khat diwani

2
Khat Diwani Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, disempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias. KHAT RIQ’AH Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar. KHAT FARISI Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian. KHAT THULUTH Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada

Upload: mkwazli

Post on 27-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bfgbb

TRANSCRIPT

Page 1: Khat Diwani

Khat Diwani

Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, disempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.

KHAT RIQ’AH

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.

KHAT FARISI

Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.

KHAT THULUTH

Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya.

Page 2: Khat Diwani

Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.