kolej universiti teknikal kebangsaan malaysiabendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... ·...

19
KOLEJ UNKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA Karung Berkunci 1200, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Tel : 06-233 2197/2158 Faks : 06-233 2197 Email : [email protected] PEJABAT BENDAHARI Rujukan Kami (Our Ref.) : KUTKM.03.02/10.12/3/1 Jld 2 ( ) Rujukan Tuan (Your Ref.) : Januari 2007 Zulhijjah 1427 PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2007 Ketua Pusat Tanggungjawab Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Ayer Keroh, Melaka Assalamualaikum wrt. wbt. Y.Bhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, PENETAPAN BARU BAGI KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA BERKURSUS 1.0 TUJUAN Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai kadar-kadar baru yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 dan syarat-syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi pegawai perkhidmatan awam semasa berkursus. 2.0 LATAR BELAKANG Pejabat Bendahari telah menerimapakai Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992 dan semua pekeliling perbendaharaan serta surat-surat pekeliling perbendaharaan yang berkaitan melalui Pekeliling Bendahari Bil. 8 Tahun 2002 dalam urusan pembayaran tuntutan perjalanan staf KUTKM semasa berkursus. Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 kerajaan telah membuat pindaan ke atas kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam semasa berkursus. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2006 dan seterusnya membatalkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992.

Upload: vuongkhanh

Post on 05-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

KOLEJ UNKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Karung Berkunci 1200, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Tel : 06-233 2197/2158 Faks : 06-233 2197 Email : [email protected]

PEJABAT BENDAHARI

Rujukan Kami (Our Ref.) : KUTKM.03.02/10.12/3/1 Jld 2 ( ) Rujukan Tuan (Your Ref.) :

Januari 2007

Zulhijjah 1427

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2007 Ketua Pusat Tanggungjawab Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Ayer Keroh, Melaka Assalamualaikum wrt. wbt. Y.Bhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PENETAPAN BARU BAGI KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA BERKURSUS 1.0 TUJUAN

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai kadar-kadar baru yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 dan syarat-syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi pegawai perkhidmatan awam semasa berkursus.

2.0 LATAR BELAKANG

Pejabat Bendahari telah menerimapakai Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992 dan semua pekeliling perbendaharaan serta surat-surat pekeliling perbendaharaan yang berkaitan melalui Pekeliling Bendahari Bil. 8 Tahun 2002 dalam urusan pembayaran tuntutan perjalanan staf KUTKM semasa berkursus.

Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 kerajaan telah membuat pindaan ke atas kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam semasa berkursus. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2006 dan seterusnya membatalkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992.

Page 2: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

4.0 PERLAKSANAAN PERATURAN BARU

Pejabat Bendahari telah melaksanakan peraturan-peraturan seperti mana terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 semenjak ianya dikuatkuasa pada 1 Januari 2006. Antara perubahan kadar baru bagi bertugas rasmi dalam negeri yang terdapat di dalam pekeliling tersebut adalah: 4.1 KADAR ELAUN MAKAN 4.1.1 Dalam Negeri

Gred Semenanjung Malaysia

(RM)

Sabah, Labuan & Sarawak (RM)

Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf

90.00 120.00

Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ 90.00 120.00

53 dan 54 70.00 90.00

45 hingga 52 60.00 80.00

41 hingga 44 45.00 65.00

17 hingga 40 40.00 55.00

1 hingga 16 35.00 50.00

4.1.2 Luar Negara

Gred Kadar Sehari

Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf

300.00

Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ 270.00

53 dan 54 240.00

45 hingga 52 200.00

Pegawai selain dari yang di atas Seperti di lampiran A

4.2 BAYARAN SEWA HOTEL 4.2.1 Dalam Negeri

Gred Semenanjung Malaysia

(RM)

Sabah, Labuan & Sarawak (RM)

Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf

Bilik Biasa Bilik Biasa

Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ Bilik Biasa Bilik Biasa

53 dan 54 Bilik Biasa Bilik Biasa

45 hingga 52 145.00 160.00

41 hingga 44 130.00 140.00

17 hingga 40 80.00 100.00

1 hingga 16 65.00 80.00

Page 3: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

4.2.2 Luar Negara

Gred Semenanjung Malaysia (RM)

Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Yang Setaraf

Bilik Biasa

Pegawai selain daripada di atas atau Yang Setaraf

Seperti di Lampiran A

53 dan 54 Bilik Biasa

45 hingga 52 145.00

41 hingga 44 130.00

17 hingga 40 80.00

1 hingga 16 65.00

4.3 KADAR ELAUN LOJING 4.3.1 Dalam Negeri

Gred Semenanjung Malaysia

(RM)

Sabah, Labuan & Sarawak (RM)

Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau @ Yang Setaraf

80.00 85.00

Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ 75.00 80.00

53 dan 54 70.00 75.00

45 hingga 52 60.00 70.00

41 hingga 44 55.00 60.00

17 hingga 40 35.00 40.00

1 hingga 16 30.00 35.00

4.3.2 Luar Negara Kadar elaun lojing untuk luar negara adalah seperti di lampiran A. 4.0 LAIN-LAIN PERKARA

Bagi maksud ‘kursus di luar negara’, seseorang pegawai yang mengikuti kursus di luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan yang dikira berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 membatalkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992 sahaja tetapi tidak lain-lain pekeliling yang bersangkutan dengannya. Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah di Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.

Page 4: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

1/2006 pada 9 Mac 2006. Oleh yang demikian, Pihak Pusat Tanggungjawab adalah dialu-alukan untuk mendapatkan penjelasan dari Pejabat Bendahari bagi mana-mana kemusykilan yang timbul.

Pekeliling ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2006. Sekian, terima kasih. Wassalam. ‘KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN’ ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah,

(KHAIRUL BIN TAIB) Bendahari Pejabat Bendahari Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia s.k Y. Bhg. Datuk Prof. Ismail bin Hassan

Rektor

Y. Bhg. Prof. Dr. Abu Bin Abdullah Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa

Y. Bhg. Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Timbalan Rektor Penyelidikan & Pengkomersilan & Inovasi

Page 5: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

Lampiran A

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS DI LUAR NEGARA

Kategori Negara

Elaun Makan (RM)

Sewa Hotel (RM)

Elaun Lojing (RM)

Kategori I 100 200 100

Kategori II 120 300 120

Kategori III 140 400 140

Kategori IV 160 500 160

Kategori V 180 600 180

Kategori I Afghanistan Bangladesh Bolivia Bulgaria Cambodia

Kategori II Angola Argentina Botswana Ethiopia Ghana Greece Guinea

Kategori III Albania Algeria Armenia Australia Austria Azerbaijan Bahrain

Kategori IV Belgium Bosnia- Herzegovina Brazil

Kategori V Barbados Dubai Finland

Chile Colombia Ecuador Fiji India Hungary Indonesia Lesotho Madagascar Malawi Mali Malta Balarus Brunei Darussalam China Cuba Cyprus Egypt Canada Croatia Dahomey Denmark Hong Kong Iran Italy

Kiribati Laos Maldives Mauritius Myanmar Morocco Mozambique Namibia Nauru New Zealand Papua New

Guinea Georgia Gibraltar Iraq Ireland Jamaica Jordan Kazakstan France Gambia Germany Guyana Japan Macau Mexico Oman

Nepal North Korea Pakistan Peru Philippines Paraguay Poland Republic

Czech Republik

Slovak Senegal Kenya Kuwait Kyrgyzstan Lebanon Libya Luxembourg Moldova Niger Nigeria Saudi Arabia Serbia & Montenegro South Korea St. Lucia Sweden Turkey

Portugal Samoa Sri Lanka Tanzania Tonga Seychelles South Africa Solomon

Island Swaziland Taiwan Thailand Mongolia Netherland Norway Qatar Romania Russia Spain Singapore Surinam Switzerland Syria Trinidad &

Tobago United Arab Emirates

Tuvalu Vietnam Tunisia Uganda Uruguay Vanuatu Zimbabwe Sudan Tajikistan Turkmenistan Ukraine Uzbekistan Venezuela Yemen Zambia United

Kingdom USA

Page 6: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

KK/BP(8.00)443/1-4 SJ.1(sk.1/2003)

KERAJAAN MALAYSIA

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2005

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI

PERKHIDMATAN AWAM SEMASA BERKURSUS KECUALI KURSUS PRA-PERKHIDMATAN

Putrajaya 14 Disember 2005

Page 7: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

i

KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Pendahuluan 1 2. Tafsiran 1 3. Tanggungjawab Ketua Jabatan 2 4. Kursus Pendek Di Dalam Negeri 2 5. Kursus Panjang Di Dalam Negeri 4 6. Kursus Sambilan Di Dalam Negeri 6 7. Kursus Pendek Di Luar Negara 6 8. Kursus Panjang Di Luar Negara 8 9. Pendahuluan Diri 8 10. Peruntukan Am 8 11. Pemakaian 9 12. Tarikh Kuatkuasa 9 13. Pembatalan 9

Senarai Lampiran A. Jadual Perubahan/Perbandingan Bagi Pegawai Yang Memilih 10

Untuk Tidak Menerima Sistem Saraan Malaysia B. Kadar Elaun Makan, Bayaran Maksimum Sewa Hotel Dan 11

Elaun Lojing Semasa Berkursus Di Dalam Negeri C. Kadar Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel Dan Elaun Lojing 12

Semasa Berkursus Di Luar Negara

Page 8: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

PENDAHULUAN Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa berkursus mengikut Perintah Am Bab "B". TAFSIRAN 2. Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti: 2.1 "Gred" bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan adalah seperti Lampiran "A";

2.2 "Ibu Pejabat" bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:

(a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;

(b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh

kenderaan bermotor; dan

(c) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai; 2.3 "Kajian Luar" bermakna sebarang aktiviti yang diarahkan oleh pusat

pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus;

2.4 "Kursus" bermakna sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau

praktik, lawatan sambil belajar, seminar dan bengkel, yang bercorak latihan; 2.5 "Kursus Panjang" bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya

adalah melebihi 3 bulan termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am; 2.6 "Kursus Pendek" bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya

3 bulan atau kurang termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am; 2.7 "Kursus Sambilan" bermakna sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan

selepas waktu pejabat;

Page 9: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

2

2.8 "Pegawai" bermakna seseorang pegawai tetap/sementara di dalam Perkhidmatan Awam. Bagi maksud ini, pegawai adalah termasuk juga anggota dalam perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Tetap Malaysia;

2.9 "Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan" bermakna Pekeliling Bertugas

Rasmi yang berkuat kuasa bagi Perkhidmatan Awam, Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia;

2.10 "Penganjur" bermakna badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan

kursus; 2.11 "Pusat Pengajian" bermakna tempat yang sebahagian besar sesuatu kursus itu

dijalankan dan bagi tempoh kursus itu, Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat; dan

2.12 "Yang Setaraf" bermakna pangkat-pangkat setaraf seperti yang terdapat di

dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 3. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan agar tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai itu teratur, munasabah dan berpatutan termasuk menentu dan mengesahkan bahawa jalan yang perlu diikuti serta cara pengangkutan yang hendak digunakan oleh seseorang pegawai untuk berkursus. KURSUS PENDEK DI DALAM NEGERI 4. Seseorang pegawai yang mengikuti kursus pendek sepenuh masa di dalam negeri layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

4.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat 4.1.1 Elaun Makan dan jika perlu menginap Bayaran Sewa Hotel yang disokong

dengan resit mengikut had maksimumnya atau Elaun Lojing bagi sepanjang tempoh kursus mengikut kadar seperti di Lampiran "B", sekiranya kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur;

4.1.2 sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak disediakan

itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan, maka pegawai layak menuntut Elaun Makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:

Page 10: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

3

(a) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan; (b) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan; dan (c) makan malam - 40% daripada Elaun makan; 4.1.3 Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum

kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

4.1.4 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti

berikut:

(a) perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;

(b) seseorang pegawai yang disangkutkan ke sesuatu pejabat dan

diarahkan oleh Ketua Jabatan/Pegawai Pemerintah itu bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(c) Elaun Perjalanan Kenderaan ini adalah tertakluk kepada syarat

penggunaan kenderaan sendiri sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(d) seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan

awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam mengikut mana yang lebih murah dan yang sepatutnya dinaiki tertakluk kepada syarat seperti berikut: (i) Kereta Api

penggunaan perkhidmatan kereta api adalah dibenarkan mengikut kelayakan sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(ii) Kapal Terbang

penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai hanya dibenarkan sekiranya difikirkan sangat perlu dan

Page 11: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

4

mustahak bagi seseorang pegawai sampai ke Pusat Pengajian pada masa yang ditetapkan. Cukai Lapangan Terbang layak dituntut;

(iii) Lain-Lain

penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yang dinyatakan di atas adalah dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan kepada tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja;

(e) seseorang pegawai yang memilih untuk menggunakan kenderaannya

sendiri layak menuntut Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja bersamaan dengan tambang lazim perkhidmatan pengangkutan awam yang sepatutnya dinaiki mengikut kelayakan dengan syarat dinyatakan di dalam baucar tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri; dan

(f) seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa tambang atau apa-apa bayaran tambahan bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang/stesen kereta api dan sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat berkursus dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang, bayaran tempat tidur dalam kereta api (berth charges), bayaran tol dan sebagainya;

4.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat

4.2.1 Bayaran sebanyak RM15.00 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja dengan syarat:

(a) kemudahan makan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan (b) kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai

bertugas;

4.2.2 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di perenggan 4.1.4 di atas.

KURSUS PANJANG DI DALAM NEGERI

5. Seseorang pegawai yang mengikuti kursus selain daripada yang diiktiraf sebagai kursus Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan, adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seperti berikut:

5.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat 5.1.1 Elaun Sara Hidup sebanyak RM25.00 sehari bagi sepanjang tempoh kursus

tertakluk kepada syarat seperti berikut:

Page 12: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

5

(a) pegawai tidak menerima Arahan Pertukaran; dan

(b) kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur;

5.1.2 sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan, maka elaun yang tidak

disediakan itu layak dituntut mengikut pecahan unsur elaun iaitu 50% untuk penginapan dan 50% untuk makan. Jika sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, maka pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu mengikut kadar seperti di perenggan 4.1.2 di atas;

5.1.3 sekiranya Pusat Pengajian mengarahkan seseorang pegawai mengikuti kajian

luar/latihan amali atau disangkutkan di pejabat di luar Pusat Pengajiannya, maka pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti di perenggan 4.1.1 di atas. Dalam tempoh ini pegawai tidak layak menuntut Elaun Sara Hidup seperti di perenggan 5.1.1;

5.1.4 Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum

kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas berkursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu; dan

5.1.5 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di

perenggan 4.1.4 di atas; 5.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat 5.2.1 Elaun Sara Hidup sebanyak RM15.00 sehari sepanjang kursus tertakluk

kepada syarat seperti berikut : (a) pegawai yang berkursus di dalam kawasan Ibu Pejabat; atau

(b) pegawai dari luar kawasan Ibu Pejabat yang menerima Arahan

Pertukaran; dan

(c) kemudahan makan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan

(d) kursus itu diadakan di luar bangunan/kompleks tempat biasa pegawai bertugas; dan

5.2.2 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti di

perenggan 4.1.4 di atas.

Page 13: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

6

6. Seseorang pegawai yang mengikuti kursus yang diiktiraf sebagai kursus Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan. KURSUS SAMBILAN DI DALAM NEGERI 7. Seseorang pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan yang dihadiri atas arahan Ketua Jabatan/Pegawai Pemerintah kerana kepentingan perkhidmatan adalah layak menuntut bayaran seperti berikut: 7.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat 7.1.1 bayaran sebanyak RM10.00 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana

unsurnya terdiri daripada RM5.00 untuk bantuan makan dan RM5.00 untuk bantuan perjalanan sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan

7.1.2 bagi tujuan menghadiri Kursus Sambilan pegawai tidak layak menuntut Elaun

Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam; dan 7.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat 7.2.1 bayaran sebanyak RM8.00 sehari bagi hari-hari berkursus sahaja yang mana

unsurnya terdiri daripada RM5.00 untuk bantuan makan dan RM3.00 untuk bantuan perbelanjaan perjalanan sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan. Pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan di dalam bangunan/kompleks yang sama tidak layak menuntut bayaran di atas.

KURSUS PENDEK DI LUAR NEGARA 8. Seseorang pegawai yang berkursus pendek di luar negara adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut: 8.1 kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus

sekiranya kemudahan makan tidak disediakan adalah seperti berikut:

Gred Kadar sehari (RM) Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf

300.00

Utama/Khas ‘B’ dan C’ atau Yang Setaraf 270.00 53 dan 54 atau Yang Setaraf 240.00 45 hingga 52 atau Yang Setaraf 200.00 Pegawai selain daripada di atas atau Yang Setaraf Seperti di Lampiran "C"

8.2 had maksimum kadar Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing yang layak dituntut

bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan adalah seperti berikut:

Page 14: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

7

(a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Yang Setaraf - Bilik Biasa (b) Pegawai selain daripada di atas atau Yang Setaraf - seperti di Lampiran "C"

bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

8.3 sekiranya salah satu kemudahan sahaja yang disediakan, maka hanya unsur

yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti di perenggan 4.1.2 di atas;

8.4 Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum

kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum berkursus dan sehari selepas tamat kursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran Perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

8.5 Elaun Pakaian Panas mengikut kadar dan syarat sepertimana yang

diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan; 8.6 Bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit; 8.7 Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti

berikut: 8.7.1 perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke lapangan terbang, sekali

sahaja; 8.7.2 perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke tempat penginapan, sekali

sahaja; 8.7.3 perjalanan pergi balik dari tempat penginapan ke Pusat Pengajian sekali

sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;

8.7.4 seseorang pegawai yang disangkut ke sesesuatu pejabat dan diarahkan oleh

Ketua Jabatan bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

Page 15: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

8

8.7.5 seseorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

(a) Kapal Terbang

penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut kelayakan pegawai sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(b) Kereta Api

penggunaan perkhidmatan kereta api mengikut kelayakan pegawai sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

(c) Lain-Lain

penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yang dinyatakan di atas dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan kepada tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja; dan

8.8 walau apapun peruntukan di atas, seseorang pegawai yang mengikuti kursus

di luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan yang dikira berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.

KURSUS PANJANG DI LUAR NEGARA 9. Seseorang pegawai yang mengikuti kursus panjang sama ada yang diiktiraf atau tidak sebagai kursus peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan. PENDAHULUAN DIRI 10. Seseorang pegawai yang berkursus di luar Ibu Pejabat sama ada di dalam atau di luar negara adalah layak memohon Pendahuluan Diri tertakluk kepada syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. PERUNTUKAN AM 11. Sekiranya kemudahan makan, penginapan dan pengangkutan bagi mengikuti kursus pendek/panjang di dalam negeri atau luar negara disediakan oleh Kerajaan atau penganjur, maka pegawai tidak layak lagi menuntut elaun, kemudahan dan bayaran berkaitan.

Page 16: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

9

PEMAKAIAN 12. Badan-badan Berkanun yang menerima pakai Arahan-Arahan Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling dan Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan hendaklah menerima pakai Pekeliling ini. TARIKH KUATKUASA 13. Pekeliling ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2006. PEMBATALAN 14. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992 adalah dibatalkan. (Dato’ Sri Izzuddin Bin Dali) Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya 14 Disember 2005

Page 17: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

10

Lampiran “A”

JADUAL PERUBAHAN/PERBANDINGAN BAGI PEGAWAI YANG

MEMILIH UNTUK TIDAK MENERIMA SISTEM SARAAN MALAYSIA

KUMPULAN (JKK 1976) GRED/KATEGORI (SSB) GRED (SISTEM SARAAN MALAYSIA)

Kumpulan AKumpulan Pengurusan

Tertinggi/Pengurusan Dan Profesional

Kumpulan Pengurusan Tertinggi/Pengurusan Dan

Profesional

Tingkatan Tertinggi ‘A’ dan ke atas Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas

Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas

Tingkatan Tertinggi ‘B’ dan ‘C’ Gred Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’

Gred Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’

Tingkatan Tertinggi ‘D’ Kategori I bergaji RM4,794.02 dan ke atas

Gred 53 dan 54

Tingkatan Tertinggi ‘E’ Kategori I bergaji RM4,794.01 dan ke bawah

Gred 53 dan 54

Tingkatan Tertinggi ‘F’ dan ‘G’ Kategori II dan III bergaji RM3,905.88 dan ke atas

Gred 45 hingga 52

Tingkatan Kanan Kategori III bergaji RM 3,080.66 hingga RM3,905.87

Gred 45 dan 46

Kategori IV bergaji RM3,017.74 dan ke atas

Gred 41 hingga 44

Tingkatan Biasa (Pegawai-pegawai Lain)

Kategori III bergaji RM3,080.65 dan ke bawah

Gred 45 dan 46

Kategori IV bergaji RM3,017.73 dan ke bawah

Gred 41 hingga 44

Kumpulan B Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan

Tingkatan Kanan/Khas dan Tinggi Kategori V dan VI

Gred 31 hingga 40 Tingkatan Biasa (Pegawai-pegawai Lain)

Kategori VII Gred 27 hingga 30

Kumpulan C Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan

Tingkatan Kanan/Khas dan Tinggi Kategori VIII

Gred 21 hingga 26 Tingkatan Biasa (Pegawai-pegawai Lain)

Kategori IX Gred 17 hingga 20

Kumpulan D Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan

Tingkatan Kanan/Khas dan Tinggi Kategori X

Gred 13 hingga 16 Tingkatan Biasa (Pegawai-pegawai Lain)

Kategori XI Gred 1 hingga 12

Page 18: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

11

Lampiran “B”

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS DI DALAM NEGERI

Gred Elaun Makan (RM)

Sewa Hotel (RM)

Elaun Lojing (RM)

SEMENANJUNG MALAYSIA Utama/Khas ‘A’dan ke atas atau Yang Setaraf

90.00 Bilik Biasa 80.00

Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf

90.00 Bilik Biasa 75.00

53 dan 54 atau Yang Setaraf

70.00 Bilik Biasa 70.00

45 hingga 52 atau Yang Setaraf

60.00 145.00 60.00

41 hingga 44 atau Yang Setaraf

45.00 130.00 55.00

17 hingga 40 atau Yang Setaraf

40.00 80.00 35.00

1 hingga 16 atau Yang Setaraf

35.00 65.00 30.00

SABAH, LABUAN DAN SARAWAK Utama/Khas ‘A’dan ke atas atau Yang Setaraf

120.00 Bilik Biasa 85.00

Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf

120.00 Bilik Biasa 80.00

53 dan 54 atau Yang Setaraf

90.00 Bilik Biasa 75.00

45 hingga 52 atau Yang Setaraf

80.00 160.00 70.00

41 hingga 44 atau Yang Setaraf

65.00 140.00 60.00

17 hingga 40 atau Yang Setaraf

55.00 100.00 40.00

1 hingga 16 atau Yang Setaraf

50.00 80.00 35.00

Page 19: KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIAbendahari.utem.edu.my/images/phocadownload/... · Pemakaian pekeliling ini telah dibawa dalam Mesyuarat Eksekutif Bil. 1/2006 dan diluluskan

12

Lampiran “C”

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS DI LUAR NEGARA

Kategori Negara Elaun Makan (RM)

Sewa Hotel (RM)

Elaun Lojing (RM)

Kategori I 100 200 100

Kategori II 120 300 120

Kategori III 140 400 140

Kategori IV 160 500 160

Kategori V 180 600 180

KATEGORI IAfghanistan Bangladesh Bolivia Bulgaria Cambodia

Chile Colombia Ecuador Fiji India

Kiribati Laos Maldives Mauritius Myanmar

Nepal North Korea Pakistan Peru Philippines

Portugal Samoa Sri Lanka Tanzania Tonga

Tuvalu Vietnam

KATEGORI IIAngola Argentina Botswana Ethiopia Ghana Greece Guinea

Hungary Indonesia Lesotho Madagascar Malawi Mali Malta

Morrocco Mozambique Namibia Nauru New Zealand Papua New Guinea

Paraguay Poland Republik Czech Republik Slovak Senegal Seychelles South Africa

Solomon Island Swaziland Taiwan Thailand Tunisia Uganda Uruguay

Vanuatu Zimbabwe

KATEGORI IIIAlbania Algeria Armenia Australia Austria Azerbaijan Bahrain

Balarus Brunei Darussalam China Cuba Cyprus Egypt

Georgia Gibraltar Iraq Ireland Jamaica Jordan Kazakstan

Kenya Kuwait Kyrgyzstan Lebanon Libya Luxembourg Moldova

Mongolia Netherland Norway Qatar Romania Russia Spain

Sudan Tajikistan Turkmenistan Ukraine Uzbekistan

KATEGORI IVBelgium Bosnia- Herzegovina Brazil

Canada Croatia Dahomey Denmark

France Gambia Germany Guyana

Niger Nigeria Saudi Arabia Serbia & Montenegro

Singapore Surinam Switzerland Syria

Venezuela Yemen Zambia

KATEGORI VBarbados Dubai Finland

Hong Kong Iran Italy

Japan Macau Mexico

Oman South Korea St. Lucia

Sweden Trinidad & Tobago Turkey

United Arab Emirates United Kingdom USA