(kgkt)peraturan kelab guru 01

14
PERATURAN KELAB GURU & KAKITANGAN ( KGKT ) SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU II,TAWAU,SABAH Perkara 1 :NAMA 1.1 Kelab ini dinamakan sebagai Kelab Guru dan Kakitangan Bukan Mengajar atau ringkasnya KGKT. Perkara 2 :ALAMAT 2.1 Kelab ini ditubuhkan di dalam Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Peti Surat 61364,91023 Tawau,Sabah. Perkara 3 :RASIONAL 3.1 Guru yang cemerlang adalah guru yang terbaik hasil daripada kebajikan yang terjaga dan terjamin serta permuafakatan yang konsensus.Justeru KGKT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan ahlinya melalui pelbagai kegiatan dan sumbangan yang bermanafaat untuk ahlinya. Perkara 4 :OBJEKTIF 4.1 Membantu dan menjaga kebajikan setiap ahli(guru- guru dan kakitangan bukan mengajar). 4.2 Memberi peluang kepada setiap ahli mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti KGKT. 4.3 Memberikan sumbangan kepada ahli,sekolah dan masyarakat. 4.4 Mempereratkan hubungan silaturahim dan kekitaan setiap ahli melalui kegiatan KGKT. Perkara 5 :SASARAN 5.1 Semua guru dan kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua secara automatik menjadi ahli KGKT. Perkara 6 :LOGO Ahli yang bersatu hati di bawah

Upload: roslee-suparlan

Post on 20-Jun-2015

2.403 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Kgkt)peraturan kelab guru 01

PERATURAN KELAB GURU & KAKITANGAN ( KGKT )SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU II,TAWAU,SABAH

Perkara 1 :NAMA1.1 Kelab ini dinamakan sebagai Kelab Guru dan Kakitangan Bukan

Mengajar atau ringkasnya KGKT.

Perkara 2 :ALAMAT2.1 Kelab ini ditubuhkan di dalam Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Peti Surat 61364,91023 Tawau,Sabah.

Perkara 3 :RASIONAL3.1 Guru yang cemerlang adalah guru yang terbaik hasil daripada kebajikan yang terjaga dan terjamin serta permuafakatan yang konsensus.Justeru KGKT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan ahlinya melalui pelbagai kegiatan dan sumbangan yang bermanafaat untuk ahlinya.

Perkara 4 :OBJEKTIF4.1 Membantu dan menjaga kebajikan setiap ahli(guru-guru dan kakitangan bukan

mengajar).4.2 Memberi peluang kepada setiap ahli mengambil bahagian dalam aktiviti

komuniti KGKT.4.3 Memberikan sumbangan kepada ahli,sekolah dan masyarakat.4.4 Mempereratkan hubungan silaturahim dan kekitaan setiap ahli melalui

kegiatan KGKT.

Perkara 5 :SASARAN5.1 Semua guru dan kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua secara automatik menjadi ahli KGKT.

Perkara 6 :LOGO Ahli yang bersatu hati di bawah SK. Bandar Tawau II

Ringkasan nama kelab Maju dan berkebajikan untuk ahli Nama penuh kelab

Perkara 7 :VISI7.1 Memperkasa KGKT menjelang 2010.

Perkara 8 :MISI8.1 Merealisasikan KGKT yang bersatu dan membantu ahli-ahlinya.

Page 2: (Kgkt)peraturan kelab guru 01

Perkara 9 :KEAHLIAN KGKT (SECARA AUTOMATIK)9.1 Semua guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Tawau.

9.2 Semua kakitangan tidak mengajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua.

9.3 Semua ahli wajib menghadiri mesyuarat agung tahunan,mesyuarat am, mesyuarat tergempar,taklimat dan setiap aktiviti anjuran KGKT.

9.4 Semua ahli berhak bercakap,mengundi dan diundi.

9.5 Semua ahli yang aktif dan mempunyai keistimewaan ialah pembayar yuran yang tetap setiap bulan tanpa tergantung lebih daripada tiga bulan.

9.10 Semua ahli tidak aktif ialah ahli yang tidak menjelaskan yuran lebih daripada tiga bulan tanpa sebarang tunjuk sebab dan segala keistimewaan sebagai ahli ditarik balik sehingga menjelaskan sepenuhnya tunggakan yuran KGKT.

Perkara 10:.KEWANGAN / YURAN BULANAN10.1 Semua ahli diwajibkan membayar yuran RM10.00 sebulan (kecuali disember) iaitu RM110.00 setahun.

10.2 Tahun kewangan kelab ini bermula pada bulan 01 Julai dan berakhir pada 30 Jun tahun berikutnya.

10.3 Kutipan yuran adalah untuk kebajikan dan kegiatan semua ahli dalam aktiviti KGKT.

10.4 Tindakan boleh diambil kepada ahli KGKT yang tidak menjelaskan yuran dengan penyerahan surat peringatan sekiranya selepas tempoh tiga bulan secara berturut-turut masih tidak menjelaskan yuran KGKT tanpa

sebarang alasan munasabah. Ahli tersebut akan dianggap sebagai ahli tidak aktif dan dikecualikan daripada kegiatan KGKT dan tidak lagi mempunyai keistimewaan.

10.5.Pengeluaran wang hanya boleh diluluskan oleh Pengerusi untuk kegunaan dan kepentingan KGKT.

10.6 Naib pengerusi hanya boleh meluluskan pengeluaran wang di atas kebenaran Pengerusi.

10.7 Pengeluaran wang dari bank melalui cek hanya boleh dilakukan dengan tandatangan dua daripada tiga penama iaitu Pengerusi,Setiausaha atau Bendahari.

10.8 Urusan kewangan akan diaudit oleh juruaudit dan diuruskan oleh Bendahari.

10.9 Pembentangan laporan wang masuk,wang keluar,baki dan lain-lain akan dibuat setahun sekali semasa mesyuarat agung atau permintaan oleh 2/3 ahli KGKT.

Page 3: (Kgkt)peraturan kelab guru 01

Perkara 11:.PENGUNDIAN / TEMPOH JAWATAN / PEMBUBARAN11.1 Semua ahli berhak mengundi dan diundi.

11.2Tempoh 3 tahun adalah diberikan kepada Pengerusi,Naib Pengerusi, Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari,Tugas-tugas khas dan barisan

Biro untuk menerajui KGKT sebelum pembubaran dan lantikan baru dibuat melalui proses pengundian.

11.3 Sebelum pembubaran segala hutang piutang hendaklah diselesaikan oleh ahli Semasa.

Perkara 12 ; MESYUARAT / TAKLIMAT12.1 Mesyuarat agung tahunan akan diadakan satu tahun sekali.

12.2 Mesyuarat am boleh diadakan pada bila-bila masa yang perlu mengikut penasihat atau pengerusi.

12.3 Mesyuarat tergempar boleh diadakan sekiranya diminta oleh 2/3 daripada ahli atau AJK Teringgi di atas sebab yang berkepentingan untuk

KGKT dan perlu diadakan dengan kadar segera.

12.4 Mesyuarat hanya boleh diadakan jika terdapat 2/3 daripada ahli.Kalau tidak mesyuarat akan ditangguh dan mesti diadakan di dalam tempoh 14

hari.

12.5 Notis atau surat akan dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat diadakan.

12.6 Taklimat akan diadakan mengikut keperluan dan kepentingan KGKT pada bila-bila masa.Notis adalah semasa atau sebelum hari taklimat.

12.7 Mesyuarat dan taklimat yang diadakan semasa pengajaran dan pemelajaran perlu mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah.

Perkara 13: PENAUNG / PENASIHAT13.1 Penaung yang juga penasihat kelab ini adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Dua,Tawau.

13.2 Penasihat lain kelab ini adalah Penolong Kanan Satu,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang.

Perkara 14: AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI 14.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi KGKT terdiri daripada Pengerusi,Naib Pengerusi ,Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari, Tugas-tugas Khas,

Biro Kebajikan,Biro Rekreasi dan Sukan,Biro Kerohanian,Biro Jamuan dan Keraian,Biro Keceriaan dan Buletin serta Biro Hadiah dan Cenderahati dan Juruaudit.

14.3 Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi baru akan dipilih dalam mesyuarat agung tidak melebihi tempoh tiga tahun semasa lantikan melalui pencalonan

Page 4: (Kgkt)peraturan kelab guru 01

dan undian.

14.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa sebelum tempoh tiga tahun Pengerusi berhak memilih calon pengganti yang difikirkan sesuai.

14.5 Naib Pengerusi secara automatik akan menggantikan tempat Pengerusi sekiranya berlaku kematian,berpindah ke sekolah lain,melepaskan

jawatan atau di atas sebab-sebab lain yang munasabah.

14.6 Pengerusi mesti memaklumkan kepada penaung atau penasihat atau pihak sekolah sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan luar KGKT.

14.7 Ahli Jawatankuasa Tertinggi berhak membuat segala keputusan demi kepentingan KGKT.

Perkara 15 : SENARAI TUGAS PENAUNG/PENASIHAT DAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

15.1 Penaung / Penasihata.Berhak memberi nasihat,teguran dan pemantauan.b.Berhak memberikan pendapat atau keputusan akhir untuk KGKT.

15.2 Pengerusia.Berhak memanggil atau mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan,Mesyuarat Am,Mesyuarat Tergempar dan Taklimat.b.Menandatangani minit-minit mesyuarat setelah mendapatinya tepat demi mengesahkannya.c.Dikehendaki mengawasi semua ahli KGKT menunaikan kewajipan dan tugas mereka dengan betul,cekap dan bertanggungjawab.d.Mengawasi pengendalian KGKT ini supaya dijalankan dengan cekap.e.Bertindak sebagai jurucakap KGKT.f.Menjadi penyelaras dan penasihat ke atas semua kegiatan KGKT.g.Memimpin,merancang dan menentukan kegiatan dan aktiviti KGKT.h.Membuat keputusan secara kolektif dan konsensus untuk KGKT setelah

dibincangkan bersama.

15.3 Naib Pengerusia.Membantu semua tugas Pengerusi KGKT.b.Menjalankan dan mewakili Pengerusi KGKT semasa ketiadaannya.

15.4 Setiausahaa.Mencatatkan minit-minit mesyuarat dan aktiviti KGKTb.Menyampaikan minit-mint mesyuarat yang lalu untuk disahkanc.Menyimpan dengan betul dan mengemaskinikan semua dokumen,buku dan daftar KGKT (sistem fail).d.Menyediakan agenda mesyuarat dan laporan tahunan KGKT.e.Menjalankan kerja surat-menyurat.f.Menjadi penasihat ke atas semua kegiatan KGKT.

Page 5: (Kgkt)peraturan kelab guru 01

15.5 Penolong Setiausahaa.Membantu setiausaha menjalankan tugas.b.Mengganti setiausaha semasa ketiadaannya.

15.6 Bendaharia.Menyediakan dan menyampaikan laporan kewangan sewaktu mesyuarat agung atau mesyuarat lain yang diperlukan.b.Mengutip yuran daripada ahli KGKT dan menyediakan resit yang di cop kepada ahli.c.Menyediakan akaun,membuat simpanan di bank,pengeluaran atau pembayaran mengikut nasihat Pengerusi setelah diaudit. d.Berhak menyimpan wang tunai (cair) kelab tidak melebihi RM 200.00. e.Menyimpan semua kutipan wang ke dalam bank setelah dimaklumkan

kepada juruaudit dan laporan kepada Pengerusi tidak lewat daripada tiga hari.

15.7 Tugas-Tugas Khasa.Membantu Pengerusi serta ahli jawatankuasa tertinggi mencari

bantuan / penaja untuk kegiatan luar KGKT. b.Membantu merancang pendapatan kewangan KGKT selain yuran KGKT.

c.Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan KGKT di atas nasihat Pengerusi demi kepentingan KGKT.

15.8 Biro Kebajikana.Menyelaras dan memastikan kebajikan ahli dengan memberi sumbangan

kewangan atau hadiah atau keraian dan mengadakan lawatan atau ziarah dengan pembahagian bantuan seperti yang berikut:-

Bil

Jenis Bantuan

Nilai Bantuan (Wang/Hadiah/ Cenderahati)

Penerima Yang Layak

Kuantiti Terimaan

1. Perkahwinan RM100.00 Ahli Satu KaliPerkahwinan

2. Harijadi Guru

RM50.00 Ahli Satu Kalisetahun

3. Melahirkan anak

RM50.00 Ahli Satu Kalikelahiran

4. Sakit yang serius

RM100.00 Ahli & Suami/Isteri,Anak,Ibu dan Bapa

Mengikut keadaan

5. Kematian RM200.00 Ahli & Suami/Isteri,Anak,Ibu dan Bapa

Mengikut keadaan

6. Pelajaran Cemerlang

RM50.00 Ahli & Anak Satu Kali cemerlang

Page 6: (Kgkt)peraturan kelab guru 01

7. Naik haji RM100.00 Ahli Satu Kali naik Haji

7. Bersara RM50.00 Ahli Satu Kali persaraan wajib

8. Berpindah RM50.00 Ahli Satu Kali perpindahan

9. Bantuan Luar Jangka / Derma /Sumbangan/Bantuan

Mengikut budi bicara

Ahli atau sekolah atau masyarakat yang memerlukan

Mengikut keadaan

- SEBARANG PERUBAHAN ADALAH MENGIKUT KEADAAN-

15.9 Biro Rekreasi / Sukana.Menyelaras dan menganjurkan sukan dan permainan,sukaneka,hari

keluarga,lawatan rasmi dan tidak rasmi dan pelbagai kegiatan KGKT berbentuk rekreasi dan sukan.

15.10 Biro Kerohaniana.Menyelaras aktiviti ceramah,kursus,seminar,bengkel sambutan perayaan

agama islam,motivasi dan pelbagai kegiatan berbentuk kerohanian berkaitan untuk ahli KGKT.

15.11 Biro Jamuan / Keraiana.Menyelaras makan dan minum sesuatu jamuan atau majlis,aktiviti atau

keraian yang berkaitan kegiatan KGKT.

15.12 Biro Keceriaan / Buletina.Menyelaras bilik guru,papan kenyataan KGKT dan menyediakan buletin

aktiviti KGKT atau sesuatu pengumuman apabila diperlukan.

15.13 Biro Hadiah Dan Cenderahatia.Menyelaras hadiah,cenderahati atau cendera kenangan untuk sebarang

kegiatan KGKT apabila diperlukan.

15.14 Juruaudita.Membuat pemeriksaan dan pengesahan kira-kira semua wang keluar, wang masuk ,wang simpanan serta baki wang KGKT.b.Pengesahan juruaudit adalah diakui oleh ahli KGKT dan muktamad.

Page 7: (Kgkt)peraturan kelab guru 01
Page 8: (Kgkt)peraturan kelab guru 01
Page 9: (Kgkt)peraturan kelab guru 01
Page 10: (Kgkt)peraturan kelab guru 01