alasan penghakiman ringkas · 2019. 10. 24. · penghakiman tuan haji mohd fairuz bin abd aziz,...

21
ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017 1 Pendakwa Syarie Negeri Johor lwn Muhamad Basri & Yayuk [ Mahkamah Rendah Syariah Pontian, Johor, Kes Jenayah Syariah Bil : 01007-143-0278- 2017, 01007-143-0279-2017] (Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS) 17 Muharram 1439H bersamaan 7 Oktober 2017 ] Enakmen Pentadbiran Agama Islam Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah sek. 61 & 62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Johor ) 2003 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 Bidangkuasa Jenayah Syariah Negeri Johor Seksyen 1(2) Kes kesalahan Khalwat seksyen 27 (1) (a)- Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 Bidangkuasa Mendengar seksyen 67 & 68 Bentuk Pertuduhan sek. 78 & 79 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ( Negeri Johor ) 2003. Fakta Kes Kes ini adalah kes tangkapan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor daerah Pontian (PPA JAINJ) dalam satu operasi cegah maksiat. Dalam kes ini, Muhamad Basri bin Baharudin (dikenali selepas ini dengan Tertuduh Pertama, OKT1) telah ditahan berada bersama dengan Yayuk binti Hidayah (dikenali selepas ini dengan Tertuduh Kedua, OKT2) di dalam rumah sewa oleh sepasukan anggota PPA JAINJ pada 17 Oktober 2017 jam 12.45 pagi di dalam sebuah rumah beralamat rumah sewa pintu 3, Lot 638, TL 30, Kampung Sungai Durian 82030 Serkat Daerah Pontian dalam Negeri Johor. Seterusnya kedua-dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan dituduh melakukan kesalahan Khalwat di bawah Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Johor) 1997.

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

1

Pendakwa Syarie Negeri Johor

lwn

Muhamad Basri & Yayuk

[ Mahkamah Rendah Syariah Pontian, Johor, Kes Jenayah Syariah Bil : 01007-143-0278-

2017, 01007-143-0279-2017]

(Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS)

17 Muharram 1439H bersamaan 7 Oktober 2017 ]

Enakmen Pentadbiran Agama Islam – Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah – sek.

61 & 62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Johor ) 2003

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 – Bidangkuasa Jenayah

Syariah Negeri Johor – Seksyen 1(2) – Kes kesalahan Khalwat – seksyen 27 (1) (a)-

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 – Bidangkuasa Mendengar

– seksyen 67 & 68 – Bentuk Pertuduhan – sek. 78 & 79 Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah ( Negeri Johor ) 2003.

Fakta Kes

Kes ini adalah kes tangkapan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam

Negeri Johor daerah Pontian (PPA JAINJ) dalam satu operasi cegah maksiat. Dalam kes

ini, Muhamad Basri bin Baharudin (dikenali selepas ini dengan Tertuduh Pertama,

OKT1) telah ditahan berada bersama dengan Yayuk binti Hidayah (dikenali selepas ini

dengan Tertuduh Kedua, OKT2) di dalam rumah sewa oleh sepasukan anggota PPA

JAINJ pada 17 Oktober 2017 jam 12.45 pagi di dalam sebuah rumah beralamat rumah

sewa pintu 3, Lot 638, TL 30, Kampung Sungai Durian 82030 Serkat Daerah Pontian

dalam Negeri Johor. Seterusnya kedua-dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Syariah

dan dituduh melakukan kesalahan Khalwat di bawah Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen

Kesalahan Syariah (Negeri Johor) 1997.

Page 2: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

2

Diputuskan

(1) Setelah kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah dengan pengakuan salahnya dan

setelah mahkamah mempertimbangkan semua perkara termasuk bidangkuasa

Mahkamah, pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar belakang tertuduh,

pengakuan salah, rayuan peringanan hukuman dan ulasan Pendakwa Syarie ( Puan

Norul Badariah), di bawah bidangkuasa yang diberikan oleh Hukum Syarak dan

Undang-undang, tertuduh dihukum penjara selama 6 bulan dan;

(2) Mahkamah juga perintahkan tertuduh membayar denda berjumlah RM 2,500.00 ,

jika engkar membayar denda , tertuduh akan dipenjarakan selama 4 bulan lagi;

(3) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini boleh memfailkan

Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan ini dibacakan.

(4) Perintah berkuatkuasa serta merta daripada tarikh keputusan.

Peguam Syarie / Pendakwa Syarie Negeri Johor

Pendakwa Syarie : Puan Noorul Badariah dari Jabatan Agama Islam Negeri

Johor.

Orang Kena Tuduh : Muhamad Basri dan Yayuk, hadir dengan tidak diwakili

Peguam.

Surah Al-Quran Yang Dirujuk

[1] Surah Ali Imran ayat 81.

[2] surah Al-Qiamah ayat 14 dan 15.

[3] Surah Al-Baqarah ayat 282.

[4] Surah Al-Nisa’ ayat 135.

[5] Surah Al-Nur ayat 24.

[6] Surah Al-Taubah ayat 102.

[7] Surah Luqman, ayat 31.

Page 3: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

3

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Al-Khatib,Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad Al-Sharbini, Al-Iqna‟ fi Hilli

Alfaz Abi Syuja‟, Dar al-Khayr, Beirut,1996, Jilid 1, Halaman 9;

2. Al-Syaukani, Muhammad bin Ali, Nayl al-Autar, Mustafa al-Babi al-Halabi,

Mesir, 1961, Jld.7, halaman 100.

3. Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jld 8, halaman 314.

4. Ibn Hajar, Ahmad ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-

Bukhari, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1989, Jld. 12, halaman 165.

5. Muslim, Al-Jami‟ al-Sahih, Dar al-Fikr, Beirut, Jld.5, halaman 13;

6. Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim, t.t., Jilid 3, halaman 913;

7. Abdul Aziz al-Hallawi, Umar Ibnul Khattab: Keputusan Hukum dan Fatwa-

fatwanya (terjemahan), Darul Nu’man, Kuala Lumpur, 1997, hal. 189.

8. Muhammad Abu Zuhrah, Al-Uqubah, Dar al-Fikr al-Arabi, Kaherah;

9. Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah, Al-Jarimah wa al-Uqubah fi al-Fiqh al-

Islami, Dar al-Fikr al-Arabi, Kaherah, t.t., Halaman 86;

10. Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd al-Rauf Al-Marbawi Al-Azhari, Bahr al-

Mazi, Darul Fikr, t.t., Jilid 5, halaman 49.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 – seksyen 62 (2) (a).

2. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 – seksyen 1(2), 27(1)

(a)dan(b) .

3. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 – seksyen 7,

seksyen 67 dan 68, Seksyen 78 (1) dan (2) , Seksyen 79, seksyen 96 (a) dan (b).

Page 4: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

4

Kes-kes Yang dirujuk

1. Abdul Aziz bin Musa@Harun bin Suman dan Hamimah binti Abdullah lwn.

Pendakwa Syarie JAIP. [2002] 16 II JH 197-206.

Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS

Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

Negeri Johor dari Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor iaitu Puan

Noorul Badariah, terhadap OKT1 iaitu Muhamad Basri bin Baharudin No pasport

: A 8930105, dan OKT2 iaitu Yayuk binti Hidayah (No Pasport : A 4989040). OKT1

dan OKT2 telah dituduh melakukan kesalahan khalwat pada 17 Oktober 2017 pada jam

12.05 pagi di dalam sebuah rumah beralamat rumah sewa pintu 3, Lot 638, TL 30,

Kampung Sungai Durian 82030 Serkat Daerah Pontian dalam Negeri Johor. Dalam kes

ini, tertuduh dituduh melakukan kesalahan yang berhubung dengan kesucian agama Islam

dan Institusinya, iaitu kesalahan khalwat di bawah seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997

Pertuduhan ke atas Tertuduh Pertama seperti berikut :

“Bahawa kamu pada 17/10/2017 jam lebih kurang 12.05 pagi

bertempat di dalam rumah beralamat rumah sewa pintu 3, Lot

638, TL 30, Kampung Sungai Durian 82030 Serkat Daerah

Pontian dalam negeri Johor telah didapati berada bersama

dengan seorang perempuan beragama Islam bernama Yayuk binti

Hidayah (No Pasport : A 4989040) yang bukan isteri atau mahram

kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa kamu

sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Oleh yang demikian,

kamu dituduh melakukan kesalahan Khalwat di bawah seksyen

27(1)(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan

jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan didenda sehingga

Page 5: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

5

RM 3000 atau dipenjarakan selama 2 tahun atau kedua-dua

didenda dan dipenjara sekali.1”.

Pertuduhan ke atas Tertuduh Kedua seperti berikut :-

“Bahawa kamu pada 17/10/2017 jam lebih kurang 12.05 pagi

bertempat di dalam rumah beralamat rumah sewa pintu 3, Lot

638, TL 30, Kampung Sungai Durian 82030 Serkat Daerah

Pontian dalam negeri Johor telah didapati berada bersama

dengan seorang lelaki beragama Islam bernama Muhamad Basri

bin Baharudin (No Pasport : A 8930105) yang bukan suami atau

mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak

bahawa kamu sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Oleh

yang demikian, kamu dituduh melakukan kesalahan Khalwat di

bawah seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan

didenda sehingga RM 3000 atau dipenjarakan selama 2 tahun

atau kedua-dua didenda dan dipenjara sekali.2”.

Mahkamah ini berpuashati bahawa pertuduhan ini adalah bertepatan dengan

peruntukan Seksyen 78 (1) dan (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor)

2003, Enakmen mengenai derihal pertuduhan iaitu:-.

“(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah

menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduh.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu

memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh

diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

1 Sila rujuk Kertas Pertuduhan.

2 Sila rujuk Kertas Pertuduhan.

Page 6: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

6

Manakala Seksyen 79 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003,

Enakmen mengenai derihal pertuduhan iaitu:-.

“Pertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir

tentang waktu dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan

orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang

berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan

sebagaimana yang semunasabahnya mencukupi supaya

tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia

dipertuduh”.

Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa pertuduhan yang telah

dikemukakan oleh Pendakwa Syarie terhadap tertuduh telah memenuhi kehendak seksyen

78 (1), (2) dan 79 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Enakmen itu

menyebut nama kesalahan (telah didapati berada bersama dengan seorang perempuan

beragama Islam bernama Yayuk binti Hidayah (No Pasport : A 4989040) yang bukan

isteri atau mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa kamu

sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Oleh yang demikian, kamu dituduh

melakukan kesalahan Khalwat di bawah seksyen 27(1)(a) Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah Johor 1997)

Sebelum Mahkamah mensabitkan sesuatu kesalahan yang dipertuduhkan di

hadapan Mahkamah, Mahkamah ini perlulah menentukan sama ada mahkamah ini

mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes ini atau tidak, Oleh yang demikian,

Mahkamah merujuk kepada beberapa peruntukan undang-undang antaranya Seksyen 1(2)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan:

Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997

dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang

Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Page 7: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

7

(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-

(a) Negeri Johor; dan

(b) Orang Islam sahaja.

juga seksyen 62 (2) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003,:

2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan

apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam

di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997,

Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor 2003 atau mana-mana

undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-

kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya

hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau

mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu

ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau

kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman

yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 27 (1) (a)

& (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997, ini merupakan

kesalahan yang berhubung dengan kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan di

Bahagian IV, iaitu atas kesalahan Khalwat .Peruntukan tersebut ialah:-

Seksyen 27. Khalwat.

“(1) Mana-mana-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang

atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau

mahramnya; atau

Page 8: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

8

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan

seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau

mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau

bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa

mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Bagi kesalahan jenayah syariah, setiap kesalahan akan dibicarakan di tempat kesalahan

itu dilakukan dan bukannya berdasarkan permastautin tertuduh. Berdasarkan alamat

kesalahan ini dilakukan jelaslah kesalahan tersebut dilakukan di daerah Pontian dalam

Negeri Johor sebagaimana peruntukan seksyen 7 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Johor) 2003, seksyen tersebut memperuntukan bahawa :-

Fasal 7. Bidang kuasa jenayah Hakim

Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah

mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk –

(a) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan

pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya

atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim

itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;

Sebagai memenuhi tuntutan prosedur didalam perbicaraan, Mahkamah ini merujuk

kepada seksyen 96 (a) dan (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003,

peruntukan menyebut:-

Page 9: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

9

96. Tatacara dalam perbicaraan

Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam

perbicaraan:

(a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan

Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-

butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu

hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan

dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas

kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;

(b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu

pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang

dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh

disabitkan atas kesalahan itu:

Pembuktian dan Pensabitan

Kesalahan tertuduh dibuktikan dengan pengakuan salahnya (Iqrar). Setelah mahkamah

memeriksa, menerima dan merekodkan pengakuan salah tertuduh, maka mahkamah

mensabitkan kesalahan ke atasnya.Dalam mazhab Syafie Iqrar diertikan sebagai

pemberitahuan seseorang tentang sesuatu hak yang wajib ke atas dirinya3. Dalil

penerimaan Iqrar sebagai satu pembuktian ialah antaranya:

(1) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 81 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi (dengan

firmannya) “Sesungguhnya apa juga kitab dan hikmat yang aku berikan kepada

kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa

yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan

3 Al-Khatib,Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad Al-Sharbini, Al-Iqna’ fi Hilli Alfaz Abi Syuja’, Dar al-

Khayr, Beirut,1996, Jilid 1, Halaman 9.

Page 10: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

10

hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi

(bertanya kepada mereka), “ Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu

menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?”, Mereka menjawab,

“Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”, Allah berfirman lagi, “Jika

demikian, maka saksikanlah kamu dan aku juga menjadi saksi bersama-sama

kamu”.4

(2) Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qiamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud:

“Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)”.5

(3) Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud;

“Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu

merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah ia bertaqwa

kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari

hutang itu”.6

(4) Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Nisa’ ayat 135 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang

sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan

kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa

dan kaum kerabat kamu”.7

(5) Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Nur ayat 24 yang bermaksud:

4 Surah Ali Imran ayat 81.

5 Surah Al-Qiamah ayat 14 dan 15.

6 Surah Al-Baqarah ayat 282.

7 Surah Al-Nisa’ ayat 135.

Page 11: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

11

“Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi

atas diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka telah lakukan”.8

(6) Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Taubah ayat 102 yang bermaksud:

“Dan (sebahagian) yang lain mengakui akan dosa-dosa mereka. Mereka telah

mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-

mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah amat

pengampun lagi amat mengasihani”.9

Sabda Rasulullah s.a.w. yang ditujukan kepada Maiz:

“Telah sampai kepadaku bahawa engkau telah bersetubuh dengan hamba

(jariyah) seorang yang tertentu?”. Maiz berkata: “Ya”. Maiz telah mengaku

sehingga empat kali. Dengan itu diperintahkan hukuman rejam ke atasnya.10

(7) Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari, Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Wahai Unais! Segeralah pergi kepada wanita itu dan bertanyalah kepadanya

sekiranya ia mengaku maka rejamlah dia”. Wanita tersebut telah mengaku, maka

dia pun direjam.11

(8) Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Ingatlah aku akan memberitahu kamu akan sebaik-baik saksi iaitu orang yang

menjadi saksi sebelum diminta”.12

8 Surah Al-Nur ayat 24.

9 Surah Al-Taubah ayat 102.

10 Al-Syaukani, Muhammad bin Ali, Nayl al-Autar, Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir, 1961, Jld.7, halaman

100. 11

Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jld 8, halaman 314. 12

Ibn Hajar, Ahmad ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Kutub al-

Ilmiyyah, Beirut, 1989, Jld. 12, halaman 165.

Page 12: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

12

(9) Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya hukuman rejam adalah hukuman yang wajib dilaksanakan

ke atas mereka yang melakukan perbuatan zina jika dia telah muhsan apabila

keterangan saksi dibuat, (nampak) kandungan ataupun melalui pengakuan”.13

(10) Kes Maiz yang masyhur. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa, ketika

Rasulullah saw berada di dalam sebuah masjid, baginda didatangi seorang

dari kalangan Muslim yang berada di situ lalu berkata, “Ya Rasulullah,

sesungguhnya aku telah berzina”, lalu baginda memalingkan mukanya ke

arah lain dan hanya setelah lelaki itu mengulanginya sebanyak empat kali,

barulah Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Adakah kamu tidak siuman?”

Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bawalah dia

pergi dan rejamkanlah dia”.14

(11) Rasulullah saw telah melaksanakan hukuman hudud ke atas Amru ibn

Sumrah setelah dia berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah mencuri unta milik Bani Polan,

maka sucikanlah saya”.15

(12) Ijma’. Penerimaan Iqrar sebagai satu cara pembuktian telah diterima

semua ulamak. Ini kerana Iqrar merupakan satu perkhabaran yang menafikan

semua bentuk tohmahan atau keraguan. Seseorang yang berfikiran waras tidak

mugkin membohongi dirinya semata-mata untuk menanggung kemudharatan

dan kesusahan.

Pada 8 September 2016, tertuduh hadir secara bersendirian di hadapan Hakim Mahkamah

Rendah Syariah Johor Bahru untuk di dakwa atas kesalahan tersebut oleh Pegawai

Pendakwa Syarie JAINJ. Setelah pertuduhan dibacakan oleh Pembantu Pendaftar,

13

Muslim, Al-Jami’ al-Sahih, Dar al-Fikr, Beirut, Jld.5, halaman 13. 14

Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim, t.t., Jilid 3, halaman 913, 15

Ibn Hajar, op.cit., halaman 195.

Page 13: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

13

tertuduh mengaku faham akan pertuduhkan dibacakan terhadap beliau dan tertuduh

mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atas beliau.

Hukuman

Setelah tertuduh disabitkan bersalah dengan pengakuan salahnya dan setelah

mahkamah mempertimbangkan semua perkara termasuk bidangkuasa Mahkamah,

pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar belakang tertuduh, pengakuan salah,

rayuan peringanan hukuman dan ulasan Pendakwa Syarie, di bawah bidangkuasa yang

diberikan oleh Hukum Syarak dan Undang-undang, tertuduh dihukum penjara selama 6

bulan dan dihukum denda sebanyak RM2500, jika engkar membayar denda, tertuduh

akan dipenjarakan selama 4 bulan lagi.

Alasan Hukuman

1. Kesalahan dalam lingkungan bidangkuasa.

Kesalahan khalwat adalah satu kesalahan yang tergolong di dalam kesalahan

ta’zir. Mahkamah diberi bidangkuasa atas kesalahan ini berdasarkan Hukum Syarak yang

berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’. Antara dalil-dalilnya ialah:

1) Firman Allah swt dalam Surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”16

.

2) Khalwat juga adalah satu kesalahan di zaman pemerintahan Saidina Umar,

diriwayatkan oleh Abdul Razak, dari Qasim bin Abdul Rahman, dari ayahnya

mengatakan: “Ibnu Mas‟ud datang membawa seorang lelaki yang dijumpai bersama

seorang wanita di dalam bilik. Ibnu Ma‟sud memukul keduanya, setiap seorang di antara

mereka disebat empat puluh kali. Keluarga lelaki dan wanita itu kurang senang

kemudian pergi mengadu kepada Saidina Umar bin Khattab. Umar bertanya kepada

16

Surah Al-Isra’ ayat 32.

Page 14: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

14

Ibnu Mas‟ud: “Apa rupanya kata mereka?” Kata Ibnu Mas‟ud: “Mereka tidak setuju

tentang hukuman yang saya jatuhkan”. Umar bin Khattab kemudian tidak membuat apa-

apa tindakan.17

3) Diriwayatkan oleh Abdul Razak juga, yang diterima dari Makhul, katanya

seorang lelaki dijumpai di rumah orang lain di dalam bilik, setelah hari gelap. Ertinya

telah disyaki berkhalwat dengan wanita. Melihat yang demikian, Umar bin Khattab

memukulnya seratus kali.

Dari segi bidangkuasa berdasarkan undang-undang, Seksyen 1(2) Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan;

1.(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-

(a) Negeri Johor; dan

(b) orang Islam sahaja.18

Seksyen 27.(1) Enakmen yang sama memperuntukkan;

27.(1) Mana-mana-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih

daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau

lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik

dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang

melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.19

17

Abdul Aziz al-Hallawi, Umar Ibnul Khattab: Keputusan Hukum dan Fatwa-fatwanya (terjemahan),

Darul Nu’man, Kuala Lumpur, 1997, hal. 189. 18

Seksyen 1.(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997. 19

Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Page 15: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

15

2. Kesalahan Umum al-Balwa

Kesalahan khalwat adalah satu kesalahan yang telah diketahui umum akan

larangannya dan juga satu kesalahan yang wajib diketahui atau diambil tahu oleh setiap

muslim.Ia bukanlah peruntukan yang baru diwujudkan. Selain daripada itu, kesalahan

khalwat adalah kesalahan yang banyak dibicarakan di Mahkamah Syariah, seringkali

dilaporkan di media massa dan mendapat perhatian masyarakat. Oleh yang demikian, jika

seseorang muslim melakukannya juga, dia tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

3. Fakta kes diakui benar dan tidak dibantah oleh tertuduh.

Di dalam fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie dan diakui kesemua

fakta tersebut oleh tertuduh tanpa sebarang bantahan. Hukuman yang dijatuhkan ke atas

tertuduh diberatkan berdasarkan fakta ketika tangkapan dilakukan, iaitu dinyatakan;

i) Ketika tangkapan, OKT1 sedang berdua-duaan sahaja dengan seorang

perempuan iaitu OKT2. Tiada orang lain di dalam rumah tempat kejadian.

ii) Tertuduh tiada sebarang hubungan mahram dengan OKT2 dan tiada

hubungan nikah dengannya.

iii) Sampai di tempat kejadian, PPA ketuk pintu Rumah Sewa Pintu 3. Lebih

kurang 2 minit pintu dibuka oleh seorang perempuan Indonesia iaitu

OKT2 yang berpakaian baju singlettidak berlenganwarna putihdan

berseluar pendek serta tidak bertudung. PPA buat pemeriksaan dalam

Rumah. Didapati seorang lelaki berada di dalam bilik ke-2 sedang

menyorok dibelakang pintu dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar

jeans panjang warna biru.

iv) OKT1 statusnya sudah berkahwin dan masih mempunyai Isteri di

Indonesia, manakala status OKT2 juga masih dalam perkahwinan

dan mempunyai suami di Indonesia .

v) Tangkapan juga dilakukan atas aduan orang ramai dan kesalahan

dilakukan di dalam rumah sewa perempuan. Ini menunjukkan kesalahan

Page 16: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

16

ini memang sengaja dilakukan, bukannya kerana tersalah atau tidak

disengajakan.

vi) Waktu tangkapan pada jam 12 tengahari. Sebagaimana rekod aduan

bertarikh 16/10/2017 , telah dibuktikan mereka menginap di dalam rumah

sewa tersebut sejak 16 Oktober 2017 sehinggalah ditangkap keesokan

harinya iaitu pada 17 Oktober 2017. Amat tidak wajar pada tempoh masa

semalaman, sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan di dalam rumah

sewa perempuan milik OKT2 tanpa sebarang hubungan nikah atau

mahram.

4. Tiada kenyataan insaf dan taubat daripada tertuduh.

Tertuduh dalam kes ini, di sepanjang perbicaraan dan ketika diberi peluang untuk

merayu hukuman diringankan, tidak menunjukkan dan tidak menzahirkan keinsafan dan

taubatnya di atas kesalahan yang dilakukan. Matlamat hukuman adalah untuk memberi

keinsafan dan mendidik tertuduh. Jika tertuduh ada mengatakan bahawa beliau sudah

bertaubat, insaf dan menyesal di atas kesalahan yang dilakukan, berazam tidak

mengulangi kesalahan yang sama dan tidak akan lagi melakukan kesalahan tersebut,

maka mahkamah boleh menerima kenyataannya dan berkemungkinan boleh

mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan atau pun melepaskan tertuduh dengan

amaran keras dan perintah berkelakuan baik.

Dengan lain perkataan, jika benar tertuduh telah bertaubat, maka tidak perlu lagi

hukuman berat ke atasnya kerana hukuman itu adalah bertujuan agar tertuduh bertaubat

kepada Allah swt.

Dalam Kitab Al-Uqubah oleh Imam Muhammad Abu Zuhrah, ada dinyatakan,

bahawa syarat bertaubat ada tiga iaitu;

i) Menyesali di atas kesalahan yang dilakukan.

ii) Berazam tidak mengulangi kesalahan yang sama.

iii) Tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Page 17: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

17

Syarat pertama dan kedua, hanya Allah sahaja yang tahu hakikatnya kerana ia

berada di dalam hati. Manakala syarat yang ketiga juga hanya ada di dalam ilmu Allah

swt kerana ia belum berlaku. Tidak diketahui sama ada benar tertuduh akan tidak

mengulanginya atau akan mengulanginya. Namun begitu, beliau menyatakan memadai

seorang hakim menerima kenyataan seseorang tertuduh jika dia mengatakan dan

mengakui bahawa dia telah bertaubat dengan mencukupi ketiga-tiga syarat tadi. Kita

menghukum dengan yang zahir, manakala Allah sahajalah yang mengetahui yang

tersembunyi.).

Akan tetapi, dalam kes ini, tertuduh tidak mengatakan bahawa dia telah bertaubat

(dengan perkataan/lidah) dan perlakuan tertuduh juga tidak menunjukkan bahawa dia

telah bertaubat (dengan perbuatan seperti wajah yang sedih dan menyesal, gerak tubuh

dan sebagainya). Ada pun di dalam hatinya, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Oleh yang demikian, dengan suci hati, saya memutuskan untuk menjatuhkan

hukuman sebagaimana yang tersebut sebagai pengajaran kepada tertuduh dan sebagai

pendidikan kepadanya agar dia bertaubat kepada Allah swt. Dan saya tiada halangan

hukuman saya diubah jika kes ini dirayu dengan alasan tertuduh telah bertaubat setelah

hukuman dijatuhkan kerana itulah tujuan sebenar saya, iaitu agar tertuduh bertaubat.

Namun Mahkamah yang kepadanya rayuan dibuat, hendaklah memastikan kebenaran

taubatnya tertuduh.

5. Hukuman di dalam lingkungan bidangkuasa.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah di dalam lingkungan

bidangkuasa yang dibenarkan Hukum Syarak dan Undang-undang. Seksyen 27 Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 menyebutkan, antaranya „…boleh didenda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

atau kedua-duanya.” Dalam kes ini, tertuduh hanya dihukum denda sebanyak RM2500

dan penjara selama enam bulan sahaja, masih jauh lagi bezanya dengan hukuman

maksimum iaitu denda RM3000 dan dua tahun penjara.

Page 18: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

18

Selain daripada itu, peruntukan hukuman bagi kesalahan ini juga tidak dinyatakan

tahap minimumnya. Ini bermakna, terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara hakim

bicara untuk menjatuhkan hukuman dalam lingkungan bidangkuasa yang diberi. Ini juga

bermakna, dalam kesalahan “Khalwat’, hukuman seseorang pesalah mungkin berbeza

dengan pesalah yang lain. Inilah yang selalu menjadi isu, sama ada hukuman yang

dijatuhkan itu memadai atau tidak memadai, wajar atau tidak wajar, setimpal atau tidak

dan sebagainya. Kesimpulannya, saya berpuashati bahawa hukuman yang saya jatuhkan

ke atas pesalah dalam kes ini adalah di dalam lingkungan bidangkuasa saya.

6. Pengakuan salah

Pengakuan salah seseorang tertuduh seringkali dijadikan hujah di dalam

permohonan peringanan hukuman. Alasannya ialah kerana telah menjimatkan masa

Mahkamah, menjimatkan kos dan wang awam, memudahkan Hakim dan Mahkamah dan

sebagainya. Walaupun di dalam kes ini, tertuduh tidak pun menyebutkan tentang faedah

pengakuan salahnya kepada Mahkamah, akan tetapi jika kes ini dirayu, tertuduh atau

peguamnya pasti akan menyebutkannya nanti. Dalam kes ini, walaupun tidak disebutkan

oleh tertuduh, Mahkamah tetap mengambil kira pengakuan salah tertuduh di dalam

mempertimbangkan hukuman ke atasnya. Mahkamah mendapati pengakuan salah

tertuduh adalah menjadi tanggungjawabnya sendiri. Jika benar dia bersalah, maka

pengakuannya adalah yang terbaik baginya. Jika dia tidak bersalah, tetapi mengaku

bersalah, maka pengakuannya adalah bebanan ke atasnya. Jika Mahkamah mendapati,

dengan apa-apa cara, tertuduh mengaku bersalah sedangkan sebenarnya dia tidak

bersalah, Mahkamah boleh menolak pengakuan salahnya dan mengarahkan kes

dibicarakan. Lebih-lebih lagi jika dia mengaku bersalah kerana mengharapkan hukuman

ringan dijatuhkan Mahkamah atau kerana mengetahui hukuman maksimum yang boleh

dijatuhkan Mahkamah adalah rendah dan mampu dibayar.

Mahkamah juga boleh menganggap faedah daripada pengakuan salah tertuduh

sebagai satu bentuk rasuah, jika dengan pengakuannya tadi, Mahkamah terpaksa atau

terdorong untuk menjatuhkan hukuman yang minimum. Memang benar, apabila

seseorang mengaku bersalah, insaf dan taubat dengan kesalahannya, maka Mahkamah

Page 19: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

19

boleh memaafkan tertuduh dengan melepaskannya atau menjatuhkan hukuman minimum,

tetapi ia bukanlah semata-mata kerana pengakuan salahnya, akan tetapi kerana taubatnya.

Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya:

Rasulullah saw telah melaknat orang yang memberi suap dan orang yang menerima

suapan (rasuah) pada hukum.20

7. Pesalah kali pertama.

Di dalam seksyen 129(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 2003, ada

dinyatakan tentang pesalah kali pertama dan bagaimana memperlakukannya.

129. (1) Apabila mana-mana orang yang bukan seorang pesalah muda telah

disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh

dihukum dengan hukuman pemenjaraan, maka jika didapati oleh mahkamah itu bahawa

dengan mengambil kira watak, latarbelakang, umur, kesihatan atau keadaan mental

pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal

keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suaimanfaat

bahawa pesalah itu dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik, Mahkamah

boleh, dengan tidak menghukumnya serta merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan

supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat bon dengan penjamin-penjamin dan

sepanjang apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir

dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah

berkelakuan baik.21

Akan tetapi dalam kes ini, Mahkamah mendapati tertuduh tidak suaimanfaat

dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik. Ini setelah mengambil kira

watak, latarbelakang, umur, kesihatan dan keadaan mental tertuduh itu, dan kepada

hakikat tidak ringannya jenis kesalahan itu, dan tiada apa-apa hal keadaan peringanan

20

Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd al-Rauf Al-Marbawi Al-Azhari, Bahr al-Mazi, Darul Fikr, t.t., Jilid

5, halaman 49. 21

Seksyen 129 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 (Enakmen 19/2003).

Page 20: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

20

yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan yang membolehkan peruntukan ini

diaplikasikan kepada tertuduh. Terutamanya mahkamah mengambil berat status kedua-

dua tertuduh merupakan suami orang dan juga isteri orang bermalam bersama-sama di

rumah sewa perempuan. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak boleh membenarkan

tertuduh dilepaskan dalam cubaan akhlak.

Kesimpulan

Setelah mempertimbangkan semua perkara termasuk bidangkuasa Mahkamah,

pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar belakang tertuduh, pengakuan salah,

rayuan peringanan hukuman dan ulasan Pendakwa Syarie, maka saya berpendapat dan

berpuashati bahawa hukuman yang saya jatuhkan ke atas tertuduh adalah sah dan

takatnya tidak berlebih-lebihan bahkan memadai kepada tertuduh.

Page 21: ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS · 2019. 10. 24. · Penghakiman Tuan Haji Mohd Fairuz bin Abd Aziz, HMRS Kes yang dibicarakan adalah kes kesalahan jenayah syariah antara Pendakwa Syarie

ALASAN PENGHAKIMAN KHALWAT 2 2017

21

Keputusan

(1) Setelah kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah dengan pengakuan salahnya

dan setelah mahkamah mempertimbangkan semua perkara termasuk

bidangkuasa Mahkamah, pertuduhan (bebanan kesalahan), fakta kes, latar

belakang tertuduh, pengakuan salah, rayuan peringanan hukuman dan ulasan

Timbalan Pendakwa Syarie, di bawah bidangkuasa yang diberikan oleh

Hukum Syarak dan Undang-undang, tertuduh dihukum penjara selama 6

bulan dan;

(2) Mahkamah juga perintahkan tertuduh membayar denda berjumlah

RM 2,500.00 , jika engkar membayar denda , tertuduh akan

dipenjarakan selama 4 bulan lagi;

(3) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini boleh

memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan ini

dibacakan.

(4) Perintah berkuatkuasa serta merta daripada tarikh keputusan.

(Haji Mohd Fairuz Bin Abd Aziz)

Hakim Syarie MRS

Mahkamah Rendah Syariah Pontian

Bertarikh : 7 Oktober 2017