kmm

21
TOPIK Motor Kasar SUB TOPIK Mengangkat tangan ke atas dan meluruskan tangan ke depan serta membengkokkan siku. KEMAHIRAN 1. Pergerakan tangan 2. Meluruskan tangan 3. Membengkokkan siku MASA 30 minit KUMPULAN PENGAJARAN Individu OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Mengangkat tangan dalam kiraan 1 hingga 5 2. Meluruskan tangan 3. Membengkokkan siku BAHAN BANTU BELAJAR Sesi P&P 1. Radio 2. CD lagu kanak-kanak. 3. Alat-alat sokongan Aktiviti Pengukuhan 1. Pensel PERBENDAHARAAN KATA Berdiri bebas, separas pinggang, mengangkat, separas bahu, melurus, membengkok siku. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Mengangkat tangan ke atas 1. Murid dalam keadaan bersedia, berdiri bebas. 2. Guru memegang tangan murid ke atas separas pinggang dan melepaskan sebanyak lima kali. 3. Guru memegang jari telunjuk murid dan membantu murid mengangkat tangan perlahan-lahan separas bahu dan meluruskan tangan ke depan dalam kiraan lima. Membengkok siku 4. Apabila murid berkeadaan tangan yang lurus, murid diarahkan membengkokkan siku. 5. Muzik yang bersesuaian boleh dimainkan untuk merangsang pergerakan tangan murid. 6. Ulangi langkah atas sehingga murid dapat menguasai kemahiran tanpa bantuan guru. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid mengambil gula-gula di atas meja. 2. Murid mengambil pensel di dalam poket baju murid. CATATAN Pengubahsuaian mengikut kesesuain. 1

Upload: halizan-ishak

Post on 16-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

school based

TRANSCRIPT

Page 1: Kmm

TOPIK Motor Kasar

SUB TOPIKMengangkat tangan ke atas dan meluruskan tangan ke depan serta membengkokkan siku.

KEMAHIRAN

1. Pergerakan tangan 2. Meluruskan tangan3. Membengkokkan siku

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Mengangkat tangan dalam kiraan 1 hingga 5 2. Meluruskan tangan3. Membengkokkan siku

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Radio2. CD lagu kanak-kanak.3. Alat-alat sokongan

Aktiviti Pengukuhan1. Pensel

PERBENDAHARAAN KATA

Berdiri bebas, separas pinggang, mengangkat, separas bahu, melurus, membengkok siku.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Mengangkat tangan ke atas1. Murid dalam keadaan bersedia, berdiri bebas.2. Guru memegang tangan murid ke atas separas pinggang

dan melepaskan sebanyak lima kali.3. Guru memegang jari telunjuk murid dan membantu murid

mengangkat tangan perlahan-lahan separas bahu dan meluruskan tangan ke depan dalam kiraan lima.

Membengkok siku4. Apabila murid berkeadaan tangan yang lurus, murid

diarahkan membengkokkan siku.5. Muzik yang bersesuaian boleh dimainkan untuk

merangsang pergerakan tangan murid.6. Ulangi langkah atas sehingga murid dapat menguasai

kemahiran tanpa bantuan guru.

AKTIVITI PENGUKUHAN1. Murid mengambil gula-gula di atas meja.2. Murid mengambil pensel di dalam poket baju murid.

CATATAN Pengubahsuaian mengikut kesesuain.

1

Page 2: Kmm

TOPIK Motor kasar

SUB TOPIK Berjalan

KEMAHIRAN Berjalan Ke Hadapan

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Berjalan bebas ke hadapan2. Berjalan ke hadapan dengan panduan

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Kon penanda kawasan2. Garisan lurus3. Papan landasan4. Bangku panjang

PERBENDAHARAAN KATA

Berdiri bebas, berdiri tegak, melangkah, ke hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru memberi penerangan sambil menunjukcara2. Murid diminta berada dalam keadaan bersedia di

garisan mula. 3. Murid berjalan ke hadapan dan terus berjalan bebas.4. Murid diminta berjalan sejauh 1m, 3m dan 5m

AKTIVITI PENGUKUHAN Murid berjalan ke hadapan di atas garisan, papan lapis dan titi.

CATATAN 1. Murid diminta memakai baju sukan.

2

Page 3: Kmm

TOPIK Motor kasar.

SUB TOPIK Membongkok badan.

KEMAHIRAN1. Membongkok badan ke hadapan2. Membongkok badan ke sisi

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Membongkok badan ke hadapan dengan posisi yang betul dalam kiraan 5.

2. Membongkok badan ke sisi dengan teknik yang betul dengan kiraan 5.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Radio 2. CD lagu yang bersesuaian.

Aktiviti Pengukuhan1. Bola besar2. Kain3. Bangku

PERBENDAHARAAN KATA

Membongkok badan, paras pinggang, sisi kiri dan sisi kanan.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti pemanasan badan dari kepala ke kaki dengan iringan muzik sambil dibimbing

2. Guru menunjukcara membongkok ke hadapan dengan tangan di lutut.

3. Murid diminta membongkok ke hadapan secara perlahan-lahan.

4. Guru membantu murid membongkok ke hadapan menggunakan alatan seperti bola besar dan kain.

5. Guru menunjukcara membongkok ke sisi ke kanan dan kiri dengan tangan di sisi.

6. Murid di minta membongkok ke sisi kanan dan kiri dengan tangan di sisi.

7. Murid mengulangi langkah 2 hingga 6 dengan bantuan guru.8. Murid membongkok ke hadapan dalam masa 30 saat. Murid

membongkok ke sisi kanan dan kiri selama 30 saat.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid membongkok ke hadapan dengan tangan di lutut.2. Murid membongkok ke sisi kanan dan kiri dengan tangan di

pinggang.

CATATAN Murid yang diajar membongkok badan telah menguasai kemahiran membongkok kehadapan dan membongkok ke sisi

3

Page 4: Kmm

TOPIK Motor kasar.

SUB TOPIK Menghayun dan menghentak kaki

KEMAHIRAN1. Menghayun kaki kanan dan kaki kiri2. Menghentak kaki berselang seli kaki kanan dan kaki kiri

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Melakukan hayunan kaki kanan dan kaki kiri.

2. Melakukan hentakkan kaki kanan dan kaki kiri

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Radio

2. CD lagu yang bersesuaian.

Aktiviti Pengukuhan1. Bola2. Bangku

PERBENDAHARAAN KATA

Hayun, hentak dan paras.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru meminta murid melakukan aktiviti pemanasan badan dari kepala ke kaki dengan iringan muzik sambil dibimbing oleh guru.

2. Guru menunjukcara menghayun kaki, cara berdiri dan menghayun kaki cara duduk.

3. Murid diminta menghayun kaki dengan cara berdiri dan menghayun kaki sambil duduk di bangku.

4. Murid membuat hayunan kaki dengan gaya menendang bola.

5. Guru menunjukkan kepada murid cara menghentak kaki secara berselang seli kaki kanan dan kaki kiri.

6. Murid melakukan hentakkan kaki secara berselang seli kaki kanan dan kaki kiri dalam kiraan 10.

AKTIVITI PENGUKUHAN

Murid menghayun dan menghentak kaki kanan dan kiri sambil berjalan.

CATATANMurid yang diajar menghayun dan menghentak kaki sambil berjalan dapat menguasai kemahiran menghayun dan menghentak kaki secara berselang seli kaki kanan dan kaki kiri.

TOPIK Motor kasar

4

Page 5: Kmm

SUB TOPIK Berlari

KEMAHIRAN1) Berlari setempat2) Berlari perlahan dan laju3) Berlari bebas.

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Berlari dengan cara yang betul2. Berlari dalam kawasan yang ditetapkan

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Skitel2. Tali skiping3. Gelung rotan

Aktiviti Pengukuhan

Mengadakan pertandingan berlari jarak 50 meter

PERBENDAHARAAN KATA

Berlari, mengelilingi, ulang alik, zig-zag.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid melakukan aktiviti memanaskan badan:1. Guru menggayakan cara larian setempat diperhatikan oleh

murid.2. Guru meminta murid untuk:

2.1 Berlari setempat dengan gaya bebas dalam masa 1 minit.

2.2 Berlari setempat dengan perlahan.2.3 Berlari setempat dengan laju .

3. Guru menunjukcara berlari perlahan.4. Guru mengajar murid cara:

4.1 Berlari dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan tangan mengikut cara yang betul.

4.2 Berlari dengan cara kepala tegak dan memandang lurus ke hadapan.

4.3 Berlari dengan bukaan langkah kaki yang sama. 5. Guru menunjukkan cara berlari laju. 5.1 Murid berlari laju dalam jarak 10 meter 5.2 Murid berlari secara bebas 6. Murid diminta berlari bebas dalam jarak 10 meter

AKTIVITI PENGUKUHAN

Sesi pengukuhan1. Berlari 1 meter ke depan2. Berlari 1 meter ke belakang3. Berlari ke kiri4. Berlari ke kanan

TOPIK Motor kasar.

SUB TOPIK Melompat.

5

Page 6: Kmm

KEMAHIRAN

1. Melompat setempat 2. Mendarat kedua belah kaki3. Mendarat sebelah kaki.4. Melompat bintang.5. Melompat ketingting.

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu dan berpasangan.

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Melompat dan mendarat dengan selamat.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Wisel

2. CD lagu yang bersesuaian.

Aktiviti Pengukuhan1. Gelung rotan

PERBENDAHARAAN KATA

1. Bintang, Ketingting, Setempat

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti pemanasan badan dari kepala ke kaki dengan iringan muzik sambil dibimbing

2. Murid dikehendaki melompat bebas.

3. Dari pemerhatian langkah 2, guru membahagikan murid berpasangan. ( Murid yang boleh melompat dan tidak boleh melompat).

4. Dalam kedudukan berpasangan, guru menunjukcara kemahiran melompat setempat dan mendarat dua belah kaki.

5. Rakan yang boleh melompat akan memegang bahagian siku pasangannya, dan pasangannya akan melompat dan mendarat dengan dua belah kaki dalam kiraan 5.

6. Setelah langkah 5 boleh dikuasai, guru menunjukcara melompat dan mendarat dengan sebelah kaki.

TOPIK Motor kasar.

6

Page 7: Kmm

SUB TOPIK Melambung dan menyambut objek.

KEMAHIRAN1. Melambung 2. Menyambut.

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu dan berpasangan

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Melambung dan menyambut objek yang diberikan.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Pundi kacang2. Bola kecil.3. Wisel.

Aktiviti PengukuhanCD yang bersesuaian.

PERBENDAHARAAN KATA

Lambung, sambut, pundi kacang.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru bersama murid melakukan aktiviti pemanasan badan dari kepala ke kaki dengan iringan muzik sambil dibimbing

2. Murid diberikan pundi kacang dan diminta melempar pundi kacang secara bebas.

3. Guru menunjukcara melambung dan menyambut pundi kacang tersebut.

4. Murid melaksanakan aktiviti pada langkah 3 secara individu dalam 5 kali percubaan.

5. Guru membahagikan murid secara berpasangan, seorang melambung dan seorang menyambut pundi kacang tersebut.

6. Guru memberi objek lain yang boleh dilambung dan disambut, contoh : bola pelbagai saiz.

AKTIVITI PENGUKUHAN

Murid membuat aktiviti bebas melambung dan menyambut objek dengan iringan muzik.

TOPIK Motor Kasar

7

Page 8: Kmm

SUB TOPIK Menggunakan tangga

KEMAHIRAN Menaiki dan menuruni anak tangga

MASA 30 Minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran, murid dapat;1. Menaiki anak tangga satu persatu2. Menuruni anak tangga satu persatu

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P & P

1. Menaiki anak tangga sekolah2. Memanjat bangku panjang kantin3. Tangga penerima hadiah

Aktiviti Pengukuhan

1. Aktiviti di luar kelas

PERBENDAHARAAN KATA

1. Tangga, batu, naik, turun

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru meminta murid berdiri tegak.2. Guru menunjuk cara mengangkat kaki kanan dan kiri.3. Murid mengikut guru mengangkat kaki kanan dan kiri.4. Murid mengangkat kaki paras pinggang kanan dan kiri.5. Guru menunjukkan cara menaiki tangga dengan melangkah

dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri.6. Murid melangkah tangga di mulai dengan kaki kanan dan

diikuti dengan kaki kiri hingga kehujung anak tangga.7. Murid mengulangi aktiviti menaiki dan menuruni anak

tangga sehingga murid dapat menguasai kemahiran tanpa bantuan guru.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid menaiki dan menuruni bangku panjang.2. Murid menaiki dan menuruni tangga mengambil hadiah

CATATAN

TOPIK Motor Kasar

8

Page 9: Kmm

SUB TOPIK Merangkak

KEMAHIRAN Merangkak Bebas

MASA 30 Minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Berkumpulan

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat ;

1. Merangkak secara bebas dengan betul.

2. Merangkak bebas dalam kawasan yang ditetapkan.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P & P

1. Skittel2. Radio

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid merangkak sambil mengutip guli.2. Murid merangkak sambil memasukkan guli ke

dalam bakul.

PERBENDAHARAAN KATA

1. Tapak tangan, lutut, jari tangan. jari kaki

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menayangkan gambar haiwan yang berkaki empat.Contoh:- kambing, lembu dan sebagainya.

2. Guru menunjukkan cara merangkak dengan cara yang betul.

3. Murid mengikut cara guru merangkak dengan cara yang betul.

4. Murid melakonkan aksi merangkak dalam kawasan yang ditetapkan .

5. Murid mengulangi aktiviti merangkak sehingga dapat menguasai kemahiran tanpa bantuan guru.

AKTIVITI PENGUKUHAN

Permainan :1. Kucing menangkap burung terbang2. Kucing menangkap tikus

.

CATATAN

TOPIK Motor Halus

SUB TOPIK Manipulasi-Koordinasi mata dan tangan

9

Page 10: Kmm

KEMAHIRAN Menampal Keratan Gambar

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Murid dapat menampal keratan gambar ikan.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Keratan gambar, kertas lukisan dan gam2. Video/gambar pemandangan dasar laut (jika ada)

PERBENDAHARAAN KATA

Laut, tasik, sungai dan kolam

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menayangkan video/gambar permandangan dasar laut.

2. Guru meminta murid menyebut jenis-jenis hidupan air. 3. Murid meniru pergerakan ikan.4. Guru mengagihkan keratan gambar.5. Guru meminta murid menyusun keratan gambar ikan.6. Murid diminta menampal keratan gambar tersebut di

atas kertas lukisan.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid menampal keratan lain untuk mencantikkan hasil lukisan. Contoh: Rumpai, buih, batu karang dan sebagainya

2. Memberikan token bintang dan mempamerkan hasil kerja di papan kenyataan

TOPIK Motor halus

SUB TOPIK Manipulasi-koordinasi mata dan tangan

KEMAHIRAN Memasukkan tali ke dalam lubang manik

10

Page 11: Kmm

MASA PENGAJARAN

30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. memasukkan tali ke dalam lubang manik

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Manik pelbagai saiz2. Tali kasut

Aktiviti Pengukuhan1. Manik berbagai saiz dan warna

PERBENDAHARAAN KATA

Manik, besar, kecil

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid menyanyi dan membuat pergerakan jari, mengembang dan menguncupkan jari diiring dengan lagu ‘Chiki-chiki chop-chop’ diulang sebanyak 4 kali.

2. Guru menyediakan tali dan manik berbagai saiz3. Guru menunjukcara memegang tali dan manik dengan cara

yang betul4. Guru menunjukcara memasukkan tali ke dalam lubang

manik5. Murid diminta melakukan aktiviti 3 dan 4 dengan bimbingan

guru .6. Murid mengulangi aktiviti sehingga murid menguasai

kemahiran tersebut.7. Murid memasukkan tali ke dalam lubang manik yang

pelbagai saiz

AKTIVITI PENGUKUHAN

Murid menghasilkan rantai daripada manik yang pelbagai saiz dan warna.

CATATAN1. Langkah-langkah pengajaran boleh diubahsuai. Cadangan : Tali kasut

TOPIK Motor halus

SUB TOPIK Manipulasi – Koordinasi mata dan tangan

KEMAHIRAN Menggunting kertas mengikut bentuk

11

Page 12: Kmm

MASA 30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Menggunting kertas sekurang-kurangnya tiga

daripada lima bentuk. Contoh bulat, segitiga dan sebagainya

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

4. Radio.5. Kertas warna6. Surat khabar7. Kad manila.

Aktiviti Pengukuhan

2. Kertas berwarna.

PERBENDAHARAAN KATA

Gunting, surat khabar, kad manila, dan kertas warna.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

7. Menyanyi sambil membuat pergerakan tangan dengan menggenggam dan membuka tangan.

8. Guru menunjukcara memegang gunting dan menggunting kertas.

9. Guru membimbing murid memegang gunting dan menggunting kertas

10. Murid menggunting kertas secara bebas.11. Murid menggunting kertas mengikut bentuk dengan

bantuan guru. 12. Ulangi langkah di atas sehingga murid dapat menguasai

kemahiran tanpa bantuan guru.13. Murid diberikan beberapa helai kertas warna untuk

menggunting lima jenis bentuk. (bulat, segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga, bintang).

14. Ulangi langkah 4-7 sehingga murid menguasai kemahiran .

AKTIVITI PENGUKUHAN1. Murid boleh menggunting bentuk bintang dan bujur.

A. AKTIVITI MULTI- SENSORI

TOPIK Multi-Sensori

SUB TOPIK Melakar

12

Page 13: Kmm

KEMAHIRAN Melakar di atas permukaan pasir/garam/tepung

MASA30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Melakar bebas di permukaan pasir2. Melakar bentuk bebas yang disukai

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Bekas berisi pasir2. Gelanggang lompat jauh

PERBENDAHARAAN KATA

Lukis, hati-hati, permukaan, jari dan bebas.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menunjukkan gambar pantai yang berpasir2. Guru dan murid bersoal jawab berkaitan pantai ( benda-

benda yang ada di tepi pantai)3. Guru memberikan bekas pasir kepada murid.4. Murid mengambil bekas pasir dengan berhati-hati.5. Guru menunjukkan cara melakar dengan menggunakan

jari di bekas pasir.6. Murid mula melakar pasir secara lakaran bebas.7. Guru meminta murid melakar bentuk yang disukai,

buah-buahan, kenderaan atau binatang.8. Guru meminta murid mengulangi lakaran secara

berpandu. (Lukis binatang, buah-buahan dan lain-lain)

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Guru meminta murid membuat lakaran di gelanggang lompat jauh.

TOPIK Multi-sensori

SUB TOPIK Membezakan permukaan

KEMAHIRAN Kemahiran jari dan tangan.

MASA 30 minit

13

Page 14: Kmm

PENGAJARAN

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. membezakan antara permukaan kasar dan permukaan halus dari 2 keping jubin

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Span pencuci pinggan kasar (hijau) 2. kertas tebal /jubin yang berlainan permukaan

Aktiviti Pengukuhan

2. Kertas pasir, cerminPERBENDAHARAAN KATA

Kasar, halus, kertas pasir, jubin.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru membawa murid berjalan di luar bilik darjah tanpa memakai kasut. ( Kawasan berumput, jalan tar, kawasan bersimen dan sebagainya.)

2. Guru memberi 2 jenis objek yang mempunyai permukaan licin dan kasar.

3. Murid diminta mengenalpasti permukaan licin dan kasar.4. Murid diminta membuat bulatan dengan hujung jari di atas

span pencuci pinggan beberapa kali. 5. Guru menyebut perkataan ‘kasar’ dan diikuti oleh murid

semasa murid melakar bulatan dengan hujung jari pada span.

6. Guru meminta murid membuat bulatan dengan hujung jari di atas kad.

7. Guru menyebut perkataan ‘licin’ dan diikuti oleh murid semasa murid melakar bulatan pada kad dengan hujung jari.

8. Guru memberi murid 2 keping jubin yang berbeza permukaannya.

9. Bimbing murid menyebut ‘licin’ dan ‘kasar’ apabila murid menyentuh bahan-bahan lain.

AKTIVITI PENGUKUHAN

Murid diminta mengkelas dan mengasingkan bahan mengikut kumpulan permukaan dalam kotak yang disediakan.

CATATAN 1. Pelbagaikan bahan pengajaran.

TOPIK Multi-sensori

SUB TOPIK Meniup dan menyebut

KEMAHIRAN1. Meniup lilin2. Menyebut huruf ‘o’

14

Page 15: Kmm

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Meniup lilin dengan tiupan yang betul.2. Menyebut huruf ‘o’ dengan sebutan panjang dan pendek.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Lilin

PERBENDAHARAAN KATA

Meniup,huruf ‘o’

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru menyediakan sebatang lilin yang menyala.2. Guru menunjuk cara meniup lilin yang menyala dengan cara yang betul3. Murid meniup lilin yang menyala dengan cara yang betul.4. Guru menunjuk cara menghembus nafas dengan betul di depan cermin5. Guru menyebut huruf ‘o’ dengan sebutan yang betul.6. Murid menyebut huruf ‘o’ bermula dengan sebutan pendek ke sebutan yang panjang.

Murid mengikut setiap langkah yang di atas dengan bantuan guru.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid melakukan aktiviti meniup lilin yang menyala .2. Murid membunyikan huruf vokal yang lain seperti ‘a’ ‘i’ ‘e’ dan ‘u’.

CADANGAN1. Pelbagaikan aktiviti. Contoh meniup kertas tisu, bola

pingpong dengan straw.

TOPIK Multi-sensori

SUB TOPIK Membezakan bau.

KEMAHIRAN Membezakan pelbagai jenis bauan.

15

Page 16: Kmm

MASA 60 minit

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Membezakan pelbagai jenis bauan.

1. Wangi2. Busuk ( bau yang tidak menyenangkan )

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P4. Minyak wangi5. Ikan kering 6. Bedak7. Bunga kemboja8. Daun pandan9. Stokin kotor

(Sediakan bahan yang bersesuaian)

PERBENDAHARAAN KATA

1. Wangi, busuk, dan deria bau.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

9. Guru menyoal murid mengenai pasar.( Pernah pergi ke pasar?)( Apa yang terdapat di pasar?)( Bagaimana situasi di pasar?)( Bau yang terdapat di pasar?)

10. Guru menyediakan 2 bahan yang mempunyai bau wangi dan busuk. Guru menutup mata murid dan menyoal murid mengenai bau yang dihidu. ( wangi atau busuk )

11. Guru menyediakan pelbagai bahan dan meminta murid membezakan bau yang wangi atau busuk.

12. Murid diminta mengkelas dan mengasingkan bahan yang berbau wangi dan busuk.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid diminta menyatakan jenis bau berdasarkan pernyataan guru.- Sampah, bunga, belacan, kopi dan sebagainya.

TOPIK Multi-sensori

SUB TOPIK Membezakan rasa.

KEMAHIRAN Membezakan pelbagai jenis rasa.

MASA 30 minit

16

Page 17: Kmm

KUMPULAN PENGAJARAN

Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Membezakan pelbagai jenis rasa.

- manis- masin- masam - pahit

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. gula2. garam3. air kopi tanpa gula4. cuka5. Air kosong6. Gula-gula7. Limau nipis

PERBENDAHARAAN KATA

manis, masin, masam, pahit dan deria rasa.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru memberi murid sehiris limau nipis untuk dimakan dan menyoal murid bagaimana rasanya. Seterusnya guru memberi gula-gula kepada murid dan mengulangi aktiviti yang sama.

2. Guru menerangkan makanan mempunyai pelbagai rasa dan manusia menggunakan lidah untuk merasa makanan.

3. Guru menyediakan bahan-bahan yang mempunyai rasa manis, masin, masam dan pahit.

4. Guru menutup mata murid dan meminta murid menjelirkan lidah.

5. Guru meletakkan sedikit bahan-bahan yang disediakan di atas lidah murid dan menyoal bagaimana rasanya.( gula, garam, cuka dan air kopi tanpa gula)

6. Murid diminta memberi 2 contoh bahan yang manis, masin, masam dan pahit.

AKTIVITI PENGUKUHAN

3. Murid menyatakan rasa setiap jenis makanan dan minuman.

CATATAN Murid dapat membezakan rasa manis, masin, masam dan pahit.

B. KESEIMBANGAN DAN STABILITI

TOPIK Keseimbangan dan Stabiliti

SUB TOPIK Berjalan

KEMAHIRAN Berjalan di atas garisan lurus

MASA 30 minit

KUMPULAN Individu

17

Page 18: Kmm

PENGAJARAN

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Berjalan ke hadapan dengan mendepakan tangan di atas garisan lurus sejauh 5 meter.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Kon penanda kawasan2. Garisan lurus dari tali tape

PERBENDAHARAAN KATA

Berdiri bebas, berdiri tegak, dan melangkah ke hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru memberi penerangan sambil menunjukcara2. Guru meminta murid dalam keadaan bersedia di garisan

mula.3. Murid diminta berjalan ke hadapan dengan mendepakan

tangan dan terus berjalan di atas garisan.4. Murid diminta berjalan di atas garisan sejauh 1m, 3m

dan 5m

AKTIVITI PENGUKUHAN Guru meminta murid berjalan ke hadapan di atas papan lapis

TOPIK Keseimbangan dan Stabiliti

SUB TOPIK Berdiri

KEMAHIRAN Berdiri sebelah kaki

18

Page 19: Kmm

MASA30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Berdiri sebelah kaki dengan kiraan 10 saat, 20 saat dan 30 saat

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Kon penanda kawasan2. Jam Randik3. Gelung

PERBENDAHARAAN KATA

Berdiri bebas, berdiri tegak, angkat, dan kira.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru memberi penerangan sambil menunjuk cara2. Murid diminta berdiri dalam keadaan bersedia di dalam

gelung.3. Murid diminta berdiri tegak dan seterusnya mengangkat

sebelah kaki dengan kiraan.4. Murid diminta mengangkat sebelah kaki dengan kiraan

10 saat, 20 saat dan 30 saat

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid diminta mengangkat kaki kiri dan kanan berselang seli dengan kiran 10 saat.

TOPIK Keseimbangan dan Stabiliti

SUB TOPIK Berjalan

19

Page 20: Kmm

KEMAHIRAN Berjalan di atas bangku panjang

MASA30 minit

KUMPULAN PENGAJARAN Individu

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Berjalan ke hadapan di atas bangku lurus sejauh 5 meter.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P

1. Kon penanda kawasan2. Bangku/Batu bata

PERBENDAHARAAN KATA

Berdiri bebas, berdiri tegak, melangkah, ke hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Guru memberi penerangan sambil menunjuk cara2. Murid diminta dalam keadaan bersedia di atas bangku.3. Murid diminta berjalan ke hadapan dan terus berjalan di

atas bangku.4. Murid diminta berjalan di atas bangku sejauh 1m, 3m

dan 5m

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid diminta berjalan ke hadapan di atas bangku sambil menjunjung pundi kacang di atas kepala.

20