kod etika kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor

Upload: chee-yuin

Post on 06-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kod etika kaunselor

TRANSCRIPT

Kod Etika Kaunsekor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis secara kritikal kesignifikan kod etika kepada perkhimatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

Kod Etika Kaunsekor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis secara kritikal kesignifikan kod etika kepada perkhimatan bimbingan dan kaunseling di sekolahKod EtikaSatu set standard (piawaian) dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan memberi panduan kepada ahli mengenai tatalaku berinteraksi antara ahli dan dengan orang luar organisasi berkenaan

(Gladding, 1999)Tujuan Kod Etika KaunselorMenyediakan garis panduan kepada pengamal kaunseling & sebagai asas kepada isu etikaMenggariskan piawai perlakuan kaunselorMendidik kaunselor & masyarakat umum mengenai hak & tanggungjwawab masing-masing.

KOD TATA LAKUMenjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesion melalui penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan perundingan (consultative support).

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap KlienKaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu atau klien kelompok.Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi.Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiriKaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasiKaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim.

Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling.Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan ProfesionalKaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.Tanggungjawab Kaunselor Terhadap MasyarakatKaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan MajikanKaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.

Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinyaKaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dangan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling

Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak mejikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmtannya.Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional dari masa ke masa.Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggung jawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.