khubat jumaat 1 april 2011 gempa bumi

13
Khubat Jumaat, Surau Al-Falah, UPSI 1/4/2011 “Amankah Kita” ه ل ل ا لا ه ا ل ا لا ن هد ا ش ر، ا ي د ء ق ي شل ك ي علو ه و$ك ل م ل ده ا ي+ ب ي. ده ال ل لد م ح ل ا ده2 ي عدا م ح م ن هد ا ش ي وا عل ل ا ات. ف ص ل ي وا. ن س ح لء اما س لاه ا ل$ ك ي ر شده لا وح ا. ي+ ب ي+ ب ح ي عل$ ارك2 م وب ل سل و ص م هل ل ي. ا2 جد در ال2 ي ل وا داه ه م ل ا ه م ح ر لوله، ا س وره ع2 ب ب ن م ه و2 ب ح ص له و ي ا عل و مه لا ع ا ب. ف س و مه ح ر ل ا ي2 ن. ب مد ح م ا. يd ب و س وا ا. يd ب دو ا وق. ي ع ب. ف س و عد...2 ب ما ره، ا ص. ن وSidang Jumaat yang dihormati sekalian, Saidina Umar al-Khattab ketika beliau mengamanahkan Abu Ubadaidah menjadi panglima tentera Muslimin ke bumi Syam, telah berpesan dengan katanya: “Wahai Abu ubaidah dan seluruh tentera Muslimin: Ambillah taqwa sebagai cara hidupmu, kerana taqwalah yang membuatkan kamu kekal selama-lamanya, manakala cara hidup yang lain itu akan musnah tidak kekal lama. Taqwalah yang menunjukmu di kala kamu sesat, taqwalah yang menyuluhmu di kala kamu dalam kegelapan. Maka janganlah kamu terpedaya dengan tipu daya kemewahan dunia, palinglah hatimu darinya. Dan ingat, jangan sekali-sekali kamu dibinasakan sepertimana orang2 terdahulu yang telah binasa, yang kamu sendiri saksikan” Saudara Muslimin yang dirahmati Allah, Ingatlah bahawa: 1

Upload: taj-rijal

Post on 16-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

Khubat Jumaat, Surau Al-Falah, UPSI 1/4/2011“Amankah Kita”

الحمد لله ال��ذي بي��ده المل��ك وه��و على ك��ل ش��يء قدير، أش��هد أن ال إل��ه إال الل��ه وح��ده ال ش��ريك ل��ه األسماء الحسنى والصفات العلى وأشهد أن محمدا عب��ده ورس��وله، الرحم��ة المه��داة والب��در ال��دجى. اللهم ص��ل وس��لم وب��ارك على حبيبن��ا وش��فيعنا وقدوتنا وأسوتنا محمد نبي الرحم��ة وش��فيع األم��ة

وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره، أما بعد...

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Saidina Umar al-Khattab ketika beliau mengamanahkan Abu Ubadaidah menjadi panglima tentera Muslimin ke bumi Syam, telah berpesan dengan katanya:

“Wahai Abu ubaidah dan seluruh tentera Muslimin: Ambillah taqwa sebagai cara hidupmu, kerana taqwalah yang membuatkan kamu kekal selama-lamanya, manakala cara hidup yang lain itu akan musnah tidak kekal lama. Taqwalah yang menunjukmu di kala kamu sesat, taqwalah yang menyuluhmu di kala kamu dalam kegelapan. Maka janganlah kamu terpedaya dengan tipu daya kemewahan dunia, palinglah hatimu darinya. Dan ingat, jangan sekali-sekali kamu dibinasakan sepertimana orang2 terdahulu yang telah binasa, yang kamu sendiri saksikan”

Saudara Muslimin yang dirahmati Allah,

Ingatlah bahawa:

ج�ا قال الله سبحانه: �ه� م�خ�ر� �ج�ع�ل� ل �ه� ي �ق� الل �ت ق�ه� (2) و�م�ن� ي ز� �ر� و�ي�س�ب� �ح�ت �ث� ال� ي م�ن� ح�ي

Sesiapa jua yang menjadikan taqwa itu sebagai cara hidupnya, nescaya Allah akan membuka baginya pintu penyelesaian dalam segala kesulitan dan masalah yang dihadapi, bahkan Allah memberinya rezeki yang datang dari punca yang tidak disangkakan.

Apakah itu taqwa? Taqwa itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Mas’ud:

." يكفر“ فال يشكر وأن ينسى، فال ويذكر �عصى، ي فال �طاع ي أن

1

Page 2: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

Segala perintah Allah itu... dikerjakan, tidak diengkarinya, diingat, tidak dilupainya, disyukuri dan tidak kufurinya.

Saudara Muslimin yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 40 surah al-‘Ankabut:

�ه� �ذ�نب �ا ب �خ�ذ�ن �ال; أ �اف�ك �ه� ح�اص�ب �ي �ا ع�ل �ن ل س� ر�� �ه�م م�ن� أ ف�م�ن

�ه� �ا ب ف�ن �ه�م م�ن� خ�س� �ح�ة� و�م�ن �ه� الص�ي �خ�ذ�ت �ه�م م�ن� أ و�م�ن�ا ق�ن �غ�ر� �ه�م م�ن� أ ر�ض� و�م�ن

� �م�ه�م�األ� �ظ�ل �ي �ه� ل �ان� الل و�م�ا ك�م�ون� �ظ�ل ه�م� ي �نف�س� �وا أ �ان �Iك�ن ك و�ل

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

           Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan berkekalan yang dianugerahkan oleh Allah kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada sekalian alam bukan terbatas kepada bangsa dan negara tertentu sahaja. Seluruh isi kandungan al-Quran yang menjelaskan berkaitan aqidah, hukum-hakam syariat, adab-adab, sistem kehidupan, balasan akhirat tidak ketinggalan banyak kisah pengajaran sebagai pedoman kita semua.

Saudara Muslimin yang dirahmati Allah,

Kita lihat... bagaimana bahagianya golongan yang bertaqwa dan mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi.... dan dalam masa yang sama betapa banyak bangsa dan negara yang dihancurkan akibat mengengkari ajaran nabi yang diutuskan kepada mereka walaupun teknologi dan kemajuan yang dicapai begitu hebat. Ada golongan yang dihancurkan dengan petir, banjir besar, ditenggelamkan ke dalam bumi dan ditukar kepada rupa binatang. Kemudian ada pula....

yang dihancurkan sehingga tidak lagi dapat dikesan dan ada yang terus dapat dilihat kesan sehingga hari ini melalui pembangunan yang ditinggalkan atau kesan kehancuran seperti tasik Qarun dan Laut Mati. Semua ini di cerita oleh Al-Quran, kita percaya bahawa semua peristiwa ini betul dan pernah berlaku, kerana ia cerita Allah dan bukan cerita-cerita yang dibawa oleh tukang karut dan tukat fitnah. Kita mengambil iktibar daripada semua yang berlaku, dan bukannya menjadi manusia yang hanya menganggap ini kisah dongeng dan sekadar cerita klasik sahaja.

2

Page 3: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 97-99  surah al-A’araf :

�م�ون� �ائ �ا و�ه�م� ن �ات �ي �ا ب ن س�� �أ �ه�م ب �ي ت

� �أ �ن ي ىI أ �ق�ر� �ه�ل� ال �م�ن� أ �ف�أ أ�ا ض�ح�ى٩٧﴿ ن س�

� �أ �ه�م ب �ي ت� �أ �ن ي ىI أ �ق�ر� �ه�ل� ال �م�ن� أ و�أ

� ﴾ أ�ون� �ع�ب �ل ه�٩٨﴿و�ه�م� ي ـ� �ر� الل �وا م�ك �م�ن �ف�أ �ر� ﴾ أ م�ن� م�ك

� �أ ف�ال� يون� ر� �خ�اس� �ق�و�م� ال �ال� ال ه� إ ـ� ﴾٩٩﴿الل

Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97) Atau patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98) Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

           Ketika dunia hangat membincangkan tentang pergolakan dalam menjatuhkan pemimpin kuku besi satu demi satu di kebanyakan negara Arab dan Afrika tiba-tiba berlakunya suatu gempa bumi dan tsunami yang begitu dahsyat di sebuah negara maju iaitu Jepun yang telah mengorbankan lebih 13 ribu nyawa disamping kehancuran yang teruk ditambah lagi dengan merebaknya kesan radiasi akibat beberapa loji nuklear Jepun yang turut musnah sehingga turut merebak ke negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Sebagai seorang Muslim yang ada hati dan jiwa Peristiwa sebegini sudah tentu menjadi iktibar, peringatan dan panduan kita, tentang apa jua perkerjaan, amalan dan projek yang kita lakukan dan akan lakukan adakah ia di redhai Allah?

Ketika menyoroti sejarah berlakunya gempa bumi ini semenjak dari dahulu hingga kini di mana ada di kalangan ulama’ yang menyatakan bahawa gempa bumi pertama berlaku di atas muka bumi ini ialah setelah Qabil bertindak kejam membunuh saudaranya Habil akibat perasaan hasad dengki. Apabila pembunuhan pertama ini berlaku akibat perang saudara telah menyebabkan bumi terlalu marah sehingga berlakunya gempa bumi.

Gempa bumi turut berlaku pada zaman nabi Muhammad s.a.w di mana nabi telah membaca doa tertentu sehingga bukit yang di atasnya pernah disemadikan beberapa orang nabi, para orang mati syahid telah berhenti daripada bergegar. Begitu juga gempa bumi yang pernah berlaku semasa pemerintahan Sayyidina Umar al-Khottab

3

Page 4: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

di mana setelah berkata sesuatu kepada bukit itu lalu ia berhenti daripada bergegar. Malah jika kita baca sebuah kitab tentang peristiwa gempa bumi yang telah ditulis oleh seorang ulama’ terkenal iaitu imam Jalaluddin as-Sayuti maka kita dapati beliau telah mendahului ilmuan barat dalam  menulis banyak peristiwa gempa bumi yang telah berlaku sejak dahulu hingga kepada zamannya. Peristiwa gempa bumi merupakan merupakan peringatan dan amaran daripada Allah ketika manusia melakukan kerosakan, terlibat dengan kemungkaran dan ia juga merupakan antara tanda-tanda Qiamat sebagaimana suatu peringatan dari nabi yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim:

اع�ة� : الس� �ق�وم� ت ال� �م� ل و�س� �ه� �ي ع�ل �ه� الل ص�ل�ى Wي� �ب الن ق�ال� ق�ال� ة� �ر� ي ه�ر� �ي ب� أ ع�ن�

�ن� �ف�ت ال �ظ�ه�ر� و�ت ، م�ان� الز� ب� �ق�ار� �ت و�ي ، ز�ل� ال� الز� �ر� �ث �ك و�ت ، �م� �ع�ل ال �ض� �ق�ب ي �ى ت ح��ف�يض� ف�ي �م�ال� ال �م� ف�يك �ر� �ث �ك ي �ى ت ح� ، �ل� �ق�ت ال �ل� �ق�ت ال و�ه�و� ، ج� �ه�ر� ال �ر� �ث �ك و�ي

Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kita juga mestilah merenung kepada setiap apa yang berlaku disekeliling kita agar kita tidak menjadi agen yang menjemput bala yang dahsyat daripada Allah. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali:

الرسول �ا : ,  eقال ي ه�ي� و�م�ا �ل� ق�ي �الء� الب به�ا ح�ل� �ة� خ�ص�ل ة� ر� ع�ش� خ�م�س� �ي م�ت� أ ف�ع�ل�ت� �ذ�ا إ

: ق�ال� الله�؟ و�ل� س� �ه�  ر� ت و�ج� ز� ج�ل� الر� �ط�اع� و�أ م�ا �اة�م�غ�ر� ك و�الز� �م�ا م�غ�ن �ة� و�األم�ان د�و�ال �م� الم�غ�ن �ان� ك �ذ�ا إ � الق�و�م �م� ي ع� ز� �ان� و�ك اج�د� الم�س� ف�ى األص�و�ات� �ف�ع�ت� ت و�ار� �اه� �ب أ و�ج�ف�ا �ق�ه� ص�د�ي �ر� و�ب م�ه�

� أ و�ع�ق��ان� الق�ي Wخ�ذ�ت� و�ات �ر� الح�ر�ي �س� �ب و�ل الخ�م�و�ر� �ت� ر�ب و�ش� ه� lر ش� اف�ة� م�خ� ج�ل� الر� �ر�م� ك

� و�أ �ه�م� ذ�ل ر�� أ

ا خ� م�س� و�� أ ف�ا خ�س� و�

� أ اء� ح�م�ر� �ح�ا ر�ي �ك� ذل �د� ن ع� �و�ا �ق�ب ت �ر� �ي ف�ل �ه�ا و�ل� أ األم�ة� ه�ذ�ه� آخ�ر� �ع�ن� و�ل �زف� و�الم�ع�ا

” Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :[1]Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja [2]Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan [3] Zakat dijadikan hutang  [4] Suami menurut sahaja kehendak isteri [5] Anak derhaka terhadap ibunya [6] Anak terlalu mementingkan kawannya [7] Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya [8]Suara sudah ditinggikan dalam masjid [9]Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka [10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya [11]Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat [12] Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki [13] Para artis disanjung tinggi  [14] Muzik banyak dimainkan  [15] Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat)

4

Page 5: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

        Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi binatang

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ’Imran :

�ه� و�ه�و� ف�ي �ل� م�ن �ق�ب �ا ف�ل�ن ي � د�ين م ال� �س� �ر� اإل� �غ� غ�ي �ت �ب و�م�ن ير�ين� �خ�اس� ة� م�ن� ال خ�ر� ﴾٨٥﴿اآل�

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi

Ujian Allah berbentuk gempa bumi, banjir besar, ribut taufan, gunung berapi merupakan suatu ujian yang besar namun begitu ada lagi ujian yang lebih hebat daripada itu iaitu apabila berlakunya penghinaan terhadap Islam, usaha dalam meruntuhkan aqidah umat Islam. Antara yang terbaru bila tersiarnya di internet isu adanya orang bukan Islam yang menghina azan dengan mengatakan bahawa laungan azan seperti laungan jual beli makanan. Begitu juga isu pertikaian pengharaman judi yang bukan sahaja merupakan amalan keji dalam Islam malah seluruh agama lain.

Tidak ketinggalan isu kebenaran untuk menyebarkan Bible berbahasa Melayu yang menyaksikan ada yang menyokong dan ada yang menentang. Ia mesti dipandang sebagai kesungguhan pihak Kristian terutamanya dalam menyebarkan agamanya di negara kita. Bagaimana pula dengan usaha kita dalam mempertahankan aqidah ketika isu murtad terus melanda ditambah lagi dengan merebaknya fahaman Islam Liberal yang banyak mempertikaikan syariat Islam dan masalah Pluralisme agama yang menganggap semua agama di dunia, sama dan setaraf. Bagaimana pula dengan usaha dalam memperkemaskan ilmu Islam dalam diri seluruh umat Islam yang lebih ramai yang hanyut dengan hiburan melalaikan sehingga menganggap agama sebagai suatu yang tidak penting. Bila kejahilan melanda maka kekufuran lebih dekat dengan umat Islam. Waspada sebelum terkena, beringat sebelum terjerat, awas sebelum terbabas

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

�ح�ون� �ه�ا م�ص�ل ه�ل� t و�أ �م �ظ�ل ىI ب �ق�ر� �ه�ل�ك ال �ي Wك� ل ب �ان� ر� و�م�ا ك

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

Jika dulu kita sentiasa berasa selamat kerana Negara kita berada di luar lingkaran api pasifik tetapi kuasa Allah melebihi segalanya kerana bumi itu sendiri tidak akan bergempa melainkan atas arahan Allah di mana Negara kita telah beberapa kali

5

Page 6: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

merasai gegarannya. Jika kita masih tidak mahu mengambil peduli maka tunggulah saat gegaran bumi yang dahsyat dan kehancuran yang tidak mampu tertanggung lagi.

�ات� اآلي م�ن� �ه� ف�ي �م�ا ب �م� �اك �ي و�إ �ي �ف�ع�ن و�ن � �م الع�ظ�ي آن� الق�ر� ف�ي �م� �ك و�ل �ي� ل الله� ك� �ار� بالله� �غ�ف�ر� ت و�اس� �م� �ي الع�ل �ع� م�ي الس� ه�و� �ه� �ن إ �ه� �الو�ت ت �م� �ك و�م�ن lي م�ن �ل� �ق�ب و�ت � �م �ي الح�ك �ر� و�الذlك

�ات� و�الم�ؤ�م�ن �ن� �ي و�الم�ؤ�م�ن �م�ات� ل و�الم�س� �م�ين� ل �م�س� ال �ر� ائ �س� و�ل �م� �ك و�ل �ي� ل �م� الع�ظ�ي�ن� �ي �ب �ائ الت �ج�اة� ن �ا و�ي �ن� �غ�ف�ر�ي ت الم�س� ف�و�ز� �ا ف�ي و�ه� �غ�ف�ر� ت ف�اس�

Khutbah kedua

بالله ونعوذ ونستغفره ونستعينه نحمده لله، الحمدالله يهده من أعمالنا سيئآت ومن أنفسنا شرور من

. إله ال أن اشهد له هادي فال يضلل ومن له مضل فالعبده محمدا أن وأشهد له شريك ال وحده الله إال

وعلى  ورسوله. محمد سيدنا على وسلم صل اللهمإلى تبعهم ومن التابعين وتابع وتابعين وأصحابه آله

... بعد أما الدين، يوم

�م �نت و�أ � �ال إ �ن� �م�وت ت � و�ال �ه� �ق�ات ت ح�ق� xه� الل � �ق�وا ات � �وا آم�ن �ذ�ين� ال Wه�ا ي� أ �ا ي

�م�ون� ل مWس�

Wahai orang2 yg beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwanya, dan jaganlah kamu mati melainkan dengan keadaan kamu menjadi orang-orang Islam

Marilah kita menghisab diri masing2, menghisab amalan kita, kepercayan kita dan perangai kita sebelum dihisab dihadapan Allah pada hari yg dinyatakan Allah,

�ون� �ن ب و�ال yم�ال �نف�ع� ي ال �و�م� :ي الشعراء ( t �يم ل س� tق�ل�ب� ب �ه� الل �ى �ت أ م�ن� � �ال )88إ

Hari yang tiada memberi manfaat oleh harta benda dan anak pinak melainkan mereka yg dtg mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.

Marilah kita berpegang teguh dgn petunjuk islam pesaka warisan peninggalan nabi kesayangan kita muhamad Saw. Kerana ITULAH yg benar, yg adil, yg baik yang menyelamatkan kita di dunia sehingga hari akhirat. Marilah kita menentang dan menjauhkan diri perkara yg berlawanan dengannya, kerana perkara yang berlawanan dengan Islam membawa celaka di dunia dan neraka di akhirat. Seterusnya kita tak

6

Page 7: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

lupa utk sentiasa berselawat kepada rasul yang membawa petunjuk dan rahmat, kerana perintah Allah dalam Al-Quran:

�ه� �ي ع�ل Wوا ص�ل �وا آم�ن �ذ�ين� ال Wه�ا ي� أ �ا ي lي� �ب الن ع�ل�ى �ص�لWون� ي �ه� �ت �ك و�م�الئ �ه� الل �ن� إ

: األحزاب ( �يم�ا ل �س� ت lم�وا ل )56و�س�

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya sentiasa berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu dan ucaplah salam kamu kepadanya dengan sesungguh-sungguhnya.

Dan sabda RasullUllah Saw:

عشرا( ) بها عليه الله صلى مرة علي صلى من

المفرد ) الادب في البخاري صحيحه( )645رواه في (408ومسلم

Sesiapa yang berselawat kepada ku satu selawat, nescaya Allah berselawat ke atasnya 10 selawat.

Sesungguhnya Allah menugaskan malaikat untuk menyampaikan selawat kita kepada Rasullullah Saw yg berada di alam barzah seterusnya melayakkan kita untuk bersama dengannya pada hari kiamat dan mendapat shafaatnya.

ــليت على ــا ص ــد كم ــد وآل محم ــل على محم اللهم ص إبراهيم و آل إبراهيم وبارك على محمد وآل محمد كماــك ــالمين ان ــراهيم فى الع ــراهيم وآل إب ــاركت على إب ب

حميد مجيد.

اللهم اغفــــر للمؤمــــنين والمؤمنــــات والمســــلمينــا ــر لن ــا اغف ــوات. ربن ــاء منهم األم ــلمات األحي والمس وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا غال

للذين آمنوا ربنا إنك رءوف.

اللهم أعــز اإلســالم والمســلمين والــدعاة والمجاهــدين والمظلــومين والمستضــعفين. اللهم انصــر إخواننــا في فلسطين وفي أفغانستان وفي العــراق وفي الشيشــان وفي كشـــمير وفي كـــل مكـــان. اللهم دمـــر الكفـــرة

7

Page 8: Khubat Jumaat 1 April 2011 Gempa Bumi

والمنافقين وأهلك أعداءك أعداء الدين ال ســيما اليهــود والمشركين والصليبيين والعلمانيين. اللهم بدد شــملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، اللهم رد� ا ال ــ� �ن ب كيــدهم على نحــورهم ونعوذبــك من شــرورهم. ر�

� و�م �قــ� ك� م�ن� ال ــ� ح�م�ت �ر� �ا ب ن lج� �م�ين� و�ن � الظ�ال �ق�و�م lل �ة� ل �ن �ا ف�ت �ن �ج�ع�ل ت . �اف�ر�ين� �ك ال

ا ــ� �ن �ح� ل ل صــ�� ا، وأ ــ� م�ر�ن

� �ا الذي هو ع�ص�م�ة� أ �ن �ن �ا د�ي �ن �ح� ل ص�ل� اللهم أ

�نــا الــتي إليهــا ا آخرت ــ� �ن �ح� ل ل صــ�� �، وأ نا �ا التي فيها معاشــ� �ان �ي د�ن

م�عاد�نا، اللهم ال تجعل الدنيا أكبر همنــا وال مبلــغ علمنــا، وال تجعــل مصــيبتنا في ديننــا. اللهم أصــلح أئمتنــا ووالة

ــا و ــا فيمن خافــكس��لطانناأمورن ــل واليتن ، اللهم اجع واتقــاك يــا رب العــالمين. اللهم اشــف مرضـانا، وارحم موتانــا وبلغنــا ممــا يرضــيك آمالنــا واختم بالباقيــات

الصالحات أعمالنا.

عباد� الله، إن� اللــه� يــأمر بالعــدل واإلحســان وإيتــاء ذيــر والبغي يعظكم ــاء والمنك ــربى وينهى عن الفحش القكم لعلكم تــذكرون فــاذكروا اللــه� العظيم� الجليــل� يــذكر�ــزدكم ه� ي ــ� ــكروه على نع�م ــر� لكم واش ــتغفروه يغف واس

�ر� الله� أكبر والله يعلم ما تصنعون. �ذ�ك ول

8