengan pembentukan tersebut dan meminta seluruh negara di dunia tidak mengiktirafnya. Tetapi tamparan yang lebih hebat 1

Upload: linda-farmer

Post on 17-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sas

TRANSCRIPT

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL: SEBUAH CATATAN MUHASABAH Oleh: Ahmad Muziru Idham Bin Adnan

1.0 PENDAHULUANPertembungan antara dua kerajaan (state) di Timur Tengah, iaitu Palestin dan Israel sememangnya adalah sesuatu yang tidak asing dalam sejarah dunia. Konflik yang tercetus melibatkan antara usaha pengekalan kuasa imperialisme (imperialism) oleh Israel dan pengekalan kedaulatan (sovereignty) negara oleh warga Palestin. Sehingga ke hari ini, jalan penyelesaian antara kedua-duanya menemui jalan sukar sekalipun pelbagai teori telah dikemukakan seperti two-state solution, one-state solution and three-state solution. Dokongan kuat daripada kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (AS) menjadikan kedudukan Israel semakin kukuh di rantau tersebut. Perkara tersebut menyebabkan perjuangan rakyat Palestin menemui jalan sukar, lebih-lebih lagi apabila kerajaan Palestin itu sendiri terpecah kepada dua buah kerajaan, iaitu Semenanjung Gaza yang diperintah oleh Hamas dan Tebing Barat (West Bank) yang dikawal oleh Fatah. Namun begitu, akhir-akhir ini Hamas dan Fatah telah mencapai suatu kata sepakat untuk membentuk kerajaan perpaduan (unity government) yang memberi suatu tamparan hebat kepada Israel sehingga mencetuskan kebimbangan perdana menterinya, Benjamin Netanyahu yang menyatakan respon ketidaksetujuannya dengan pembentukan tersebut dan meminta seluruh negara di dunia tidak mengiktirafnya. Tetapi tamparan yang lebih hebat buat Israel ialah apabila tanpa disangka-sangka, bahawa kuasa-kuasa besar dunia seperti AS, Kesatuan Eropah (EU), Turki, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat menyokong pembentukan tersebut sehingga AS dan EU berjanji akan menyalurkan dana bantuan untuk melancarkan proses pembentukan kerajaan perpaduan tersebut.Kesan daripada itu, Israel melancarkan pelbagai tindakan responsif seperti peluasan kawasan pembinaan perumahan di kawasan Palestin sehingga menyebabkan penghalauan beramai-ramai penduduk asal kawasan tersebut sehingga menimbulkan kritikan hebat daripada negara lain termasuk AS dan EU. Konflik Palestin-Israel semakin meruncing apabila berlakunya pertempuran antara Israel-Hamas bermula pada 8 Julai yang Israel namakannya sebagai Operasi Perlindungan Tebing (Operation Protective Edge). Serangan demi serangan telah berlaku antara kedua-dua pihak dan sehingga ke hari ini telah menelan korban yang ramai antara warga Palestin dan juga Israel.

2.0 JIHAD DAN KEMANUSIAANMeneliti isu di Palestin akan membawa kepada dua perspektif dalam mencerapnya sebagai sebuah isu sejagat. Perspektif pertama adalah perspektif daripada kelompok muslim yang cenderung untuk melihat apa yang sedang berlaku di Palestin adalah sebuah kezaliman bangsa Israel yang sudah berkurun lama dinyatakan di dalam al-Quran sebagai sebuah bangsa yang tamak dan sentiasa melanggar perintah Tuhan. Usaha-usaha pembebasan Palestin adalah sebuah jihad untuk memenangkan saudara-saudara seagama dalam mempertahankan tanah air mereka dan Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama orang Islam sebelum Allah SWT perintahkan agar umat Islam menjadikan Kaabah pula sebagai kiblat sehingga ke hari kiamat. Jihad ini diperkuatkan lagi apabila Masjidil Aqsa dinyatakan secara jelas oleh Allah SWT dalam Surah Al-Israa ayat pertama yang bermaksud: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Perspektif kedua adalah perspektif daripada kelompok non muslim yang cenderung untuk melihat bahawa konflik yang sedang berlaku adalah konflik kemanusiaan yang wajar untuk dipertahankan. Penjajahan orang-orang Yahudi ke atas Palestin sehingga berjaya menubuhkan negara Israel dan menyebabkan geografi Palestin yang sebenar menjadi terpecah adalah sebuah tindakan tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa. Atas nama kemanusiaan, tindakan-tindakan rejim Zionis itu perlu dihalang dan seluruh masyarakat dunia harus bersolidariti mengecam kezaliman mereka ke atas rakyat Palestin dan mengembalikan kembali hak-hak orang Palestin kepada mereka. Sekalipun pelbagai teori ditawarkan untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku sama ada mewujudkan penyelesaian yang adakala dilihat turut sama memberi kebaikan kepada Israel, tetapi semuanya sepakat atas nama kemanusiaan bahawa tanah Palestin perlu dikembalikan kepada pemilik asalnya.Jihad dan kemanusiaan kedua-duanya harus menjadi sesuatu yang membentuk kesepaduan antara sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. Kepelbagaian sudut pandang tidak wajar untuk menjadi penghalang bahawasanya masing-masing sama-sama memandang isu Palestin adalah sebuah isu untuk membanteras kezaliman dan kekejaman yang sedang berlaku. Atas nama jihad, Islam sangat menekankan bahawa menjaga kedaulatan tanah air dan membantu sesama saudara seakidah adalah merupakan suatu kefarduan dan menegakkan syariat Islam. Atas nama kemanusiaan, keadilan harus ditegakkan di bumi Palestin yang sekian lama dijajah dan dizalimi di mana kebebasan warganya diikat dan Zionis bermaharaja lela menakluk negara orang lain tanpa kedaulatan yang sah.

3.0 PENUTUP: DI MANA PERANAN KITA?Persoalan ini lebih utamanya saya tujukan kepada golongan mahasiswa dan bakal pendidik bangsa. Meneliti isu konflik Palestin-Israel memerlukan kita untuk tahu, sedar dan faham bagaimana sewajarnya diri kita berperanan dalam mencerap permasalahan yang kritikal ini. Tanpa memperendahkan usaha-usaha orang lain, ianya tidak wajar hanya sekadar melalui boikot, bantahan-bantahan atau menulis doa-doa di laman sosial, tetapi akhirnya kita masih lagi sekadar mengulang rutin hidup biasa tanpa ada cita-cita untuk menghasilkan atau menjadi produk yang lebih baik daripada produk-produk buatan mereka. Tidak ada gunanya jika kita masih lagi mahasiswa yang berulang-alik ke kuliah sekadar untuk menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan akhir semester, tetapi tidak menyahut seruan Iqra untuk kita memperdalam lagi ilmu kita dengan pembacaan dan perbincangan yang menjadikan kita sebagai mahasiswa yang perlu sedar akan tanggungjawab kita sebagai manusia.Suatu kata-kata daripada Muhammad Sa'id Ramadan Al-Butiy dalam bukunya, Manhaj al-Hadharah al-Insaniah fi al-Quran (Membina Tamadun Menurut Manhaj Al-Quran) membuatkan saya tersedar bahawa kita tidak wajar sekadar lantang bersuara tetapi akhirnya tidak ada apa-apa pun yang kita lakukan. Said Ramadan menyatakan bahawa umat Islam semakin mundur disebabkan mereka menjadi pengimport, bukan pengeksport. Sesuatu yang perlu kita fahami dalam era globalisasi hari ini ialah bahawa dunia sedang mengalami pertarungan ekonomi di mana setiap negara bercita-cita untuk meningkatkan ekonomi masing-masing. Kuasa ekonomi menjadikan kedudukan sesebuah negara itu kukuh dalam politik antarabangsa dan sebab itu antara kebimbangan Amerika Syarikat pada hari ini ialah kuasa ekonomi China yang semakin meningkat dan menjadi saingan yang ketat kepadanya dalam politik dan perdagangan global.Sebab itu diri kita sebagai mahasiswa perlunya kepada sebuah proses revolusi intelektual (meminjam istilah Kalim Siddique dalam Stages Of Islamic Revolution) untuk mengubah corak berfikir kita agar lebih matang untuk memahami apa yang sedang berlaku pada dunia hari ini. Sebuah revolusi intelektual akan menggerakkan kita kepada daya fikir yagn lebih progresif untuk menjana perubahan dalam masyarakat dan mencipta produk sendiri serta tidak lagi bergantung harap kepada produk-produk orang lain. Revolusi intelektual menjadikan kita sebagai mahasiswa tidak lagi terikat dengan rutin mahasiswa biasa, tetapi mengubah rutin kita kepada mahasiswa yang membudayakan ilmu agar dengan ilmu itu nanti dapat kita jana kekuatan solidariti lebih besar dan praktikal berbanding sekadar solidariti melalui laungan suara, demonstrasi ataupun maki-makian di laman sosial kerana ternyata kedudukan Israel masih lagi ampuh dan kekejamannya ke atas warga Palestin masih lagi berleluasa. Kita tidak boleh lagi mengharapkan pemimpin negara untuk mengutuk kekejaman Zionis, tetapi kita yang wajar terkehadapan untuk menjadi seorang jurutera senjata yang mampu menghasilkan senjata yang lebih baik daripada Zionis; seorang saintis yang mencipta ubatan-ubatan yang lebih baik dan berfungsi; seorang tukang masak yang mencipta produk makanan kita sendiri yang lebih berkualiti; seorang ahli ekonomi yang lebih baik merancang ekonomi negara untuk bersaing di peringkat global; seorang ahli politik yang lebih bijak dan telus dalam mentadbir negara; seorang jurutera komputer yang mampu mereka perisian komputer yang lebih canggih dan berinovasi; seorang sasterawan yang mampu menulis tulisan yang lebih baik daripada seorang William Shakespeare; seorang pelukis yang mampu melukis dengan lebih indah dan membawa mesej keamanan dan kemanusiaan kepada dunia; dan yang paling penting, seorang manusia yang berkesedaran dan bertanggungjawab untuk membawa dunia ini kepada keadilan yang sebenar. 4