khutbah eidul adha 1436h

Upload: nur-syaza-mohamad-rosli

Post on 08-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengisian rohani tentang 'tadhiyyah'.

TRANSCRIPT

KHUTBAH PERTAMA

( 3 ) ( 3 ) . . , , . ....... . 46 :

Maksudnya :Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar)

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ketika menghayati hikmat daripada ibadat haji dan ibadat korban maka di sana kita dapati ada titik persamaan dari sudut membina kekuatan umat yang bersatu atas dasar Islam dengan berkasih sayang atas dasar iman. Penjajahan yang berjalan sekarang bukan lagi untuk menjajah tanah tetapi agenda utama musuh adalah memecahkan umat Islam yang dulunya bersatu di bawah khalifah Islamiyah menjadikannya serpihan yang semakin kecil. Musuh melenyapkan undang-undang Islam di tanahair kita sendiri. Ekonomi dunia dikuasai bukan Islam serta tiada negara Islam tersenarai sebagai negara maju. Walaupun kita kaya, kita menjadi negara pengguna, bukan pengeluar apatah lagi pencipta untuk kebaikan manusia sejagat. Negara kita sendiri menyaksikan bagaimana beras, bahan makanan dan keperluan harian bukan orang Islam yang keluarkan. Harta dalam bandar besar tidak sampai 5% milik orang Islam. Ini semua sangat jauh dari apa yang kita harapkan sebagai bangsa yang mampu mendokong amanah memerintah. Apa yang tercerna dalam masyarakat kini perlu diproses semula dengan proses lama iaitu pendidikan. Sayangnya yang cerdik pandai di kalangan kita pantas dihantar ke luar negara dan kembali sebagai cendekiawan dan teknokrat yang sudah diacuankan dengan ideologi pemikiran ala barat serta nilai yang jauh daripada tuntutan syarak. Maka tidak hairanlah umat Islam hari ini menjadi kucar-kacir dengan kecelaruan pemikiran dan bertindak.

Umat Islam kini sudah lupa diri mereka, terhakis nilai dan keIslaman yang tulen daripada keturunan mereka. Kekuatan akal mereka disia-siakan. Musuh merasa senang untuk mengganyang Islam kerana umat Islam sudah tiada perancangan. Mereka menjadi satu umat yang sudah tidak suka membaca apatah lagi mencipta. Kekuatan amalan disia-siakan dengan penafsiran sempit, lebih banyak bercakap dan berdebat tapi tidak melaksanakan. Menjadi umat yang berteori yang hanya duduk di atas kertas sahaja sehingga menjadi umat yang lesu dan sempit segala buah fikiran. Oleh itu inilah masanya kita kena kuatkan institusi kekeluargaan, perlu fokus kepada keluarga sendiri agar menjadi unit yang jati bukan di sudut ekonomi semata-mata. Ibu bapa kena tahu apa yang anak-anak layari dan langgani. Kembalikan keluarga kita kepada neraca Islam dalam bentuk keluarga dan jamaah. Tegakkan Khilafah Islamiah bermula daripada diri sendiri seterusnya ahli keluarga, masyarakat setempat sebelum memacu kepada negeri kemudian Negara sehingga alam sejagat. Gerakan atas dasar iman ini pasti mampu meruntuhkan jahiliyyah seterusnya menghalau sebarang bentuk penjajahan oleh musuh Islam. Mampu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada kerakusan zionis Yahudi, menghentikan perang saudara di bumi Iraq, Syria, Yaman, Libya, menyekat penindasan terrhadap umat Islam Rohingya di Myanmar, Thailand dan seluruh dunia. Korbankan sifat penting diri untuk menyelamat dan membantu saudara seagama yang lain. Korbankan semangat kebangsaan sempit untuk memastikan Islam menjadi agama sejagat. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia akhirat.

! ! Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah : . . . Maksudnya :Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )

KHUTBAH KEDUA

. . . . : . . ! . : [ : ](): . . . : . [ ](): . . . . ! . : [ : ](): . , . , . . . . , , , . . . , . , , , . , , , . , , . , . , , . . . . . .

2