kompetensi guru besar dan efikasi kendiri · pdf filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ......

8
59 KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH PADANG TERAP KEDAH (COMPETENCE OF HEADMASTER AND SELF- EFFICACY OF PRIMARY SCHOOL TEACHER IN PADANG TERAP, KEDAH) Noor Zaliani binti Khozan 1 dan Azlin Norhaini binti Mansor 2 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA [email protected] ABSTRAK Kejayaan dan keberkesanan sekolah bergantung kepada keupayaan dan kemahiran pemimpin melaksanakan amalan pengurusan dengan cekap dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi kepimpinan guru besar, tahap efikasi kendiri guru dan mengenal pasti hubungan di antara kompetensi guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru sekolah rendah di daerah Padang Terap, Kedah. Reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan borang soal yang telah diterjemah dan diubah suai daripada Leadership Potential Indicator manakala soal selidik bagi efikasi kendiri guru diadaptasi daripada instrument Teacher Sense of Efficancy Scale. 250 orang guru sekolah rendah di daerah Padang Terap, Kedah dipilih sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif dan kolerasi Pearson digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Kajian ini menunjukkan tahap kompetensi guru besar berada pada tahap sangat tinggi, tahap efikasi kendiri guru berapa pada tahap tinggi manakala terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru besar dengan efikasi guru. Bagi memperolehi impak kompetensi yang optimum, guru besar wajar membuat peningkatan terhadap kelima-lima dimensi tersebut. Dapatan ini wajar dijadikan panduan kepada semua guru besar dan juga pihak berkepentingan dalam organisasi pendidikan dalam usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Guru besar harus didedahkan dengan kompetensi sebagai ketua yang menerajui organisasi sekolah supaya dapat membantu meningkatkan tahap efikasi kendiri guru yang juga mempengaruhi dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Kata Kunci: Kompetensi; Guru Besar; Efikasi Kendiri; Guru. ABSTRACT The success and effectiveness of school depends on ability and skill of leader to implement management practices efficiently and effectively. The purpose of this study is to identify level of leadership competence of headmaster, level of self-efficacy of teacher and to identify relationship between teacher proficiency and level of self-efficacy of primary school teachers in Padang Terap, Kedah. Quantitative design is used by translated questions and modifiers from the Leadership Potential Indicator while questionnaires for teacher self-efficacy are adapted from the Teacher Sense of Efficiency Scale instruct. 250 primary school teachers in Padang Terap district, Kedah were selected as a sample of the study. Descriptive analysis and Pearson Coleration were used to answer the research questions. This study shows that level of competence of the headmaster is at a very high level, the level of self-efficacy level of teacher is at a high level while there is a significant relationship between the headmaster competence and teacher efficacy. To achieve the optimum impact of competence, headmaster should make improvements to the five dimensions. This finding should be a guide to all headmaster and stakeholders in the educational organization in order to improve the achievement of school performance in line with the Education Development Plan 2013-2025. The headmaster must be exposed to competence as leader who is leading school organization in order to help improve level of self-efficacy of teacher which also affects the realization of the vision and mission of the school. Keywords: Competency: Headmaster; Self-Efficacy; Teacher

Upload: lycong

Post on 07-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

59

KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH PADANG TERAP KEDAH (COMPETENCE OF HEADMASTER AND SELF-

EFFICACY OF PRIMARY SCHOOL TEACHER IN PADANG TERAP, KEDAH)

Noor Zaliani binti Khozan 1 dan Azlin Norhaini binti Mansor 2

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. [email protected]

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA [email protected]

ABSTRAK Kejayaan dan keberkesanan sekolah bergantung kepada keupayaan dan kemahiran pemimpin melaksanakan amalan pengurusan dengan cekap dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi kepimpinan guru besar, tahap efikasi kendiri guru dan mengenal pasti hubungan di antara kompetensi guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru sekolah rendah di daerah Padang Terap, Kedah. Reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan borang soal yang telah diterjemah dan diubah suai daripada Leadership Potential Indicator manakala soal selidik bagi efikasi kendiri guru diadaptasi daripada instrument Teacher Sense of Efficancy Scale. 250 orang guru sekolah rendah di daerah Padang Terap, Kedah dipilih sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif dan kolerasi Pearson digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Kajian ini menunjukkan tahap kompetensi guru besar berada pada tahap sangat tinggi, tahap efikasi kendiri guru berapa pada tahap tinggi manakala terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru besar dengan efikasi guru. Bagi memperolehi impak kompetensi yang optimum, guru besar wajar membuat peningkatan terhadap kelima-lima dimensi tersebut. Dapatan ini wajar dijadikan panduan kepada semua guru besar dan juga pihak berkepentingan dalam organisasi pendidikan dalam usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Guru besar harus didedahkan dengan kompetensi sebagai ketua yang menerajui organisasi sekolah supaya dapat membantu meningkatkan tahap efikasi kendiri guru yang juga mempengaruhi dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Kata Kunci: Kompetensi; Guru Besar; Efikasi Kendiri; Guru.

ABSTRACT The success and effectiveness of school depends on ability and skill of leader to implement management practices efficiently and effectively. The purpose of this study is to identify level of leadership competence of headmaster, level of self-efficacy of teacher and to identify relationship between teacher proficiency and level of self-efficacy of primary school teachers in Padang Terap, Kedah. Quantitative design is used by translated questions and modifiers from the Leadership Potential Indicator while questionnaires for teacher self-efficacy are adapted from the Teacher Sense of Efficiency Scale instruct. 250 primary school teachers in Padang Terap district, Kedah were selected as a sample of the study. Descriptive analysis and Pearson Coleration were used to answer the research questions. This study shows that level of competence of the headmaster is at a very high level, the level of self-efficacy level of teacher is at a high level while there is a significant relationship between the headmaster competence and teacher efficacy. To achieve the optimum impact of competence, headmaster should make improvements to the five dimensions. This finding should be a guide to all headmaster and stakeholders in the educational organization in order to improve the achievement of school performance in line with the Education Development Plan 2013-2025. The headmaster must be exposed to competence as leader who is leading school organization in order to help improve level of self-efficacy of teacher which also affects the realization of the vision and mission of the school. Keywords: Competency: Headmaster; Self-Efficacy; Teacher

Page 2: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

60

PENGENALAN Sekolah merupakan satu organisasi sosial dan perlu diuruskan dengan baik bagi melahirkan modal insan yang baik dan berkesan serta dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Azlin & Roselan 2015). Sehubungan itu, organisasi pendidikan merupakan faktor penting dalam pembentukan generasi muda yang akan datang (Rahimah 2005). Dalam konteks sekolah pula, kepimpinan sekolah iaitu pengetua mahupun guru besar merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menerajui sekolah sebagai sebuah organisasi yang berkesan bagi memenuhi jangkaan masyarakat dan negara. Sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa dedikasi dan iltizam guru serta pemimpin sekolah.

Kejayaan sesebuah organisasi sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan pengetua dan guru besar dalam mengurus sekolah. Peranan kepimpinan sesebuah sekolah amat kompleks dan mencabar. Pengetua atau guru besar (PGB) sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berdepan dengan cabaran dunia pendidikan bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan.

Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dijadikan suatu piawaiaan minimum yang perlu ada pada Pengetua dan Guru Besar sekolah (PGB). Menurut Bity Salwan, Ahmad Basir, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani (2010) pengurusan dan kepimpinan pengetua dan guru besar merupakan tunggak utama dalam menentukan kejayaan. Sesebuah organisasi dan pengetua dan guru besar perlu memiliki kompetensi yang diperlukan supaya dapat bertindak dengan cemerlang dalam mengurus dan memimpin sekolah. Kompetensi kepimpinan pengetua guru besar sangat penting dalam menentukan keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Kompetensi adalah kemampuan seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas yang mencakupi aspek pengetahuan, keterampilan dan sikap yang didasarkan kepada pengalaman dan pembelajaran yang dilakukan. Menurut Sutton (2004), kompetensi adalah menggabungkan ciri-ciri, kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan kerja yang cekap atau unggul. Dalam model kompetensi, kepimpinan diukur dengan lima faktor iaitu merancang dan mengurus, mengurus perubahan, kemahiran intepersonal dan kepimpinan.

Tambahan lagi, kecemerlangan dan keberkesanan organisasi sekolah juga bergantung kepada efikasi kendiri guru. Pernyataan ini telah dibuktikan melalui kajian empirikal (Dibapile, 2012; Magno & Sembrano, 2008; Mohd Yusri Ibrahim dan Aziz Amin, 2014; Richardson, 2011; You, Kim & Lim, 2015; Yu-Liang, 2009) bahawa efikasi kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen dan kerjayaan guru dalam mendidik pelajar dan seterusnya memperolehi pencapaian sekolah cemerlang yang menjurus kepada keberkesaan sekolah.

Efikasi merujuk kepada tanggapan individu terhadap atas keupayaan diri untuk menghasilkan tindakan atau kemahiran tertentu Menurut Bandura (1993), efikasi kendiri adalah kepercayaan individu terhadap keupayaannya untuk menyelaras dan melaksanakan sesuatu yang diperlukan selaras dengan aras keupayaan yang dimiliki untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Selain itu, definisi efikasi kendiri menjadi lebih jelas jika efikasi kendiri dapat membentuk kesungguhan individu untuk merancang, merangka strategi dan menjalankan tugas secara efektif.

MASALAH UTAMA KAJIAN Dalam organisasi sekolah, pengetua mahupun guru besar adalah individu yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menerajui sekolah sebagai sebuah organisasi yang berkesan bagi memenuhi jangkaan masyarakat dan negara. Disamping itu, kejayaan sesebuah organisasi sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan pengetua dan guru besar dalam mengurus sekolah Sekolah rendah di daerah Padang Terap adalah kebanyakkan sekolah berstatus sekolah luar bandar dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 menunjukkan bahawa daerah Padang Terap berada pada kedudukan kedua terakhir daripada keseluruhan di negeri Kedah. Kepimpinan pengetua dan guru besar pada masa kini telah menjadi suatu profesion yang amat mencabar bagi warga pendidik bagi semua peringkat sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Sebagai pemimpin yang dilantik secara formal dalam organisasi sekolah, pemimpin atau pengetua harus memainkan peranan yang baik dan betul sebagai pemimpin dan pengurus di sekolah. Kompetensi kepimpinan guru besar yang diaplikasikan di sekolah berkait rapat dengan pencapaian prestasi sekolah. Menurut Ishak Sin (2004) menyatakan bahawa pemimpin memerlukan kompetensi dalam melaksanakan tugasan seharian dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik, mempunyai pengetahuan yang maksimum untuk menjalankan tugasan, memiliki ciri- ciri peribadi yang unggul dan berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugasan. Dalam kajian ini, kompetensi guru besar dinilai dengan beberapa konstruk seperti perancangan dan pengurusan, pengurusan perubahan, kemahiran interpersonal, berorientasikan hasil dan kepimpinan.

Secara logiknya, dengan strategi- strategi yang telah dilaksanakan, pengetua dan guru besar hari ini sudah memiliki kompetensi yang diperlukan. Kompetensi guru besar dari segi mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah yang berasaskan kepada tugas- tugas pentadbiran dan fizikal yang diperlukan bagi mencapai prestasi sekolah yang baik termasuklah pencapaian pelajar. Pemimpin sekolah atau guru besar yang cekap dalam mengurus organisasi merupakan sesuatu yang di tuntut dan penting bagi melahirkan pekerja yang cekap dan bekerja dengan berkesan (Glanz, 2006). Kejayaan dalam memimpin sesebuah sekolah memerlukan kompetensi pemimpin untuk menjelaskan visi, misi dan matlamat sekolah.

Page 3: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

61

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk:

I. Mengenal pasti tahap kompetensi kepimpinan guru besar sekolah di daerah Padang Terap, Kedah. II. Mengenal pasti tahap efikasi guru sekolah di daerah Padang Terap, Kedah.

III. Mengenal pasti hubungan antara kompetensi kepimpinan guru besar dengan tahap efikasi guru sekolah di daerah Padang Terap, Kedah.

TINJAUAN LITERATUR Bahagian ini membincangkan gambaran keseluruhan literatur bekaitan dengan kajian yang dijalankan dan perbincangan yang mendalam dengan disokong oleh literature dan juga kajian- kajian lepas.

Kompetensi Guru Besar Menurut Musa (2001) mengatakan bahawa pemimpin sekolah yang memiliki kompetensi sebagai pengurus dan pemimpin sekolah akan mencapai tahap pengurusan dan kepimpinan yang tinggi dan mampu melahirkan kualiti pendidikan negara setaraf dengan pendidikan dunia. Dapatan kajian lepas menunjukkan kualiti peribadi pemimpin sekolah berapa pada tahap tinggi iaitu dengan pencapaian skor min 4.62. Analisis lebih terperinci bagi melihat skor min bagi setiap ciri peribadi pengetua menunjukkan penilaian setiap ciri kualiti peribadi pengetua berada pada skor min di antara 4.41 hingga 4.84. Dapatan kajian menunjukkan pengetua memiliki ciri berwawasan, akuantabiliti, konsisten, bermotivasi, berupaya menghadapi tekanan, keyakinan diri, inovatif, prihatin, proaktif, empati, keterlibatan, keterampilan sebagai penyelesai masalah, keadilah, cekap, toleransi, komited, kreatif, kerjasama, rajin, integriti, bersikap terbuka, mesra dan menghargai orang lain pada tahap yang tinggi.

Manakala dari segi pengurusan, tahap pengetahuan pengetua dalam semua bidang pengurusan secara keseluruhan adalah berapa pada tahap tinggi dengan skor min 4.44. Tahap pengurusan pengetua dalam bidang pengurusan kurikulum adalah tinggi dengan skor min 4.43. Analisis terperinci mendapati bahawa tahap pengetahuan pengetua tinggi dalam menentukan strategi-strategi bagi mencapai matlamat kurikulum dengan baik, menetapkan sasaran kurikulum, merancang strategi dalam meningkatkan kecemerlangan, menentukan kaedah penilaian yang sesuai dengan pelbagai tahap kecerdasan murid dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan skor min di antara 4.00 hingga 4.51. Tahap pengurusan kokurikulum pengetua menunjukkan keseluruhan skor min 4.14.

Manakala bagi bidang pengurusan pentadbiran pula menunjukkan skor min 4.45 berdasarkan kepada pengetahuan pengetua sebagai memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dalam mengurus pentadbiran sekolah. Secara terperinci, pengurusan pentadbiran merangkumu aspek mengenal pasti kemudahan yang di perlukan, mewujudkan pelbagai perkhidmatan, membuat perubahan yang dapat meningkatkan kecekapan, dan mewujudkan kelancaran dalam semua urusan menunjukkan skor min di antara 4. 16 hingga 4. 56 (Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md. Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani Ibrahim 2010). Zawawi (2006) menyatakan tidak diragui kecemerlangan para pemimpin pendidikan menjalankan tanggungjawab sebagai yang telah terbukti untuk sekian lama tetapi senario yang bakal didepani merupakan senario dan realiti-reaiti baru yang menuntutpula kaedah, pendekatan dan penyelesaian cara baharu. Sehubungan itu, kepentingan seorang pemimpim dalam aktiviti secara kumpulan adalah untuk memastikan aktiviti yang dilaksanakan tidak lari daripada apa yang telah dirancang sebelum melaksanakan aktiviti tersebut (Sabri 2004). Ketegangan kerja dalam organisasi pendidikan merupakan satu yang sukar dielakkan walaupun semua aktiviti yang bakal dilaksankan telah dirancang dengan rapi.

Kajian daripada Izani Ibrahim & Yahya Don (2014) menunjukkan pengurusan perubahan di sekolah di zon utara Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) berada pada tahap amalan yang tinggi. Dari aspek strategi perubahan menunjukkan min= 4.10 merupakan aspek pengurusan perubahan yang tinggi, diikuti oleh aspek keprihatinan orang lain menunjukkan min= 4.08 dan dari aspek kecekapan organisasi menunjukkan min paling rendah iaitu 3.94.

Efikasi Kendiri Guru Efikasi kendiri (EK) merupakan satu proses kognitif yang melibatkan pengukuran tahap keyakinan yang menjadi pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003) efikasi kendiri adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kepercayaan peribadi tentang keupayaan mengamalkan kawalan terhadap setuasi yang yang berlaku dalam kehidupan. Efikasi diri mengacu kepada keyakinan sejauh mana individu mempunyai kemampuan dalam dirinya dalam melaksanakan tugas atau melakukan suatu tanggungjawab dengan melaksanakan dengan baik dan berkesan dan perlu mencapai matlamat yang ditetapkan.

Menurut kajian Aziah Ismail, Loh Hooi Yen dan Abdul Ghani Kanisan Abdullah (2015) menunjukkan tahap efikasi kendiri guru secara keseruluhannya adalah tinggi dengan skor min 6. 89. Berdasarkan dimensi pula menunjukkan dimensi strategi pengajaran adalah paling tunggu iaitu dengan nilai skor min = 6.93 (sp= 0.99) diikuti dengan dimensi penglibatan pelajar dengan nilai skir min= 6.88 (sp= 0.95) dan pengurusan kelas berapa pada tahap rendah iaitu dengan nilai skor min= 6.87 (sp= 0.94). Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan bahawa guru- guru sekolah menengah harian di barat daya Pulau Pinang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi.

Page 4: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

62

Menurut kajian daripada Khalid Johari (2009), ketiga-tiga aspek dalam efikasi kendiri guru iaitu penglibatan pelajar, strategi pengajaran dan pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar. Namum begitu, efikasi kendiri guru terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapat hubungan yang lebih tinggi berbanding dengan aspek penglibatan pelajar dan strategi pengajaran iaitu r = 0.212, p = 0.001. Manakala aspek strategi pengajaran dalam efikasi kendiri guru juga menunjukkan terdapat hubungan dengan pengalaman mengajar (r = 0.177, p = 0.001) dan aspek efikasi kendiri guru terhadap penglibatan pelajar menunjukkan hubungan yang paling rendah berbanding dengan aspek-aspek yang lain iaitu r = 0.145, p = 0.001.

Kerangka Konsep Kerangka konsep bagi kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.

Rajah 1 Kerangka konsep kajian

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif untuk menguji kompetensi guru besar dan efikasi kendiri guru sekolah rendah di daerah Padang Terap, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian berbentuk tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Kaedah persampelan rawak mudah sistematik bagi menetukan dan memilih sampel daripada populasi digunakan. Pemilihan kaedah ini adalah untuk mengurangkan potensi memilih sampel berdasarkan kecenderungan tertentu manusia. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik bagi memperolehi maklumat dan data bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibagunkan dalam kajian ini. Item- item soal selidik yang telah diubahsuai daripada instrumen ‘Leadership Potential Indicator’ dan instrument ‘Teacher Sense of Efficancy Scale’. Instrumen kajian mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A (demografi), Bahagian B (kompetensi guru besar) dan Bahagian C (efikasi kendiri guru).

Populasi dan Sampel Kajian ini melibatkan dan disasarkan kepada guru sekolah rendah di daerah Padang Terap, Kedah. Justifikasi pemilihan sekolah tersebut sebagai lokasi kajian adalah kerana pencapaian UPSR sekolah di daerah tersebut memperolehi kedudukan kedua terakhir dalam negeri Kedah. Menurut jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) menyatakan bahawa jika saiz populasi 703, maka saiz bagi sampel kajian ialah 250. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah sistematik bagi menentu dan memilih sampel daripada populasi. Pemilihan kaedah ini adalah untuk mengurangkan potensi memilih sampel berdasarkan kecenderungan tertentu manusia.

Responden Responden kajian ini terdiri daripada 250 orang guru merupakan sebanyak 85 (34.0%) guru lelaki dan 165 (66.0%) guru perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Responden yang berumur kurang dari 30 tahun ialah sebanyak 5 orang (2.0%), diikuti responden sebanyak 78 orang (31.2%) berumur antara 31 hingga 40 tahun, 116 orang (46.4%) responden berumur antara 41 hingga 50 tahun dan 51 orang (20.4%) berumur lebih 51 tahun. Majoriti responden berada pada gred jawatan DG41 – DG42 iaitu seramai 120 orang (48.0%) diikuti gred jawatan DG29 – DG38 semarai 73 orang (29.2), gred jawatan DG44 – DG48 dengan bilangan 56 orang guru dan hanya 1 orang guru berada pada gred DG 52 dan ke atas (0.4%). Pengalaman mengajar responden pula mendapati bahawa 51 orang (20.4% ) mempunyai tempoh pengalaman 1 – 10 tahun, 115 orang (46.0% ) berpengalaman antara 11 hingga 20 tahun, 70 orang (28.0%) berpengalaman antara 21 hingga 30 tahun dan 14 orang (5.6%) berpengalaman antara 31 hingga 40 tahun. Seterusnya, majoriti lokasi sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah sekolah luar bandar iaitu sebanyak 19 buah sekolah (90.5%) dan 2 buah sekolah berada di kawasan bandar (9.5%). Akhir sekali, kebanyakkan sekolah yang terlibat dalam kajian ini mempunyai Band 3 iaitu 11 buah sekolah (52.4%) dan diikuti dengan sekolah yang mempunyai prestasi ‘Band 2’ dengan bilang 7 (33.3 %) buah sekolah. Hanya sebuah sekolah (4.8 %) sahaja yang memperolehi prestasi ‘Band 1’ dan hanya dua buah sekolah (9.5 %) yang memperolehi prestasi ‘Band 4’.

Page 5: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

63

DATA ANALISIS Data kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang diagihkan kepada responden kajian dan dianalisis secara statistik deskriptif dan kolerasi Peason dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Analisis deskriptif dijalankan untuk mendapatkan skor min bagi menetukan tahap kompetensi guru besar dan tahap efikasi guru. Interprestasi skor min ditaksirkan kepada 5 tahap pelaksanaan, iaitu sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah, dan sangat rendah seperti ditafsirkan dari Izani & Yahya (2014) pada jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Interprestasi Skor Min Tahap Kompetensi Guru Besar dan Tahap Efikasi Kendiri Guru

Tahap Skor Min Sangat Rendah

Rendah Sederhana

Tinggi Sangat Tinggi

1.00 – 1.89 1.90 – 2.69 2.70 – 3.49 3.50 – 4.29 4.30 – 5.00

Sumber: Izani &Yahya (2014)

Analisis Korelasi Pearson dijalankan bagi menguji hipotesis kajian nombor dan persoalan kajian nombor 3. Ujian yang digunakan untuk mengukur hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu kompetensi guru besar dan tahap efikasi guru adalah ujian korelasi Pearson. Bagi membuat tafsiran tahap hubungan daripada ujian korelasi, jadual interprestasi koefisien korelasi yang dicadangkan oleh Sugiyono (2007) digunakan seperti di Jadual 4 dibawah.

Jadual 4: Interprestasi Koefisien Korelasi

Interval Koefisien Tahap Hubungan 0.00 – 0.199 Sangat rendah 0.20 – 0.399 Rendah 0.40 – 0.599 Sederhana 0.60 – 0.799 Kuat 0.80 – 1.000 Sangat kuat

Sumber: Sugiyono (2007) Aras signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini ialah 0.05 (p< 0.05).

DAPATAN KAJIAN Dalam Bab ini pengkaji melaporkan hasil analisis data yang diperolehi daripada maklum balas responden melalui soal selidik. Fokus dalam Bab ini adalah untuk melaporkan dapatan kajian dan menjawab persoalan kajian.

Tahap Kompetensi Guru Besar Sekolah Rendah di Daerah Padang Terap Hasil analisis deskriptif tahap kompetensi guru besar adalah seperti dalam Jadual 5 di bawah.

Jadual 5 : Skor Min dan Tahap Kompetensi Guru Besar Sekolah Rendah di Daerah Padang Terap Secara Keseluruhan dan Mengikut Dimensi

Dimensi Skor Min S.P. Tahap

Pengurusan Perubahan 4.276 0.456 Tinggi

Pengurusan dan Perancangan 4.265 0.422 Tinggi

Kemahiran Interpersonal 4.374 0.435 Sangat Tinggi

Berorientasikan Hasil 4.376 0.442 Sangat Tinggi

Kepimpinan 4.268 0.443 Tinggi

Kompetensi guru besar 4.324 0.435 Sangat Tinggi

*Sangat Rendah (1.00 – 1.89); Rendah (1.90–2.69); Sederhana (2.70 – 3.49); Tinggi (3.50 – 4.29); Sangat Tinggi (4.30 – 5.00)

Berdasarkan Jadual 5, didapati bahawa menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru besar sekolah rendah di daerah Padang Terap berada pada tahap sangat tinggi iaitu dengan nilai min= 4.324, sisihan piawai= 0.435. Dapatan juga menunjukkan bahawa kesemua dimensi iaitu pengurusan dan perancangan, pengurusan perubahan, kemahiran interpersonal, berorientasikan hasil dan kepimpinan berada pada tahap yang tinggi dan tahap sangat tinggi. Adalah didapati bahawa dimensi berorientasikan hasil merupakan dimensi yang berada pada tahap sangat tinggi iaitu min= 4. 376, sisihan piawai= 0.442 dan merupakan dimensi paling tinggi berbanding dengan dimensi lain manakala dimensi

Page 6: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

64

pengurusan dan perancangan merupakan dimensi yang mempunyai nilai skor paling rendah (min= 4.265, sisihan piawai= 0.456) namun masih berada pada tahap tinggi.

Tahap Efikasi Kendiri Guru Sekolah Rendah di Daerah Padang Terap Hasil ujian analisis deskritif tahap efikasi guru sekolah adalah seperti Jadual 6 di bawah.

Jadual 6: Skor Min dan Tahap Efikasi Guru Keseluruhan dan Mengikut Dimensi

Dimensi Skor Min S.P. Tahap

Penglibatan Murid 4.159 0.354 Tinggi

Strategi Pengajaran 4.263 0.349 Tinggi

Pengurusan Bilik Darjah 4.262 0.382 Tinggi

Efikasi Guru 4.228 0.345 Tinggi

*Sangat Rendah (1.00 – 1.89); Rendah (1.90–2.69); Sederhana (2.70 – 3.49); Tinggi (3.50 – 4.29); Sangat Tinggi (4.30 – 5.00)

Berdasarkan Jadual 6 menunjukkan dapatan kajian secara keseluruhan tahap efikasi guru sekolah rendah di daerah Padang Terap yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 4.228 dan sisihan piawai adalah 0.345. Berdasarkan dapatan tersebut, Jadual 6

menunjukkan ketiga-tiga dimensi berada pada tahap tinggi. Tahap efikasi guru dari dimensi strategi pengajaran mempunayi nilai min paling tinggi berbanding dengan dimensi lain (min 4. 263, sisihan piawai 0.349) dan diikuti dengan dimensi pengurusan bilik darjah dengan nilai min 4.262, sisihan piawai adalah 0.382. Tahap efikasi guru pada dimensi penglibatan pelajar mempunyai nilai min paling rendah (min = 4. 159, sisihan piawai = 0.354) namun dimensi ini masih berapa pada tahap pelaksaan yang tinggi

Hubungan Kompetensi Guru Besar Dengan Tahap Efikasi Guru di Sekolah Hasil ujian analisis inferensi dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson bagi menguji hubungan antara kompetensi guru besar dengan tahap efikasi guru sekolah seperti Jadual 7 di bawah.

Jadual 7: Hubungan Antara Kompetensi Guru Besar Dengan Tahap Efikasi Guru

Berdasarkan Jadual 7, Ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kompetensi guru besar dengan tahap efikasi guru di sekolah. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru besar dengan tahap efikasi guru sekolah dengan nilai r = 0.577 pada nilai signifikan 0.000 (p < 0.01). Ini menunjukkan hipotesis nol ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru besar dengan tahap efikasi guru sekolah.

PERBINCANGAN Dapatan kajian mendapati guru besar sekolah rendah yang dikaji mempraktikkan dua dimensi pada tahap sangat tinggi iaitu dimensi perorientasikan hasil dan kemahiran interpersonal manakala bagi dimensi pengurusan perubahan, kepimpinan dan pengurusan dan perancangan menunjukkan guru besar sekolah tersebut hanya mempratikkan pada tahap tinggi. Keputusan daripada dapatan kajian ini menggambarkan bahawa guru besar sekolah tersebut menpunyai visi dan misi yang jelas serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam mempengaruhi guru-guru sekolah untuk melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam organisasi sekolah. Selain itu, dapatan kajian juga dapat menjelaskan tingkah laku guru besar sangat disenangi oleh guru-guru disamping dilihat dapat bertindak dengan yakin dan optimistic serta bijak dalam mengagihkan kuasa dan juga tugasan bagi mencapai matlamat sekolah. Kompetensi diperlukan oleh pemimpin supaya berupaya melaksanakan tugasan harian dengan menepati spesifikasi yang ditetapkan, berkebolehan melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciri-ciri peribadi dan tingkah laku yang meliputi sikap dan nilai kendiri yang sesuai dengan jawatan yang sedang dijawat, mempunyai pengetahuan yang baik dalam menjalankan tugasan dan bertaggungjawab serta mempunyai kemahiran secara praktik (Ishak Sin 2004).

Bagi dapatan kajian tahap efikasi kendiri guru menunjukkan keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Hasil kajian ini seiring dengan hasil kajian lepas iaitu daripada kajian Aziah Ismail, Loh Hooi Yen dan Abdul Ghani Kanisan Abdullah (2015) yang menunjukkan tahap efikasi guru secara keseluruhannya adalah berapa pada tahap tinggi. Tahap

Kompetensi Tahap Efikasi

Kompetensi Korelasi Pearson 1 .577**

Sig. (2-Tail) .000 N 250 250

** Korelasi signifikan adalah pada tahap 0.01 (2-tail).

Page 7: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

65

efikasi guru dapat ditingkatkan lagi supaya guru dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran murid sekaligus dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Seterusnya, secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru besar dengan efikasi guru sekolah. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan hubungan antara kompetensi guru besar dengan efikasi guru adalah signifikan dan kekuatan hubungan adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara dua pemboleh ubah tersebut adalah positif dan ini mengambarkan semakin tinggi tahap kompetensi guru besar akan memberi kesan terhadap tahap efikasi kendiri guru dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai. Banyak kajian mengenai kepimpinan yang dijalankan dan dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan guru besar dengan efikasi kendiri kendiri guru. Dapatan daripada kajian Baharin, Mohd Zin dan Kamaluddin (2016) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan guru besar dengan efikasi guru.

Dapatan kajian ini wajar dijadikan panduan kepada semua guru besar dan juga pihak berkepentingan dalam organisasi pendidikan dalam usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Oleh itu, guru besar di Malaysia harus didedahkan dengan kompetensi sebagai ketua yang menerajui organisasi sekolah supaya dapat membantu meningkatkan tahap efikasi kendiri guru yang juga mempengaruhi dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Pendedahan guru besar terhadap kompetensi yang cemerlang dalam memimpin sekolah dapat mempengaruhi guru-guru supaya mematuhi semua arahan yang diturunkan kepada guru-guru agar mencapai prestasi yang ingin dicapai.

RUJUKAN

Aziah Ismail, Loh, H. Y. & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2015. Komuniti pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 2 (1).

Azlin Norhaini Mansor & Roselan Baki (2015). Amalan Pengurusan Pengetua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kula Lumpur.

De Vaus, D. A. 1985. Surveys in Social Research. London: Allen & Unwin Rahimah Haji Ahmad. 2005. Kepengetuaan dan kepemimpinan sekolah: Pembangunan dan penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin, 5,1-10.

Dibapile, W. T. (2012). A Review Of Literature On Teacher Efficacy And. Journal of College Teaching & Learning, 78-92.

Ishak Sin. 2004. Communication leadership and its relationship with motivation. Proceedings 12th National Seminar on Management and Educational Leadership, Genting Highlands: IAB.

Izani Ibrahim, & Yahya Don. 2014. Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya terhadap Pengurusan Perubahan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia.Khalid Johari. 2009. Pola efikasi guru-guru novis sekolah menengah Malaysian. Journal of Learning & Instruction 6: 141 – 151

Khalid Johari. 2009. Pola efikasi guru-guru novis sekolah menengah Malaysian. Journal of Learning & Instruction 6: 141 – 151.

Baharin, B., Adnan, M.H., Mohd Zin, M.H., & Kamaludin, M.N. 2016. Gaya kepimpinan Guru Besar dan tahap efikasi guru di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Gua Musang, Kelantan. Journal of Personalized Learning.

Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitive development and functioning. Educational psychologist, 28(2), 117-148.

Bandura. A. 2003. Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman Company

Bity Salwana, Ahmad Basri Md Yussof, Ramlee Mustapha, And Mohammed Sani Ibrahim. 2010. Competency Of Malaysian Principals Based On Personal Qualities, Knowledge Skills And Practices In Managing School. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal Of Education) 35, No. 2 : 31-41.

Glanz, J. 2006. Instructional leadership. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Ibrahim, M. Y., & Aziz Amin. Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua dan Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, bil 2 (1) 11-25.

Page 8: KOMPETENSI GURU BESAR DAN EFIKASI KENDIRI · PDF filepengurusan dengan cekap dan berkesan. ... pengantaraan dalam perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Bandura (2003)

66

Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman, & Ahmad Tajuddin Othman. 2009. Pengaruh jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2): 3 – 14.

Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman, & Ahmad Tajuddin Othman. 2017. Hubungan Antara Pengalaman Guru Dengan Efikasi Kolektif di Kalangan Guru SM. Borneo Research Journal, University of Malaya 5, No. 1.

Krejcie, R. & Morgan, D. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychology Measurement

Magno, C., & Sembrano, J. 2008. The Role of Teacher Efficacy and Characteristics on Teaching Effectiveness, Performance, and Use of Learner-Centered practices. The

Richardson, G. E. (2011). Teacher Efficacy and Its Effects on The Academic. College of Education Greenleaf University, 1-91.

Sugiyono, 2007, Metode Penelitian Pendidikan, Bandung: Alfabeta Dekkhoff, G. 1992. Statistic for the social and behavioral sciences. Dubuque: Wm. C. Brown Publishers.

Sutton, R. I. (2004). Prospecting for valuable evidence: why scholarly research can be a goldmine for managers. Strategy & Leadership, 32(1), 27-33.