klsr

9
KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) 1.0 Pengenalan KLSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan

Upload: fatin-izianti

Post on 14-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR)1.0Pengenalan KLSRKurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat daripada konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat-matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Mata pelajaran pendidikan seni dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan semasa KLSR. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum tahun 80-an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Namun, isi kandungan pelajaran tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR adalah isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan kerohanian. Dari sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya.2.0Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSRBilik darjah tradisi digunakan di negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.

3.0Aspek pengujian dan penilaian dalam KLSRDalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP (1978). Justeru, peperiksaan umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 Ujian Diagnostik diperkenalkan pada darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, murid-murid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.4.0Perbandingan KLSR dengan KBSRKLSRKBSR

1. Keterlaluan dalam isi kandungan. Isi kandungan yang banyak dan mengabaikan kemahiran asas.1. Bercorak pendidikan asas.

2. Pelajaran berpusat kepada guru.2. Menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid.

3. Proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara formal dan kurang fleksibel.3. Mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

4. Mengabaikan perbezaan individu.4. Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.

5. Semua murid diberi rancangan pelajaran yang sama. Hal ini mengakibatkan murid yang sederhana atau lemah tidak dapat mengikuti pelajaran sehingga hilang minat terhadap pelajaran dan seterusnya hampir- hampir menjadi buta huruf.5. Bahan dan proses pengajaran pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan, minat.

6. Sukatan pelajaran amat rigid dan kadang kala menegaskan sesuatu aspek kemahiran sahaja.6. Program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid.

7. Terlalu banyak mata pelajaran di peringkat awal membebankan pembelajaran.7. Pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata pelajaran.

8. Pengajaran berasaskan cara kelas.8. Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan cara individu.

9. Mengutamakan kegunaan buku teks dan kapur, tetapi sedikit alat bantuan mengajar yang lain.9. Penggunaan buku teks dikurangkan tetapi rujukan dan alat mengajar dipelbagaikan.

10. Penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban pelajar.

RujukanArt Student (2009). Kurikulum Lama Sekolah Rendah. http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/kurikulum-lama-sekolah-rendah-klsr.html. Diakses pada 17 Januari 2011.http://atiqahali.blogspot.com/2010/04/banding-beza-psv-klsr-dengan-kbsr.html. Diakses pada 17 Januari 2011.