khasiat inai

Upload: iella

Post on 03-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Khasiat Inai

    1/1

    BIMBINGAN RASULULLAH MERAWAT MIGRAIN / PENING KEPALA

    Contributed by Biro AkademikFriday, 08 February 2008

    Sebagaimana yang telah kita pelajari,migraine adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya.Mungkin ramai diantara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu study.Sehingga kini,migraine tidakmempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkansakit,bukannya menyembuhkan.Abu Nuaim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi :Migrain/pening kepala pernah

    dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawaRasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kainDi dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata :aduhkepalaku.Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakitkepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada jenisnya.Ada kalanya,migraine bolehdisembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala.Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkanatau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine.Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap danmelakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala.Jika seseorang sakit kepala kerana panas terikmentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dandicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan.Inai mengandungitenaga yang boleh menagatasi pening.Jika dibalur dan diikat di kepala,pasti boleh menghilangkan rasa sakitnya.Bahkania tidak hanya berlaku untuk penyakit kepala sahaja,juga boleh untuk membalut bahagian tubuh yang bengkak danradang,boleh meredakannya.Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As-Sunan bahawa

    Rasulullah s.a.w setiap kali ada orang yang datang menemui Baginda menceritakan sakit di kepalanya,pasti Bagindas.a.w bersabda :berbekamlah.Dan setiap kali orang menceritakan sakit di kakinya kepada Baginda,Baginda berkata :Gunakan inai untuk membalurnyaInai mempunyai sifat sejuk sekali,namun juga kering.Kekuatan pada pokok dan dahanini meupakan gabungan dari kekuatan yang dicerat dari semacam unsure air yang panas dan stabil,dengan tenagapengikat yang berpunca dari unsure tanah yang sejuk pula.Di antara khasiatnya misalnya untuk mengubat lukaterbakar.Inai juga mengandungi tenaga yang sesuai dengan saraf jika digunakan sebagai pembalut.Bahkan jikadikunyah amat sesuai untuk merawat sariawan dan bibir-bibir pecah,juga boleh merawat pecah-pecah pada mulutbayi.Jika dibalurkan,amat sesuai untuk merawat bengkak dan radang.Juga boleh untuk mengeluarkan mata bisul.Jikaserbuknya dicampur dengan lilin bening dan minyak mawar,boleh digunakan untuk sakit pinggang.Dia antara khasiatlainnya iaitu pada anak kecil yang mula diserang cacar air,kemudian bahagian kakinya dibalut dengn inai,maka bahagianmatanya akan selamat dari serangan cacar.Ini memang benar dan sudah terbukti mujarab,tidak diragukan lagi.Jiakaserbuknya dibubuhkan di kain wol,boleh menyegarkannya dan mencegahnya dari ulat.Jika daunnya sahaja jatuh kedalam air,boleh mengubah rasa air itu menjadi nikmat hingga ke dasarnya.Boleh diperah dan diminum airnya hingga 40

    hari,setiap harinya boleh diminum 20 sudu ditambah dengan 10 sudu gula.Juga boleh merawat gejala penyakit kustasecara ajaib sekali.Dikisahkan bahawa seorang lelaki yang kuku-kuku tangannya pecah-pecah.Ia bersedia memberibanyak wang kepada sesiapa yang boleh menyembuhkannya,namun tidak juga diketemui orang yangdikehendakinya.Suatu ketika ada seorang wnita memberi ramuan kepadanya untuk meminum air inai selama 10hari,tetapi ia masih ragu.Akhirnya ia cuba memeras dan meminum airnya.Ternyata ia sembuh.Kuku-kuku tangannyamenjadi elok semula.Jika inai itu dijadikan krim untuk membalur jari-jari tangan,akan berfungsi memperindah danmengilatkannya.Jika diadun dengan minyak samin,dan dibalurkan ke sisa peradanagn yang sudah mengeluarkan cairankuning,juga bermanfaat.Juga boleh menyembuhkan kudis yang sudah lama,secara ajiab sekali.Boleh berfungsimenumbuhkan rambut,menguatkan dan memperindahnya.Juga boleh menguatkan kepala.Boleh melindungi dari bintik-bintik dan jerawat yang tumbuh di betis,kaki dan seluruh tubuh.Selamat mencuba..WALLAHUALAM..

    PERUBATANonline

    http://perubatan.org/v2 Powered by Joomla! Generated: 7 December, 2011, 12:21