klausa

2
KLAUSA Ayat dapat diluaskan dengan memancangkan ayat tambahan yang lain pada ayat utama. Ayat tambahan atau ayat dalam ayat ini disebut sebagai klausa. Seperti ayat, klausa mempunyai subjek dan predikat, tetapi klausa merupakan ayat yang terikat pada ayat yang lain. Contoh 1. Sebelum aku pergi ke Acheh, aku ingin menemuimu. (ayat pancangan) (i) Aku ingin menemuimu (klausa bebas). (ii) sebelum aku pergi ke Acheh. (klausa tak bebas) Dalam ayat pancangan 1, Sebelum aku pergi ke Acheh, aku ingin menemuimu, klausa sebelum aku pergi ke Acheh bertugas sebagai keterangan. Kata sebelum ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa tak bebas itu dengan klausa bebas. Klausa Sebelum aku pergi ke Acheh menyatakan makna waktu. Oleh sebab itu, klausa tersebut dikenal sebagai sebagai klausa keterangan waktu. Contoh yang lain 1. Bayi tu menangis kerana (dia) lapar.

Upload: nurul-aida

Post on 16-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KLAUSA

TRANSCRIPT

INSTITUT BAHASA MELAYU MALAYSIA

Klausa

Ayat dapat diluaskan dengan memancangkan ayat tambahan yang lain pada ayat utama. Ayat tambahan atau ayat dalam ayat ini disebut sebagai klausa. Seperti ayat, klausa mempunyai subjek dan predikat, tetapi klausa merupakan ayat yang terikat pada ayat yang lain.

Contoh1.Sebelum aku pergi ke Acheh, aku ingin menemuimu. (ayat pancangan)

(i) Aku ingin menemuimu (klausa bebas).

(ii) sebelum aku pergi ke Acheh.(klausa tak bebas)

Dalam ayat pancangan 1, Sebelum aku pergi ke Acheh, aku ingin menemuimu, klausa sebelum aku pergi ke Acheh bertugas sebagai keterangan. Kata sebelum ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa tak bebas itu dengan klausa bebas.

Klausa Sebelum aku pergi ke Acheh menyatakan makna waktu. Oleh sebab itu, klausa tersebut dikenal sebagai sebagai klausa keterangan waktu.

Contoh yang lain

1.Bayi tu menangis kerana (dia) lapar.

2.Hujan turun dengan lebatnya sehingga seluruh kampung itu kebanjiran.

3.Engkau akan berjaya dalam peperiksaan jika (engkau) rajin belajar.

4.Padi itu saya jemur supaya (padi itu) kering.5.Wakaupun (saya) kurang sihat, saya akan menghadiri perjumpaan tersebut.

6.Mereka boleh tinggal di tempat (mereka) bekerja sekarang.

7.Orang itu menebang pohon rambutan dengan (dia) menggunakan gergaji.

8.Dia merayau ke sana ke sini seolah-olah (dia) tidak mempunyai tujuan.

Jenis-jenis klausa keterangan

1. klausa keterangan sebab

2. klausa keterangan akibat

3. klausa keterangan syarat

4. klausa keterangan tujuan

5. klausa keterangan pertentangan

6. klausa keterangan tempat

7. klausa keterangan cara

8. klausa keterangan bandingan