kitar haid bagi perempuan

5
KITAR HAID BAGI PEREMPUAN KEDATANGAN HAID (menstruation) Proses pengeluaran berkala bagi darah dan lapisan uterus melalui faraj KITAR HAID (menstrual cycle) 1. Perubahan bulanan yang berkala yang berlaku pada dinding uterus, ovari dan faraj 2. Berlaku pada kitaran 28 hari FASA HAID Lapisan dinding uterus dengan salur darah meruntuh . Tisu-tisu dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku FASA PEMBAIKAN Membina semula dinding uterus, menjadi lebih kaya dengan salur darah yang lebih tebal FASA SUBUR Pengovulan (ovari menghasilkan ovum) berlaku pada hari ke-14

Upload: noor-irina

Post on 14-Dec-2015

283 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2014 RPT1 Geografi Pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Kitar Haid Bagi Perempuan

KITAR HAID BAGI PEREMPUAN

KEDATANGAN HAID (menstruation)Proses pengeluaran berkala bagi darah dan lapisan uterus melalui faraj

KITAR HAID (menstrual cycle)1. Perubahan bulanan yang berkala yang berlaku pada dinding uterus, ovari dan faraj2. Berlaku pada kitaran 28 hari

FASA HAID Lapisan dinding uterus dengan salur darah meruntuh. Tisu-tisu dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku

FASA PEMBAIKANMembina semula dinding uterus, menjadi lebih kaya dengan salur darah yang lebih tebal

FASA SUBURPengovulan (ovari menghasilkan ovum) berlaku pada hari ke-14

FASA PRA-HAID1. Dinding uterus terus menebal dan diselaputi dengan rangkaian luas salur-salur darah dalampersediaan untuk persenyawaan dan penempelan2. Jika persenyawaan tidak berlaku, tisu-tisu dinding akan meruntuh semula bagi

Page 2: Kitar Haid Bagi Perempuan

memulakan kitar haid yang baru.

Persenyawaan dan Kehamilan : Hebatnya Ciptaan Tuhan!

KISAH SPERMA DAN OVUM Sperma dan ovum merupakan pasangan yang diciptakan sejak dari dulu lagi. Walaupun berlainan sifat dan saiz, namun mereka lah pasangan paling ideal yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Sperma merupakan  sel yang paling kecil   dalam badan manusia, manakala pasangannya Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan manusia!  Dalam berjuta-juta sperma yang dipindahkan ke ovari wanita, hanya beberapa ratus sahaja yang aakan berjaya sampai ke tiub Fallopio. Dan dalam beberapa ratus sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya bercantum dengan ovum. Sperma yang paling laju, paling cergas, paling baik! Sila bersyukur..

Hebatnya lagi, apabila ada satu sperma yang berjaya bercantum dengan ovum, secara automatik sperma tadi akan merembeskan sejenis bendalir yang akan membentuk perlindungan ke seluruh ovum, menyebabkan sperma lain kehampaan terhalang daripada memasuki ovum tadi. 

BAGAIMANA KEHAMILAN BOLEH BERLAKU?

Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada hari ke-13,14,15dalam kitar haid bagi seseorang wanita, ovari akan menghasilkan benih perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini dinamakan proses Pengovulan.

 Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum dengan sperma di sini, bagi membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan proses Persenyawaan.

Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih dikenali

Page 3: Kitar Haid Bagi Perempuan

sebagai dinding rahim. Di sini akan berlaku proses Penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi. 

SISTEM PEMBIAKAN WANITA

Berikut adalah struktur dan juga fungsi bagi organ pembiakan wanita. Terdapat 5 struktur yang perlu dikenalpasti terlibat dalam sistem pembiakan wanita. Tetapi saya hanya memfokuskan kepada 4 struktur yang paling penting perlu diketahui, lengkap dengan fungsinya.

OVARIOvari menghasilkan ovum (gamet betina) dan hormon wanita (estrogen)

--> PENGOVULAN

TIUB FALLOPIO (OVIDUKTUS)Salur  untuk mengangkut ovum dari ovari ke uterus

Tempat berlaku nya percantuman sperma dan ovum--> PERSENYAWAAN

UTERUSMelindungi embrio semasa proses kehamilan

Tempat berlaku nya penempelan zigot--> PENEMPELAN

Page 4: Kitar Haid Bagi Perempuan

SISTEM PEMBIAKAN LELAKI

Berikut adalah struktur dan juga fungsi bagi organ pembiakan lelaki. Terdapat 10 struktur yang perlu dikenalpasti terlibat dalam sistem pembiakan lelaki. Tetapi saya hanya memfokuskan kepada 4 struktur yang paling penting perlu diketahui, lengkap dengan fungsinya.

TestisUntuk menghasilkan sperma dan juga hormon (testosteron) 

UrethraSalur untuk menyalurkan air kencing keluar dari badan

Kelenjar ProstatUntuk merembeskan bendalir keruh

Vesikel SemenUntuk merembeskan bendalir bagi membantu sperma bergerak