komitmen kepada komuniti - rmp.gov.myyer keroh, 13 oktober 2012 – istiadat penganugerahan darjah,...

17
Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012 Bil. 4/2012 www.rmp.gov.my ISSN 1394 - 8687 KOMITMEN KEPADA KOMUNITI

Upload: others

Post on 27-Jan-2020

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Bil. 4/2012 www.rmp.gov.my ISSN 1394 - 8687

KOMITMEN KEPADA KOMUNITI

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Dari Meja Editor

PENASIHATACP Ramli Mohamed Yoosuf

KETUA EDITORSupt. Norisah Ab Hamid

EDITORDSP Venugopal Navaretnam

PENOLONG EDITORASP Mohd Fadzil IsmailInsp. Mohd Zaki Abu BakarInsp. Haslina Muhamad Nor

STAF PENULIS / JURUFOTOSI Megat Nizar Megat Uda AbdullahKpl. Mohamad Wahid Mat DinKpl. Noorlidia MamunL/Kpl. Aslam Syir KhanL/Kpl. Mohd Iqbal NasruddinL/Kpl. Sufian Arshad

PEREKA GRAFIKSM Zakaria Muhamad (Kia)

PENTADBIRAN / PENGEDARANShimatul Aida Maamor

KEWANGANDSP Ahmad Shukri Mat AkhirBaharuddin Baba

ALAMAT SURAT MENYURATUnit Penerbitan dan PublisitiUrus Setia KPN (Komunikasi Korporat)Polis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 Kuala Lumpur

Tel.: 03-2266 8325/8329Faks. 03-2266 8330

DICETAK OLEH:PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Puchong, 19 Disember 2012 - Polis Diraja Malaysia (PDRM), menubuhkan Unit Ronda Bermotosikal (URB), bagi mengurangkan kadar jenayah melalui Bajet 2013. Kawasan-

kawasan tumpuan rondaan URB secara ‘buddy system’ iaitu tiga syif selama 24 jam di kawasan-kawasan perumahan serta kawasan sibuk seperti kawasan sekolah, perniagaan, taman rekreasi dan kawasan perindustrian. “Kerajaan amat komited dan serius memerangi segala perbuatan jenayah sekali gus memenuhi tuntutan rakyat yang sentiasa mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat. Atas asas itu juga kerajaan telah memperkenalkan URB dalam Bajet 2013 dan sedia menambahkan peruntukan untuk memperluaskannya jika didapati program itu mampu mengurangkan kadar jenayah”. “Saya berharap rakyat memberi peluang kepada URB melakukan tugasan mereka. Selepas enam bulan, kita akan menilai semula program ini bagi melihat keberkesanannya kerana penentangan terhadap perbuatan jenayah menjadi salah satu keutamaan kerajaan”, kata Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, ketika berucap di Majlis Pelancaran URB di Padang Awam Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor. Peringkat permulaan, sebanyak 560 daripada 1,000 unit motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 telah disediakan bagi program URB di empat buah negeri iaitu di Kontinjen Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Motosikal tersebut turut dilengkapi dengan lampu siren serta alat perhubungan bagi memudahkan tugasan. Di antara yang hadir ialah, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

PM laNcarUnit RonDa BERMotosikal

02

Salam Hormat,

Mengimbau kembali aktiviti Polis Diraja Malaysia sepanjang tahun 2012, dapat kita merumuskan bahawa segala usaha yang telah dijalankannya itu telah memberikan impak yang amat ketara dari segi persepsi masyarakat terhadap pasukan polis. Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesuatu persepsi itu, amat sukar untuk diubah dalam satu jangkamasa yang pendek tetapi pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh PDRM ternyata boleh menangani pelbagai rintangan dalam operasi penguatkuasaan undang-undang.

Mengikut satu kajian, kepuasan masyarakat terhadap PDRM telah meningkat daripada 55% pada tahun 2011 kepada 68.1% bagi tahun 2012. Walaupun ini merupakan fakta, tetapi perjuangan PDRM dalam mengurangkan peratusan rasa takut dan persepsi negatif orang ramai masih perlu diteruskan lagi ke tahap yang paling minima demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.

Plan Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 telah pun berakhir dan kini kita berada dalam GTP 2.0 dan NKRA 2.0, sehingga tahun 2015. Sebagai langkah proaktif di bawah Program Transformasi Kerajaan dan NKRA 2.0, pada 19 Disember 2012, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB). Program ini adalah hasil keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan rakyat di mana YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk perolehan 1,000 buah motosikal berkuasa 250 c.c. bagi rondaan di kawasan-kawasan perumahan, sekolah dan perindustrian pada sepanjang masa. Sebanyak 560 motosikal telah digerakkan untuk rondaan cegah jenayah di kawasan-kawasan tersebut dalam memenuhi objektif dan fokus empat buah negeri NKRA 2.0 iaitu, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang serta tambahan 440 unit motosikal kepada kontinjen baru NKRA 2.0 iaitu Perak dan Kedah.

Namun demikian, bagi mengurangkan jenayah dengan lebih ketara lagi, perlu dilihat di manakah kita berada sekarang untuk membolehkan kita membuat projeksi masa hadapan. Ini penting kerana kita membina azam yang tepat sebagai arah tuju dan panduan kita. PDRM, secara amnya tertumpu kepada usaha untuk terus memperkukuh proses transformasi demi mempertingkatkan aspek keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara dengan keutamaan diberikan dalam aspek pencegahan dan penurunan kadar jenayah yang berterusan.

Pada 30 Mac 2013, sekali lagi, YAB Perdana Menteri dengan keprihatinannya telah menyumbang sejumlah dana untuk dibekalkan dengan 1,000 buah motosikal bagi meningkatkan keberkesanan inisiatif tersebut yang telah menampakkan keberhasilannya.

Dengan penambahan inisiatif baru ini, adalah diharapkan masyarakat akan merasai keadaan setempat mereka lebih selamat, seterusnya mengurangkan rasa takut menjadi mangsa jenayah. Perasaan selamat masyarakat begini mempunyai hubung kait langsung dengan keberkesanan program-program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PDRM yang mampu menghindar penjenayah, apatah lagi menambahkan keyakinan masyarakat terhadap komitmen pasukan polis.

Syabas diucapkan kepada pasukan Unit Rondaan Bermotosikal Polis Diraja Malaysia.

- DSP Venugopal

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

04 alBUM 05alBUM

Bukit Aman, 5 Oktober 2012 – Mr. Mostafa Pourmohammadi, President of General Inspection dari Pertubuhan Republik Islam Iran telah membuat kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bukit Aman, 12 Oktober 2012 – Tuan Haji Faizoull Ahmad, Pengarah Besar Felda temui Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bukit Aman, 22 Oktober 2012 – H.E Meng Jianzhu, Menteri Keselamatan Republik China bersama delegasi China telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Turut hadir Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Bukit Aman, 28 November 2012 – Mr. Ward Elcock, Special Advisor To The Prime Minister On People Smuggling And Illegal Migration, Canada telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bukit Aman, 28 November 2012 – Y.T.H Marsekal TNI (Purn) Herman Prayitna S.I.P M.M Duta Besar Luar Biasa & Berkuasa Penuh Republik Indonesia Untuk Kerajaan temui Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar Ketua Polis Negara.

Bukit Aman, 5 Disember 2012 – Delegasi International Committee Of The Red Cross (ICRC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bukit Aman, 5 Disember 2012 – Mr. Saud A. Al-Arifi, First Secretary Of Royal Embassy Of Saudi Arabia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bukit Aman, 24 Disember 2012 – Mr. Nadir Yousif Eltayeb Babiker, Duta Republik Sudan membuat kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

kEJaYaan06 07kEJaYaan

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kejayaan besar membanteras kegiatan pengedaran dadah

sepanjang tahun 2012 apabila berjaya memberkas 171,649 orang dan merampas dadah bernilai RM381.19 juta, peningkatan 57 peratus berbanding tahun 2011. Operasi berterusan yang dijalankan bagi mengesan makmal memproses dadah juga membuahkan hasil apabila 32 makmal berjaya dibongkar dengan tangkapan 114 anggota sindiket yang terlibat dalam kegiatan itu. Sepanjang tahun 2012, seramai 2,872 rakyat asing ditangkap kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah di negara ini iaitu peningkatan 147 peratus berbanding 1,162 orang pada tahun 2011. Komisioner Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, berkata, “sebagai jabatan yang bertanggungjawab membanteras jenayah dadah di negara ini, pihaknya merangka dan melaksanakan beberapa strategi untuk memastikan negara bebas daripada bahan larangan itu”. Datuk Noor Rashid berkata, “strategi dirancang itu membuahkan hasil apabila jumlah 171,649 tangkapan itu meningkat tiga peratus berbanding 167,001 orang pada tahun 2011”. “Seramai 12,386 orang ditangkap terdiri daripada

TAHUN 2012 JSJN CEMERLANG BANTERAS DADAH

pengedar dan pengedar kecil dadah serta pokok ganja. Baki 159,263 orang lagi terlibat dengan kesalahan memiliki, menyalah guna dan menagih dadah”. “Hasil operasi sepanjang tahun 2012, JSJN merampas 7.58 tan, 60,335 liter dan 7.19 juta pil pelbagai jenis dadah bernilai RM381.19 juta iaitu meningkat 57 peratus berbanding rampasan bernilai RM243.32 juta pada tahun 2011. Dalam tempoh sama, jumlah makmal dadah dibongkar iaitu 32 makmal dan 114 tangkapan meningkat berbanding 30 makmal dengan 61 tangkapan pada tahun 2011”, kata Datuk Noor Rashid, pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 8 Januari 2012. Menurut Datuk Noor Rashid, JSJN turut menyita harta yang disyaki hasil pengedaran dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 bernilai RM54.43 juta. Jumlah ini didapati merosot 16 peratus berbanding tahun 2011 dengan sitaan bernilai RM64.84 juta”. Tambah Datuk Noor Rashid lagi, “pada bulan September 2012 lalu, JSJN dengan kerjasama Biro Siasatan, Kementerian Kehakiman (MIJB) Taiwan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Bantuan Pelabuhan Klang melancarkan Op Mullets yang membawa kepada rampasan dadah jenis pil eramin 5 dianggarkan bernilai RM7.92 juta”. Pada November 2012, JSJN bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia melancarkan Op Avocado dan merampas 157

liter cecair kokain dianggarkan bernilai RM22 juta dari sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor. “JSJN sebelum ini, pada Mei 2012, bersama-sama Cawangan Khas dan MJIB melalui Op Grunter di Pulau Pinang dan Lembah Klang membongkar dua makmal memproses dadah dan tiga stor simpanan pil eramin 5 membabitkan rampasan bernilai RM57.5 juta, dan pada bulan Ogos 2012 lalu, JSJN dengan kerjasama pihak Anti Narkotik Iran melancarkan Op Orkid dan berjaya merampas syabu bernilai RM32.2 juta”, kata Datuk Noor Rashid yang amat berpuas hati dengan komitmen pegawai dan anggota JSJN yang begitu komited dalam risikan dan membanteras dadah.

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : Kpl. Mohamad Wahid Mat Din

Bukit Aman, 16 Oktober 2013 - Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menganugerahkan pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) Kehormat kepada tiga tokoh iaitu Dato’ Sithambaram

a/l Vairan, Datuk Baljit Singh a/l Balwant Singh dan Encik Andrew Lim Tatt Keong. “Penganugerahan pangkat kehormat itu berdasarkan kriteria penerima sebagai individu yang dihormati selain dapat memainkan peranan membantu PDRM mengurangkan indeks jenayah menggunakan kepakaran masing-masing. Anugerah yang diberikan ini merupakan inisiatif PDRM untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berkenaan keselamatan negara yang merupakan tanggungjawab bersama”.

PANgKAT ACP KEhOrMAT KEPADA TIgA TOKOh

“Saya percaya tiga tokoh yang dipilih hari ini dapat membantu polis memastikan kesejahteraan masyarakat berdasarkan kepakaran dan kebolehan mereka”, kata Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara di Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat ACP dan Sijil Pelantikan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pada majlis itu, ketiga-tiga tokoh tersebut menerima pakaian seragam polis, sijil pelantikan dan plak penganugerahan sebagai simbolik pelantikan sebagai ACP Kehormat.

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Cheras, 2 Oktober 2012 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) fasa kedua yang menyasarkan mahu mengurangkan

kebimbangan masyarakat terhadap jenayah dapat mencapai matlamat apabila menerima pelbagai insentif dalam Bajet 2013. “Fasa kedua NKRA lebih menumpukan sasaran untuk mengurangkan perasaan takut dan bimbang masyarakat terhadap

PDRM sasaR kuRangkan PeRasaan takut MasyaRakat

09sana-sinitaHniaH08

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

ketua Polis negaRa teRiMa anugeRah DCsM beRgelaR Datuk WiRaOleh : S/Insp. Megat Nizar

Ayer Keroh, 13 Oktober 2012 – Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri

Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, telah berlangsung di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. Pada istiadat itu, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, berkenan menganugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M), kepada Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara yang membawa gelaran Datuk Wira. Darjah Kebesaran itu mula dikurniakan pada tahun 1978 kepada orang perseorangan yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa kepada Negeri Melaka serta mempunyai kedudukan tertinggi. Penerima anugerah D.C.S.M. itu bergelar Datuk Wira dan isterinya Datin Wira. Darjah Kebesaran itu mengandungi kalung, selempang dan lencana darjah. “Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-74 dengan iringi doa semoga Allah S.W.T, memberikan rahmatNya dan memberkati pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka”. “Penganugerahan yang dikurniakan kepada saya merupakan suatu penghargaan yang tertinggi dikurniakan kepada warga Polis Diraja Malaysia. Ianya merupakan penghargaan kerajaan di atas perkhidmatan yang diberikan oleh warga PDRM”. “Sesungguhnya darjah kebesaran yang diterima ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna bagi saya dan juga warga PDRM”. Demikian kata Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail yang amat terharu dan melahirkan rasa bangga apabila diberikan penghargaan untuk menerima darjah kebesaran tertinggi daripada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Kassim, Datuk Seri Utama Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan isteri Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman dan Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri isteri Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia turut hadir menyaksikan istiadat yang bersejarah itu. Turut mengiringi Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail ialah Datuk Chua Ghee Lye, Ketua Polis Melaka dan ASP Hammi Zamri Abdullah, ADC Ketua Polis Negara.

jenayah terutama di kawasan perumahan dan pusat beli-belah. Jadi, kita akan buktikan kepada masyarakat bahawa apa yang diumumkan dalam Bajet 2013 akan sampai kepada matlamatnya iaitu memastikan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan mereka dapat dikurangkan”. “Dalam fasa kedua ini, isu penurunan indeks jenayah dan mengurangkan jenayah jalanan bukan menjadi tumpuan utama kerana tuntutan semasa memerlukan kita memberi perhatian kepada isu-isu lain seperti kes-kes berkaitan pecah rumah di kawasan perumahan dan jenayah di pusat beli-belah”. Demikian kata Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Majlis Penutupan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander Briged PGA dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (MPDRM KL), Cheras, Selangor. “Keselamatan penduduk kawasan perumahan dan pemilik pusat beli-belah memang wajar diberi tumpuan dalam fasa kedua NKRA kerana insentif disalurkan kepada PDRM melalui Bajet 2013 adalah wang cukai yang dibayar oleh mereka”. “Tambahan peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri sebanyak 44.4 peratus dan 68.8 peratus bagi NKRA jenayah menunjukkan kerajaan serius mahu melihat sasaran NKRA fasa kedua berjaya”, kata Dato’ Seri Hishammuddin di majlis yang turut dihadiri oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

08 sana-sini

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Sabak Bernam, 4 Oktober 2012  - Majlis Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pegawai dan Anggota Wanita Daerah Sabak Bernam & Kuala Selangor telah diadakan di Sekinchan

Fisherman Village & Resort, Sekinchan. DCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail telah menyempurnakan Program ‘High Profile Policing, Walkabout dan Meet & Greet’ bersama Ketua Jabatan Logistik Selangor dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam di Pekan Sungai Besar, Sabak Bernam.

DATO’ ZUBAIDAH TURUN PADANG

sana-sini10

Oleh : Kpl. Noorlidia Mamun

Bukit Aman, 8 Oktober 2012 - “Kerjasama antara Celcom dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu

melakukan penjimatan operasi melebihi RM55 juta dalam tempoh 15 tahun. Melalui kerjasama tersebut, Celcom akan menawarkan pakej telekomunikasi eksklusif kepada lebih 100,000 anggota PDRM dan dalam masa yang sama Celcom dibenarkan membina pencawang

jalin kerjasama dengan PDRM

di tanah-tanah milik PDRM di seluruh Negara”. “Perkongsian ini mampu memberi penjimatan kos operasi sebanyak RM3 juta setahun dan perbelanjaan modal meliputi 200 kawasan baharu sebanyak RM15 juta,” kata Datuk Seri Shazalli Ramly Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd. di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Celcom dengan PDRM di Mes

11sana-sini

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Program kemudiannya diteruskan dengan lawatan serta sesi dialog bersama penghuni-penghuni Pusat Perlindungan Wanita (Baitul Ehsan) di Sabak Bernam. Majlis turut menyaksikan sesi dialog beliau bersama warga-warga polis wanita berkenaan isu-isu logistik, kebajikan dan pentadbiran serta upacara penyerahan tudung uniform biru kepada pegawai dan anggota wanita PDRM yang hadir.

Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. “Selain mampu menjimatkan kos operasi dan perkembangan liputan di balai polis di seluruh negara, Celcom juga dapat mengurangkan risiko kecurian atau vandalisme kerana aset milik Celcom itu berada di kawasan milik PDRM”, kata Datuk Seri Shazalli di majlis yang turut dihadiri oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

sana-sini

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 9 Oktober 2012  – Majlis menandatangani Standard Operating Procedure (SOP), penyelarasan penguatkuasaan agensi-agensi jalan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Menara 1, Ibu

Pejabat Polis Bukit Aman.  “PDRM telah mengambil tanggungjawab ini untuk menghasilkan satu Standard Operating Procedure (SOP) yang menggariskan bidang tugas serta peranan setiap agensi dalam menjalankan operasi terancang dan operasi bersama agar lebih selaras dan efektif,” ujar Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara . Objektif SOP adalah untuk menyelaras bentuk penugasan kesemua agensi agar sistem pengangkutan jalan di dalam negara menjadi lebih baik, terutamanya di era kini yang menyaksikan peningkatan mendadak dalam penggunaan jalan raya dan perancangan strategik dalam mengendalikan sistem ini akan menjadi imperatif kepada semua agensi. Turut hadir CP Dato’ Sri Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Datuk Salleh Yusup, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MajlIS MeNaNdataNgaNI S.O.P PeNyelaraSaN PeNguatkuaSaaN

ageNSI-ageNSI PeNguatkuaSaaN jalaN

13sana-sini12

Inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety Through a Specially Designated Female Staff in Each Balai” adalah satu inisiatif yang telah dicadang dan diterima

untuk dilaksanakan di bawah National Blue Ocean Strategy 7 (NBOS7) di bawah Kempen 1Aman Fasa 2. Inisiatif ini mula dilaksanakan pada bulan Oktober tahun 2012 dengan perlantikan seorang pegawai polis wanita di peringkat kontinjen dan seorang pegawai polis wanita atau anggota polis wanita di peringkat daerah seramai 152 orang. Sejumlah 166 pegawai polis atau anggota polis wanita yang dilantik digelar sebagai “Peace Lady” atau nama singkatan di dalam Bahasa Melayu adalah ‘AMANITA’. Konsep Inisiatif “engage housewives” dengan tersendiri menerangkan maksudnya bahawa AMANITA akan mendapatkan penyertaan kaum wanita khususnya suri rumahtangga di dalam “neighbourhood safety” iaitu di dalam menjaga keselamatan kejiranan. Skim “Neighbourhood Safety” bukanlah perkara baru. Ia telah dijalankan sejak beberapa dekad yang lalu. Rasional skim ini adalah untuk mendapatkan komitmen ahli-ahli di dalam satu-satu komuniti untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan harta sesama mereka sebagai langkah mencegah jenayah. Keberkesanan skim ini adalah apabila komuniti diberi “empowerment” supaya bekerja sebagai rakan yang proaktif dengan pihak polis di dalam menyelesaikan masalah jenayah, mengurangkan rasa kurang selamat dan meningkatkan kualiti hidup. Maka, di bawah inisiatif “engage housewives in neighbourhood safety” ia memberi fokus kepada sasaran wanita khususnya suri rumahtangga. Dengan sasaran yang berfokus, inisiatif ini bertujuan melengkapkan wanita dengan pengetahuan keselamatan diri dan harta serta kemahiran mempertahankan diri. Untuk menggerakkan inisiatif ini, AMANITA akan turun ke padang bertemu dan berkenalan dengan suri rumahtangga bagi membina perhubungan yang memberi keyakinan dan kepercayaan terhadap pihak polis. AMANITA perlu meyakinkan suri rumahtangga bahawa adalah menjadi sebahagian tanggungjawab mereka di dalam masyarakat untuk bekerjasama mencegah jenayah. Bagi mencapai halatuju ke arah “Neighbourhood Safety” maka suri rumahtangga perlu didedahkan dengan pengetahuan dan panduan-panduan cara mempertahankan keselamatan pada dirinya, hartanya dan keselamatan kejiranannya. Ini dapat dicapai dengan mengadakan pelbagai aktiviti sosial untuk berinteraksi di antara AMANITA dan suri rumahtangga. Sebagai lanjutan, program-program ceramah dan dialog yang melengkapkan suri rumahtangga dengan cara-cara keselamatan diri dan harta serta meyakinkan mereka bahawa dengan menjadi mata dan

telinga di komuniti mereka adalah merupakan cara yang paling efektif di dalam menangani jenayah. Ini adalah kerana sebagai suri rumahtangga mereka meluangkan lebih banyak masa di dalam kawasan kejiranan mereka dan tahu apa yang berlaku di kawasan mereka. Kesimpulannya, inisiatif “Engage Housewives Through Neighbourhood Safety Through A Specially Designated Female Staff In Each Balai” akan menghasilkan seorang suri rumahtangga untuk menjalankan perkara-perkara berikut:• Mengenali dan melapor aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dan

jenayah yang berlaku. • Menjaga diri, keluarga, jiran dan harta benda. • Mengenalpasti jenayah dan masalah-masalah di kawasan mereka

dan bekerjasama dengan polis Harapan inisiatif ini adalah dengan suri rumahtangga dengan bersatu hati bekerjasama dengan pihak polis akan menjadi satu cara yang efektif untuk mengawal jenayah dan menjadikan kejiranan mereka selamat bagi diri sendiri, keluarga, jiran dan komuniti secara umumnya.

AMANITA

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 12 Oktober  2012 - Satu jalinan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia melalui Urus  Setia Ketua Polis Negara (NKRA)

dan Pelajar Pengajian Tinggi Bersatu Memerangi Jenayah (United Against Crime) telah terbentuk di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman. ‘United Against Crime’ diwakili oleh empat buah universiti terunggul di tanah air iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. “Program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa tentang tanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, supaya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah yang kian bersandiwara di kalangan pelajar, di samping memahami sistem keadilan jenayah dan menghormati undang-undang Negara”, ujar Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara. Turut hadir pada majlis tersebut Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Wira Ayub Yaakob, Pengerusi Urus Setia (NKRA) PDRM.

Pelajar PeNgajIaN tINggI BerSatu MeMeraNgI jeNayah

K e t u a P o l i s N e g a r a t u n a i H a j i

1514

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Sepang, 18 Oktober 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, bersama isteri Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji

Md. Sobri, berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang, ke Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah haji dengan penerbangan MH8088 (KT105). “Saya memohon kemaafan kepada warga PDRM di atas keterlanjuran kata-kata yang mungkin mengguris perasaan mana-mana pihak dan mohon dihalalkan segala makan dan minum”.

sana-sini sana-sini

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

“Saya dan isteri akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga PDRM khasnya dan pasukan PDRM amnya”. Demikian kata Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail, ketika berucap pada majlis ringkas di Bilik VIP, KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Mekah. Turut mengiringi Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail ialah ACP Haji Mohd Fuad Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan dan isteri Hajah Norsiah Musa.

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Sepang, 2 November 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama

isteri Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, selamat tiba ke tanah air setelah menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah. Pesawat MH 8201 (KT03) yang membawa jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.46 pagi. Ketibaan Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail dan isteri disambut oleh Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan ahli keluarga serta para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga ahli-ahli PERKEP. “Saya amat bersyukur kerana selamat tiba ke tanah air dan bertemu kembali dengan anak-anak dan cucu-cucu tersayang serta rakan-rakan sepasukan”. “Urusan ketika menunaikan ibadat di sana semuanya berjalan lancar dan kecekapan kakitangan Tabung Haji harus dipuji kerana mereka memastikan setiap hari ibadat kami berjalan dengan baik”. Demikian kata Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail, setelah selamat tiba di KLIA bersama ACP Haji Mohd Fuad Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik

KETUA POLIS NEGARA SELAMAT TIBA KE TANAH AIR DARI TUNAI HAJI

Pasukan dan isteri Hajah Norsiah Musa yang turut sama menunaikan fardhu haji. Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada warga PDRM yang mendoakannya dan isteri agar dipermudahkan dalam menjalani ibadat haji. “Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah”, kata Tan Sri Dato’ Sri Haji Ismail yang akan kembali bertugas pada 5 November 2012, setelah berehat selama dua hari. Di antara yang hadir, CP Dato’ Sri Salleh Mat Rasid, Pengarah KDNKA, CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, DCP Dato’ Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Haji Tun Hisan Dato’ Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sharifuddin Ab. Ghani, Ketua Polis Pahang, SAC Dato’ Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka, SAC Dato’ Osman Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato’ A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor dan ACP Rasdi Ramli, Pegawai Turus Pentadbiran Kontinjen Kuala Lumpur.

Oleh : Kpl. Mohamad Wahid Mat Din

Kuala Lumpur, 2 November 2012 - Seramai 240 polis bantuan berjaya menamatkan latihan kursus asas kepolisan selama dua bulan

mulai awal September lalu yang diadakan di Pusat Latihan Asas Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pelatih tersebut terdiri daripada 129 polis bantuan dari Iskandar Malaysia, 81 dari Public Bank Berhad manakala 30 lagi dari Maybank. Sepanjang tempoh latihan mereka diberikan latihan kawad, Gerak Tangkas Polis (GTP), berenang, larian rentas halangan, menembak, pengajian undang-undang dan kuasa-kuasa polis. “Selama dua bulan menjalani latihan, secara keseluruhannya, para pelatih telah menjalani kursus dengan cemerlang dan memiliki semangat tinggi untuk membantu pihak berkuasa memerangi jenayah”, kata SAC Zulkifli Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur ketika berucap pada Majlis Perbarisan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 4/2012, yang diadakan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur. Menurut SAC Zulkifli, sehingga hari ini, pelbagai agensi menyertai latihan tersebut termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Public Bank Berhad, Maybank, Genting Malaysia, Kumpulan Sunway, KL Pavillion, Lembaga Tabung Haji dan Malaysia Airport Berhad. Pada majlis itu, Polis Bantuan Mohd. Zaki Mat Sahak, 43, dari Public Bank Berhad, dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.

POlIS BaNtuaNtaMat kurSuS latIhaN aSaS

17sana-sini16 sana-sini

240

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Hari Pahlawan 31 Julai 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Perasmian Menara 1, Taska dan Pusat SaringanKesihatan PDRM, Bukit Aman, 12 April 2012

Crime Awareness Carnival Dataran Pahlawan, Ayer Keroh Melaka, 21 April 2012

Hari Polis Dataran Merdeka Kuala Lumpur,25 Mac 2012

Kembara PDRM, 1 Mei 2012

Rumah Terbuka PDRM dan ATM di Dataran MerdekaKuala Lumpur, 8 September 2012

L e n s a2 0 1 2

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin

Bukit Aman, 16 November 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara telah hadir bagi meraikan persaraan Dato’ Pahlawan

Ramli Yusuff, Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman. Majlis tersebut diadakan adalah bagi menghargai jasa bakti beliau sepanjang menceburkan diri di dalam arena kepolisan semenjak beliau mula menjawat jawatan Inspektor pada tahun 1971. Beliau telah berjaya menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi serta menyandang pelbagai jawatan penting di dalam pasukan membuktikan beliau adalah seorang insan yang berkaliber dan berhemah tinggi. Jawatan terakhir yang telah disandang oleh Dato’ Pahlawan Ramli Yusuff adalah sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dengan pangkat Komisioner Polis (CP). Kini, seluruh idea, tenaga , dan usia yang beliau korbankan kepada pasukan menjadi contoh tauladan kepada generasi baru PDRM agar legasi kecemerlangan ini akan terus diwarisi seterusnya membawa PDRM ke mercu kegemilangan. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md Sobri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), Tan Sri Mohammad Najib Abdul Aziz, Mantan Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Fatimah Abdul Hamid.

JAsA BAKTI MANTAN PeNGARAH JsJK DIHARGAI

20 sana-sini

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 30 November 2012 - “Malam Selaut Jasa Segunung Budi” telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman. Majlis diadakan untuk meraikan persaraan

seramai 78 orang Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Bukit Aman yang telah berkhidmat lebih dari 30 tahun yang telah mencurahkan khidmat bakti, pengorbanan

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Kuala Lumpur, 21 Disember 2012 - Malam Jasa Perwiraku telah diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan ‘Jasa Perwiraku’

ini telah diadakan bagi meraikan Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia yang telah bersara pada tahun 2012 bertujuan sebagai satu tanda penghargaan dan kenangan di atas segala sumbang bakti yang telah mereka curahkan kepada Pasukan PDRM. “Saya berharap para pesara sekalian akan terus mengekalkan hubungan yang baik dengan PDRM. Walaupun ramai terhanyut di era itu dengan dendangan lagu “Lucy In The Sky With Diamonds”, “Born To Be Wild” dan sebagainya, tuan-tuan telah memilih untuk menyanyi “Polis Sedia Berkhidmat” dengan memilih kerjaya mulia PDRM, kini mengakhirinya juga dengan penuh kemuliaan”, ujar Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya. Turut hadir Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Jasa Perwiraku

Oleh : Kpl. Mohamad Wahid

Kuala Lumpur, 3 Disember 2012 – SAC Mohd Shahrizan Che Mat Din, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis dan Bencana Polis Diraja Malaysia (PDRM), dilantik menjawat

jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman. Jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis dan Bencana PDRM itu, kini disandang oleh SAC Dato’ Mohd Zulyadaen Haji Ismail. Majlis serah dan terima tugas itu disaksikan oleh DCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman.

SAC MOHD SHAHRIZANDILANTIK KPP (LATIHAN)

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

21sana-sini

MalaM selaut Jasa segunung buDi

dan kesetiaan serta sumbangan kepada negara. Majlis dihadiri oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia serta Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

2322 sana-sini sana-sini

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Sabak Bernam, 24 Disember 2012  - Program “Crime Awareness” Peringkat Daerah Sabak Bernam telah berlangsung di Pekan Sungai

Besar, Sabak Bernam, Selangor. “Program ini adalah satu manifestasi terhadap usaha murni yang berterusan oleh Polis Diraja Malaysia bersama-sama semua stakeholder termasuk masyarakat, di dalam menerapkan nilai-nilai pembudayaan pencegahan jenayah sebagai satu elemen amalan hidup rakyat Malaysia sekaligus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah”, ujar Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara. Turut hadir DCP Dato’ Haji Tun Hisan Dato’ Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, SAC Dato’ A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor dan Dato’ Ramli Noraini, Pengerusi “Community Policing” dan Pencegahan Jenayah Daerah Sabak Bernam.

PROGRAM “Crime AwAreness”

Oleh : Kpl. Noorlida Mamun

Bukit Aman, 16 November 2012 - DCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (MPDRM

KL), Cheras, Selangor dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman. Majlis serah dan terima tugas di antara DCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab dengan SAC Dato’ A. Paramasivam, disaksikan oleh CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM. Manakala Dato’ A. Paramasivam pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.

DATO’ SHABUDINDILANTIK TPP (LATIHAN)

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Kuala Lumpur, 27 Disember 2012 - Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia telah menganjurkan seminar “Go Green” yang telah diadakan di Prince Hotel & Residence, Kuala

Lumpur. “Seminar bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai teknologi hijau sekali gus menunjukkan kesungguhan kita untuk turut serta dalam kempen-kempen yang melibatkan kesejahteraan, bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi juga kepada alam sekitar”, ujar Deputi Inspektor Jeneral, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara. “Sebagai organisasi penguatkuasa terulung di Malaysia, PDRM perlu memainkan peranan yang bijak dalam menyahut seruan glokal (global & lokal) ini dan setiap formasi, kontinjen dan jabatan perlu mengambil serius tentang pelaksanaan teknologi hijau ini”. Menurutnya lagi, “Teknologi Hijau telah dijadikan agenda Jabatan Logistik dalam Perancangan Strategik dan Resolusi Tahun 2013 dengan memfokuskan kepada empat aspek, iaitu Penjimatan Tenaga; Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar; Meningkatkan Pembangunan Ekonomi melalui perolehan peralatan dan perkhidmatan yang “environmental friendly”; dan menjadi penyumbang kepada Konsep “Corporate Social Responsibility” kepada masyarakat”. Turut hadir CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

DUKUNG BUDAyA HIJAUKAN AlAM seKITAR

24 25sana-sini

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : Kpl. Noorlidia Mamun

Bukit Aman, 12 Oktober 2012 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengambilan dari golongan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian mereka

di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta bagi mengisi kekosongan 1,000 jawatan Inspektor seperti diumumkan dalam Bajet 2013 baru-baru ini. “Sebagai langkah permulaan, PDRM akan membuka kaunter khas di majlis konvokesyen untuk menawarkan kerjaya kepolisan kepada mereka yang mempunyai bakat dan berminat menyertai PDRM. Mahasiswa yang baru tamat pengajian tidak perlu mengemukakan ijazah mereka kerana PDRM bakal melaksanakan proses pengambilan di universiti sejurus mereka tamat pengajian.” “Pengambilan itu dilakukan bagi mengisi kekosongan 1,000 jawatan Inspektor seperti dalam pembentangan Bajet 2013 terutama

golongan pegawai polis wanita yang masih kurang. Kita mahu capai sasaran 15 peratus pegawai polis wanita dalam PDRM.” Demikian kata Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara di majlis Bersatu Membanteras Jenayah di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. “Walau bagaimanapun dalam sesi pengambilan itu syarat-syarat untuk menyertai PDRM tetap sama iaitu berusia 18 tahun ke atas, mempunyai ketinggian serta berat badan yang mencukupi serta berijazah bagi jawatan Inspektor”, kata Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail di majlis yang dihadiri 192 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) dari Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

1000 grADUAN IsI jAwATAN INsPEKTOr POlIs

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

sana-sini

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Kuala Lumpur, 29 November 2012 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi melancar Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (CSS) melalui

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi mengukur prestasi perkhidmatan yang disalurkan oleh pegawai dan anggota polis kepada masyarakat. Langkah PDRM itu telah membuka banyak saluran kepada orang ramai untuk membuat penilaian serta ulasan selepas berurusan dengan polis dan satu cara yang mudah ialah menerusi SMS. Hanya melalui SMS membolehkan masyarakat membuat penilaian dengan memberi salah satu dari empat kategori skor penilaian yang telah ditetapkan itu merupakan salah satu daripada inisiatif baharu PDRM dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih cemerlang. “Melalui sistem CSS yang dilaksanakan di Kontinjen Selangor, ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat terutamanya daripada mereka yang datang ke balai polis membuat laporan polis untuk menuntut siasatan. Menerusi CSS secara SMS pula, langkah itu akan lebih mudah kerana boleh secara terus menilai sendiri setiap pegawai atau anggota polis yang berurusan dengan mereka”. Kata Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, di majlis Pelancaran Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan melalui SMS di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Tindakan yang perlu dilakukan ketika menghantar SMS itu, individu hanya perlu menghantar nombor laporan polis bersama satu daripada empat kategori skor penilaian perkhidmatan iaitu ‘sangat memuaskan’, ‘memuaskan, ‘kurang

26 kUaliti 27kUaliti

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : L/Kpl Aslam Syir Khan

Kuala Lumpur, 16 November 2012 – Mesyuarat Tim Perancang Operasi Kepolisan (TPOK)

kali Ke-24 di antara PDRM dan POLRI telah berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. Mesyuarat diadakan untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam menangani kes-kes jenayah di kedua-dua negara. Hubungan baik di antara PDRM dan POLRI merupakan suatu usaha murni bagi memastikan keselamatan sempadan negara terjamin dan selamat untuk dilawati oleh peniaga-peniaga bagi menjalankan perniagaan. “Tanpa pertemuan atau perhubungan di antara kedua agensi penguatkuasa, pelbagai masalah akan terjadi dan berlarutan tanpa tindakan sewajarnya. Ruang permasalahan ini akan digunakan oleh penjenayah untuk meneruskan aktiviti haram mereka. Justeru itu, saya menyarankan agar kita tidak lagi menangguhkan kerjasama antara PDRM dan POLRI demi kebaikan masyarakat”, ujar SAC Dato’ Abd Rashid Harun, Timbalan Pengarah KDNKA (PGK) selaku Pengerusi TPOK. Turut hadir Brigen Pol Drs. Suseno Djahri, M.M selaku Pengerusi TPOK POLRI .

PDRM DAN POLRI PASTIKAN KESELAMATAN SEMPADAN TERJAMIN

memuaskan ‘ atau ‘sangat tidak memuaskan ‘ ke talian 15888.” Sebagai contoh, anggota yang mengambil laporan harus melayan (pelanggan) dengan mesra, tidak kasar dan bersimpati dengan orang ramai. Tambah Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail lagi, sekiranya masyarakat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, nilailah dengan jujur maka pihak polis akan memperbaiki setiap kelemahan yang ada. “Kami mahu tahu setiap maklum balas dan penilaian orang ramai selepas berurusan dengan pihak polis. Adakah polis memberikan kerjasama yang terbaik ataupun tidak. Saya sendiri mahu nilai kerja setiap pegawai-pegawai saya berdasarkan ulasan yang diberikan oleh orang ramai yang telah berurusan dengan mereka”. Kata Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail di majlis yang turut dihadiri oleh CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.

PdrM laNcar SISteM tINjauaN kePuaSaN PelaNggaN MelaluI SMS

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

Oleh : Kpl. Noorlidia Mamun

Subang Jaya, 20 Disember 2012 – Bagi merebut juara dalam pertandingan Balai Leaque Table (BLT) Siri 2 & 3 Tahun 2012, sebanyak 764 buah balai polis seluruh negara, bersaing mengikut kategori iaitu kategori A hingga E dan tempoh penilaian

prestasinya dijalankan setiap 4 bulan. Anugerah BLT bagi Siri 2/2012, kategori A dimenangi Balai Polis Subang Jaya, Selangor, naib juara Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan ketiga Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur. Kategori B diungguli Balai Polis Lahad Datu, Sabah, kedua Balai Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan ketiga Balai Polis CPS Sibu, Sarawak. Johan Balai Polis Mengelembu, Ipoh, Perak, naib johan Balai Polis Jerteh, Besut, Terengganu dan ketiga Balai Polis Jelapang, Ipoh, Perak, dalam kategori C. Manakala kategori D dimenangi Balai Polis Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, diikuti Balai Polis Batu Niah, Miri, Sarawak dan ketiga Balai Polis Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak.

ANUGeRAH BlT sIRI 2 & 3 2012 Seterusnya kategori E dimenangi Balai Polis Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru Selatan, Johor, kedua Balai Polis Bukit Sentosa, Kuching, Sarawak dan ketiga Balai Polis Tanjung Gemok, Rompin, Pahang. Ranking bagi BLT Siri 3/2012, kategori A diungguli Balai Polis Puchong, Serdang, Selangor, kedua Balai Polis Bukit Puchong, Subang Jaya, Selangor dan ketiga Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur. Kategori B, juara Balai Polis Pandamaran, Klang Selatan, Selangor, naib juara Balai Polis Perai, Seberang Perai, Pulau Pinang dan ketiga Balai Polis Larkin, Johor Bahru Selatan, Johor. Bagi kategori C, dimenangi Balai Polis Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Balai Polis Tengkera, Melaka Tengah, Melaka, ketiga Balai Polis Bachok, Kelantan. Kategori D, pertama Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak, kedua Balai Polis Kodiang, Kubang Pasu, Kedah dan ketiga Balai Polis Simpang, Taiping, Perak. Manakala kategori E, juara Balai Polis Kota, Rembau, Negeri Sembilan, naib juara Balai Polis Aulong, Taiping, Perak dan ketiga Balai Polis Taman Rishah, Ipoh, Perak. Pada majlis itu, hadiah-hadiah disampaikan oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Telok Kemang, 16 Disember 2012 – Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyeru anggota keselamatan sentiasa berwaspada dengan ancaman

fizikal serta habuan kewangan dan kebendaan yang tidak selari dengan kehendak undang-undang dan etika pekerjaan. Perkara sedemikian hendaklah sentiasa diawasi supaya anggota keselamatan dapat mempamerkan profesionalisme yang tinggi, imej dan keterampilan terpuji. “Habuan ini atau kata lain rasuah, tidak mudah dikesan, tetapi lambat laun akan dikesan juga. Tindakan diambil terhadap kita jauh lebih berat, dipenjara dan masa depan kita dan keluarga akan musnah”. “Anggota keselamatan juga perlu kreatif dan bijak menggunakan pendekatan mesra rakyat apatah lagi dalam tindakan memerangi dan membanteras aktiviti jenayah melalui kerjasama sukarela yang diberikan rakyat”. Kata Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin ketika berucap di majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 2/2012, sempena tamat latihan Kursus Asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2012 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. “Saya menerima banyak maklum balas positif daripada rakyat, mereka amat teruja dengan kehadiran anggota polis dan tentera ketika membuat rondaan bersama dan kerajaan amat berpuas hati dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan membabitkan PDRM dan ATM yang telah menunjukkan penurunan kadar jenayah jalanan kepada 39.79 peratus dan indeks jenayah kepada 11.1 peratus”, kata Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin di majlis yang dihadiri oleh Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Menurut Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin, Malaysia diisytiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga paling selamat di Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun, seperti dilaporkan dalam Indeks Keamanan Global (GIP) 2012. Pembangunan dan kemajuan yang dicapai itu antara sebabnya ialah adanya jentera keselamatan yang cekap dan profesional. Turut hadir pada majlis yang bersejarah itu ialah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tingkat Profesionalisme, Tampil Terpuji

28 29kUaliti kUaliti

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012

30 31

Keratan-Keratan Akhbar Menarik

Berita Bukit Aman - Bil. 4-2012