keutuhan perpduan keharmonian berkekalan

1
Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan 1 Malaysia telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan menjadikan masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu. Namun begitu, bagaimanakah keharmonian dapat dikekalkan melalui perpaduan di Negara kita? Langkah perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, bersama-sama meraikannya walaupun jiran kita bukanlah saudara sebangsa mahupun seagama dengan kita. Di samping itu, pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Sebagai contoh, menggalakan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Ibarat kata pepatah, Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat . Sekian wbt.

Upload: zahra

Post on 08-Dec-2015

339 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Contoh teks pidato spontan oleh pelajar tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: Keutuhan Perpduan Keharmonian Berkekalan

Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan

Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan menjadikan masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu. Namun begitu, bagaimanakah keharmonian dapat dikekalkan melalui perpaduan di Negara kita?

Langkah perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, bersama-sama meraikannya walaupun jiran kita bukanlah saudara sebangsa mahupun seagama dengan kita.

Di samping itu, pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Sebagai contoh, menggalakan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Ibarat kata pepatah, “Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat”. Sekian wbt.