kompilasi kes-kes menarik penguat kuasa veterinar pdf/penguatkuasaan/2018/38... · dato’ hj....

88
38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR

Upload: dokhuong

Post on 21-Feb-2019

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38K O M P I L A S I

KES-KES MENARIKPENGUAT KUASA

V E T E R I N A R

Page 2: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

Bahagian Penguatkuasaan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Blok Podium 4G1, Wisma Tani, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62630 Putrajaya.

© Cetakan Pertama 2017

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR

Hak Cipta Terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis dari BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA.

Rekabentuk dan cetakan oleh: Visual Print Sdn Bhd

Page 3: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

Isi Kandungan

Sorotan Pengarah 3

Kata Aluan 4

Dari Meja Ketua Editor 5

Sidang Redaksi 6

Penguat Kuasa Veterinar Selangor 7

Penguat Kuasa Veterinar Perlis 19

Penguat Kuasa Veterinar Kedah 21

Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang 23

Penguat Kuasa Veterinar Perak 32

Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

38

Penguat Kuasa Veterinar Negeri Sembilan

52

Penguat Kuasa Veterinar Melaka 56

Penguat Kuasa Veterinar Johor 60

Penguat Kuasa Veterinar Pahang 70

Penguat Kuasa Veterinar Terengganu 74

Penguat Kuasa Veterinar Kelantan 76

Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan

82

Sekalung Budi 84

Page 4: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala
Page 5: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 3

Sorotan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Puji syukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan rahmat-Nya sehingga dapat menyelesaikan penyusunan 38 Kompilasi Kes-Kes Menarik Penguat Kuasa Veterinar yang sederhana tetapi padat dengan isinya.

Tujuan penghasilan kompilasi ini adalah untuk dijadikan rujukan dan memastikan setiap tugas penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan agar ia lebih telus dan adil. Semoga kompilasi ini dapat digunakan sebagai salah satu acuan, petunjuk dan rujukan oleh seluruh warga Penguat Kuasa Veterinar Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang veterinar.

Harapan saya semoga kompilasi ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman para anggota Penguat Kuasa Veterinar Malaysia dan memberi keyakinan kepada mereka semasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan kelak.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota redaksi yang telah bertungkus lumus untuk menghasilkan 38 Kompilasi Kes-Kes Menarik Penguat Kuasa Veterinar ini dan berharap usaha ini berterusan.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih dan semoga kompilasi ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia khususnya anggota Penguat Kuasa Veterinar dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dengan lebih efisien dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik setanding dengan agensi penguatkuasaan lain.

DATO’ HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK

PENGARAH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

Page 6: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR4

Kata Aluan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya naskah 38 Kompilasi Kes-Kes Menarik Penguat Kuasa Veterinar ini telah dapat dihasilkan dengan jayanya. Semoga kompilasi ini dapat meningkatkan kecekapan anggota Penguat Kuasa Veterinar khususnya dalam tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang veterinar.

Pihak Penguat Kuasa Veterinar sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan bertindak pantas dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi memastikan setiap tugas penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan telus dan adil. Walau apapun rintangan dan halangannya, setiap kes tersebut tetap dapat di ambil tindakan penguatkuasaan yang berkesan melalui kerjasama yang erat di kalangan semua anggota Penguat Kuasa Veterinar.

Inisiatif Bahagian Penguatkuasaan untuk mendokumentasikan pelbagai kes-kes menarik yang telah dikendalikan oleh Penguat Kuasa Veterinar Negeri dan Cawangan adalah wajar kerana ia bukan sahaja menjadi panduan pada masa ini malah ia juga akan dapat diguna pakai oleh golongan pelapis dalam menjalankan tugas di lapangan dengan lebih yakin dalam pelbagai keadaan dan variasi perundangan veterinar.

Akhir sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas penghasilan kompilasi ini dan berharap ia akan dapat dimanfaatkan oleh semua warga Penguat Kuasa Veterinar dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dengan cekap dan cemerlang.

ZAHARINAN ABD AZIZKETUA PENOLONG

PENGARAH KANAN (K) OPERASI

Page 7: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 5

Dari Meja Ketua Editor

Salam Sejahtera dan Salam 1Veterinar,

Rasa amat bersyukur dan gembira kerana dapat bertemu di edisi pertama Kompilasi Kes-Kes Menarik Penguat Kuasa Veterinar. Kompilasi ini adalah gabungan kes-kes menarik Penguat Kuasa Veterinar di peringkat Penguat Kuasa Veterinar Negeri dan Cawangan semenjak penubuhan Penguat Kuasa Veterinar sehingga pertengahan tahun 2017.

Sebanyak 38 kes telah dijadikan sasaran untuk dikompilasikan dalam edisi pertama ini. Ini adalah bertujuan untuk memperingati jasa Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek selama 38 tahun bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan akan bersara pada awal tahun 2018.

Setiap anggota Penguat Kuasa Veterinar adalah digalakkan untuk membaca dan mendalami kes-kes yang dikompilasi ini untuk mengenal pasti segala kelemahan dan kekuatan kes-kes tersebut bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan di masa akan datang. Begitu juga dengan peranan dan penglibatan semua pihak khususnya pegawai teknikal dalam menangani sesuatu kes. Ia perlu dihayati oleh semua lapisan warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar supaya lebih bersedia untuk pengurusan dan kejayaan sesuatu kes.

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada anggota redaksi yang telah bersama-sama bertungkus-lumus dalam menghasilkan keluaran edisi kompilasi pertama ini. Diharapkan agar kerjasama dan usaha ini dapat diteruskan untuk penghasilan edisi Kompilasi Kes-Kes Menarik yang berikutnya.

LOGANATHANA/L ARMOM

PENOLONG PENGARAH (K) UNDANG-UNDANG

Page 8: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR6

Sidang Redaksi

SURENDER SINGH

TN. HJ. JAMADI BADRI E. SUBRAMANIAN

DATO’ HJ. MOHAMED RADZUAN BIN MALEK

Penaung

ZAHARINAN ABD AZIZ

Penasihat

A. LOGANATHAN

Ketua Editor

SURIANI MANSOR

Editor

Page 9: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 7

PENGUAT KUASA VETERINAR SELANGORSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 1

No. Kes/Tarikh: IP 1/2015/B/AB 1953 (18 Januari 2015)

No. Laporan Polis: KUALA SELANGOR/000320/15

No. Saman: 87-38-02-2015

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Shah Wira bin Abdul Halim

Mahkamah Majistret Kuala Selangor

Pengadu: Orang awam

Pegawai Penyiasat: Mohd Zamri bin Shak @ Ishak

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Chai Seong Onn

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Orang Kena Saman (OKS): Tan Chin Hock

Anjing yang dicederakan oleh OKS

Page 10: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR8

Keterangan Kes:

Pada 18 Januari 2015 jam lebih kurang 11.30 malam, pengadu yang sedang tidur telah terjaga apabila terdengar anjingnya yang diikat di belakang kawasan rumah di Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor menyalak dengan kuat. Pengadu telah membuka tingkap belakang rumahnya dan melihat OKS menyerang serta mencederakan anjingnya dengan menggunakan kayu dan parang.

Pada keesokan harinya pengadu mendapati anjingnya mengalami kecederaan parah. Pengadu telah menghantar anjing tersebut ke klinik veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor untuk mendapat rawatan. Bagaimanapun pengadu telah dinasihatkan untuk menghantar anjingnya ke klinik veterinar swasta kerana keadaannya yang parah. Pengadu mendapati anjingnya telah mati setibanya di klinik tersebut.

Hasil laporan pemeriksaan veterinar oleh Dr. Siti Zurida binti Jusoh, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor melalui penelitian rakaman CCTV bertarikh 18 Januari 2015 mendapati unsur–unsur kezaliman telah berlaku ke atas anjing tersebut pada masa 11:51:17 pm selama lebih kurang lapan minit. Laporan analisis pengesahan keaslian rakaman video telah diperolehi dari Unit Forensik Digital, Cyber Security Malaysia (CSM).

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(a), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 1 April 2015, OKS mengaku salah dan didenda RM4,000 atau tak bayar 3 bulan penjara.

Fakta Menarik:

Perlakuan kejam OKS terhadap anjing dalam rakaman CCTV telah berjaya dibuktikan hasil penelitian dan laporan pegawai veterinar.

Keratan CCTV menunjukkan anjing diserang OKS

Page 11: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 9

PENGUAT KUASA VETERINAR SELANGORSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 2

Kucing yang dihantar ke Petknode Online Petstore

No. Kes/Tarikh: IP 101/2011/B/AB 1953

(9 September 2011)

No. Laporan Polis: SG BULOH/010521/11

No. Saman: 87(P)385-11

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Elena Hong Tze Lan

Mahkamah Majistret Petaling Jaya

Pengadu: Orang awam

Pegawai Penyiasat: Mohd Zamri bin Shak @ Ishak

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Jamadi bin Badri

Pegawai Penguat Kuasa KP48

Orang Kena Saman (OKS): B1 – Shahrul Azuwan bin Adanan

B2 – Yushairi bin Khairuddin

Page 12: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR10

Keterangan Kes:

Pada 5 September 2011 jam 10.30 pagi, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor telah menerima aduan berhubung kegagalan pihak pengurusan premis Petknode Online Pet Store untuk memberikan perkhidmatan penyimpanan dan penjagaan yang sewajarnya sehingga mendatangkan kecederaan dan penderitaan terhadap kucing pengadu.

Pada 28 Ogos 2011 pengadu telah menghantar 5 ekor kucingnya ke premis Petknode Online Petstore di no. F100B, Level 1, Plaza Season Square, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor untuk perkhidmatan penyimpanan dan penjagaan selama 6 hari kerana cuti Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, pada 8 September 2011 pengadu telah memperolehi kucingnya selepas diselamatkan oleh sukarelawan. Laporan pemeriksaan veterinar oleh Dr Mellissa Aw dari Gasing Veterinar Hospital mendapati kucing tersebut dalam keadaan dehidrasi kerana telah diabaikan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1 dan B2 di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 28 Jun 2012, kedua-dua B1 dan B2 mengaku salah dan didenda RM200 atau tak bayar 1 bulan penjara bagi setiap 30 pertuduhan.

Fakta Menarik:

65 orang pemilik kucing telah membuat aduan terhadap B1 dan B2. Selepas siasatan dijalankan 10 kertas siasatan (IP) melibatkan 30 pertuduhan terhadap B1 dan B2 telah didaftarkan. Kes ini telah mendapat liputan media kerana pemilik kucing tidak berpuashati dengan hukuman yang dikenakan kepada B1 dan B2. Timbalan Pendakwa Raya telah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pada 18 Oktober 2013, B1 dan B2 telah dihukum penjara 3 bulan sebagai tambahan hukuman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Keratan akhbar liputan kes

Page 13: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 11

PENGUAT KUASA VETERINAR SELANGORSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 3

Bangkai kuda di lokasi kejadian

No. Kes/Tarikh: IP 1/2013/B/AB 1953 (21 Januari 2013)

No. Laporan Polis: KAJANG/002502/13

No. Saman: 87-0175-13

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Aina Azahra binti Arifin Mahkamah Majistret Kajang

Pengadu: Orang awam

Pegawai Penyiasat: Mohd Zamri bin Shak @ Ishak

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Jamadi bin Badri

Pegawai Penguat Kuasa KP48

Orang Kena Saman (OKS): Malik bin Hashim

(Pemilik Sg Ramal Horse Riding Centre)

Page 14: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR12

Keterangan Kes:

Pada 21 Januari 2013 jam 8.00 pagi, pengadu telah dimaklumkan oleh pekerja Sungai Ramal Horse Riding Centre di lot. 1445, Jalan Kenanga, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor bahawa kudanya telah jatuh sakit dipercayai telah diserang dan dirogol oleh seekor kuda jantan mengakibatkan ia luka dan lebam di kepala akibat dipijak selain kesan gigitan di bahagian punggung dan kecederaan di bahagian peranakan.

Pengadu tiba di tempat kejadian pada jam 10.00 pagi dan mendapati kudanya sedang tenat. Dr Noorashimah binti Roslim dari Fakulti Veterinar UPM telah cuba memberi rawatan namun setelah beberapa ketika kuda tersebut mati pada jam lebih kurang 11.00 pagi kerana kecederaan parah.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 6 November 2013, OKS mengaku salah dan didenda RM200 atau tak bayar 2 bulan penjara.

Fakta Menarik:

Pemilik kuda turut dituduh di mahkamah pada 7 Januari 2014 kerana cuai untuk menjaga kudanya, bagaimanapun kes telah ditarik balik aras arahan Timbalan Pendakwa Raya selepas representasi dikemukakan oleh pemilik kuda.

Bahagian kuda yang cedera

Page 15: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 13

PENGUAT KUASA VETERINAR SELANGORKAEDAH–KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009

Kes 4

Karkas lembu yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 12/2013/B/AB 1953 (18 Mei 2013)

No. Laporan Polis: KAJANG/016591/13

No. Saman: 87-0454-13

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Aina Azahra binti Arifin Mahkamah Majistret Kajang

Pengadu: Mohamad Sapuan bin Md Arshad Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Zamri bin Shak @ Ishak

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Chai Seong Onn

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Orang Kena Saman (OKS): Mohd Billal Hossain Bhuiyan

Page 16: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR14

Keterangan Kes:

Pada 18 Mei 2013 jam lebih kurang 4.30 petang, bertindak hasil maklumat risikan sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Selangor telah melakukan pemeriksaan di gerai tanpa nombor, pasar malam Taman Taming Jaya, Balakong, Selangor dan mendapati OKS memiliki karkas lembu yang tidak disembelih di rumah sembelih yang diluluskan atau dilesenkan. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Karkas lembu seberat 291 kg ii. Satu bilah pisauiii. Satu alat penimbang

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap karkas lembu telah dibuat oleh Dr. Hamdan bin Mohamed Hadi, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan mendapati karkas tersebut tidak sesuai untuk makanan manusia dan mengarahkan ia dimusnahkan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subkaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang boleh dihukum di bawah kaedah 17, kaedah yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 21 Ogos 2013, OKS mengaku salah dan didenda RM100 atau tak bayar 1 hari penjara.

Fakta Menarik:

Kes ini berjaya diperolehi hasil maklumat risikan awal yang cekap dan lengkap oleh anggota Penguat Kuasa Veterinar.

Pemeriksaan oleh Pegawai Veterinar Proses pelupusan karkas

Page 17: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 15

PENGUAT KUASA VETERINAR SELANGORSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 5

Keratan CCTV menunjukan anjing diserang OKS

No. Kes/Tarikh: IP 25/2014/B/AB 1953 (17 Jun 2014)

No. Laporan Polis: SERI KEMBANGAN/006095/14

No. Saman: 87(JL)889-14

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohd Hezri bin Shaharil

Mahkamah Majistret Petaling Jaya

Pengadu: Orang awam

Pegawai Penyiasat: Mohd Zamri bin Shak @ Ishak

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Subramanian a/l Ellappan

Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): Saifulnizam bin Yusoff

Page 18: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR16

Keterangan Kes:

Pada 17 Jun 2014 jam lebih kurang 2.00 petang, pekerja kepada pengadu telah melihat OKS masuk ke dalam premis kedai dobi di no. 9, Jalan SR 3/2, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, Petaling, Selangor dan menendang anjingnya sehingga mendatangkan kecederaan. Perlakuan OKS yang berapa kali telah bertindak zalim ke atas anjingnya terdapat dalam rakaman CCTV.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap anjing telah dibuat oleh Dr. Tan Ong Leong dari City Pets Veterinary Clinic dan mendapati anjing berkenaan mengalami kecederaan pada kaki kiri. Laporan analisis pengesahan keaslian rakaman video telah diperolehi dari Unit Forensik Digital, Cyber Security Malaysia (CSM).

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(a), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 17 Disember 2014, OKS mengaku salah dan dihukum penjara 10 hari.

Fakta Menarik:

Kes ini merupakan kes pertama dimana OKS dikenakan hukuman penjara tanpa dikenakan hukuman denda.

Page 19: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 17

PENGUAT KUASA VETERINAR SELANGORSUBSEKSYEN 34(1) DAN 36(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 6

Pasukan operasi di lokasi kejadian

No. Kes/Tarikh: IP 36/2014/B/AB 1953 (29 September 2014)

No. Laporan Polis: SERENDAH/002105/14

No. Saman: 87AM-136-12/14 – 87AM-137-12/14

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Zulhelmy bin Hasan

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu

Pengadu: Jaka Sona bin Chee

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Chai Seong Onn

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Pegawai Pendakwa: Subramanian a/l Ellappan

Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): B1 – Rashid Mohamad bin Mohamad Ali

B2 – Mohd Rafik bin Bakanali

Page 20: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR18

Ternakan lembu yang dirampas

Keterangan Kes:

Pada 29 September 2014 jam lebih kurang 4.42 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Selangor telah menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas lori no. Pendaftaran AHN 1659 di Jalan Rawang ke Rasa berhampiran Simpang Tiga Sungai Choh, Serendah, Hulu Selangor, Selangor.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati 8 ekor lembu telah dipindahkan tanpa dokumen kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Pengadu telah mengambil milik 8 ekor lembu dan lori tersebut untuk siasatan lanjut.

Hasil analisis darah lembu dari Makmal Veterinar Wilayah Tengah, Sepang, Selangor mendapati 8 ekor lembu tersebut positif penyakit Bruselosis. Lanjutan itu, lembu diarahkan disembelih di Kompleks Abatoir dengan mematuhi prosedur pelupusan ternakan berpenyakit.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1 di bawah subseksyen 36(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 36(7), akta yang sama. B2 pula dituduh di bawah subseksyen 34(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 34(2), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 21Januari 2015, B1 dan B2 mengaku salah dan didenda RM6,000 setiap seorang atau tak bayar 2 bulan penjara.

Fakta Menarik:

Pemilik ternakan turut dituduh di mahkamah kerana kesalahan melupuskan ternakan yang disahkan berpenyakit tanpa kebenaran dan melanggar perintah di bawah subseksyen 34(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Page 21: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 19

PENGUAT KUASA VETERINAR PERLISENAKMEN PENDAFTARAN KERBAU LEMBU (PINDAAN) 1987

Kes 7

No. Kes/Tarikh: IP 12/2015/R/EPKL1987 (17 Jun 2015)

No. Laporan Polis: Tidak berkenaan

No. Kompaun: R. 01344

Nama Majistret/ Mahkamah: Tidak berkenaan

Pengadu: Rosli bin Salleh

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Muhamad Syaiful bin Amran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Tidak berkenaan

Orang Kena Kompaun (OKK): Rosidi bin Abu Bakar

Lembu yang disembelih tanpa dokumen

Page 22: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR20

Keterangan Kes:

Pada 17 Jun 2015 jam lebih kurang jam 3.39 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Perlis telah membuat pemeriksaan di rumah sembelih swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia iaitu D&Y Trading, no 31, Kg Ngulang, Sungai Mati, Mata Ayer, Kangar, Perlis. Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati aktiviti penyembelihan seekor lembu sedang dijalankan.

OKK sebagai pemilik lembu telah gagal dengan tiada sebab-sebab yang munasabah mengemukakan apa-apa dokumen berkaitan surat keterangan pembatalan pendaftaran lembu tersebut di bawah subseksyen 32(b), Enakmen Pendaftaran Kerbau Lembu (Pindaan) 1987 (EPKL 1987). Pengadu telah mengeluarkan satu notis tawaran kompaun di bawah EPKL 1987 kepada OKK.

Keputusan Kes:

Pada 19 Jun 2015, OKK telah membayar kompaun sebanyak RM50 di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis.

Fakta Menarik:

Kompaun tetap dikeluarkan kepada OKK di bawah EPKL 1987 walaupun penyembelihan dilakukan di rumah sembelih swasta yang telah dilesenkan oleh jabatan kerana pemilik lembu dikehendaki membuat permohonan pembatalan pendaftaran lembu terlebih dahulu sebelum melakukan penyembelihan.

Page 23: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 21

PENGUAT KUASA VETERINAR KEDAHENAKMEN PENDAFTARAN KERBAU LEMBU (PINDAAN PERTAMA) 1990

Kes 8

No. Kes/Tarikh: IP 23/17/K/EPKL1990 (23 Jun 2017)

No. Laporan Polis: Tidak berkenaan

No. Kompaun: 008256

Nama Majistret/ Mahkamah: Tidak berkenaan

Pengadu: Ahmad Sharif bin Darus

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohammad Firdaus bin Mat Ludin

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Tidak berkenaan

Orang Kena Kompaun (OKK): Muhammad Ramzi bin Abidin

Karkas lembu yang dijual tanpa dokumen

Page 24: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR22

Keterangan Kes:

Pada 23 Jun 2017 jam lebih kurang jam 9.15 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Kedah telah membuat pemeriksaan di gerai sementara Jalan Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah. Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati aktiviti penjualan karkas lembu sedang dijalankan.

OKK sebagai pemilik karkas lembu telah gagal dengan tiada sebab-sebab yang munasabah mengemukakan apa-apa dokumen berkaitan sijil pembatalan pendaftaran kerbau lembu tersebut di bawah subseksyen 31(c), Enakmen Pendaftaran Kerbau Lembu (Pindaan Pertama) 1990 (EPKL 1990). Pengadu telah mengeluarkan satu notis tawaran kompaun di bawah EPKL 1990 kepada OKK.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan tindakan kompaun terhadap OKK.

Keputusan Kes:

Pada 26 Julai 2017, OKK telah membayar kompaun sebanyak RM200 di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.

Fakta Menarik:

Kompaun tetap dikeluarkan kepada OKK di bawah EPKL 1990 kerana tiada dokumen semasa pemeriksaan dijalankan walaupun OKK telah hadir kemudian di pejabat Penguat Kuasa Veterinar Kedah untuk menunjukan sijil pembatalan pendaftaran Borang E yang diperolehi pada 20 Jun 2017.

Page 25: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 23

PENGUAT KUASA VETERINAR PULAU PINANG SUBSEKSYEN 36(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 9

No. Kes/Tarikh: IP 1/2010/P/AB 1953 (25 Februari 2010)

No. Laporan Polis: KEPALA BATAS/001151/10

No. Saman: 87-121-10

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohd Zamir bin Suhaimee Mahkamah Majistret Butterworth

Pengadu: Mohamad Zamri bin Zulkepli

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Loganathan a/l Armom

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Pegawai Pendakwa: Roslan bin Mohd Isa

Pegawai Penguat Kuasa KP41

Orang Kena Saman (OKS): Suldeep Singh a/l Charn Singh

Ternakan lembu yang dirampas

Page 26: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR24

Keterangan Kes:

Pada 25 Februari 2010 jam lebih kurang 8.30 malam, bertindak atas aduan awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori no. pendaftaran DBM 9818 di KM125, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dari arah utara di dalam daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati 12 ekor lembu dipindahkan tanpa dokumen kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang. Pengadu telah mengambil milik 12 ekor lembu dan lori tersebut untuk siasatan lanjut. Satu senarai rampasan telah diserahkan kepada OKS.

Hasil analisis darah lembu dari Makmal Veterinar Kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam mendapati semua ternakan bebas daripada penyakit.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 36(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 36(7), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 20 April 2010, OKS mengaku salah dan didenda RM400. Barang kes iaitu ternakan lembu telah diperintah untuk dipulangkan kepada pemilik dan lori dilucuthak

Fakta Menarik:

Pegawai pendakwa telah memohon kepada mahkamah perintah lucuthak ke atas lori no. pendaftaran DBM 9818 di bawah seksyen 74, Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan tarikh hujahan kes ditetapkan pada 19 Mei 2010. Lanjutan itu, satu notis show cause telah disediakan dan diserah kepada pemilik lori.

Pada 19 Mei 2010, majitret Tuan Chiang Kian Hong telah memerintahkan lori tersebut dilucuthak dan diserahkan kepada jabatan untuk tindakan lanjut. Pemilik lori telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berjaya dalam rayuannya. Pada 26 Januari 2012, mahkamah telah memerintahkan lori dipulangkan kepada pemilik.

Lori no. pendaftaran DBM 9818

Page 27: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 25

PENGUAT KUASA VETERINAR PULAU PINANGSEKSYEN 6A, AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 10

Sampel makanan haiwan untuk analisis Makanan Haiwan yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 1/2013 - 2/2013/P/AMH 2009

(28 November 2013) IP 3/2013/P/AMH 2009

(6 Disember 2013)

No. Laporan Polis: PERAI/007255/13

BK TENGAH/014204/13 & SERI PINANG/001174/13

No. Saman: 87-415-05

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Hizween Azleena binti Othman Kamal

Mahkamah Majistret Butterworth

Pengadu: A1 - Abd Zamri bin Abd Khani

Pembantu Penguat Kuasa KP19

A2 - Mohd Shaherman bin Shafie Pembantu Penguat Kuasa KP19

A3 - Tuan Azaki bin Tuan Muda Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Mohammad Firdaus bin Mat Ludin

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Jamadi bin Badri

Pegawai Penguat Kuasa KP48

Orang Kena Saman (OKS): Syarikat Avita Venture Resources

Page 28: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR26

Keterangan Kes:

Pada 28 November 2013 jam lebih kurang 10.45 pagi, bertindak atas aduan awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang, Kedah dan Ibu Pejabat Putrajaya telah melakukan pemeriksaan di premis Soon Soon Oil Mills Sdn Bhd, no. 2448, Lorong Perusahan 2, Prai Industrial Estate, Prai, Pulau Pinang dan mendapati 10 beg seberat 20 tan makanan haiwan telah diimport tanpa permit. Pengadu A1 telah menyita makanan haiwan tersebut untuk siasatan lanjut.

Pada masa yang sama, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang, Kedah dan Ibu Pejabat Putrajaya telah melakukan pemeriksaan ke atas dua buah kontena di premis Pin Wee Nutrifeed Sdn Bhd, plot. 31, Jalan Perindustrian Bukit Minyak 9, Taman Perindustrial Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan mendapati dua kontena tersebut mengandungi makanan haiwan yang diimport tanpa permit. Pengadu A2 telah menyita dua kontena tersebut untuk siasatan lanjut.

Pada 6 Disember 2013 jam lebih kurang 9.30 pagi, bertindak atas hasil siasatan dan maklumat awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang telah melakukan pemeriksaan di Kilang Tan Choi Hin Sdn Bhd, no. 1220, Jalan Bagan Lalang 1, Kawasan Perindustrian ACKU, Butterworth, Pulau Pinang dan mendapati 76.48 tan makanan haiwan telah diimport tanpa permit. Pengadu A3 telah menyita barang kes tersebut untuk siasatan lanjut.

Hasil analisis sampel dari Jabatan Kimia Malaysia dan Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Bandar Baru Salak Tinggi mendapati ia mengandungi DNA haiwan dari spesies ayam dan telah dicemari bakteria Salmonella dan E-Coli. Lanjutan itu, semua makanan haiwan seberat 114,440 kg dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai veterinar dan perintah pelupusan yang diluluskan oleh Mahkamah Majistret Butterworth.

Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga premis yang diperiksa mendapat bekalan makanan haiwan tersebut daripada sebuah syarikat yang sama dan ia telah mengimport makanan haiwan berkenaan dari negara Itali tanpa permit daripada Ketua Pengarah MAQIS.

Pada mulanya ketiga-tiga kes telah disiasat di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 (Akta 698), bagaimanapun atas arahan Timbalan Pendakwa Raya, OKS telah dituduh di bawah Akta Binatang 1953 (Akta 647) berasaskan keperluan kuasa-kuasa untuk pelupusan barang kes sebagai langkah kawalan penyakit haiwan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah seksyen 6A, Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 72(2), akta yang sama.

Page 29: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 27

Keputusan Kes:

Pada 17 Jun 2014, OKS mengaku salah dan didenda RM30,000 atau tak bayar 6 bulan penjara. Pihak MAQIS turut mengenakan kompaun sebanyak RM20,000 kepada OKS bagi lapan buah kontena yang mengandungi makanan haiwan yang ditahan di Perlabuhan Butterworth (NBCT).

Fakta Menarik:

Hasil pemeriksaan, pengumpulan maklumat serta operasi terancang dan pantas telah membawa kejayaan kes ini, walaupun barang kes makanan haiwan telah diimport dan dibawa keluar dari pintu masuk negara.

Ia menjadi kes pertama yang merekodkan hukuman denda tertinggi. Kes ini juga merupakan gabungan tiga kertas siasatan (IP) yang didakwa melalui satu pertuduhan kerana kesalahan dalam ketiga-tiga IP tersebut telah berlaku melalui satu pengimportan yang sama.

Kontena yang dirampas

Page 30: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR28

PENGUAT KUASA VETERINAR PULAU PINANGSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 11

No. Kes/Tarikh: IP 1/2015/P/AB 1953 (7 Ogos 2015)

No. Laporan Polis: SG BAKAP/002626/15

No. Saman: 87-41-2/16

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Shamshol Azwa binti Martadza

Mahkamah Majistret Jawi

Pengadu: Tuan Azaki bin Tuan Muda

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Mohammad Firdaus bin Mat Ludin

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Loganathan a/l Armom

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Loo Lian Oo

Anjing baka Shih Tzu yang dirampas

Page 31: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 29

Keterangan Kes:

Pada 7 Ogos 2015 jam lebih kurang 2.30 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang telah melakukan pemeriksaan di rumah no. 27, Lorong Gemelan 4, Taman Gemelan, Sg. Bakap, Pulau Pinang dan mendapati 3 ekor anjing baka Shih Tzu berada di dalam sangkar berasingan di halaman rumah tersebut.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati anjing tersebut dalam keadaan tidak terurus, berbau busuk dan kelihatan sakit. Pengadu telah mengambil milik 3 ekor anjing tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap ketiga-tiga ekor anjing telah dibuat oleh Dr. Choo Li Chen, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan mendapati anjing berkenaan mengalami dermatitis, conjunctivitis, matted hair dan tick infestation.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 4 Mei 2016, OKS mengaku salah dan didenda RM3,000 atau tak bayar 3 bulan penjara. Tiga ekor anjing telah diperintah dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Walaupun wujud tanggapan bahawa keadaan anjing mengalami matted hair adalah perkara biasa dan tidak menggambarkan unsur kezaliman berlaku. Namun hasil laporan pemeriksaan veterinar membuktikan bahawa terdapat unsur kezaliman dalam kes ini dan OKS berjaya didakwa dan dihukum di mahkamah.

Peralatan operasi seperti sangkar juga merupakan faktor penting dalam kejayaan kes ini kerana saiz sangkar di premis tersebut terlalu besar untuk dipindahkan.

Pemeriksaan oleh Pegawai Veterinar

Page 32: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR30

PENGUAT KUASA VETERINAR PULAU PINANGSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 12

No. Kes/Tarikh: IP 1/2016/P/AB 1953 (12 Julai 2016)

No. Laporan Polis: TG TOKONG/001901/16

No. Saman: 87-7418-12/2016

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohamad Amin bin Shahul Hamid

Mahkamah Majistret Georgetown

Pengadu: Azummi bin Subli

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Mohammad Firdaus bin Mat Ludin

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Loganathan a/l Armom

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Muhammad Firuz bin Khamaruddin

kuda jantan yang dirampas

Page 33: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 31

Keterangan Kes:

Pada 12 Julai 2016 jam lebih kurang 3.10 petang, bertindak atas aduan awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang telah melakukan pemeriksaan di kandang kuda, no.Y-05, Rumah Transit Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati seekor kuda dalam keadaan lemah, kurus dan luka pada badan dan kaki. Pengadu telah mengambil milik kuda tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap kuda telah dibuat oleh Dr. Choo Li Chen, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan mendapati kuda tersebut tidak mendapat zat makanan yang mencukupi menyebabkan ia lemah, kurus dan abnormal. Pengurusan kesihatan dan kebersihan badan kuda tersebut juga tidak dilakukan menyebabkan keadaan kulit kuda tersebut menjadi dermatophytosis hingga menyebabkan keguguran bulu secara bertompok-tompok. Luka yang terdapat di badan kuda juga tidak dirawat dengan betul sehingga menyebabkan granulation tissues terjadi. Kuku kaki yang tidak baik, luka yang tidak terawat dan kesakitan belakang badan yang teruk menyebabkan kuda menjadi lemah.

Saksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 7 Februari 2017, OKS mengaku salah dan didenda RM3,000. Seekor kuda telah diperintah dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Kes ini telah mendapat perhatian majistret Tuan Mohamad Amin bin Shahul Hamid yang telah hadir sendiri ke tempat penyimpanan kuda untuk melihat keadaan sebenar kuda sebelum meluluskan perintah tahanan lanjut.

Selain itu, pihak Penguat Kuasa Veterinar telah mengambil insiatif untuk membawa kuda tersebut dari tempat kejadian ke tempat simpanan dengan mengupah pihak swasta untuk perkhidmatan kenderaan khas mengangkut kuda.

Kesan luka pada badan kuda

Page 34: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR32

PENGUAT KUASA VETERINAR PERAKSUBSEKSYEN 36(1) DAN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647

Kes 13

Ternakan kambing yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 2//2016/A/AB 1953 (6 November 2006)

No. Laporan Polis: SIMPANG PULAI/002453/06

No. Saman: 87-1315-06

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Noridah binti Hussin Mahkamah Majistret Ipoh

Pengadu: Mohd Zulkefli bin Baharom

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Loganathan a/l Armom

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Jamadi bin Badri

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): B1 – Kamaruzaman bin Yusof

B2 – Hazali bin Yusof

Page 35: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 33

Keterangan Kes:

Pada 6 November 2006 jam lebih kurang 7.45 malam, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Perak telah menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas lori no. Pendaftaran DAQ 3516 di KM289.1 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran R&R Simpang Pulai, Perak.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati 62 ekor kambing telah dipindahkan tanpa dokumen kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Pengadu telah mengambil milik 62 ekor kambing dan lori tersebut untuk siasatan lanjut.

Hasil analisis darah kambing dari Makmal Veterinar Kawasan Kota Bharu, Kelantan mendapati seekor kambing didapati positif penyakit Kuku dan Mulut, manakala ternakan yang lain bebas daripada penyakit. Lanjutan itu, seekor kambing yang berpenyakit telah dilupuskan. Sejumlah 25 ekor kambing telah mati, manakala baki 36 ekor kambing telah dilelong dengan harga RM10,500.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan tiga pertuduhan terhadap B1 dan B2. Pertuduhan pertama di bawah subseksyen 36(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 36(7), akta yang sama. Pertuduhan kedua dan ketiga di bawah subseksyen 44(1)(c) dan (d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 21 Disember 2006, B1 dan B2 mengaku salah dan didenda RM300 setiap seorang atau tak bayar 1 bulan penjara untuk pertuduhan pertama. Pertuduhan kedua dan ketiga, B1 dan B2 didenda RM200 setiap seorang bagi setiap pertuduhan. Hasil lelongan telah diperintah dilucuthak dan lori diserahkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Kes ini mencatat sejarah tersendiri apabila B1 dan B2 telah dituduh di bawah kesalahan menzalimi haiwan disamping kesalahan memindahkan ternakan tanpa dokumen kebenaran.

Lori no. pendaftaran DAQ 3516 Barang kes diturunkan ke kandang

Page 36: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR34

PENGUAT KUASA VETERINAR PERAKSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 14

Anjing mati selepas diselamatkanAnjing tersepit di pintu pagar

No. Kes/Tarikh: IP 16/2013/A/AB 1953 (27 Ogos 2013)

No. Laporan Polis: KG RAPAT/003932/13

No. Saman: Tidak berkenaan

Nama Majistret/ Mahkamah: Tidak berkenaan

Pengadu: Zulkiflee bin Sa’ad

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Imran bin Hamzah

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Pendakwa: Tidak berkenaan

Orang Kena Saman (OKS): Tidak berkenaan

Page 37: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 35

Keterangan Kes:

Pada 27 Ogos 2013 jam lebih kurang 1.15 petang, bertindak atas aduan awam, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Perak telah melakukan pemeriksaan di rumah no. 56, Persiaran Rapat Baru 2, Taman Taufik, Ipoh, Perak.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati seekor anjing telah tersepit di pintu pagar rumah tersebut dan dalam keadaan tenat. Pasukan operasi bertindak menyelamatkan anjing tersebut tetapi ia telah mati apabila berjaya dikeluarkan dari pintu pagar. Pengadu telah mengambil milik bangkai anjing tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan postmortem ke atas bangkai anjing dari Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh, Perak mendapati ia mati disebabkan masalah pernafasan akibat tersepit.

Keputusan Kes:

Pada 7 November 2013, Ketua Penguat Kuasa Veterinar Perak telah mengarahkan kes di NFA (no further action) kerana gagal menemui tuanpunya anjing atau pemilik rumah walaupun pelbagai cara digunakan.

Fakta Menarik:

Kes ini telah dirujuk ke Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengesan tuan punya rumah namun ia masih gagal ditemui.

Page 38: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR36

PENGUAT KUASA VETERINAR PERAKSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 15

Pasukan operasi di lokasi kejadian Anjing kelihatan kurus dan lemah

No. Kes/Tarikh: IP 3//2015/A/T/AB 1953 (6 Mac 2015)

No. Laporan Polis: AULONG/000329/15

No. Saman: 87-903-04/2015

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohamad Ruhizat bin Abdullah

Mahkamah Majistret Taiping

Pengadu: Muhamad Akhair bin Sehab

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Nageswara Rao a/l Narayansamy

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Pegawai Pendakwa: Mohammad Nizam bin Abdullah Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): Anna Teoh Poh Ling

Page 39: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 37

Keterangan Kes:

Pada 6 Mac 2015 jam lebih kurang 9.50 pagi, bertindak atas aduan awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Taiping bersama anggota PDRM, ATM dan NGO telah melakukan pemeriksaan di rumah no.31, Lorong MB7, Taman Medan Bersatu, Kg Boyan, Taiping, Perak.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati seekor anjing dalam keadaan kurus dan lemah. Pengadu telah mengambil milik anjing tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap anjing telah dibuat oleh Dr. Yusnizar binti Yusof, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang & Selama, Perak dan mendapati anjing tersebut dalam keadaan kurus, lemah dan tidak mampu berdiri dengan stabil. Gusi dan membrane bawah mata anjing kelihatan pucat serta keseluruhan badan dipenuhi dengan kutu.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 3 Februari 2016, OKS mengaku salah dan didenda RM4,000 atau tak bayar 6 bulan penjara. Seekor anjing telah diperintah dilucuthak dan diserahkan kepada jabatan untuk tindakan lanjut.

Fakta Menarik:

Kes ini telah mendapat liputan media secara meluas apabila pihak NGO turut memberi perhatian terhadap perkembangan kes sepanjang ianya dijalankan.

Keratan liputan media OKS dituduh di mahkamah

Page 40: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR38

Karkas kambing yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 1/2013/W/AB 1953 (14Julai 2013)

No. Laporan Polis: SETAPAK/000915/13

No. Saman: 87A-0277-02/2013

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Amal Razim bin Alias

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

Pengadu: Roswadi Bin Abdullah

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Noor Azzuddin bin Abd Aziz

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURKAEDAH–KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009

Kes 16

Page 41: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 39

Keterangan Kes:

Pada 18 Januari 2013jam lebih kurang 10.00 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat pemeriksaan di Ladang Agro Farm, Sungai Mulia Gombak (belakang Pasar Besar Gombak) dan mendapati OKS sebagai pemilik ladang telah memiliki karkas kambing yang tidak disembelih di rumah sembelih yang diluluskan atau dilesenkan. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Karkas kambing seberat 105 kg ii. Tujuh bilah pisau

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap karkas kambing telah dibuat oleh Dr. Muhammad Syazwan bin Muhammad Sabri, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mendapati karkas tersebut tidak sesuai untuk makanan manusia dan mengarahkan ia dimusnahkan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subkaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang boleh dihukum di bawah kaedah 17, kaedah yang sama.

Kesalahan yang sama juga telah dilakukan oleh OKS pada 21 Januari 2011 jam lebih kurang 7.30 pagi di lokasi yang sama dan telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman pada 16 Februari 2012 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (no. Saman 87A-1769-11/2011) dengan denda sebanyak RM50 atau 1 hari penjara. Oleh itu, OKS telah melakukan kesalahan berterusan dan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Keputusan Kes:

Pada 12 Jun 2013, OKS mengaku salah dan didenda RM2,250 bagi kesalahan berterusan dari sabitan pertama atau tak bayar 1 bulan penjara. Tujuh bilah pisau telah diperintah diserahkan kepada jabatan bagi tindakan pelupusan.

Fakta Menarik:

Ia menjadi kes pertama dimana OKS dikenakan hukuman yang tinggi kerana mempunyai kesalahan lampau dan melakukan kesalahan berterusan dari sabitan pertama di bawah Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.

Pisau yang dirampas

Page 42: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR40

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 17

Anjing mati semasa perkhidmatan dandanan

No. Kes/Tarikh: IP 9/2013/W/AB 1953 (14 Julai 2013)

No. Laporan Polis: CHERAS/015729/13

No. Saman: 87-0444-1/14

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Erry Shahariman bin Aripin

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

Pengadu: Orang awan

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): B1 - Kong Hui Yuan

B2 -Gabrielyn Stacy Anak Mathew B3 -Chow Weng Lean

Page 43: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 41

Keterangan Kes:

Pada 14 Julai 2013 jam lebih kurang 12.30 tengahari, pengadu telah membawa anjingnya ke Hospital Veterinar Segar, no. 2, Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur bagi tujuan dandanan bulu anjing. Pengadu telah diarahkan balik ke rumah oleh B1 kerana pada hari itu ramai pelanggan dan akan mengambil masa yang lama.

Pada hari yang sama, jam lebih kurang 4.00 petang, pengadu telah mendapat panggilan daripada pihak Hospital Veterinar Segar memintanya untuk datang ke hospital berkenaan kerana berlaku sesuatu kepada anjingnya.

Setibanya di sana, pengadu mendapati anjing miliknya telah mati di atas meja dandanan. Pihak Hospital Veterinar Segar memaklumkan anjing pengadu mempunyai masalah jantung.

Pada 16 Julai 2013, pengadu telah melihat rakaman CCTV Hospital Veterinar Segar. Dalam rakaman CCTV, kelihatan B3 seolah-olah mencekik anjingnya semasa proses dandanan tersebut.

Hasil laporan pemeriksaan veterinar oleh Dr. Muhammad Syazwan bin Muhammad Sabri, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui penelitian rakaman CCTV mendapati unsur–unsur kezaliman telah berlaku ke atas anjing tersebut pada minit ke 07.04 sehingga ke minit 11.00. Laporan analisis pengesahan keaslian rakaman video telah diperolehi dari Unit Forensik Digital, Cyber Security Malaysia (CSM).

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1, B2 dan B3 di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 21 April 2014, B1, B2 dan B3 mengaku salah dan didenda RM200 setiap seorang atau tak bayar 14 hari penjara

Fakta Menarik:

Rakaman CCTV telah digunakan untuk meneruskan siasatan terhadap kes ini. Hasil laporan pemeriksaan oleh Pegawai Veterinar melalui penelitian rakaman CCTV telah berjaya membuktikan perlakuan kezaliman terhadap anjing.

Page 44: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR42

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 18

Pemeriksaan oleh Pegawai Veterinar

No. Kes/Tarikh: IP 3/2014/W/AB 1953 (3 April 2014)

No. Laporan Polis: KEPONG/004846/14

No. Saman: 87- 3916 - 08/14

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Zura Syazween binti Hamizan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

Pengadu: Mohd Nazdi bin Nasir

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): B1 - Helmy Jasman bin Sulaiman

B2 -Norhazlin binti Ibrahim

Page 45: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 43

Keterangan Kes:

Pada 3 April 2014 jam lebih kurang 11.30 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di lot 6, Jalan 8/1 Kampung Melayu Kepong, Kepong, Kuala Lumpur.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati 4 ekor kucing telah mati dan 13 ekor kucing lagi dalam keadaan tenat dan sakit. Pengadu telah mengambil milik 17 ekor kucing termasuk 4 ekor yang telah mati untuk siasatan lanjut.

Semasa pemeriksaan dijalankan keadaan kandang tidak bersih, berbau dan kucing-kucing kelihatan kurus, lemah dan tidak sihat. Laporan pemeriksaan veterinar terhadap kucing-kucing telah dibuat oleh Dr. Muhammad Syazwan bin Muhammad Sabri, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1 dan B2 di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 19 November 2014, B1 mengaku salah dan didenda RM300 atau tak bayar 3 hari penjara, B2 mengaku salah dan didenda RM800 atau tak bayar 8 hari penjara. Enam ekor kucing yang masih hidup telah diperintah diserahkan kepada jabatan bagi tindakan pelupusan dan adoption.

Fakta Menarik:

Kes ini telah tular di media sosial dan mendapat liputan media secara meluas kerana B2 sebagai pemilik Pusat Jagaan Kucing OMIEY HOME telah gagal menjaga kebajikan haiwan di premis berkenaan.

Bangkai kucing yang dirampas Postmortem bangkai kucing

Page 46: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR44

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURSUBSEKSYEN 79(4), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 19

Tanda lagenda palsu yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 4/2014/W/AB 1953 (17 April 2014)

No. Laporan Polis: JINJANG/008525/14

No. Saman: 87- 4774-10/14

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Zura Syazween bin Hamizan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

Pengadu: Mohd Al-Haffiz bin Jemahar

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Soo Yau Sheng

Page 47: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 45

Keterangan Kes:

Pada 17 April 2014 jam lebih kurang 7.00 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan di premis lot. 2910 dan 2911, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur. Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi menjumpai satu unit tanda lagenda dan satu botol dakwat merah dipercayai tiruan dan bukan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Satu unit tanda lagendaii. Satu botol dakwat merah

Barang kes tersebut telah dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis. Puan Siti Nur Musliha binti Mohamad Noor, pegawai pemeriksa dokumen di Jabatan Kimia Malaysia telah mengesahkan tanda lagenda yang digunakan OKS adalah palsu.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 79(4), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 13 April 2015, OKS mengaku salah dan didenda RM3,000 atau tak bayar 3 bulan penjara. Tanda lagenda dan dakwat merah telah diperintah diserahkan kepada jabatan bagi tindakan pelupusan.

Fakta Menarik:

Kes pertama yang merekodkan kesalahan OKS memalsukan tanda lagenda yang digunakan oleh pihak Rumah Sembelih dan ia berjaya dibuktikan melalui pengesahan Jabatan Kimia Malaysia.

Premis di Jinjang Selatan yang diperiksa

Page 48: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR46

Karkas lembu yang dirampas Besi pencangkuk yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 10/2014/W/AB 1953 (6 Ogos 2014)

No. Laporan Polis: GOMBAK/006392/14

No. Saman: 87A -125-01/15

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Nurul Izzah binti Hasan Basri

Mahkamah Majistret Selayang

Pengadu: Mohd Al-Haffiz bin Jemahar

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): B1 - Ibrahim bin Abdul Wahab B2 -Mohd Zahri bin A Rahman

B3 -Mohamad Misnun bin Ahmad Tajuri

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURKAEDAH–KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009

Kes 20

Page 49: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 47

Keterangan Kes:

Pada 6 Ogos 2014 jam lebih kurang 10.30 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan di gerai tanpa nombor, Jalan 10, Taman Green Wood, Batu Caves, Selangor dan mendapati B1 memiliki karkas lembu yang tidak disembelih dari rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Karkas lembu seberat 98 kgii. Satu kepala lembuiii. Dua kaki lembuiv. Sebelas batang besi pencangkuk

v. Satu alat penimbang digitalvi. Satu bilah pisauvii. Satu batang besi pengasah

Pada hari dan waktu yang sama, Roziman bin Awang Tahrin ahli pasukan operasi telah diserang oleh B1 dengan menggunakan besi pencangkuk hingga menyebabkan kecederaan di peha kiri beliau. Lanjutan itu, satu laporan polis no. GOMBAK/006393 telah dibuat dan kes disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap karkas lembu telah dibuat oleh Dr. Muhammad Syazwan bin Muhammad Sabri, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mendapati karkas tersebut tidak sesuai untuk makanan manusia dan mengarahkan ia dimusnahkan.

Hasil siasatan mendapati B1 telah mendapatkan bekalan daripada B2 yang beralamat di lot. 1311, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Selangor dan B2 pula mendapatkan bekalan daripada B3 yang beralamat di no. 6, Jalan Semenanjung Bernam, Kampung Sg Apong Parit Baru, Sg Ayer Tawar, Selangor.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1, B2 dan B3 di bawah subkaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang boleh dihukum di bawah kaedah 17, kaedah yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 2 Mac 2015, B1, B2 dan B3 mengaku salah dan didenda RM100 setiap seorang atau tak bayar 1 bulan penjara. Barang kes telah diperintah diserahkan kepada jabatan bagi tindakan pelupusan.

Fakta Menarik:

Anggota Penguat Kuasa Veterinar telah diserang semasa menjalankan tugas penguatkuasaan dan B1 telah diambil tindakan oleh pihak PDRM kerana menghalang tugas penjawat awam (seksyen 353, Kanun Keseksaan).

Pisau dan pengasah yang dirampas

Page 50: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR48

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 21

Anjing jantan yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 2/2015/W/AB 1953 (19 Mac 2015)

No. Laporan Polis: THSL/009651/15

No. Saman: 87-3429-07/15

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Zura Syazween bin Hamizan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

Pengadu: Mohd Nazdi bin Nasir

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Myo Min (L) Myanmar

Page 51: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 49

Keterangan Kes:

Pada 19 Mac 2015 lebih kurang jam 11.45 pagi, bertindak atas aduan awam berkaitan rakaman video melalui telefon bimbit mengenai perlakuan kezaliman terhadap seekor anjing, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan pemeriksaan di rumah no. 28-A, Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Dalam pemeriksaan tersebut, pasukan mendapati seekor anjing jantan seperti yang diadukan diikat di hadapan koridor rumah. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Seekor anjing berwarna hitamii. Sehelai seluar boxeriii. Sehelai baju warna putih berjalur hijau

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap anjing telah dibuat oleh Dr. Leonora Tuah Merawin, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdasarkan keputusan darah, anjing tersebut berada dalam fasa pemulihan daripada kemungkinan jangkitan penyakit atau keadaan yang menimbulkan pendarahan yang sederhana dalam masa terdekat sebelum ia dibawa untuk pemeriksaan.

Laporan analisis pengesahan keaslian rakaman video telah diperolehi dari Unit Forensik Digital, Cyber Security Malaysia (CSM).

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 12 Oktober 2015, OKS mengaku salah dan didenda RM1,500 atau tak bayar 3 minggu penjara. OKS telah dipenjara kerana gagal membayar denda. Seekor anjing telah diperintah diserahkan kepada jabatan bagi tindakan adoption.

Fakta Menarik:

Kes pertama yang merekodkan OKS dipenjarakan kerana gagal membayar denda dan OKS adalah seorang warga asing. OKS turut diperintahkan untuk membayar kos rawatan dan penjagaan anjing sejumlah RM859 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bantuan Unit Forensik Digital, CSM telah diperolehi untuk mengesahkan ketulenan rakaman video dalam kes ini.

Page 52: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR50

Kuda jantan yang dirampas Pasukan operasi di lokasi kejadian

No. Kes/Tarikh: IP 7/2016/W/AB 1953 (24 Mei 2016)

No. Laporan Polis: TTDI/001477/16

No. Saman: 87-6540-11/2016

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Zuhair bin Rosli

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

Pengadu: Masdin bin Ubin

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Mohd Sharif bin Sabran

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Hasiah binti Musa

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Norhisam bin Mohamed @ Mohamed Nor

PENGUAT KUASA VETERINAR W.P. KUALA LUMPURSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 22

Page 53: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 51

Keterangan Kes:

Pada 24 Mei 2016 lebih kurang jam 12.40 tengahari, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan pemeriksaan di kandang kuda, Blok E,no.5, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

Pemeriksaan adalah susulan hasil pemeriksaan veterinar pada 23 Mei 2016 oleh Dr. Muhammad Syazwan bin Muhammad Sabri, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mendapati terdapat unsur pengabaian kebajikan dari aspek penjagaan dan kesihatan terhadap seekor kuda jantan baka Dutch Warmblood.

Hasil pemeriksaan pada 24 Mei 2016, pasukan mendapati kuda berkenaan mengalami sakit dan bengkak di bahagian kaki belakang sebelah kiri. Pengadu telah mengambil milik kuda berkenaan untuk siasatan lanjut.

Pada 1 Julai 2016, tindakan pelupusan kuda dilakukan oleh Dr. Nurazreen binti Zulaidi, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan cara euthanasia kerana kuda tidak dapat diselamatkan melalui rawatan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh T imbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 19 Januari 2017, OKS mengaku salah dan didenda RM5,000 atau tak bayar 2 bulan penjara.

Fakta Menarik:

Kes ini memberi pengajaran kepada pelaku kezaliman dengan hukuman denda yang agak tinggi walaupun telah membuat rayuan memohon mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan tidak mengetahui kudanya sakit dan sudah diisytihar muflis.

Tulang rangka kuda yang jelas kelihatan

Luka pada bahagian kaki kuda

Kuda dilupuskan dengan cara euthanasia

Page 54: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR52

PENGUAT KUASA VETERINAR NEGERI SEMBILANSUBSEKSYEN 38(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 23

Anjing baka Rottweiler tanpa lesen

No. Kes/Tarikh: IP 1/2012 (2 April 2012)

No. Laporan Polis: TITI/000160/12

No. Saman: 87-03-05/2012

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Mageshwary a/p Muniandy

Mahkamah Majistret Jelebu

Pengadu: Abd Hanan bin Mohd Rosli

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Zol Arini bin Salleh

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Bassri bin Hassan

Pegawai Penguat Kuasa KP41

Orang Kena Saman (OKS): Ong Pei Hoon

Page 55: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 53

Keterangan Kes:

Pada 2 April 2012 lebih kurang jam 9.45 pagi, bertindak atas aduan awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan di rumah no.168. Taman Bukit Kempas, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati seekor anjing betina baka Rottweiler warna hitam tanpa lesen. Satu senarai pemeriksaan telah diserahkan kepada OKS.

Sanksi telah diperolehi daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 38(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 38(8)(a), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 5 Julai 2012, OKS mengaku salah dan didenda RM50.

Fakta Menarik:

Kes ini melibatkan kesalahan memiliki anjing tanpa lesen dan ia melibatkan kawasan luar kawalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti peruntukan di bawah subseksyen 38(10)(b), Akta Binatang 1953 (Akta 647). Kes ini membuktikan bahawa pihak Penguat Kuasa Veterinar juga boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik anjing tanpa lesen di luar kawasan PBT.

Page 56: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR54

Vaksin yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 2/2013/N/AB 1953 (7 Mei 2013)

No. Laporan Polis: NILAI/004059/13

No. Saman: 87-1841-11/13

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Marsilawati binti Mohamad Shah

Mahkamah Majistret Seremban

Pengadu: Mohd Subhy bin Mohd Basaruddin Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Zol Arini bin Salleh

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Jamadi bin Badri

Pegawai Penguat Kuasa KP48

Orang Kena Saman (OKS): Teo Kooi Cheng

PENGUAT KUASA VETERINAR NEGERI SEMBILANSUBSEKSYEN 84(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 24

Page 57: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 55

Keterangan Kes:

Pada 7 Mei 2013 lebih kurang jam 12.40 tengahari, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan di Peterlabs Sdn Bhd, lot. 16014, Jalan Nilam 3, Bandar Nilai Utama, Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati OKS memiliki 803 botol vaksin Amervac PRRS tanpa dokumen kebenaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pengadu telah mengambil milik vaksin tersebut untuk siasatan lanjut.

Hasil analisis sampel dariInstitut Penyelidikan Veterinar Ipoh, Perak mendapati ia mengandungi virus Porcine Reproductive And Respiratory Syndrome (PRRS) hidup dan telah dilemahkan (attenuated). Lanjutan itu, kesemua vaksin berkenaan dilupuskan dengan menggunakan incinerator.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 84(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen dan akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 23 Disember 2013, OKS mengaku salah dan didenda RM100 atau tak bayar 1 hari penjara.

Fakta Menarik:

Kes pertama yang merekodkan OKS dituduh memiliki vaksin tanpa dokumen kebenaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Kes ini di ambil tindakan sebelum berkuatkuasanya Akta Binatang (Pindaan) 2013 dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (MAQIS).

Proses pelupusan vaksin

Page 58: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR56

PENGUAT KUASA VETERINAR MELAKAPERINTAH BINATANG (PENGIMPORTAN) 1962

Kes 25

No. Kes/Tarikh: IP 6/2011/M/AB 1953 (8 September 2011)

No. Laporan Polis: MTR/008004/11

No. Saman: 87-1-1/12

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Nor Azizah binti Yusof

Mahkamah Majistret Melaka Tengah

Pengadu: Mohd Farhan bin Ma’arof

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Suharsono bin Mohd Moedjiran Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Pendakwa: Fazlizan bin Ishak Khan

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Orang Kena Saman (OKS): B1 - Tiu Tjai Kiong

B2 - Mariati

Sarang burung walit yang dirampas

Page 59: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 57

Keterangan Kes:

Pada 8 September 2011 lebih kurang jam 4.50 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Melaka telah menerima barang rampasan sebuah kotak mengandungi sarang burung walit seberat 550 gram daripada Pegawai Kastam di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Kastam Diraja Malaysia Melaka. Pengadu telah mengambil milik sarang burung walit tersebut untuk siasatan lanjut.

Siasatan lanjut mendapati B1 dan B2 telah mengimport sarang burung walit berkenaan dari Indonesia tanpa kebenaran bertulis dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Hasil analisis sampel dari Jabatan Kimia Malaysia telah mengesahkan sarang burung walit tersebut daripada spesies Aerodramus fuchipagus atau dikenali sebagai burung walit.

Sanksi telah dipohon dan persetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1 dan B2 di bawah Perintah 3(1)(a), Perintah Binatang (Pengimportan) 1962 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Keputusan Kes:

Pada 12 Mac 2012, B1 dan B2 mengaku salah dan didenda RM1,000 atau tak bayar 7 hari penjara. Sarang burung walit diperintah diserahkan kepada jabatan untuk tindakan lanjut. Pelupusan barang kes telah dilakukan dengan cara ditanam dan ditabur kapur.

Fakta Menarik:

Kes ini diperolehi daripada pihak Kastam Diraja Malaysia Melaka. B1 dan B2 dalam kes ini adalah warga Indonesia. B1 dan B2 ditahan dalam lokap polis dengan Arahan Penahanan Orang Salah kerana melibatkan warga asing. B1 dan B2 dituduh dibawah Perintah 3(1)(a), Perintah Binatang (Pengimportan) 1962 serta dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan (Akta 574).

Page 60: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR58

PENGUAT KUASA VETERINAR MELAKASUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 26

Bangkai anjing yang digali

No. Kes/Tarikh: IP 2/2015/M/AB 1953 (12 Februari 2015)

No. Laporan Polis: MALIM/000655/15

No. Saman: Tidak berkenaan

Nama Majistret/ Mahkamah: Tidak berkenaan

Pengadu: Orang awam

Pegawai Penyiasat: Muhammad Hafiz bin Mohd Ramli

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Tidak berkenaan

Orang Kena Saman (OKS): Tidak berkenaan

Page 61: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 59

Keterangan Kes:

Pada awal bulan Februari 2015, pengadu telah mendapati dua ekor anjingnya telah diracun di luar kawasan rumahnya di Batu 2½, Balai Panjang Malim, Melaka. Selain anjingnya, beberapa ekor anjing milik jirannya turut diracun. Pengadu dimaklumkan oleh ibunya bahawa seorang jiran telah mengakui meletakan racun di kawasan luar rumahnya.

Pada 14 Februari 2015 lebih kurang jam 12.15 tengahari, bertindak atas maklumat pengadu, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Melaka telah menjalankan pemeriksaan di luar kawasan rumah di Batu 2½, Balai Panjang Malim, Melaka. Pengadu telah menunjukan lokasi racun diletakan dan anjing ditemui mati serta lokasi bangkai anjing ditanam.

Pada 17 Februari 2015 lebih kurang jam 3.15 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Melaka bersama pegawai teknikal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mengali semula bangkai anjing serta mengambil sampel untuk analisis.

Sampel hati bangkai anjing telah dikemukakan ke Jabatan kimia Malaysia untuk analisis. Hasil analisis sampel dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati tiada racun makhluk perosak dikesan pada sampel hati tersebut.

Keputusan Kes:

Pada 26 Mac 2015 Ketua Seksyen Penyiasatan telah mengarahkan kes di NFA (no further action) berdasarkan laporan analisis dari Jabatan Kimia Malaysia.

Fakta Menarik:

Kes ini menunjukkan komitmen pihak Penguat Kuasa Veterinar dalam mengambil tindakan ke atas setiap aduan yang diterima walaupun barang kes telah dilupuskan (ditanam). Cabaran yang dihadapi dalam kes ini adalah bangkai anjing yang digali untuk ujian telah mula mereput. Kes ini memberi pengajaran bahawa setiap aduan perlu disalurkan secepat mungkin untuk tindakan segera.

Postmortem bangkai anjing

Page 62: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR60

PENGUAT KUASA VETERINAR JOHORAKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAN HAIWAN NEGARA 1972

Kes 27

Karkas lembu yang dirampas(Gambar Polaroid)

No. Kes/Tarikh: IP 1/1998/KP (19 Februari 1998)

No. Laporan Polis: FELDA ADELLA/R096458

No. Saman: 87-3-98

Nama Majistret/ Mahkamah: Mahkamah Majistret Kota Tinggi

Pengadu: Fazlizan bin Ishak Khan

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Suriani binti Mansor

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: G. Tambe Raja

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Rahim bin Bajuri

Page 63: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 61

Keterangan Kes:

Pada 19 Februari 1998 lebih kurang jam 10.35 pagi, bertindak atas aduan awam sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Johor telah menjalankan pemeriksaan di rumah no.1116, Blok 5, Felda Sening, Kota Tinggi, Johor yang termasuk di dalam kawasan Rumah Bantai Johor Selatan, Kempas yang diluluskan.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati sebuah peti sejuk tidak mudah alih mengandungi karkas lembu yang tidak mempunyai apa-apa tanda penyembelihan yang sah. Pengadu telah mengambil milik karkas lembu seberat 216.8 kg untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap karkas lembu telah dibuat oleh Dr. Jasbir Singh, Penolong Pegawai Veterinar di Kompleks Abatoir Johor Bahru dan mendapati karkas tersebut tidak sesuai untuk makanan manusia dan mengarahkan ia dimusnahkan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subkaedah 3(b), Bahagian III, Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Perusahan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) 1975 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 17(1), Akta Lembaga Kemajuan Perusahan Haiwan Negara 1972.

Keputusan Kes:

Pada 5 Ogos 1998, OKS mengaku salah dan didenda RM1,500 atau tak bayar 1 bulan penjara.

Fakta Menarik:

Kes ini melibatkan kesalahan memiliki karkas lembu yang tidak disembelih di rumah bantai yang diluluskan dan disimpan dalam peti sejuk tidak mudah alih. Kes ini merupakan antara kes-kes yang telah diambil tindakan berkesan di bawah Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Perusahan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) 1975.

Karkas disimpan dalam peti sejuk(Gambar Polaroid)

Page 64: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR62

PENGUAT KUASA VETERINAR JOHORENAKMEN MEMELIHARA BABI 1975

Kes 28

Ladang ternakan babi Ternakan babi yang diperiksa

No. Kes/Tarikh: IP 5/2002/J/EMB 1975

(3 September 2002)

No. Laporan Polis: Tidak berkenaan

No. Saman: 87-2095-02

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Darmafikri bin Abu Adam

Mahkamah Majistret Kluang

Pengadu: Suharsono bin Mohd Moedjiran Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Chin Siong Teck

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Pendakwa: G. Tambe Raja

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP38

Orang Kena Saman (OKS): Lee Meng Hong

Page 65: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 63

Keterangan Kes:

Pada 3 September 2002 lebih kurang jam 11.50 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Johor telah menjalankan pemeriksaan di ladang ternakan babi Teratai Agricultures Sdn Bhd, lot. 219 dan 251, Batu 24, Jalan Mersing, Kahang, Kluang, Johor.

Dalam pemeriksaan tersebut pengadu mendapati OKS telah memelihara sebanyak 16,234 ekor babi, melebihi had bilangan babi yang dibenarkan dalam lesen no. 4212 iaitu sebanyak 10,000 ekor sahaja. Satu senarai pemeriksaan telah diserahkan kepada OKS.

Lanjutan itu, OKS telah dituduh di bawah subseksyen 3(4), Enakmen Memelihara Babi Negeri Johor 1975 dan boleh dihukum di bawah seksyen 11, enakmen yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 26 November 2002, OKS mengaku salah dan didenda RM2,000 atau tak bayar 3 bulan penjara.

Fakta Menarik:

Kes ini melibatkan kesalahan tidak mematuhi syarat lesen iaitu memelihara ternakan babi melebihi had yang ditetapkan dalam lesen. Pasukan operasi terpaksa membuat pengiraan fizikal secara menyeluruh di setiap kandang yang terdapat di ladang tersebut.

Lakaran kasar setiap ruang kandang dan bilangan yang dikira perlu disediakan bersama-sama dengan kehadiran pemilik ladang. Pegawai penyiasat juga perlu membuat pengiraan semula dalam siasatan yang dijalankan bagi membuktikan pemeliharaan ternakan telah melebihi had yang dibenarkan.

Page 66: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR64

PENGUAT KUASA VETERINAR JOHORPERINTAH BINATANG (PENGIMPORTAN) 1962

Kes 29

No. Kes/Tarikh: IP 10/2008/J/AB 1953 (17 Disember 2008)

No. Laporan Polis: LARKIN/000140/08

No. Saman: C87-288-09

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Nor Shaid bin Abdul Karim Mahkamah Majistret Johor Bharu

Pengadu: Mohd Marzuki bin Muhammad

Pembantu Veterinar

Pegawai Penyiasat: Isaac Santhana Das

Pembantu Penguat Kuasa KP26

Pegawai Pendakwa: Tee Thian See

Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): Gan Chin Wah

Proses pelupusan ofal usus ayam

Page 67: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 65

Keterangan Kes:

Pada 17 Disember 2008 jam 12.26 tengahari, pengadu telah melakukan pemeriksaan ke atas lori no. Pendaftaran JJX 3953 di Pusat Kompleks Kastam, Tanjung Puteri Import A, Johor Bahru, Johor.

Dalam pemeriksaan tersebut pengadu mendapati 1.6 tan ofal usus ayam di dalam 7 tong plastik telah diimport dari Singapura tanpa kebenaran bertulis dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Selain daripada itu, 4 tong plastik kosong turut ditemui. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Lori no. Pendaftaran JJX 3953ii. 1.6 tan ofal usus ayamiii. Tujuh tong plastik berwarna kuningiv. Empat tong plastik kosong

Dr. Zul Edham bin Hj. Wagiman, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah mengesahkan ofal usus ayam tersebut tidak sesuai bagi kegunaan sebagai bahan makanan haiwan lain kerana tiada jaminan keselamatan. Lanjutan itu, ia telah dilupuskan dengan cara ditanam di tapak pelupusan sampah Southern Waste, Seelong, Johor.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah Perintah 3(1)(a), Perintah Binatang (Pengimportan) 1962 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Keputusan Kes:

Pada 20 April 2009, OKS mengaku salah dan didenda RM500 atau tak bayar 1 minggu penjara.

Fakta Menarik:

Kes ini diambil tindakan penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Veterinar ke atas pengimportan tanpa permit import sebelum MAQIS ditubuhkan.

Page 68: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR66

PENGUAT KUASA VETERINAR JOHORPERINTAH BINATANG (PENGIMPORTAN) 1962

Kes 30

Pasukan operasi di lokasi kejadian Sampel makanan haiwan diambil untuk analisis

No. Kes/Tarikh: IP 44/2013/J/AB 1953 (21 Mei 2013)

No. Laporan Polis: KULAI/006232/13

No. Saman: 87-298-7/2013

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Ahmad Farid bin Ahmad Kamal

Mahkamah Majistret Kulaijaya

Pengadu: Khairul Azli bin Salleh

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Isaac Santhana Das

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Tee Thian See

Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): MLE Shipping Services Sdn Bhd

Page 69: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 67

Keterangan Kes:

Pada 21 Mei 2013 lebih kurang jam 1.30 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Johor bersama sebelas Pihak Berkuasa Veterinar yang lain telah melakukan serbuan ke atas premis penyimpanan makanan haiwan di lot. 3455, Luan Fatt Industri, Jalan Susur Plaza Kulai, Kulaijaya, Johor.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati tiga timbunan makanan haiwan yang disyaki Meat and Bone Meal (MBM) telah diimport tanpa kebenaran bertulis dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Selain daripada timbunan tersebut, beberapa guni putih yang mengandungi MBM turut ditemui. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Tiga timbunan bahan serbuk MBM (480 tan, 60 tan, 80 tan)ii. 2,104 beg guni makanan haiwan tidak berlabeliii. 40 beg guni makanan haiwan berlabel LIHALUJAUHOiv. 48 beg makanan haiwan berlabel ORGANIZACAION,SL

Siasatan lanjut mendapati OKS telah mengimport makanan haiwan berkenaan dari negara Jerman tanpa kebenaran bertulis dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Hasil analisis sampel dari Makmal Veterinar Salak Tinggi mengesahkan barangan tersebut adalah MBM.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah Perintah 3(1)(a), Perintah Binatang (Pengimportan) 1962 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Keputusan Kes:

Pada 22 Ogos 2013, OKS mengaku salah dan didenda RM3,000 atau tak bayar 3 bulan penjara. MBM diperintah dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Penyitaan premis dilakukan sehingga siasatan kes selesai kerana barang kes yang dirampas dalam kuantiti yang besar. Kes ini juga turut melibatkan peranan pegawai teknikal.

Penyitaan premis di lokasi kejadian

Page 70: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR68

PENGUAT KUASA VETERINAR JOHORSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 31

No. Kes/Tarikh: IP 9/2013 -16/2013/J/SG/AB 1953

(5 Ogos 2013)

No. Laporan Polis: SEGAMAT/005396/13

No. Saman: 87-417(9)-13(S) - 87-424(9)-13(S)

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Juliana binti Jaffar

Mahkamah Majistret Segamat

Pengadu: Mohd Kusni bin Abd Aziz

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Fadzilah bin Abd Karim

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Tee Thian See

Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): Tan Leong Huat

Ternakan kambing kelihatan kurus

Bangkai ternakan kambing

Page 71: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 69

Keterangan Kes:

Pada 5 Ogos 2013 lebih kurang jam 1.07 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Segamat bersama pegawai teknikal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor telah menjalankan pemeriksaan di ladang ternakan kambing, KTL Farm Sdn Bhd, lot. 2177, Kg Tunku Tiga, Segamat, Johor.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati beberapa ekor ternakan kambing dalam keadaan kurus dan ada yang telah mati disyaki tidak mendapat makanan yang secukupnya. Hasil pemeriksaan veterinar oleh Dr. Adil bin Ibrahim, Pegawai Veterinar di KTS Zon Johor Utara mendapati telah berlaku unsur kezaliman terhadap ternakan tersebut. Pengadu telah mengambil milik 27 ekor kambing untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan veterinar oleh Dr. Adil bin Ibrahim terhadap ternakan kambing yang dikenalpasti berdasarkan no. tag, mendapati ternakan tersebut kurus dan mengalami sakit mata serta radang paru-paru. Lanjutan itu, lapan kertas siasatan (IP) telah dibuka terhadap OKS.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan lapan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 11 November 2013, OKS mengaku salah dan didenda RM100 setiap satu pertuduhan atau tak bayar 2 hari penjara. Ternakan kambing diperintah dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Kes pertama yang merekodkan kes kezaliman terhadap haiwan di ladang ternakan kambing. OKS turut diperintahkan untuk membayar kos penjagaan ternakan kambing sejumlah RM6,800 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat.

Page 72: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR70

PENGUAT KUASA VETERINAR PAHANGSUBSEKSYEN 36(2), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 32

Karkas babi yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 9/2011/C/RB/AB 1953

(28 September 2011)

No. Laporan Polis: BENTONG/005146/11

No. Saman: 87-180-(10)2011

Nama Majistret/ Mahkamah: Puan Nurliana binti Ismail

Mahkamah Majistret Bentong

Pengadu: Abu Bakar bin Akob

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Desley @ Rosley a/l Bah Dadu

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Pendakwa: Tn. Hj. Ismail bin Ali

Pegawai Penguat Kuasa KP44

Orang Kena Saman (OKS): Chan Kok Khin

Page 73: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 71

Keterangan Kes:

Pada 28 September 2011 lebih kurang jam 8.30 malam, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Raub telah menahan dan memeriksa lori no. Pendaftaran WTB 7619 di hadapan kilang getah Lee Rubber, Bentong, Pahang.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati 12 ekor karkas babi telah dipindahkan tanpa dokumen kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang. Pengadu telah mengambil milik karkas babi dan lori tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap karkas babi telah dibuat oleh Dr. Mohd Hisham Faris bin Mohd Amin, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mendapati karkas tersebut tidak sesuai untuk makanan manusia dan mengarahkan ia dimusnahkan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 36(2), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 36(7), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 8 Disember 2011, OKS mengaku salah dan didenda RM500. Lori diperintah dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Kes ini adalah kesalahan pemindahan karkas babi tanpa kebenaran. Walaupun sukar untuk mengesan lori yang membawa karkas babi tanpa kebenaran namun dengan maklumat dan intipan serta perancangan yang rapi kes ini telah berjaya diperolehi.

Lori no. pendaftaran WTB 7619 Proses pelupusan karkas babi

Page 74: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR72

PENGUAT KUASA VETERINAR PAHANGENAKAMEN KAWALAN KERBAU-LEMBU 2001

Kes 33

Tangkapan ternakan kerbau

No. Kes/Tarikh: IP 32/2015/C/EKKL 2001 (19 Ogos 2015)

No. Laporan Polis: TG GEMOK/0011019/15 - 001021/15

No. Kompaun : Tidak berkenaan

Nama Majistret/ Mahkamah: Tidak berkenaan

Pengadu: Mohd Farhan bin Ma’arof

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Suharsono bin Mohd Moedjiran Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Pendakwa: Tidak berkenaan

Orang Kena Kompaun (OKK): Syakirin bin Juhari

Page 75: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 73

Keterangan Kes:

Pada 19 Ogos 2015 lebih kurang jam 1.30 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pahang bersama pegawai teknikal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Rompin telah menjalankan operasi menangkap ternakan berkeliaran di kawasan larangan di bawah subseksyen 4(2), Enakmen Kawalan Kerbau-Lembu 2001 (EKKL 2001) Negeri Pahang.

Pasukan operasi telah menemui 3 ekor kerbau yang berada di kawasan Kampung Tanjung, Rompin, Pahang yang termasuk di dalam kawasan larangan bagi maksud mencegah kacau ganggu awam atau memelihara kesihatan dan keselamatan awam di bawah EKKL 2001.

Kerbau tersebut telah ditangkap dan notis rampasan ditampal di tempat kejadian. Kerbau telah dibuat penandaan dan ditahan di Paun Awam Kampung Mahkota Kuantan untuk tempoh 14 hari.

Keputusan Kes:

Pada 2 September 2015, OKK telah membayar kompaun sejumlah RM900 di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Rompin. Tiga ekor kerbau dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Kes ini adalah kes tangkapan lembu berkeliaran oleh Penguat Kuasa Veterinar bersama agensi lain. Laporan polis yang berasingan telah dibuat bagi kawasan tangkapan yang berlainan.

Penandaan dibuat pada ternakan

Notis rampasan ternakan ditampal

Page 76: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR74

PENGUAT KUASA VETERINAR TERENGGANUSUBSEKSYEN 36(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 34

Ternakan lembu yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 1/2014/T/AB 1953 (22 Januari 2014)

No. Laporan Polis: KUALA BERANG/000203/14

No. Saman : KT87-11-3/2014

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Abdul Hayyi bin Salim

Mahkamah Majistret Kuala Berang

Pengadu: Mohamad Arif bin Jamaludin

Pembantu Penguat Kuasa KP19

Pegawai Penyiasat: Maziran bin Mohamad

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Mohd Tarmizi bin Othman

Pegawai Penguat Kuasa KP41

Orang Kena Saman (OKS): Wan Fadali bin Wan Yusof

Page 77: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 75

Keterangan Kes:

Pada 22 Januari 2014 lebih kurang jam 5.00 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Terengganu telah menahan dan memeriksa lori no. Pendaftaran TAK 9518 di hadapan Stesen Bas Ekspres Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati seekor lembu telah dipindahkan tanpa dokumen kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu. Pengadu telah mengambil milik lembu dan lori tersebut untuk siasatan lanjut.

Hasil analisis darah lembu dari Makmal Veterinar Kawasan Kota Bharu, Kelantan mendapati ia positif penyakit Kuku dan Mulut. Lanjutan itu, lembu diarahkan disembelih di Kompleks Abatoir dengan mematuhi prosedur pelupusan ternakan berpenyakit.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 36(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 36(7), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 9 April 2014, OKS mengaku salah dan didenda RM4,000 atau tak bayar 4 bulan penjara. Lori diperintah dipulangkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Kes ini memberi pengajaran kepada penternak dengan hukuman denda yang agak tinggi dan kerugian akibat ternakan dilupuskan.

Lori no pendaftaran TAK 9518

Page 78: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR76

Ayam laga yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 49/2011/D/AB 1953 (13 Mei 2011)

No. Laporan Polis: KUBANG KERIAN/001919/11

No. Saman: 87-18-15/87-19-15/87-20-15

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohd Firdaus bin Zainal Abidin

Mahkamah Majistret Kota Bharu

Pengadu: Rosli bin Salleh

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Penyiasat: Mohd Rofi bin Hasan

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Pendakwa: Kapten (B) Mustafa bin Dollah Pegawai Penguat Kuasa KP41

Orang Kena Saman (OKS): B1 – Mohamad bin Deraman

B2 – Ismail bin Daud B3 – Mohd Rosli bin Zakaria

PENGUAT KUASA VETERINAR KELANTANSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 35

Page 79: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 77

Keterangan Kes:

Pada 13 Mei 2011 lebih kurang jam 3.00 petang, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Kelantan bersama anggota PDRM telah membuat serbuan judi laga ayam di Jalan Sepakat, Kg Ghucil Bayam, Kubang Kerian, Kelantan. Dalam serbuan tersebut B1, B2 dan B3 yang sedang melaga ayam ditahan. Pengadu telah mengambil milik barang-barang berikut:

i. Lapan ekor ayam lagaii. Tujuh buah sangkar

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap ayam laga tersebut telah dibuat oleh Dr. Rajeswary a/p Raman, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan mendapati ia mempunyai tanda-tanda penyakit secara klinikal dan tidak sesuai untuk makanan manusia. Lanjutan itu, ayam laga dan sangkar berkenaan telah dilupuskan.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap B1, B2 dan B3 di bawah subseksyen 44(1)(d), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 9 Februari 2015, B1, B2 dan B3 mengaku salah dan didenda RM200 setiap seorang.

Fakta Menarik:

Kes pertama yang merekodkan kes kezaliman terhadap ayam laga yang telah mengalami kecederaan dan kesakitan yang serius.

Page 80: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR78

PENGUAT KUASA VETERINAR KELANTANSUBSEKSYEN 44(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 36

Kambing betina bunting yang ditetak

No. Kes/Tarikh: IP 3/2015/D/AB 1953 (22 November 2015)

No. Laporan Polis: KUALA BALAH/001103/15

No. Saman : J(S)87-6-04/16

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohd Isa bin Mohamed

Mahkamah Majistret Jeli

Pengadu: Orang awam

Pegawai Penyiasat: Wan Mohd Sharonizam bin Wan Salleh

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Kapten (B) Mustafa bin Dollah Pegawai Penguat Kuasa KP41

Orang Kena Saman (OKS): Raslam bin Omar

Page 81: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 79

Keterangan Kes:

Pada 22 November 2015 lebih kurang jam 4.00 petang, pengadu telah dimaklumkan oleh sahabat beliau bahawa kambingnya telah ditetak di kandang yang terletak di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli, Kelantan. Pengadu telah menghantar kambing tersebut ke pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Jeli untuk pemeriksaan dan rawatan.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap kambing telah dibuat oleh Dr. Nurul Huda binti Mohd Zairi, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Jeli, Kelantan dan mendapati kambing tersebut bunting, pucat dan tidak dapat berdiri. Kaki kanan hadapan dan belakang kambing didapati patah serta terdapat luka dipercayai akibat tetakan alat yang tajam. Lanjutan itu, kambing telah disyorkan untuk disembelih.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 44(1)(a), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 44(1), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 16 Mei 2016, OKS mengaku salah dan didenda RM6,000.

Fakta Menarik:

Kes pertama yang merekodkan kes penganiayaan terhadap seekor kambing bunting dengan cara menetak menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan kecederaan.

Kecederaan pada kaki kambing akibat tetakan

Page 82: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR80

PENGUAT KUASA VETERINAR KELANTANSUBSEKSYEN 36(1), AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 37

Ternakan babi yang dirampas

No. Kes/Tarikh: IP 1/2017/D/AB 1953 (25 Februari 2017)

No. Laporan Polis: BT MELINTANG/000128/17

No. Saman : DE(S)87-4-06/17

Nama Majistret/ Mahkamah: Tuan Mohd Isa bin Mohamed

Mahkamah Majistret Jeli

Pengadu: Mohd Shahihan bin Mohd Tahar

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Penyiasat: Wan Mohd Sharonizam bin Wan Salleh

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Nor Azizan bin Ismail

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32

Orang Kena Saman (OKS): Gobalakrishnan a/l Subramaniam

Page 83: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 81

Keterangan Kes:

Pada 25 Februari 2017 lebih kurang jam 9.00 malam, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Ibu Pejabat Putrajaya telah mengekori lori no. Pendaftaran PKM 8235 dari arah Gerik, Perak menuju ke Jeli, Kelantan. Pada jam 11.55 malam, pasukan operasi telah menahan dan memeriksa lori tersebut di hadapan Stesen Minyak Caltex, Batu Melintang, Jeli, kelantan dan mendapati 34 ekor babi telah dipindahkan tanpa dokumen kebenaran Pihak Berkuasa Veterinar. Pengadu telah mengambil milik 34 ekor babi dan lori tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap ternakan babi telah dibuat oleh Dr. Nurul Huda binti Mohd Zairi, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan mendapati ternakan tersebut bebas daripada penyakit. Lanjutan itu, 34 ekor babi tersebut telah dijual dengan harga RM15,345.

Sanksi telah dipohon dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan dua pertuduhan terhadap OKS di bawah subseksyen 36(1), Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 36(7), akta yang sama.

Keputusan Kes:

Pada 30 Julai 2017, bagi pertuduhan pertama OKS mengaku salah dan didenda RM3,000 atau tak bayar 3 bulan penjara. Pertuduhan kedua OKS mengaku salah dan didenda RM3,000 atau tak bayar 3 bulan penjara. Hasil jualan dan lori diserahkan kepada pemilik.

Fakta Menarik:

Pasukan operasi telah berjaya mengesan modus operandi penternak mengunakan lori ternakan ayam untuk melakukan pemindahan ternakan dari Pulau Pinang ke Kelantan tanpa dokumen pada waktu malam. Selain itu, kes ini merekodkan OKS dituduh dengan dua pertuduhan iaitu gagal mengemukakan permit Akuan Kebenaran Pindah dan Sijil Kesihatan Veterinar. Lori no pendaftaran PKM 8235

Page 84: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR82

Kontena yang meyimpan kotak mengandungi bahagian peha ayam

No. Kes/Tarikh: IP 1/2014/L/AB 1953 (10 Julai 2014)

No. Laporan Polis: LUBOK TEMIANG/000548/14

No. Saman: Tidak berkenaan

Nama Majistret/ Mahkamah: Tidak berkenaan

Pengadu: Alvin bin Jefirin

Pembantu Penguat Kuasa KP22

Pegawai Penyiasat: Mohd Huruj bin Paiman

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Pegawai Pendakwa: Tidak berkenaan

Orang Kena Tuduh (OKT): Goh Chen Fong

PENGUAT KUASA VETERINAR W. P. LABUANSEKSYEN 6A, AKTA BINATANG 1953 (AKTA 647)

Kes 38

Page 85: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 83

Keterangan Kes:

Pada 10 Julai 2014 lebih kurang jam 9.40 pagi, sepasukan pegawai Penguat Kuasa Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang dimiliki oleh Tong Mah Frozen Food Trading di hadapan premis lot. 41, Block D, Court Light Industrial Park, Jalan Pohon Batu, Kg Durian Tunjung, Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pemeriksaan tersebut pasukan operasi mendapati 83 kotak bahagian peha ayam jenama Mountaire (product of USA) telah diimport tanpa permit. Pengadu telah mengambil milik barang kes tersebut untuk siasatan lanjut.

Laporan pemeriksaan veterinar terhadap barang kes tersebut telah dibuat oleh Dr. Marysia James Abie, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan dan mendapati loji dan rumah sembelih bagi produk tersebut tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Status Kesihatan dan keselamatan makanan adalah diragui. Lanjutan itu, bahagian peha ayam tersebut dilupuskan.

Hasil siasatan mendapati OKT telah memperolehi bekalan bahagian peha ayam jenama Mountaire tersebut daripada Quality Broadway Sdn Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimanapun salinan invois yang dikeluarkan untuk transaksi berkenaan tidak menyatakan jenama dan pengeluar bahagian peha ayam tersebut. Lanjutan itu, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan bahawa OKT tidak perlu mendapatkan permit daripada pihak MAQIS memandangkan ia dibekalkan oleh Quality Broadway Sdn Bhd.

Keputusan Kes:

Pada 14 Ogos 2014, Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan kes di NFA (no further action) kerana tiada bukti untuk mengaitkan OKT atau mana-mana pihak telah mengimport bahagian peha ayam tersebut dari USA.

Fakta Menarik:

Pada awalnya kes ini disiasat di bawah pengimportan, walaubagaimanapun ia tidak dapat dibuktikan. Barang kes bahagian peha ayam tetap dilupuskan atas faktor keselamatan makanan dan kawalan penyakit. Proses pelupusan barang kes

Kotak mengandungi bahagian peha ayam

Page 86: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR84

K O M P I L A S IKES-KES MENARIKPENGUAT KUASA

V E T E R I N A RB a h a g i a n P e n g u a t ku a s a a nJabatan Perkhidmatan Veterinar MalaysiaKementerian Pertanian Dan Industri Asas TaniBlok Podium 4G1, Wisma Tani, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62630 Putrajaya [email protected] 603 8870 2000 603 8888 6643

38

Sekalung Budi

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada :

Penguat Kuasa Veterinar Perlis

Penguat Kuasa Veterinar Kedah

Penguat Kuasa Veterinar Pulau Pinang

Penguat Kuasa Veterinar Perak Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Taiping

Penguat Kuasa Veterinar Selangor

Penguat Kuasa Veterinar W.P. Kuala Lumpur

Penguat Kuasa Veterinar Negeri Sembilan

Penguat Kuasa Veterinar Melaka

Penguat Kuasa Veterinar Johor Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Segamat

Penguat Kuasa Veterinar Pahang Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Raub

Penguat Kuasa Veterinar Terengganu Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Besut

Penguat Kuasa Veterinar Kelantan Penguat Kuasa Veterinar Cawangan Gua Musang

Penguat Kuasa Veterinar W.P. Labuan

Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan

Kompilasi Kes-Kes Menarik Penguat Kuasa Veterinar dengan jayanya

Page 87: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR 85

K O M P I L A S IKES-KES MENARIKPENGUAT KUASA

V E T E R I N A RB a h a g i a n P e n g u a t ku a s a a nJabatan Perkhidmatan Veterinar MalaysiaKementerian Pertanian Dan Industri Asas TaniBlok Podium 4G1, Wisma Tani, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62630 Putrajaya [email protected] 603 8870 2000 603 8888 6643

38

Page 88: KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR pdf/Penguatkuasaan/2018/38... · Dato’ Hj. Mohamed Radzuan bin Malek ... Tuan Shah Wira bin Abdul Halim Mahkamah Majistret Kuala

38 KOMPILASI KES-KES MENARIK PENGUAT KUASA VETERINAR86

K O M P I L A S IKES-KES MENARIKPENGUAT KUASA

V E T E R I N A RB a h a g i a n P e n g u a t ku a s a a nJabatan Perkhidmatan Veterinar MalaysiaKementerian Pertanian Dan Industri Asas TaniBlok Podium 4G1, Wisma Tani, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62630 Putrajaya [email protected] 603 8870 2000 603 8888 6643

38