klikdbp4jan8

1
K aedah penerimaan imbuhan awalan dalam tulisan Jawi berbeza- beza mengikut kata dasarnya. Perbezaan ini jelas dapat dilihat pada perkataan yang bermula dengan huruf alif. Ada perkataan yang perlu dibuang huruf alifnya setelah menerima imbuhan awalan dan ada yang dikekalkan huruf alifnya. Keterangannya adalah seperti yang berikut: i. Setiap kata dasar yang bermula dengan huruf alif yang diberi imbu- han awalan (ber, ter, per) hendaklah dikekalkan huruf alif pada kata dasar tersebut. Contoh: ii. Setiap perkataan yang bermula dengan huruf alif yang berbunyi [e] pepet, [e] taling, [i], [o] dan [u] hendaklah dihilangkan alifnya sekiranya menerima imbuhan awalan me- (meng-) dan pe- (peng-). Contohnya: iii. Manakala perkataan yang kata dasarnya bermula dengan huruf alif dan membawa fonem [a] pula hendaklah dikekalkan alifnya sekiranya menerima imbuhan awalan me- (meng-) dan pe- (peng-). Contohnya: Latihan: Jawikan ayat berikut: 1. Pengarah syarikat tersebut mengarahkan pekerjanya supaya bekerja dengan lebih cekap. 2. Mereka berenam pergi ke sekolah menaiki van. 3. Ibu sedang mengayak tepung. 4. Kebanyakan bahan pengawet boleh menjejaskan kesihatan kita. 5. Izzati sedang mengisi air ke dalam baldi. Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Wacana Satu Huraian Ringkas (Bahagian I) PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 19 emel Imbuhan Awalan A pabila kita bercakap ten- tang tatabahasa, unit ter- tinggi yang lazim menja- di rujukan ialah ayat. Namun perlu diingat bahawa dalam sistem perhubungan, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, kita menyampaikan maksud bukan dalam satu ayat tetapi dalam beberapa ayat. Ayat-ayat itu terjalin rapi untuk membawa maksud de- ngan jelas. Gabungan ayat-ayat yang dijalinkan ini merupakan kesatuan yang utuh yang dina- makan wacana. Oleh sebab konsep wacana ini tidak begitu jelas, maka tajuk ini menjadi tumpuan perbincangan pada kali ini. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu yang boleh berupa satu ayat, sebuah petikan, bab, buku, majalah dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, wacana ialah jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan berke- sinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada tahap yang tertinggi, iaitu selepas ayat. Susunannya daripada unit terkecil, secara kasar, adalah seperti yang berikut: perkataan – frasa – klausa – ayat – wacana. Menurut Beaugrand & Dressler dalam buku mereka berjudul Introduction to Text Linguistics (1981), terdapat tujuh ciri yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu: tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keada- an dan interteks. Berikut dihuraikan ketujuh-tujuh ciri ini secara ringkas. Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik lain dalam sebuah wacana yang berjaya menghasilkan wacana yang mantap. Unsur tautan ini ter- capai melalui hubungan antara perkataan, frasa atau ayat de- ngan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana berkenaan. Sebagai contoh, perhatikan dua ayat berikut yang hadir secara berikutan: (1) Maria, Liza dan Ainun pergi ke sekolah. (2) Mereka ke sana dengan bas. Dalam ayat-ayat ini terdapat dua unsur tautan, iaitu antara mereka dalam ayat (2) dengan Maria, Liza dan Ainun dalam ayat (1), dan antara ke sana dengan ayat (2) dengan pergi ke sekolah dalam ayat (1). Unsur- unsur tautan ini menjadikan kedua-dua ayat ini wacana. Runtutan atau koheren ialah aspek kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga bentuk bahasa itu bermakna. Kesinambungan fakta yang wujud melalui peng- gunaan perkataan dan frasa tertentu menjadikan sesuatu teks itu mempunyai makna dan wujud sebagai satu waca- na. Perhatikan contoh berikut: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukan- lah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dike- san di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Melalui perkataan dan frasa AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini wujud kesinam- bungan antara ketiga-tiga ayat di atas sehingga membentuk wacana yang bermakna. Tujuan bermaksud sebab sesuatu bentuk bahasa digu- nakan, misalnya untuk men- dapat maklumat, untuk me- nyampaikan sesuatu maklumat atau untuk berlakunya sesuatu tindakan. Jika hendak menda- pat maklumat, kita kerap kali menggunakan soalan atau ayat tanya; untuk menyatakan se- suatu, kita menggunakan ayat penyata; dan untuk menjadikan sesuatu tindakan berlaku, kita boleh memberi arahan. Jikalau tujuan penggunaan bahasa kita itu tercapai, maka sudah wujud wacana, tidak kira dalam ben- tuk lisan atau tulisan. Sesuatu wacana, baik lisan mahupun tulisan, perlu mem- punyai pendengar atau pem- baca. Pendengar atau pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan se- seorang itu tinggi jika pende- ngar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang digu- nakan, sama ada dalam ben- tuk tulisan atau lisan. Tahap penerimaan juga menjadi ting- gi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan. Sehingga kini telah dibin- cangkan empat daripada tujuh ciri yang mewujudkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtut- an, tujuan dan penerimaan. Huraian tentang tiga ciri lagi akan disambung dalam ruang- an ini pada bulan hadapan. BAHASA SUKUAN Lubi L ubi ialah kosa kata suku kaum Sungai yang bermaksud syam- pu. Kata lubi diucap dalam dua suku kata lu-bi. Contoh penggunaannya: Adik gemar menggunakan lubi yang baru dibeli oleh emak. Oleh Noorzanani Kata Pemawah Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya. Peracun 1. Orang yang meracun atau mera- cuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun. Peracik Orang yang menangkap burung den- gan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa. Pempasteur 1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim. Penyihir Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain. Perangka orang yang merangka (program, ran- cangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia pro- gram ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan. Oleh Zaiton Nasir KOSA KATA BAHARU SASTERA Rumah rehat (Resthouse) Tempat penginapan yang disediakan oleh kerajaan yang mempunyai kemudahan terhad dengan harga yang lebih murah. Lancong sungai (Riverine Tourism) Pelancongan yang menggunakan sungai sebagai daya tarikan dengan menggunakan perahu untuk aktiviti melancong. Tambang pergi balik (Round trip fare) Tambang khas perjalanan pergi balik dari satu tempat ke tempat yang lain. Tambang senarai tunggu (Standby fare) Tambang untuk penumpang yang di senarai tunggu, biasanya penumpang yang tidak boleh menaiki satu-satu penerbangan selagi semua penumpang yang telah mengesahkan tempahan atau mendaftar masuk telah menaiki pesawat. Sumber daya pelancongan (Tourism resources) Keupayaan pelancong sama ada berupa wang, masa dan keinginan peribadi untuk melancong. Produk atau perkhidmatan pelancongan bersaing untuk mendapatkannya. Jakuzi (Jacuzzi) Tab mandi yang dilengkapi dengan pemutar air yang kuat bertujuan untuk urut badan. Anjung lajur (Runway) Platform yang menyambung bilik mesyuarat ke pentas. GLOSARI PELANCONGAN Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin Ber + anak = beranak Ber + ombak = berombak Ber + enam = berenam Ter + ikut = terikut Ter + elak = terelak Per + ubahan = perubahan Rumi Jawi Meng + eram = mengeram Meng + elak = mengelak Meng + isi = mengisi Peng + olah = pengolah Peng + urus = pengurus Rumi Jawi Meng + ajak = mengajak Peng + arah = pengarah Meng + ayak = mengayak Peng + awet = pengawet Rumi Jawi

Upload: alsharo-alih-mijal

Post on 29-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: klikdbp4jan8

Kaedah penerimaan imbuhan awalan dalam tulisan Jawi berbeza-beza mengikut kata dasarnya. Perbezaan ini jelas dapat dilihat pada perkataan yang bermula dengan huruf alif. Ada perkataan

yang perlu dibuang huruf alifnya setelah menerima imbuhan awalan dan ada yang dikekalkan huruf alifnya. Keterangannya adalah seperti yang berikut: i. Setiap kata dasar yang bermula dengan huruf alif yang diberi imbu-han awalan (ber, ter, per) hendaklah dikekalkan huruf alif pada kata dasar tersebut.Contoh:

ii. Setiap perkataan yang bermula dengan huruf alif yang berbunyi [e] pepet, [e] taling, [i], [o] dan [u] hendaklah dihilangkan alifnya sekiranya menerima imbuhan awalan me- (meng-) dan pe- (peng-).Contohnya:

iii. Manakala perkataan yang kata dasarnya bermula dengan huruf alif dan membawa fonem [a] pula hendaklah dikekalkan alifnya sekiranya menerima imbuhan awalan me- (meng-) dan pe- (peng-). Contohnya:

Latihan:Jawikan ayat berikut:

1. Pengarah syarikat tersebut mengarahkan pekerjanya supaya bekerja dengan lebih cekap.2. Mereka berenam pergi ke sekolah menaiki van.3. Ibu sedang mengayak tepung.4. Kebanyakan bahan pengawet boleh menjejaskan kesihatan kita.5. Izzati sedang mengisi air ke dalam baldi.

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008

PEDOMAN BAHASABersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Wacana Satu Huraian Ringkas (Bahagian I)

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd SaophyAmizul Wan Mansor

BH PILIH L4 19 emel

Imbuhan Awalan

Apabila kita bercakap ten-tang tatabahasa, unit ter-tinggi yang lazim menja-

di rujukan ialah ayat. Namun perlu diingat bahawa dalam sistem perhubungan, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, kita menyampaikan maksud bukan dalam satu ayat tetapi dalam beberapa ayat. Ayat-ayat itu terjalin rapi untuk membawa maksud de-ngan jelas. Gabungan ayat-ayat yang dijalinkan ini merupakan kesatuan yang utuh yang dina-makan wacana.

Oleh sebab konsep wacana ini tidak begitu jelas, maka tajuk ini menjadi tumpuan perbincangan pada kali ini.

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu yang boleh berupa satu ayat, sebuah petikan, bab, buku, majalah dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, wacana ialah jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan berke-sinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada tahap yang tertinggi, iaitu selepas ayat. Susunannya daripada unit terkecil, secara kasar, adalah seperti yang berikut: perkataan – frasa – klausa – ayat – wacana.

Menurut Beaugrand & Dressler dalam buku mereka berjudul Introduction to Text Linguistics (1981), terdapat tujuh ciri yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu: tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keada-an dan interteks. Berikut dihuraikan ketujuh-tujuh ciri ini secara ringkas.

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik lain dalam sebuah wacana yang berjaya menghasilkan wacana yang mantap. Unsur tautan ini ter-capai melalui hubungan antara perkataan, frasa atau ayat de-ngan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana berkenaan. Sebagai contoh, perhatikan dua ayat berikut yang hadir secara berikutan: (1) Maria, Liza dan Ainun pergi ke sekolah. (2) Mereka ke sana dengan bas. Dalam ayat-ayat ini terdapat dua unsur tautan, iaitu antara mereka dalam ayat (2) dengan Maria, Liza dan Ainun dalam ayat (1), dan antara ke sana dengan ayat (2) dengan pergi ke sekolah dalam ayat (1). Unsur-unsur tautan ini menjadikan kedua-dua ayat ini wacana.

Runtutan atau koheren ialah aspek kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga bentuk bahasa

itu bermakna. Kesinambungan fakta yang wujud melalui peng-gunaan perkataan dan frasa tertentu menjadikan sesuatu teks itu mempunyai makna dan wujud sebagai satu waca-na. Perhatikan contoh berikut:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukan-lah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dike-san di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Melalui perkataan dan frasa AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini wujud kesinam-bungan antara ketiga-tiga ayat di atas sehingga membentuk wacana yang bermakna. Tujuan bermaksud sebab sesuatu bentuk bahasa digu-nakan, misalnya untuk men-dapat maklumat, untuk me- nyampaikan sesuatu maklumat atau untuk berlakunya sesuatu tindakan. Jika hendak menda-pat maklumat, kita kerap kali menggunakan soalan atau ayat tanya; untuk menyatakan se-suatu, kita menggunakan ayat penyata; dan untuk menjadikan sesuatu tindakan berlaku, kita boleh memberi arahan. Jikalau tujuan penggunaan bahasa kita itu tercapai, maka sudah wujud wacana, tidak kira dalam ben-tuk lisan atau tulisan.

Sesuatu wacana, baik lisan mahupun tulisan, perlu mem-punyai pendengar atau pem-baca. Pendengar atau pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan se-seorang itu tinggi jika pende-ngar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang digu-nakan, sama ada dalam ben-tuk tulisan atau lisan. Tahap penerimaan juga menjadi ting-gi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Sehingga kini telah dibin-cangkan empat daripada tujuh ciri yang mewujudkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtut-an, tujuan dan penerimaan. Huraian tentang tiga ciri lagi akan disambung dalam ruang-an ini pada bulan hadapan.

BAHASA SUKUAN

Lubi

Lubi ialah kosa kata suku kaum Sungai yang bermaksud syam-pu. Kata lubi diucap dalam dua

suku kata lu-bi.Contoh penggunaannya: Adik

gemar menggunakan lubi yang baru dibeli oleh emak.

Oleh Noorzanani Kata

Pemawah Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.

Peracun 1. Orang yang meracun atau mera-cuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun.

Peracik Orang yang menangkap burung den-gan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa.

Pempasteur 1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim.

Penyihir Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.

Perangka orang yang merangka (program, ran-cangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia pro-gram ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.

Oleh Zaiton Nasir

KOSA KATA BAHARU SASTERA

Rumah rehat(Resthouse)Tempat penginapan yang disediakan oleh kerajaan yang mempunyai kemudahan terhad dengan harga yang lebih murah.

Lancong sungai(Riverine Tourism)Pelancongan yang menggunakan sungai sebagai daya tarikan dengan menggunakan perahu untuk aktiviti melancong.

Tambang pergi balik(Round trip fare)Tambang khas perjalanan pergi balik dari satu tempat ke tempat yang lain.

Tambang senarai tunggu(Standby fare)Tambang untuk penumpang yang di senarai tunggu, biasanya penumpang yang tidak boleh menaiki satu-satu penerbangan selagi semua penumpang yang telah mengesahkan tempahan atau mendaftar masuk telah menaiki pesawat.

Sumber daya pelancongan(Tourism resources)Keupayaan pelancong sama ada berupa wang, masa dan keinginan peribadi untuk melancong. Produk atau perkhidmatan pelancongan bersaing untuk mendapatkannya.

Jakuzi(Jacuzzi)Tab mandi yang dilengkapi dengan pemutar air yang kuat bertujuan untuk urut badan.

Anjung lajur(Runway)Platform yang menyambung bilik mesyuarat ke pentas.

GlOSARi PElANCONGAN

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Ber + anak = beranak

Ber + ombak = berombak

Ber + enam = berenam

Ter + ikut = terikut

Ter + elak = terelak

Per + ubahan = perubahan

Rumi Jawi

Meng + eram = mengeram

Meng + elak = mengelak

Meng + isi = mengisi

Peng + olah = pengolah

Peng + urus = pengurus

Rumi Jawi

Meng + ajak = mengajak

Peng + arah = pengarah

Meng + ayak = mengayak

Peng + awet = pengawet

Rumi Jawi