kita memberi orang merasa

16
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh/Hari : 21 April 2015 / Selasa Masa : 8.20 pagi – 9.20 pagi Tahun : Tahun 5 Bilangan Murid : 26 orang Tema : Kemasyarakatan Tajuk : Kita Memberi Orang Merasa Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. 2.23 Membaca dan memahami ayat dalam bahan bacaan prosa yang mengandungi imbuhan pinjaman daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Objektif: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat: i. Membaca petikan “Kita Memberi Orang Merasa” yang mengandungi imbuhan pinjaman dengan sebutan yang betul. ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kata berimbuhan pinjaman berdasarkan petikan teks yang diberikan dengan tepat. iii.Membina ayat berdasarkan kata berimbuhan pinjaman dengan ayat yang gramatis. Sistem Bahasa Tatabahasa : Morfologi – imbuhan pinjaman Kosa Kata : mahasiswa, mahasiswi, dwitahunan, prasekolah, sukarelawan, dermawan, proaktif

Upload: mizsrieya

Post on 28-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Mata pelajaran: Bahasa MalaysiaTarikh/Hari: 21 April 2015 / SelasaMasa: 8.20 pagi 9.20 pagiTahun: Tahun 5Bilangan Murid: 26 orangTema: KemasyarakatanTajuk: Kita Memberi Orang Merasa

Standard KandunganStandard Pembelajaran

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.2.23 Membaca dan memahami ayat dalam bahan bacaan prosa yang mengandungi imbuhan pinjaman daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Objektif: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:i. Membaca petikan Kita Memberi Orang Merasa yang mengandungi imbuhan pinjaman dengan sebutan yang betul.ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kata berimbuhan pinjaman berdasarkan petikan teks yang diberikan dengan tepat.iii. Membina ayat berdasarkan kata berimbuhan pinjaman dengan ayat yang gramatis.

Sistem Bahasa Tatabahasa: Morfologi imbuhan pinjamanKosa Kata: mahasiswa, mahasiswi, dwitahunan, prasekolah, sukarelawan, dermawan, proaktif

Pengisian KurikulumIlmu: Sains KemasyrakatanNilai: Patuh, rajin, hemah tinggi dan kerjasamaEMK: Nilai murni, Kemahiran Berfikir, Kreativiti

Elemen Keusahawanan :EK 1:1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan menyiapkan tugasan sehingga selesai.EK 1:1.5 Fleksibiliti bersedia mendengar dan didengar.EK 1:1.9 Berkeupayaan memimpin boleh bekerjasama dalam kumpulan.EK 5:5.4Prinsip autonomi menghormati rakan yang berlainan bangsa dan agama

Kepelbagaian Kaedah dan TeknikKB: Menjana idea dan mengenal pastiKP: Verbal linguistik, intrapersonal dan kinestetikBCB: Mengumpul, memproses maklumat dan bacaan intensifPembelajaran Kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kerjasama dalam sesebuah majlis

Bahan Bantu MengajarBILJENISJUMLAH

1Tabung 1

2Petikan teks Kita Memberi Orang Merasa26

3Manila kad6

4Bola pingpong30

5Lembaran kerja26

Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah mempelajari amalan kemasyarakatan dan kerjasama semasa berada di sekolah.

LANGKAH/MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi(5 minit)1. Soalan

i) Mengapa kita perlu menabung?ii) Adakah dengan menderma dapat meringkankan beban orang yang memerlukan?

2. Isi Pelajaran Kita Memberi Orang Merasa Guru menunjukkan sebuah tabung di hadapan murid. Guru memilih murid secara rawak untuk memasukkan duit ke dalam tabung tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini.BBM : Tabung

KB : Menjana idea

KP: Verbal linguistik

Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kerjasama dalam sesebuah majlis

Nilai : Patuh

Langkah 1(10 minit)

Petikan teks Kita Memberi Orang Merasa Guru mengedarkan petikan teks Kita Memberi Orang Merasa kepada murid. Murid diminta membaca petikan secara beramai-ramai. Guru memilih murid secara rawak untuk membaca petikan tersebut. Guru membimbing bacaan murid dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat. Guru memberikan penerangan mengenai imbuhan pinjaman. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai petikan tersebut.BBM : Petikan teks Kita Memberi Orang Merasa

KB : Menjana idea

KP: Verbal linguistik

BCB : Bacaan intensif

Nilai : Patuh

Langkah 2(30 minit)

Aktiviti berkumpulan :Permainan Stesen

Pentaksiran :Membina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan pinjaman Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Guru memberikan arahan terlebih dahulu kepada murid. Setiap kumpulan diberikan manila kad. Murid perlu menggunakan kedua-dua bahagian hadapan dan belakang manila kad tersebut. Guru dan murid bergerak ke padang sekolah. Murid diminta melaksanakan setiap aktiviti stesen. Aktiviti stesen :Stesen 1 Baca petikan dan senaraikan perkataan berimbuhan pinjamanStesen 2 Pilih empat bola beracun dengan mata tertutupStesen 3 Padankan bola beracun dengan kata dasar Bina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan pinjaman yang dipadankan Murid perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru pada setiap stesen.

Stesen 3Stesen 2Stesen 1

Guru memulakan dan menghentikan aktiviti dengan meniup wisel. Setelah selesai, murid diminta kembali ke dalam kelas. Guru memilih kumpulan secara rawak untuk membentang hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.BBM : Petikan teks Manila kad Bola pingpong

KB: Mengenal pasti Menjana idea

KP: Verbal linguistik Kinestetik

BCB: Mengumpul dan memproses maklumat

Teknik: Perbincangan

Nilai : Hemah tinggi Patuh Kerjasama

Langkah 3(10 minit)

Penilaian Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengikut kumpulan masing-masing.

Pengayaan : Murid diminta membaca petikan dan menyenaraikan perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan yang dibaca.

Pemulihan : Murid diminta memadankan perkataan dengan imbuhan pinjaman yang sesuai dan menyalin semula perkataan tersebutBBM : Lembaran kerja

KB: Mengenal pasti

KP: Intrapersonal

Nilai : Hemah tinggi Rajin

Penutup(5 minit)

Rumusan isi pelajaran Kita Memberi Orang Merasa Guru memilih murid secara rawak untuk merumuskan isi pelajaran. Murid diminta menyatakan kepentingan memberi sesuatu kepada orang lain yang memerlukan. Guru merumuskan isi pelajaran secara keseluruhan pada hari ini. Guru memberikan peneguhan positif kepada murid.KB: Menjana ideaKP: Verbal linguistik

Nilai : Patuh

Mahasiswi dan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian telah mengadakan satu program pada minggu yang lalu. Program tersebut dinamakan sebagai Cakna Kasih dan program itu merupakan salah satu program dwitahunan. Program itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara penuntut dengan penduduk kampung selain untuk mengumpulkan dana. Dana yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk membantu pembinaan prasekolah di kampung-kampung yang terpencil di kawasan pedalaman Kelantan.Program itu telah disertai oleh beberapa orang sukarelawan dari kawasan sekitar. Para dermawan menyumbangkan wang ringgit, manakala pensyarah dari beberapa buah universiti di Malaysia seperti Universiti Malaya dan Universiti Putera Malaysia turut menyumbangkan ilmu dan kepakaran masing-masing. Program Cakna Kasih ini telah dijalankan selama tiga hari dua malam dan lebih proaktif daripada tahun-tahun sebelum ini.

Mahasiswi dan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian telah mengadakan satu program pada minggu yang lalu. Program tersebut dinamakan sebagai Cakna Kasih dan program itu merupakan salah satu program dwitahunan. Program itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara penuntut dengan penduduk kampung selain untuk mengumpulkan dana. Dana yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk membantu pembinaan prasekolah di kampung-kampung yang terpencil di kawasan pedalaman Kelantan.Program itu telah disertai oleh beberapa orang sukarelawan dari kawasan sekitar. Para dermawan menyumbangkan wang ringgit, manakala pensyarah dari beberapa buah universiti di Malaysia seperti Universiti Malaya dan Universiti Putera Malaysia turut menyumbangkan ilmu dan kepakaran masing-masing. Program Cakna Kasih ini telah dijalankan selama tiga hari dua malam dan lebih proaktif daripada tahun-tahun sebelum ini.

Nama : ___________________________ Tarikh : __________________ Pengayaan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, senaraikan perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan di bawah.Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik. Farish hendak mendapatkan rawatan doktor. Adik Farish, Fariza yang baru pulang dari kelas prasekolah turut mengikut mereka. Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Farish mengambil nombor giliran. Sementara menunggu giliran, Farish membaca senaskhah majalah. Dia membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal. Beliau seorang dermawan yang banyak membantu golongan miskin. Isterinya pula seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan abstrak. Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya yang cantik. Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish. Farish pun masuk ke dalam bilik rawatan. Farish menjaga tatasusila semasa berurusan dengan doktor itu. Doktor memeriksa Farish dan memberinya ubat antibiotik.

Perkataan Berimbuhan Pinjaman

Nama : ___________________________ Tarikh : __________________Pemulihan

Padankan perkataan berimbuhan pinjaman di bawah dan salin semula perkataan tersebut.bahasa

seni

sekolah

guru

warta

bulanan

seni

motif

-man

-wan

tata-

maha-

-wati

pra-

auto-

dwi-

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

maha-maha-maha-

-wan-wan-wan

pra-pra-pra-

poli-poli-poli-

-man-man-man

tata-tata-tata-

auto -auto -auto -

dwi -dwi -dwi -

maha-maha-maha-

-wan-wan-wan

pra-pra-pra-

poli-poli-poli-

-man-man-man

tata-tata-tata-

auto -auto -auto -

dwi -dwi -dwi -

guru

siswa

sukarela

warta

sekolah

sejarah

klinik

teknik

budi

seni

bahasa

tertib

motif

biografi

bulanan

fungsi