kisah raja najasyi dan jaafar

Upload: mohd-shamsul-bahari-rosli

Post on 01-Mar-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sasa

TRANSCRIPT

  • Quraisy cuba pujuk an-NajasyiPemergian mereka tambah meningkatkan perasaanmarah kaum Quraisy. Maka, mereka menghantar saturombongan dianggotai Abdullah bin Abi Rabiah dan Amrubin al-Aas bin Wail untuk berjumpa dengan al-Najasyisupaya menghantar balik orang Islam ke Mekah. Utusanini dibekalkan dengan hadiah-hadiah yang terbaik, diantaranya kulit-kulit binatang yang halus dan cantikuntuk dihadiahkan kepada an-Najasyi. Sebelummengadap an-Najasyi, pelbagai hadiah juga diberikankepada semua ketua perang. (Prof. Dr. Ab. Aziz, h. 171)

    Ummu Salamah menceritakan, kemudian kedua utusan Quraisy itumenyerahkan hadiah-hadiah kepada an-Najasyi dan diterimanya.Keduanya berkata kepada an-Najasyi, wahai tuanku, sesungguhnyatelah menyusup ke negeri tuanku anak-anak muda kami yang tidakwaras. Mereka meninggalkan agama kaumnya dan tidak masukkepada agamamu. Mereka membawakan agama yang mereka ciptakansendiri. Kami tidak mengenali agama tersebut, begitu juga tuanku.Sungguh kami diutus ayah-ayah mereka, bapa-bapa saudara mereka,dan keluarga besar mereka untuk membawa mereka pulang kepadakaumnya, kerana kaumnya lebih faham apa yang mereka katakan danlebih mengerti apa yang mereka cela. (Ibnu Hisyam, h. 314)

    Ketua-ketua perang yang mengadap bersama merekaberdua berkata: Benar wahai tuanku! Serahlah merekaitu (muhajirin) kepada mereka berdua.

    An-Najasyi mengusul periksaPujukan itu bagaimana pun tidak mudah diterima oleh an-Najasyi. Katanya kepada utusan Quraisy: Tidak! Akutidak akan menyerahkan mereka kepada kamu. Setiaporang yang datang ke negeri ini akan mendapatkanperlindungan.

    Aku akan memanggil dan bertanya kepada mereka tentang apa yang

  • kamu katakan. Jika mereka seperti yang kamu ceritakan, aku akanmengembalikan mereka kepada kamu. Jika ternyata tidak, aku akantetap melindungi mereka.

    Maka, Jaafar bin Abi Talib selaku ketua kumpulan kaum muslimindatang bersama beberapa orang kaum Muhajirin mengadap an-Najasyi. An-Najasyi bertanya: Apa agama kamu sehingga kamumeninggalkan agama kaum kamu, tidak pula masuk ke dalamagamaku atau agama-agama lain yang ada?

    Jaafar perjelaskan risalah NabiJaafar bin Abu Talib menjawab: Wahai Tuanku, dulu kamidaripada golongan jahiliah. Kami menyembah berhala,memakan bangkai, berzina, memutuskan silaturrahim,melayan buruk terhadap jiran-jiran dan yang kuat diantara kami memakan yang lemah. Begitulah keadaankami, sehingga diutuskan Allah kepada kami seorangRasul dari kalangan kami. Kami mengetahui nasabketurunannya, kebenarannya, amanahnya dankesuciannya.

    Beliau menyeru kami kepada keesaan Allah danmenyembah-Nya, menyuruh kami supaya meninggalkanpemujaan kepada berhala sepertimana yang dilakukanoleh datuk-nenek kami, menyuruh kami supaya bercakapbenar, menunaikan amanah, menghubung silaturrahimdan berhubung baik dengan jiran, menahan diri dari hal-hal yang haram dan tidak membunuh.

    Beliau melarang kami melakukan perzinaan, bercakapbohong, memakan harta anak yatim dan menuduh zinawanita yang baik. Beliau menyuruh kami hanyamenyembah Allah Yang Maha Esa tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.

  • Jaafar terus menghuraikan pokok perkara agama Islam.Tambahnya: Kami membenarkannya, kami berimandengannya, kami mengikuti ajarannya yang didatangkandari Allah dan kami menyembah hanya Allah Yang Esatanpa mensyirikkan-Nya dengan apa pun. Kamimengharamkan apa yang diharamkan ke atas kami dankami menghalalkan apa yang dihalalkan bagi kami.

    Sambungnya lagi: Namun, tiba-tiba kami dihalang dan diazabkanoleh kaum kami, kami difitnahkan terhadap agama kami supaya kamikembali semula kepada penyembahan patung berhala daripadapenyembahan Allah dan supaya kami kembali melakukan keburukansepertimana yang telah kami lakukan dahulu. Apabila merekamemaksa kami, menzalimi kami, menyempitkan hidup kami danmemisahkan kami dengan agama kami, maka kami berpindah kenegeri tuanku, kami memilih tuanku dari yang lain dan kami gembiradengan layanan tuanku. Kami berharap tidak dizalimi di sisi tuanku.(Ibnu Hisyam, h. 315)

    Raja an-Najasyi terpukau dengan penjelasan Jaafar. Bagindakemudian bertanya: Apakah kau boleh menunjukkan sesuatu yangNabi itu terima dari Allah?

    Ya!, jawab Jaafar.

    Baiklah, bacakan untukku!, kata an-Najasyi.

    An-Najasyi, pendeta menangisYang dibacakan Jaafar adalah permulaan surah Maryam. An-Najasyidan para pendeta mendengar penuh teliti. Ayat demi ayat yangdibacakan Jaafar membuat mereka menangis, sehingga air matamembasahi janggut An-Najasyi.

    Seluruh ruangan hening. An-Najasyi menyeka air mata, kemudianberkata, sesungguhnya ayat tadi dan yang dibawa Nabi Isa adalahdari sumber yang sama.

  • Raja lalu menoleh kepada Abdullah bin Abi Rabiah dan Amru bin al-Aas, seraya berkata: Kamu pulanglah! Sungguh aku tidak akanmenyerahkan mereka kepada kamu dan mereka tidak boleh digangguoleh siapa pun!

    Kedua-dua utusan Quraisy itu sangat kecewa. Malam itu merekaberpikir panjang. Mereka tidak boleh pulang dengan tangan kosongsetelah melewati perjalanan melelahkan dan dengan biaya mahal. Iaamat memalukan.

    Kemudian, Amru bin al-Aas mengusulkan, besok aku akanmenghadap semula an-Najasyi dan memujuknya lagi!

    Percubaan kedua juga gagalEsok harinya, Amru sekali lagi mendapatkan izin untuk menemui an-Najasyi. Dengan penuh keyakinan, Amru bersuara: Wahai tuanku,Jaafar dan kawan-kawannya telah mengatakan sesuatu yang tidakbaik mengenai Isa bin Maryam. Tuanku boleh bertanyakan merekatentang hal itu!

    Para sahabat Muhajirin sekali lagi dipanggil menghadap an-Najasyi.Mereka tahu, itu adalah tipu muslihat utusan Quraisy lagi. Merekakhawatir juga jika sang raja mungkin terpengaruh oleh pujukan itu.

    An-Najasyi lantas bertanya: Apa yang kamu tahu tentang Isa binMaryam?

    Jaafar bangun dan menjawab: Kami bercakap mengenai Isa sepertiyang diajar kepada kami oleh Nabi Muhammad saw, bahawa diaadalah seorang hamba Allah, Pesuruh Allah, Roh dan Firman Allahditiup ke dalam Si Dara Maryam.

    An-Najasyi lantas bertitah: Kami juga berkeyakinan begitu. Allahakan memberi rahmat ke atas kamu dan ketua kamu.

    Beliau kemudian beralih ke arah para pembesar dan pendeta darikaumnya, seraya berkata: Kamu mungkin risau dan marah, ikut sukahati kamulah, tetapi Isa tidak lain dan tidak bukan seperti yang diucap

  • Jaafar mengenainya. (al-Mubarakpuri, h. 94)

    Kemudian, an-Najasyi mengisytiharkan akan melindungi kumpulanmuhajirin itu. Baginda turut memulangkan hadiah-hadiah yangditerimanya kepada dua orang utusan Quraisy. Mereka akhirnyaterpaksa pulang dengan kehampaan.

    An-Najasyi peluk IslamRaja an-Najasyi akhirnya memeluk Islam, dan diikuti dengan ramairakyat di negerinya. Beliau telah membenarkan kenabian Muhammadsaw, namun menyembunyikan keimanannya dari pengetahuankaumnya. Sikap tersebut kerana beliau mengetahui keadaan kaumnyayang tetap tidak berganjak atas kebatilan, sangat cenderung kepadakesesatan dan jumud atas kepercayaan yang terseleweng, walau punbertentangan dengan akal fikiran dan perkhabaran wahyu. (Prof. Dr.Ab. Aziz, h. 174)

    Abu Hurairah ra pernah menjelaskan satu hadith yang Nabi sawberdukacita pada hari kematian an-Najasyi. Baginda segeramengumumkannya kepada kaum muslim dan menyeru mereka untukmelaksanakan solat ghaib.

    Nabi saw bersabda (maksudnya): Daripada Jabir, Nabisaw memberitahu ketika kematian al-Najasyi, hari inimeninggallah seorang lelaki yang soleh, maka berdiri dansembahyanglah untuk saudara kamu yang bernamaAshamah (Ashamah bin Abhar ialah nama sebenar an-Najasyi). (HR Bukhari)