kitab mormon - lds.org · pdf fileterjemahan asli dari kepingan-kepingan emas ke da- ... kitab...

737
KITAB MORMON SATU LAGI KESAKSIAN TENTANG YESUS KRISTUS

Upload: lykhanh

Post on 06-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • KITAB MORMON

    SATU LAGI KESAKSIAN TENTANG YESUS KRISTUS

  • Kitab Mormon

    Satu Lagi

    KeSaKSian

    tentang

    YeSuS KriStuS

    For Non-Muslim OnlyFor Church Use

  • 2013 oleh intellectual reserve, inc.Hak Cipta terpelihara

    Printed in the united States of america 3/201319962013

    translation of the Book of MormonMalay

    For Non-Muslim OnlyFor Church Use

  • Kitab MormonLaPoran Yang DituLiS oLeH

    tangan MorMon Di ataS KePingan-KePingan Yang

    DiaMBiL Dari KePingan-KePingan nefi

    Kerana itu, ia adalah sebuah ringkasan dari catatan bangsa nefi, dan juga bangsa LamanDitulis bagi Bangsa Laman, yang merupa-kan sisa bani israel; dan juga bagi Bangsa Yahudi dan Bangsa Bukan israelDitulis dengan cara perintah, dan juga melalui roh nubuat dan wahyuDitulis dan dimeteraikan, dan disembunyikan bagi tuhan, agar tidak dihancurkanakan datang melalui kurnia dan kuasa tuhan untuk penafsirannyaDimeteraikan oleh tangan Moroni, dan disem-bunyikan bagi tuhan, untuk datang pada waktu yang tepat melalui Bangsa Bukan israelPenafsirannya melalui kurnia tuhan.

    Sebuah ringkasan yang juga diambil dari Kitab eter, yang merupa-kan sebuah catatan tentang bangsa Yared, yang dicerai-beraikan pada waktu tuhan mengacaukan bahasa bangsa itu, ketika mereka sedang membina sebuah menara untuk mencapai syurgaYang adalah un-tuk memperlihatkan kepada sisa bani israel hal-hal besar apa yang telah tuhan lakukan bagi nenek moyang mereka; dan agar mereka boleh mengetahui perjanjian-perjanjian tuhan, agar mereka tidak disingkirkan untuk selamanyaDan juga untuk meyakinkan Bangsa Yahudi dan Bangsa Bukan israel bahawa Yesus ialah Kristus, tuhan Yang abadi, yang menyatakan diri-nya kepada semua bangsaDan sekarang, jika ada kesalahan itu adalah kesilapan manusia; kerana itu, janganlah mengecam hal-hal tuhan, supaya kamu boleh didapati tanpa noda pada kerusi penghakiman Kristus.

    terjemahan asli dari kepingan-kepingan emas ke da-lam Bahasa inggeris oleh Joseph Smith, Jun.

    edisi Pertama Bahasa inggeris diterbitkan di Palmyra, new York, aS, pada tahun 1830

    Diterbitkan olehgereja Yesus Kristus orang Suci Zaman akhir

    Salt Lake City, utah, aS

  • v

    PengenaLan

    Kitab Mormon adalah sejilid tulisan suci kudus yang setanding dengan alkitab. ia adalah sebuah catatan tentang urusan tuhan dengan para penduduk Benua amerika zaman dahulu dan mengan-dungi seperti juga alkitab, kegenapan injil kekal.

    Kitab ini ditulis oleh banyak nabi zaman dahulu melalui roh nubuat dan wahyu. Perkataan mereka, yang ditulis di atas kepingan-kepingan emas, telah dipetik dan diringkaskan oleh seorang nabi sejarawan ber-nama Mormon. Catatan itu memberi laporan tentang dua peradaban besar. Yang satu datang dari Yerusalem pada tahun 600 S.M., dan se-sudahnya terpisah menjadi dua bangsa, dikenali sebagai Bangsa nefi dan Bangsa Laman. Yang lain datang jauh lebih awal ketika tuhan mencelarukan bahasa-bahasa di Menara Babel. Kumpulan ini dikenali sebagai Bangsa Yared. Selepas beribu-ribu tahun, semuanya dihancurkan kecuali Bangsa Laman, dan mereka berada di kalangan nenek moyang kaum asli amerika.

    Peristiwa kemuncak yang tercatat dalam Kitab Mormon adalah pe-layanan peribadi tuhan Yesus Kristus di kalangan Bangsa nefi tidak lama selepas kebangkitan-nya. ia menerangkan ajaran ajaran injil, menggariskan rencana keselamatan, dan memberitahu manusia apa yang mesti mereka lakukan untuk memperoleh kedamaian dalam kehi-dupan ini dan keselamatan abadi dalam kehidupan yang akan datang.

    Selepas Mormon menyelesaikan tulisan-tulisannya, dia menyerahkan laporan itu kepada anak lelakinya Moroni, yang menambahkan bebe-rapa kata miliknya sendiri dan menyembunyikan kepingan-kepingan tersebut di bukit Kumora. Pada 21 September 1823, Moroni yang sama, yang pada waktu itu makhluk yang dimuliakan, yang dibangkitkan, menampakkan diri kepada nabi Joseph Smith dan memberinya tunjuk ajar berhubungan dengan catatan purba dan penterjemahannya yang ditakdirkan ke dalam bahasa inggeris.

    tiba masanya kepingan-kepingan itu diserahkan kepada Joseph Smith, yang menterjemahkannya melalui kurnia dan kuasa tuhan. Catatan tersebut sekarang diterbitkan dalam banyak bahasa sebagai suatu kesaksian baru dan tambahan bahawa Yesus Kristus adalah Putera tuhan yang hidup dan bahawa semua orang yang mahu datang kepada-nya dan mematuhi hukum dan tatacara injil-nya boleh diselamatkan.

    tentang catatan ini nabi Joseph Smith berkata: aku telah mem-beritahu para saudara bahawa Kitab Mormon adalah yang paling benar dari kitab apa pun di atas bumi, dan batu kunci agama kita, dan seseorang akan menjadi lebih dekat kepada tuhan dengan menuruti ajaran ajarannya, lebih daripada kitab lain apa pun.

  • vi

    Di samping Joseph Smith, tuhan menyediakan sebelas orang yang lain untuk melihat sendiri kepingan-kepingan emas itu dan untuk menjadi saksi-saksi istimewa terhadap kebenaran dan keilahian Kitab Mormon. Kesaksian tertulis mereka disertakan di sini sebagai Kesaksian tiga Saksi dan Kesaksian Lapan Saksi.

    Kami mengajak semua orang di mana pun untuk membaca Kitab Mormon, merenungkan dalam hati mereka pesanan yang terkandung di dalamnya, dan kemudian bertanya kepada tuhan, Bapa Yang Kekal, dalam nama Kristus jika kitab ini benar. Mereka yang menuruti cara ini dan bertanya dalam iman akan memperoleh kesaksian akan kebenaran dan keilahiannya melalui kuasa roh Kudus. (Lihat Moroni 10:3-5)

    Mereka yang memperoleh kesaksian ilahi ini daripada roh Kudus akan juga mengetahui melalui kuasa yang sama bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia, bahawa Joseph Smith ialah pewahyu dan nabi-nya pada zaman terakhir ini, dan bahawa gereja Yesus Kristus orang Suci Zaman akhir adalah kerajaan tuhan yang sekali lagi ditegakkan di atas bumi, sebagai persiapan untuk kedatangan kedua Mesias.

  • vii

    KeSaKSian tiga SaKSiDimaklumkanlah kepada segala bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak, yang kepadanya pekerjaan ini akan datang: Bahawa kami, melalui kasih kurnia tuhan Bapa, dan tuhan kita Yesus Kristus, telah melihat kepingan-kepingan yang mengandungi catatan ini, yang merupakan catatan bangsa nefi, dan juga Bangsa Laman, saudara-saudara mereka, dan juga Bangsa Yared, yang datang dari menara yang tentangnya telah dibicarakan. Dan kami juga mengetahui bahawa ia telah diterjemahkan melalui kurnia dan kuasa tuhan, kerana suara-nya telah memaklumkannya kepada kami; kerananya kami tahu dengan suatu kepastian bahawa pekerjaan ini adalah benar. Dan kami juga bersaksi bahawa kami telah melihat ukiran yang ada di atas kepingan-kepingan itu; dan ia telah diperlihatkan kepada kami melalui kuasa dari tuhan, dan bukan dari manusia. Dan kami memak-lumkan dengan perkataan kesungguhan, bahawa seorang malaikat tuhan turun dari syurga, dan dia membawa dan meletakkan di hadapan mata kami, sehingga kami melihat dan menyaksikan kepingan-kepingan itu, dan ukiran di atasnya; dan kami tahu bahawa melalui kasih kurnia tuhan Bapa, dan tuhan kita Yesus Kristuslah, kami melihat dan memberikan kesaksian bahawa hal-hal ini adalah benar. Dan ia adalah menakjubkan di mata kami. Walaupun demikian, suara tuhan memerintahkan kami agar kami hendaknya memberikan kesaksian tentangnya; oleh itu, untuk patuh pada perintah perintah tuhan, kami memberikan kesaksian ten-tang hal hal ini. Dan kami tahu bahawa jika kami setia kepada Kristus, kami akan membersihkan pakaian kami dari darah semua orang, dan didapati tanpa noda di hadapan kerusi penghakiman Kristus, dan akan tinggal bersama-nya secara abadi di dalam syurga. Dan kehormatan adalah kepada Bapa, dan kepada Putera, dan kepada roh Kudus, yang adalah satu tuhan. amin.

    oliver CowderyDavid WhitmerMartin Harris

  • viii

    KeSaKSian LaPan SaKSiDipermaklumkanlah kepada segala bangsa, kaum, bahasa, dan khala-yak, yang kepadanya pekerjaan ini akan datang: Bahawa Joseph Smith, Jun., penterjemah pekerjaan ini, telah memperlihatkan kepada kami kepingan-kepingan tersebut, yang rupanya seperti emas; dan sebanyak mana lembaran yang diterjemahkan oleh Smith telah kami pegang dengan tangan kami; dan kami juga melihat ukiran di atasnya, yang seluruhnya menyerupai pekerjaan purba, dan pertukangan yang rumit. Dan kesak-sian ini kami berikan dengan perkataan kesungguhan, bahawa Smith tersebut telah memperlihatkan kepada kami, kerana kami telah melihat dan menimang, dan mengetahui dengan suatu kepastian bahawa Smith tersebut memiliki kepingan-kepingan yang tentangnya telah kami bica-rakan. Dan kami memberikan nama kami kepada dunia, untuk bersaksi kepada dunia apa yang telah kami lihat. Dan kami tidak berdusta, tuhan memberikan kesaksian tentangnya.

    Christian WhitmerJacob WhitmerPeter Whitmer, Jun.John Whitmer

    Hiram PageJoseph Smith, Sen.Hyrum SmithSamuel H. Smith

  • ix

    KeSaKSian naBi JoSePH SMitHPerkataan Joseph Smith sendiri tentang kedatangan Kitab Mormon adalah:

    Pada malam dua puluh satu September [1823]aku mencurahkan tenagaku ke dalam doa dan permohonan kepada tuhan Yang Mahakuasa.

    Semasa aku sedang dalam tindakan memanggil kepada tuhan, aku melihat seberkas cahaya muncul di dalam bilikku, yang semakin bertambah sehingga bilik itu lebih terang daripada waktu tengah hari, apabila tiba-tiba seseorang menampakkan diri di tepi katilku, berdiri di udara, kerana kakinya tidak menyentuh lantai.

    Dia memakai jubah longgar yang teramat sangat putihnya. Keputihannya melebihi apa pun benda duniawi yang pernah aku lihat; tidak juga aku per-caya bahawa apa pun benda duniawi dapat dibuat untuk kelihatan sebegitu putih dan bergemerlapan. tangannya terdedah, dan lengannya juga, sedikit di atas pergelangan tangan; demikian, juga, kakinya terdedah, begitu juga tungkainya, sedikit di atas pergelangan kaki. Kepala dan lehernya juga ter-buka. aku dapat melihat bahawa dia tidak mengenakan pakaian lain selain jubah i