kita mewujudkan keamanan dan pembangunan melalui perkongsian

2
Kita mewujudkan keamanan dan pembangunan melalui perkongsian Malaysia telah beralih daripada negara penerima Official Development Assistance (ODA) kepada negara rakan kongsi pembangunan antarabangsa dengan berubahnya kedudukan negara daripada pengeluar komoditi utama kepada pembekal barangan pembuatan berteknologi tinggi. Malaysia kini sedang menuju kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). Malaysia menerima sumbangan ODA secara terhad dalam bentuk bantuan teknikal. Sebahagian daripada ODA ini adalah pinjaman mudah dan geran daripada sumber dua hala dan pelbagai hala, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi khusus di bawah PBB. Bantuan modal juga diterima daripada institusi kewangan pelbagai hala dan dua hala pada kadar faedah yang hampir sama dengan kadar pasaran. Bantuan sedemikian tidak termasuk di bawah ODA. Malaysia melancarkan program kerjasama secara sederhana dengan negara-negara membangun lain melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Program tersebut dibentuk untuk membantu negara- negara membangun, terutamanya yang kurang membangun, supaya berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai pencapaian pembangunan di Malaysia. Dengan itu Malaysia menyumbang kepada perkongsian global untuk mencapai pembangunan. Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama

Upload: rita-tang

Post on 25-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Kita Mewujudkan Keamanan Dan Pembangunan Melalui Perkongsian

Kita mewujudkan keamanan dan pembangunan melalui perkongsian

Malaysia telah beralih daripada negara penerima Official Development Assistance

(ODA) kepada negara rakan kongsi pembangunan antarabangsa dengan berubahnya

kedudukan negara daripada pengeluar komoditi utama kepada pembekal barangan

pembuatan berteknologi tinggi. Malaysia kini sedang menuju kepada ekonomi

berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). Malaysia menerima sumbangan ODA secara

terhad dalam bentuk bantuan teknikal. Sebahagian daripada ODA ini adalah pinjaman

mudah dan geran daripada sumber dua hala dan pelbagai hala, seperti Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi khusus di bawah PBB. Bantuan

modal juga diterima daripada institusi kewangan pelbagai hala dan dua hala pada kadar

faedah yang hampir sama dengan kadar pasaran. Bantuan sedemikian tidak termasuk

di bawah ODA.

Malaysia melancarkan program kerjasama secara sederhana dengan negara-negara

membangun lain melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Program

tersebut dibentuk untuk membantu negara-negara membangun, terutamanya yang

kurang membangun, supaya berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai

pencapaian pembangunan di Malaysia. Dengan itu Malaysia menyumbang kepada

perkongsian global untuk mencapai pembangunan.

Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti

yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah

memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar

Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri

bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan

ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai

forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia

malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu

melonjakkan nama negara Malaysia.