kisah rusa.doc

2
Kisah Rusa:Satu Perbuatan Yang Mulia Apabila kita berbuat baik, kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat yang sama. Dalam cerita ini, kesanggupan rusa bayan untuk mengorbankan diri untuk menyelamatkan seekor rusa betina yang bunting membuat seorang raja menghentikan kekejamannya terhadap haiwan. Raja Varanasi sangat suka memburu. Dia selalu keluarga memburu di dalam hutan. Tetapi ini agak mengganggu rakyatnya kerana dia keluar memburu pada waktu yang tidak sesuai. Pada masa yang sama, di tengah- tengah hutan, terdapat dua ekor rusa jantan emas. Seekor digelar rusa bayan menakala seekor lagi digelar rusa dahan. Kedua-duanya mengetahui kumpulan rusa yang berlainan dan tinggal di bahagian yang berlainan di dalam hutan itu. Satu hari, rakyat Varanasi berkumpul dan berbincang tentang cara untuk mengelak daripada gangguan akibat ekspedisi memburu raja. Seorang lelaki berkata, saya ada satu idea. Kita kepung semua rusa di dalam hutan dan halau mereka ke taman diraja. Dengan cara ini, raja itu tidak akan mengganggu kita jika dia ingin memburu. Semua orang bersetuju bahawa itu satu rancangan yang baik. Keesokan harinya, para pendudukan bandar pergi ke hutan dengan periuk dan kayu dan membuat suasana riuh. Rusa-rusa itu lari ketakutan dan mereka mengejar rusa itu ke taman raja. Kemudian beberapa orang pergi berjumpa raja itu. Mereka memberitahunya, Tuanku, kerja kami terganggu setiap kali tuanku keluar memburu. Jadi, untuk menghalang perkara ini, kami telah menghalau semua rusa itu ke taman tuanku. Mulai sekarang, tuanku bolehlah pergi ke taman tuanku dan menembak sebanyak mana yang tuanku perlukan tanpa mengganggu kami.Raja itu tidak membantah. Sejak hari itu, apabila dia rasa hendak memburu, dia hanya masuk ke tamannya dan menembak sebanyak mana haiwan yang dia perlu. Kebanyakan masanya, ketua tukang masak juga pergi bersamanya. Tetapi, raja itu berhati-hati agar tidak membunuh rusa-rusa jantan emas itu. Rusa itu berasa bimbang kerana banyak dari jenisnya yang dibunuh tanpa keperluan. Rusa bayan itu akhirnya memutuskan untuk mencari penyelesaian. Dia bertemu

Upload: wen-jie-liow

Post on 16-Apr-2016

10 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Rusa.doc

Kisah Rusa:Satu Perbuatan Yang MuliaApabila kita berbuat baik, kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat yang sama. Dalam cerita ini, kesanggupan rusa bayan untuk mengorbankan diri untuk menyelamatkan seekor rusa betina yang bunting membuat seorang raja menghentikan kekejamannya terhadap haiwan.

Raja Varanasi sangat suka memburu. Dia selalu keluarga memburu di dalam hutan. Tetapi ini agak mengganggu rakyatnya kerana dia keluar memburu pada waktu yang tidak sesuai. Pada masa yang sama, di tengah-tengah hutan, terdapat dua ekor rusa jantan emas.

Seekor digelar rusa bayan menakala seekor lagi digelar rusa dahan. Kedua-duanya mengetahui kumpulan rusa yang berlainan dan tinggal di bahagian yang berlainan di dalam hutan itu. Satu hari, rakyat Varanasi berkumpul dan berbincang tentang cara untuk mengelak daripada gangguan akibat ekspedisi memburu raja.

Seorang lelaki berkata, “saya ada satu idea. Kita kepung semua rusa di dalam hutan dan halau mereka ke taman diraja. Dengan cara ini, raja itu tidak akan mengganggu kita jika dia ingin memburu.” Semua orang bersetuju bahawa itu satu rancangan yang baik.

Keesokan harinya, para pendudukan bandar pergi ke hutan dengan periuk dan kayu dan membuat suasana riuh. Rusa-rusa itu lari ketakutan dan mereka mengejar rusa itu ke taman raja.

Kemudian beberapa orang pergi berjumpa raja itu. Mereka memberitahunya, “Tuanku, kerja kami terganggu setiap kali tuanku keluar memburu. Jadi, untuk menghalang perkara ini, kami telah menghalau semua rusa itu ke taman tuanku. Mulai sekarang, tuanku bolehlah pergi ke taman tuanku dan menembak sebanyak mana yang tuanku perlukan tanpa mengganggu kami.”

Raja itu tidak membantah. Sejak hari itu, apabila dia rasa hendak memburu, dia hanya masuk ke tamannya dan menembak sebanyak mana haiwan yang dia perlu. Kebanyakan masanya, ketua tukang masak juga pergi bersamanya. Tetapi, raja itu berhati-hati agar tidak membunuh rusa-rusa jantan emas itu.

Rusa itu berasa bimbang kerana banyak dari jenisnya yang dibunuh tanpa keperluan. Rusa bayan itu akhirnya memutuskan untuk mencari penyelesaian. Dia bertemu dengan rusa dahan dan berkata, “Kawanku, kita mesti menghalang kumpulan kita daripada dibunuh dalam bilangan yang besar. Untuk ini, mari kita bergilir-gilir menghantar seekor ahli kawanan saya dan seekor ahli kawanan awak untuk disembelih.” Rusa dahan itu bersetuju.

Hari itu, ketua tukang masak itu terkejut melihat seekor rusa dengan sabar menunggu untuk disembelih. Ini berterusan sejak hari itu maka raja itu tidak lagi perlu memburu kerana rusa itu datang sendiri.

Satu hari, tiba giliran seekor rusa betina yang bunting. Ia mahu

Page 2: Kisah Rusa.doc

menunggu hingga anaknya lahir, tetapi rusa dahan tidak bersetuju. Maka dia pun pergi menemui rusa banyan dan menceritakan masalahnya. Rusa banyan itu menjawab, “Jangan risau. Saya akan mencari jalan penyelesaian.”

Pagi itu, apabila ketua tukang masak tiba di tempat sembelihan, di nampak seekor rusa jantan emas menunggunya. Dia bergegas memberitahu raja kerana dia tahu rusa itu tidak boleh dibunuh. Raja itu sendiri datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Kemudian, rusa bayan itu, yang datang menggantikan rusa betina yang mengandung itu, menceritakan semuanya kepada raja itu. Terharu oleh perbuatan mulia rusa itu, raja itu berkata, “Kamu telah melakukan sesuatu yang mulia. Beta tidak akan membunuh kamu berdua.” Kemudian, rusa bayan itu berkata, “Jika tuanku boleh lepaskan kami berdua, tidak bolehkan tuanku lepaskan seluruh kumpulan rusa itu juga?” Raja itu berfikir dalam. Kemudian dia mengisyrtiharkan, “ Ya , beta boleh. Selain daripada itu, mulai hari ini, tidak akan ada lagi pemburuan di dalam kerajaan beta.”Moral: Tunjukkan contoh kepada orang lain melalui perbuatan baik anda.