kkr 2013 operasi latihan (pol) kkr... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended...

21
1 2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA PELAN OPERASI LATIHAN KKR 2013 Rev.: 2

Upload: vanminh

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

1

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

PELAN

OPERASI

LATIHAN

KKR

2013

Rev.: 2

Page 2: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

2

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

1.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah

memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada

pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik

permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan

melaksana polisi dan program masing-masing.

Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah

dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun

yang sama, beberapa kementerian telah diwujudkan termasuklah

Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja

Raya, Pos dan Telekom. Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah

Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini. Fungsi dan

tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan

di bawah pentadbiran Kementerian ini.

Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan

dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan.

Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara

dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan

Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada

tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada

Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau

bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada

tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan

Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan

nama itu kekal sehinggalah sekarang.

Page 3: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

3

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

22..00 VVIISSII KKEEMMEENNTTEERRIIAANN

Menjadi organisasi peneraju dalam pembangunan infrastruktur

dan memacu industri pembinaan negara yang lebih kompetitif di

pasaran global.

33..00 MMIISSII KKEEMMEENNTTEERRIIAANN

a) Pembangunan Infrastruktur

Memastikan pembangunan infrastruktur dirancang, dilaksana

dan disenggara dengan cekap dan berkualiti tinggi.

b) Industri Pembinaan

Membangun, mengembang dan memantapkan industri

pembinaan negara dan perkhidmatan profesional yang

berdaya saing di pasaran global.

44..00 PERANAN DAN OOBBJJEEKKTTIIFF KKEEMMEENNTTEERRIIAANN

Peranan dan objektif Kementerian ialah untuk:

a) Merancang dan menyelaras projek-projek infrastruktur

Negara;

b) Melaksanakan dan memantau projek-projek pembangunan

infrastruktur;

c) Menyelaraskan dan memantau semua jabatan dan semua

agensi di bawah Kementerian Kerja Raya;

d) Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada agensi-

agensi Kerajaan;

e) Mengawal selia lebuh raya yang diswastakan;

f) Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian)

1984;

g) Akta Tol (Jalan Raya dan Jambatan) 1965;

h) Mengembangkan industri pembinaan;

i) Meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam industri

pembinaan;

Page 4: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

4

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

j) Memantau penyenggaraan Jalan-jalan Persekutuan;

k) Mengendalikan dan memantau penyenggaraan bangunan

gunasama Kerajaan yang diswastakan; dan

l) Membantu dalam pewartaan rizab Jalan Persekutuan di bawah

Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.

55..00 MMAATTLLAAMMAATT SSTTRRAATTEEGGIIKK KKEEMMEENNTTEERRIIAANN

Strategi dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah dikenal pasti

adalah berdasarkan kepada 6 tugas teras KKR iaitu:

a) Pembangunan Infrastruktur Jalan

Menyediakan rangkaian jalan raya yang efisien dan selamat

dengan kualiti yang terbaik untuk kemudahan rakyat dan

merangsang pertumbuhan ekonomi negara;

b) Pembangunan Industri Binaan & Kejuruteraan

Memastikan industri binaan dan kejuruteraan negara

berkembang dan menyumbang kepada KDNK negara melalui

penggunaan teknologi terkini dan inovasi yang dihasilkan;

c) Pengurusan Penyelenggaraan Infrastruktur Jalan &

Bangunan

Memastikan aset jalan dan bangunan yang ada di negara ini

diselenggara dengan cekap, berkesan berasaskan piawaian

antarabangsa supaya aset-aset ini dapat digunakan secara

optimum;

d) Pengurusan Penswastaan Lebuh Raya

Memastikan setiap lebuh raya yang dibina memberikan tahap

perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna daripada aspek

penyelenggaraan, trafik dan kemudahan di sepanjang laluan

lebuh raya;

Page 5: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

5

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

e) Pembangunan Keupayaan & Kapasiti Sumber Manusia

Industri Binaan

Memastikan sumber manusia industri binaan dilengkapi

dengan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan

perubahan persekitaran dan perkembangan teknologi;

f) Penglibatan Penggiat Industri Binaan di Peringkat

Global

Menyediakan peluang, bantuan dan rundingan kepada

penggiat-penggiat industri binaan negara untuk mengeksport

perkhidmatan ke luar negara

6 ..00 PPEEMMBBAANNGGUUNNAANN MMOODDAALL IINNSSAANN DDII KKEEMMEENNTTEERRIIAANN KKEERRJJAA

RRAAYYAA

Kementerian Kerja Raya menerusi Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia sentiasa mengandakan usaha dalam mencetuskan revolusi

idea untuk memberi penekanan terhadap usaha membangunkan

Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan Kementerian ini

untuk terus kekal relevan dengan kehendak semasa. Warga KKR

dari semua peringkat merupakan aset insani yang paling penting

dalam usaha Kementerian merealisasikan fungsi dan objektifnya

dalam menggalas cabaran menjelang menjadi negara maju pada

tahun 2020.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Kementerian sentiasa

berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan

ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk kompetensi

umum, motivasi diri dan bidang teknikal. Modal insan merupakan

individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan

moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, berdisiplin, dinamik,

inovatif, kreatif, sihat, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.

Page 6: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

6

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Justeru, bagi

memenuhi impian ini, Kementerian saban tahun telah menyediakan

platfom dalam bentuk latihan untuk mempersiapkan warga KKR

untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

77..00 OOBBJJEEKKTTIIFF LLAATTIIHHAANN

Program latihan Kementerian Kerja Raya dibangunkan bertujuan

untuk mencapai objektif-objektif berikut:

a) Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan

berkompetensi;

b) Mencapai hasil kerja yang bermutu dan berkualiti tinggi;

c) Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;

d) Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;

e) Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah

(value added) di dalam sektor awam; dan

f) Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

8.0 DASAR LATIHAN

8.1. Skop Latihan

Skop latihan dalam konteks ini bermaksud kursus jangka pendek

yang tempohnya tiga (3) bulan atau kurang. Ia merangkumi

segala aktiviti yang dirancang dan diuruskan untuk warga

Kementerian oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan

Bahagian/ unit berkenaan. Skop latihan juga meliputi kursus yang

dianjurkan oleh agensi luar (awam dan swasta yang dihadiri oleh

kakitangan awam sama ada dibiayai oleh Kementerian atau pihak

penganjur).

Page 7: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

7

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

8.2 Definisi Latihan

Definisi latihan KKR ialah mengambil pakai Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 6 Tahun 2005, yang ditakrifkan seperti berikut:

“Proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan

berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran

untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.

Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus,

latihan semasa bekerja dan program mentoring coaching atau yang

seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan

individu dan kecemerlangan organisasi.”

KKR juga mengambil definisi latihan Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) menerusi surat edaran agensi berkenaan rujukan

JPA(L)s.1751411-KIt 8(26) bertarikh 23 Julai 2009: pendekatan

latihan dipelbagaikan bukan hanya melibatkan conventional face to

face sahaja tetapi penyampaian latihan dilaksanakan menggunakan

pendekatan blended approach seperti program mentor mentee,

coaching (TOT), book review, sesi perkongsian ilmu dan

sebagainya.

Dengan mengambil kira dua sumber di atas, maksud latihan di

Kementerian Kerja Raya adalah ditakrifkan seperti Jadual 1

berikut;

Page 8: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

8

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

JADUAL 1: Takrif Latihan Kementerian

BIL. PROGRAM LATIHAN JENIS AKTIVITI

1. LATIHAN

Definisi:

Aktiviti pemindahan ilmu yang

dijalankan selama 6 jam secara

berterusan dan bersemuka sama

ada menerusi anjuran

Kementerian, Bahagian/ Unit atau

Agensi luar di dalam dan luar

Negara.

i. Kursus;

ii. Seminar;

iii. Konvensyen;

iv. Bengkel/ makmal;

v. Forum;

vi. Simposium;

vii. Retreat; dan

viii Lawatan rasmi/ korporat/ sambil

belajar

2. SESI

PEMBELAJARAN

Definisi:

Sebarang aktiviti latihan atau

pembelajaran secara bersemuka

yang tempohnya kurang 6 jam

anjuran Kementerian atau Agensi

luar.

i. Sesi pembelajaran di peringkat Unit/

Bahagian/ Sektor;

ii. Sesi perkongsian ilmu di peringkat

Unit/ Bahagian/ Sektor;

iii. Program Executive Talk anjuran

Kementerian, INTAN, Agensi luar

dan program yang seumpamanya;

iv. Perhimpunan Bulanan Kementerian/

Bahagian/ Unit;

v. Program penerapan nilai-nilai murni

dan ceramah-ceramah khas pada

bulan Ramadhan;

vi. Program sambutan hari-hari

kebesaran Islam/ perayaan yang

mengandungi ucapan/ ceramah/

forum;

Page 9: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

9

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

vii. Sesi pertemuan mentor mentee

dan coaching (TOT);

viii. Menyampaikan ceramah/

membuat pembentangan di

dalam kursus/ bengkel;

ix. Sesi pembelajaran ICT seperti

HRMIS dan GIS.

3. PEMBELAJARAN

KENDIRI

Definisi:

Kaedah pembelajaran yang

berkonsepkan belajar atas daya

usaha sendiri sama ada

pembelajaran secara bersemuka

atau tidak.

i. Penggunaan portal e-

Pembelajaran Sektor Awam

(EPSA) anjuran INTAN atau e-

Pembelajaran lain yang diiktiraf

oleh KKR;

ii. Penggunaan Pangkalan Repositori

Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-

HRMIS); dan

iii. Pembacaan buku-buku ilmiah

dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

termasuk e-book (book review

hendaklah disediakan)

8.3 Pelaksanaan

a) Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan mesti dirancang

mengikut garis panduan struktur latihan dan memberi

keutamaan keperluan latihan semasa Kementerian;

b) Setiap pegawai dan kakitangan mestilah melalui pusingan

latihan yang lengkap bagi mempertingkatkan kualiti individu

tersebut;

c) Dalam setahun, setiap pegawai dan kakitangan awam

Kementerian dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya

satu latihan (sama ada dalam bentuk kursus, seminar atau

bengkel) dan tidak kurang dari 7 hari berkursus setahun;

Page 10: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

10

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

d) Latihan hendaklah diberikan kepada semua kategori/

peringkat perkhidmatan sama ada pengurusan dan

professional mahupun kumpulan sokongan;

e) Bagi pegawai atau kakitangan yang melaporkan diri untuk

lantikan baru, mestilah menjalani Program Transformasi

Minda (PTM);

f) Latihan yang diadakan hendaklah memberi keutamaan

kepada usaha untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran,

memenuhi tahap keperluan organisasi dan berkaitan dengan

bidang tugas;

g) Program kursus jangka pendek (kurang dari 3 bulan) luar

negara akan dirancang dalam POL dan peruntukan yang

mencukupi akan disediakan. Pencalonan untuk kursus luar

negara perlulah mengambil kira perkara berikut:

i) Pegawai yang telah mengikuti kursus jangka pendek/

panjang di luar Negara boleh dipertimbangkan untuk

mengikuti kursus- kursus jangka pendek lain atau siri

kursus jangka pendek seterusnya di luar Negara

selepas genap satu tahun tamat mengikuti kursus

tersebut;

ii) Setiap pegawai dicalonkan untuk mengahadiri kursus

jangka pendek luar negara hendaklah terdiri daripada

mereka yang mendapat Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan (LNPT) sekurang–kurangnya 85% dan ke

atas serta bebas daripada tindakan tatatertib;

iii) Seminar atau kursus ke luar Negara hendaklah

mempunyai kaitan dengan bidang tugas pegawai;

iv) Semua pencalonan untuk menghadiri kursus jangka

pendek luar negara anjuran JPA atau lain-lain

penganjur perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha

Kementerian terlebih dahulu sebelum dikemukakan

kepada pihak berkenaan;

Page 11: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

11

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

v) Tempoh kursus jangka pendek luar Negara (kecuali

seminar/ persidangan) yang dibiayai sepenuhnya oleh

Kementerian hendaklah dijalankan sekurang-

kurangnya selama 5 hari dan maksimum 14 hari.

Penyertaan dalam kursus di luar Negara yang

tempohnya terlalu pendek iaitu kurang lima (5) hari

tidak digalakkan; dan

vi) Pengetahuan yang didapati dari menghadiri kursus

jangka pendek luar negara perlu dikongsi dengan

rakan – rakan setugas termasuk Ketua Jabatan

menerusi kaedah yang akan ditentukan.

99..00 SSTTRRAATTEEGGII LLAATTIIHHAANN

9.1 Jadual Latihan Tahunan (JLT)

a) Bagi mencapai dasar dan objektif yang ditetapkan, program

latihan yang akan dianjurkan adalah meliputi kursus-kursus

generik dan fungsian yang bersesuaian dengan kompetensi

serta berbentuk softskill dan humanity. Pelaksanaan

Program dibahagikan seperti berikut;

i) Dilaksanakan oleh BPSM [Kursus generik dan Kursus

fungsian (Kursus Berbayar)]:

Program Wajib ( Program Transformasi Minda)

Program Pembangunan Professional

(Kepimpinan, Komunikasi dan Bahasa)

Program Organisasi Pembelajaran

Program Pembangunan Diri

Program Pembangunan Kompetensi Umum

Program Anjuran Luar ( Kursus Berbayar )

Page 12: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

12

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

Program Luar Negara (melalui peruntukan One-

Off)

ii) Dilaksanakan oleh Bahagian [Kursus fungsian

(Pengkhususan Bahagian)]

Program Pembangunan Industri Pembinaan dan

Pembangunan Teknikal

Program Kewangan & Akaun

Program ICT

Program Pembangunan Organisasi

Program Pengkhususan Lain

c) Setiap bidang utama akan diperincikan melalui kursus/

latihan yang telah ditetapkan kumpulan sasar serta objektif.

Ia juga dibangunkan dengan mengambil tempoh

perkhidmatan anggota serta keperluan semasa

persekitaran.

d) Peruntukan kursus Luar Negara disediakan secara

berasingan melalui peruntukan ‘One-Off’.

9.2 Pengenalpastian Peserta dan Penceramah Program

Bagi pelaksanaan program latihan kompetensi umum di

bawah CPMI, BPSM, semua urusan bagi menjayakan

pelaksanaan program kursus berkaitan akan diuruskan oleh

CPMI, BPSM.

Bagi pelaksanaan program latihan Kompetensi khusus yang

melibatkan fungsi khusus Bahagian berkaitan, Bahagian-

bahagian akan mengenalpasti calon-calon peserta kursus

berkaitan, mengeluarkan surat panggilan peserta kursus dan

Page 13: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

13

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

peceramah (dikalangan penjawat awam) sebagaimana yang

diluluskan di dalam JLT 2013. Salinan surat pelantikan

penceramah di kalangan penjawat awam perlu dikemukakan

kepada CPMI, BPSM.

Walau bagaimanapun, pelantikan konsultan / penceramah

bebas perlu dikemukakan kepada CPMI, BPSM untuk

kelulusan. CPMI, BPSM akan menyelaraskan urusan dari segi

keperluan peruntukan, keperluan penyediaan Pesanan

Tempatan kepada penyedia perkhidmatan dengan Bahagian

Kewangan berdasarkan cadangan syor yang dikemukakan

oleh Bahagian-Bahagian.

9.3 PEMILIHAN TARIKH, TEMPOH DAN TEMPAT YANG

STRATEGIK

CPMI, BPSM akan meneliti dan menyelaraskan tarikh

penganjuran semua kursus-kursus yang dicadangkan di

bawah JLT 2013 bagi mengelakkan pertindihan program

latihan dengan program rasmi Kementerian atau mesyuarat

atau kursus-kursus lain. Disamping itu, tempoh program,

tempat kursus, pemilihan konsultan, penceramah yang

disyorkan akan dipantau oleh BPSM bagi memastikan segala

peraturan perkhidmatan dan perolehan dipatuhi oleh semua

urusetia kursus sebelum cadangan tersebut dikemukakan

kepada Bahagian Kewangan bagi tujuan pengeluaran LPO

kepada pembekal yang dipilih.

Page 14: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

14

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

9.4 PENCERAMAH/ PERUNDING YANG MEMPUNYAI

KREDIBILITI

Penceramah/ Perunding perlulah terdiri dari kalangan

penceramah atau professional yang benar-benar mahir atau

berpengalaman luas dalam subjek berkaitan. Penceramah/

Perunding perlu bersedia untuk memenuhi keperluan dan

syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian dalam

melaksanakan modul latihan yang ditetapkan.

9.5 MEKANISME PEMANTAUAN PELAN OPERASI LATIHAN

Pemantauan pelaksanaan program latihan dilaksanakan

menerusi kaedah seperti berikut:

a) Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

PPSM merupakan jawatankuasa tertinggi peringkat

Kementerian dalam pemantauan dan pelaksanaan program

latihan Kementerian. Panel ini akan bersidang pada bulan

Januari setiap tahun bagi meluluskan perancangan

program latihan tahun berikutnya dan memantau

keberkesanan program latihan Kementerian.

b) Mesyuarat Sektor Operasi

Prestasi pencapaian 7 hari latihan dan pelaksanaan Program

Latihan juga dilaporkan di dalam Mesyuarat Sektor Operasi.

c) Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Perlaksanaan

Kursus

Cawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI), BPSM juga

turut menjalankan pemantauan ke atas prestasi

perbelanjaan dan pelaksanaan kursus Jabatan / Bahagian.

Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Cawangan

Page 15: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

15

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

Pembangunan Modal insan sebelum 28 hari bulan setiap

bulan bagi tujuan pemantauan perbelanjaan dan prestasi

latihan mengikut jadual yang telah diluluskan dalam PPSM.

d) Mesyuarat Jawatankuasa Latihan

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan juga akan diadakan

sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memantau prestasi

latihan 7 hari warga KKR. Mesyuarat ini akan

dipengerusikan oleh TKSU (0perasi).

e) Audit Latihan

Audit Latihan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya satu

(1) kali setahun bagi menyemak Buku Log Latihan dan

Pelaksanaan Program Latihan yang dijalankan oleh

Bahagian-Bahagian.

9.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

a) Peranan Cawangan Pembangunan Modal Insan

(CPMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

dalam POL Tahunan

CPMI, BPSM bertanggungjawab ke atas POL Tahunan dalam

perkara berikut;

i) Memastikan peruntukan untuk tujuan latihan tahunan

KKR disediakan sekurang-kurangnya 1% daripada

peruntukan emolumen Kementerian;

Page 16: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

16

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

ii) Merancang dan melaksanakan kursus wajib

perkhidmatan seperti Kursus Induksi Modul Umum dan

Modul Khusus bagi pegawai dan kakitangan awam

Kementerian yang baru dilantik;

iii) Merancang dan mengenal pasti keperluan latihan

berbentuk generik yang memberi penekanan kepada

peningkatan kompetensi umum kakitangan awam

KKR dan latihan berbentuk funsian yang bukan

merupakan fungsian Bahagian/ Jabatan;

iv) Melaksanakan Analisa Keperluan Latihan (Training

Need Analysis) (TNA) bagi mengenalpasti keperluan

latihan warga KKR sebelum Jadual Latihan Tahunan

disediakan;

v) Menyelaras dan menguruskan permohonan/

pencalonan pegawai dan kakitangan Kementerian

untuk mengikuti latihan anjuran institusi latihan awam

lain/ Badan Berkanun/ Swasta;

vi) Memastikan semua kursus-kursus yang telah dirancang

di bawah POL Kementerian dilaksanakan sepenuhnya

mengikut Pekeliling / Surat Pekeliling Perkhidmatan

dan lain-lain Pekeliling yang berkaitan;

vii) Menyelaras dan menguruskan permohonan/

pencalonan pegawai dan kakitangan Kementerian

untuk mengikuti kursus jangka pendek luar negara di

bawah anjuran Kementerian yang dirancang dalam POL

Tahunan;

Page 17: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

17

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

viii) Menyelaras dan menguruskan permohonan/

pencalonan pegawai dan kakitangan Kementerian

untuk mengikuti kursus jangka pendek/ jangka

sederhana/ jangka panjang samada di dalam atau di

luar negara anjuran Jabatan perkhidmatan Awam;

ix) Memastikan semua warga KKR mengikuti sekurang-

kurangnya 7 hari latihan;

x) Membuat penilaian Keberkesanan Kursus bagi

menentukan kursus yang diikuti oleh pegawai boleh

membantu mencapai matlamat Jabatan dan

Bahagian;

xi) Memastikan Agensi-agensi/ Jabatan di bawah

Kementerian menyediakan POL masing-masing; dan

xii) Mengemukakan Laporan Perlaksanaan Dasar Latihan

KKR dan Agensi di bawahnya kepada JPA satu (1) kali

setahun iaitu sebelum 31 Januari setiap tahun

berikutnya untuk perlaksanaan Januari hingga

Disember.

b) Peranan Ketua-ketua Jabatan/ Bahagian

Ketua-ketua Bahagian adalah bertanggungjawab ke atas

POL dalam perkara – perkara berikut:

i) Mengurus dan melaksanakan latihan berbentuk

fungsian yang memberi penekanan bagi meningkatkan

Kompetensi Khusus yang berkaitan dengan Bahagian

masing-masing;

Page 18: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

18

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

ii) Memastikan segala perancangan program latihan

Bahagian masing-masing dilaksanakan sebagaimana

yang dirancang dan ditetapkan di dalam JLT;

iii) Memastikan PPKL Bahagian masing-masing

melaksanakan penilaian ke atas keberkesanan program

latihan Bahagian bagi menentukan kursus yang

diikuti oleh pegawai boleh membantu mencapai

matlamat Jabatan dan Bahagian;

iv) Memastikan pegawai dan kakitangan di Bahagian

masing – masing mengikuti sekurang – kurangnya 7

hari berkursus setahun berdasarkan takrif latihan; dan

v) Memastikan PPKL Bahagian menyediakan dan

mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kursus kepada

Cawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI) bagi

tujuan rekod dan penyediaan Laporan Prestasi Latihan

Tahunan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

c) Tanggungjawab Individu

Setiap kakitangan awam adalah bertanggungjawab ke atas

POL Tahunan dalam perkara – perkara berikut:

i) Mengikuti dan menghadiri kursus yang diluluskan atau

ditetapkan dengan penuh komitmen dan jayanya;

ii) Menghadiri kursus sekurang – kurangnya 7 hari dalam

setahun;

Page 19: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

19

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

iii) Mengemaskini Buku Log Latihan masing-masing dan

mengemukakan kepada Urus setia Latihan / Unit

Pentadbiran di Jabatan / Bahagian masing-masing bagi

tujuan menyediakan Laporan Kursus kepada

Cawangan Pembangunan Modal Insan, Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia;

iv) Mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran dengan mencari peluang

– peluang latihan yang disediakan oleh Institusi Latihan

Awam seperti INTAN/ Agensi Kerajaan Lain dan

sebagainya; dan

v) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang diperolehi melalui kursus ke dalam tugas harian

dan berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh

bersama rakan sekerja.

9.7 PENILAIAN PROGRAM LATIHAN

Penilaian keberkesanan kursus akan dilaksanakan ke atas semua

Program Latihan sama ada anjuran CPMI, Bahagian ataupun

kursus-kursus anjuran agensi luar yang dihadiri oleh peserta

bagi tujuan penambahbaikan Program Latihan dan melihat

keberkesanan program tersebut. Laporan tersebut hendaklah

direkodkan dan disimpan bagi tujuan pengauditan JPA dan

MAMPU khususnya untuk penarafan bintang dalam System Star

Rating (SSR). Urus setia bagi kursus-kursus anjuran CPMI atau

Bahagian-bahagian hendaklah mengemukakan laporan

penilaian kursus seperti berikut:

Page 20: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

20

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

a) Format KKR–B08: Laporan Penilaian Peserta Kursus

Menggunakan format KKR-B-08 sebaik sahaja tamat

kursus dan laporan penilaian kursus tersebut hendaklah

dikemukakan kepada CPMI selewat-lewatnya 14 hari

selepas tamat kursus.

b) Format KKR- B09: Penilaian Keberkesanan Kursus

Menggunakan format KKR-B-09 selepas enam puluh (60)

hari kursus bagi tujuan menilai impak kursus kepada

peserta. Penilaian akan dilaksanakan oleh peserta dan juga

penyelia.

9.8 PELANTIKAN PEGAWAI PEMBANGUNAN KOMPETENSI DAN

LATIHAN (PPKL)

PPKL akan dilantik di setiap Bahagian yang akan

bertanggungjawab dalam pelaksanaan program latihan

bahagian, mengemukakan maklumbalas dan mengemaskini

rekod serta laporan pelaksanaan kursus termasuk kehadiran

berkursus 7 hari di Bahagian/ Unit masing-masing. Senarai PPKL

tahun 2013 ialah seperti di Lampiran F1.

9.9 PERANCANGAN LATIHAN

Jadual Latihan Tahunan 2013 akan merangkumi program-

program wajib seperti induksi umum dan khusus, Program

Pembangunan Professional (Kursus Kepimpinan, Komunikasi

dan Bahasa), Program Luar (Kursus Berbayar), Program

Organisasi Pembelajaran (Executive Talk dan Seminar Wacana

Ilmu), Program Pembangunan Diri (Program Spritual, Program

Kaunseling & Psikologi dan Motivasi) dan Program Pembangunan

Kompetensi. Jadual latihan terperinci ialah seperti di Lampiran

F2.

Page 21: KKR 2013 Operasi Latihan (POL) KKR... · segala aktiviti yang dirancang dan ... pendekatan blended approach seperti program mentor mentee ... mereka yang mendapat Laporan

21

2013 P e la n O p e r a s i L a t i h a n K K R

9.10 PERUNTUKAN LATIHAN

Bagi tahun 2013, peruntukan emolumen Kementerian ialah

sebanyak RM58,621,000 [48,045,000 (11000) &

10,576,000 (12000)]. Sebanyak RM 2,500,000 telah

diperuntukan bagi tujuan latihan iaitu bersamaan dengan

4.21%.

1100..00 PPEENNUUTTUUPP

Adalah diharapkan POL 2013 ini dapat dijadikan panduan

pelaksanaan program latihan di Kementerian Kerja Raya di samping

memberi manfaat kepada semua warga Kerja Raya bagi mencapai

objektif menambah kemahiran dan pengetahuan dalam

menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta dapat

melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih dalam berbagai

bidang di samping meningkatkan kecekapan prestasi dan

produktiviti organisasi.

Cawangan Pembangunan Modal Insan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Kerja Raya

29 Januari 2013