ketidakseimbangan gender 1
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Ketidakseimbangan Gender 1
1/5
10/15/2015 menterian Pendidikan Malaysia Blog Rasmi Ke
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html 1/5
REDAKSI ENSIKLOPEDIA PENDIDIKAN BERSAMA KOMUNITI SEMBANG BUKU IMBAS KENANGAN GALERI PENDIDIKAN
Search This Blog
Search
Sunday, 15 May 2011
SISTEM PENDIDIKAN LAHIRKAN KETIDAKSEIMBANGAN
GENDER
DISEBABKAN sistem pendidikan di Malaysia lebih mengutamakan kecemerlangan akademik akhirnya telah
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan gender di universiI dan dalam struktur pekerjaan.
Bilangan pelajar di universiti awam dan swasta turut dikuasai oleh 70 peratus wanita dan ini merupakan hasil dari
cara kita mendidik para pelajar yang mementingkan pencapaian pengetahuan berbanding keperluan sebenar
pendidikan sebagai memenuhi tuntutan hidup yang dapat menguasai ilmu.
Faktor gender telah memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana menurut kajian kadar ingatan mereka
adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Disebabkan bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan,
yakni melontarkan kembali apa yang diajar di sekolah, maka lelaki didapati kurang cemerlang dalam setiap
peperiksaan yang bersifat demikian.
Menurut Dr. Shahren Ahmad Zaidi Adruce, pensyarah Fakulti Sains Kog nitif dan Pembangunan Manusia, Universiti
Malaysia Sarawak bagi mengatasi ketidakseimbangan tersebut kita perlu keluar dari bentuk sistem pendidikan yangbersifat punitif.
Dalam sistem pendidikan yang berorientasikan punitive, mereka yang cemerlang dalam peperiksaan mendapat
hampir kesemua peluang manakala mereka yang kurang cemerlang akan ketinggalan. Keadaan itu sepatutnya
diubah untuk membolehkan mereka yang lambat memahami proses menerima pengetahuan mendapat peluang
kedua atau ketiga sebagaimana diinginkan oleh pendemokrasian pendidikan, jelas Dr Shahren dalam forum
sempena Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Kebangsaan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan
Kuching, Sarawak pada 15 Mei 2011.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Dr Jeniri Amir, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Unimas manakala tiga
lagi ahli panel ialah Dato Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof Madya Dr Fatimah Haji
Bujang, Pensyarah Fakulti Perakaunan, Universiti teknologi MARA kampus Kota Samarahan, Sarawak dan
Awangku Merali Pengiran Mohamad, dari J abatan Pelajaran S arawak.
Menurut Dr Shahren lagi, mereka yang gagal dalam pendidikan turut menyumbang kepada masalah sosial dalam
masyarakat kerana menganggap dirinya tidak dapat menyumbang dan mengalami masalah dalam penerimaan
masyarakat.
Dengan cara ini, sistem pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan jenayah di mana mereka tidak diberi
peluang untuk memperbaiki pencapaian diri dalam sistem pendidikan. Kerana itu kita memerlukan satu bentuk
sistem pendidikan yang lebih toleran dan turut menyediakan peluang untuk untuk membaiki kelemahan, jelas Dr
Shahren.
Dr Fatimah dan Dato Devamany turut melihat kepada perubahan dalam diri seseorang itu sebagai asas y ang
penting bagi membangunkan modal insane kerana tidak ada guru yang besara. Guru akan tetap diingati dan
dipanggil guru walaupun dari segi umurnya telah bersara.
Bagi membolehkan seseorang guru melakukan tranformasi, menurut Dato Devamany yang juga bekas seorang guru
lebih cenderung melihat kepada perubahan dalam diri sendiri terlebih dan tidak terlalu memberikan fiokus kepada
faktor luaran. Bagi guru, tanggungjawab utamanya ialah memastikan setiap pelajar dapat belajar dengan berkesan
sehingga mereka boleh menjadi seorang yang cemerlang.
LOG MASUK
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.htmlhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/Ensiklopedia%20Pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/komunitihttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/sembang_bukuhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/imbas_kenanganhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/galeri_pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/http://buletinkpm.blogspot.my/http://buletinkpm.blogspot.my/http://buletinkpm.blogspot.my/http://buletinkpm.blogspot.my/http://buletinkpm.blogspot.my/http://www.blogger.com/homehttp://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.htmlhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/galeri_pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/imbas_kenanganhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/sembang_bukuhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/komunitihttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/Ensiklopedia%20Pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.com/search/label/redaksi -
7/23/2019 Ketidakseimbangan Gender 1
2/5
10/15/2015 menterian Pendidikan Malaysia Blog Rasmi Ke
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html 2/5
Para guru turut diseur agar dapat menghapuskan budaya ketepuan anjakan kerana persekitaran dunia telah
berubah atas pelbagai faktor termasuk globalisasi. Kerajaan telah merangka pelan transformasi dengan hasrat untuk
meningkatkan kedudukan pendapatan rakyat untuk muncul sebagai negara berpendapat tinggi menjelang tahun
2020.
Pendapat tersebut disokong oleh Dr Fatimah yang menganggap bahawa setiap daripada rakyat perlu
bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu agar tidak mewujudkan suasana mati sebelum ajal, iaitu tidak ingin
berubah. Perubahan, meskipun tidak mahu dilaksanakan, ia akan tetap berlaku dan dalam situasi itu jika kita tidak
berusaha untuk melakukannya, kita bolehlah diibaratkan sebagai telah mati dalam perjuangan.
Dr Fatimah turut melihat bahawa perubahan itu mesti bermula dalam diri kita sendiri kerana dalam fitrahpendidikan, hasil yang lebih dipentingkan ialah murid dan kerana itulah murid mestilah lebih pandai daripada guru.
Jika pada akhirnya guru lebih pandai daripada murid, guru itu sebenarnya tidak berupaya melaksanakan
ransformasi pendidikan untuk membentok modal insan yang amat diperlukan oleh negara bagi mencapai tahap
negara maju.
Persoalan yang kita hadapi sekarang ialah masalah sosial dan dalam melihat perkara ini kita tidak seharusnya
cuba mencari siapakah yang patut dipersalahkan. Kita seharusnya mencari jalan bagaimana untuk
membendungnya, kerana guru mempunyai input dan output yang penting, jelas Dr Fatimah.
Bagi Awangku Merali, persoalan gender bukanlah perkara yang bakal menyebabkan berlakunya masalah dalam
masyarakat kerana memang antara lelaki dan wanita telah dilahirkan secara semulajadinya berbeza. Wanita
mempunyai bentuk fizikal, misalnya keadaan punggung adalah lebih besar daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai
bentuk bahu yang lebih lebar berbanding wanita.
Perbezaan ini memberikan kita pemahaman bahawa wanita mempunyai kesanggupan untuk duduk lebih lama
berbanding dengan lelaki. Lelaki pula mempunyai semangat mengembara (explorer) yang lebih besar berbanding
lelaki. Maka ini bermakna proses pembelajaran antara lelaki dan wanita sudah menunjukkan keperluan yang
berbeza.
Disebabkan sistem pendidikan lebih mementingkan kandungan pengetahuan, makin banyak diperoleh makin dilihat
cemerlang, ia akan menyebabkan lelaki kurang berjaya berbanding lelaki, tambah Awangku Merali, seorang
pendidik.
alau apa pun, kedudukan wanita mengatasi lelaki bukanlah sesuatu yang harus dilihat sebagaj satu masalah. Ia
merupakan kejayaan bersama kerana kita telah memberikan peluang yang sama kepada wanita selaras dengan
perubahan semasa.
Sistem pendidikan kita sebelumnya tidak memberikan ruang yang meluas kepada wanita maka itulah
menyebabkan ramai lelaki bersekolah dan akhirnya menguasai bidang pekerjaan. Keadaan kini telah berubah
kerana sudah ada satu gerakan untuk meningkatkan kedudukan wanita dalam sektor pengurusan dan pembuatan
keputusan sehingga ke tahap 30 peratus di Malaysia sebagaimana yang dipersetujui oleh kerajaan, jelas Awangku
Merali.
Bagi Dr Fatimah, lelaki dan wanita sebenarnya sama-sama penting kerana dalam masyarakat Islam yang lebih
dipentingkan kehidupan yang sejahtera sebagai pasangan. Ini bererti, lelaki juga perlu dididik supaya mencapai
ahap kecemerlangan kerana wanita turut memerlukan pasangan yang seimbang.
Bagi Dr Shahren, walaupun lelaki dan wanita sesama diperlukan sebagai modal insan yang cemerlang, di sisi Islam
yang lebih penting ialah tahap ketakwaan. Maka di sinilah masalah yang harus difahami oleh guru-guru untuk
melakukan tranformasi kerana mereka yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan tidak bermakna mereka tidak
cemerlang, mereka boleh memberikan sumbangan yang besar jika mereka terus diberikan peluang untuk ikut sama
dalam proses pembelajaran yang lebih terbuka dan toleran.
Forum yang bertajuk Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu sepakat bersetuju bahawa gurulah yang
berupaya menggerakkan tranformasi pendidikan. Tanpa guru, agenda tranformasi yang baik dan menarik tidak akan
mecapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh Kerajaan. Dan, dalam melaksanakan perubahan tersebut,
guru terlebih dahulu mentranformasikan dirinya terlebih dahulu agar terus dilihat relevan dan berkesan.
Awangku Merali memberikan saranan terbaik untuk guru supaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman
lampau untuk mendokong sesuatu yang baru, kerana itulah guru mesti melihat keberkesanan kaedah pedagogi yang
ada dalam diri sendiri. Orang lain mungkin boleh mengambil alih tanggungjawab yang lain, tetapi tidak boleh
mengambil alih aspek pedagogi. Kemahiran pedagogi mestilah diresapi dengan jiwa pendidik y ang tinggi, makadengan itu guru akan terus dapat menyumbangkan peranannya sebagai penjana transformasi pendidikan negara.
SELAMAT HARI GURU
-
7/23/2019 Ketidakseimbangan Gender 1
3/5
10/15/2015 menterian Pendidikan Malaysia Blog Rasmi Ke
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html 3/5
Posted b y KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA a t 15:13Labels: galeri_pendidikan
3 comments:
Post a Comment
Fatinsaid...
Sistem pendidikan di Malaysia memementingkan daya penghafalan semata-mata khususnya bagi
subjek teras seperti sejarah .Orang yang menghafal tidak semestinya memahami apa yang
dihafalnya. Kaedah sistem prndidikan negara sekarang agak kurang memberi peluang kepada pelajar
untuk berfikir bebas dan kehadapan serta dinamik. Kajian pembangunan dan penyelidikan akan sukar
dilaksanakan sekiranya sejak dari awal masyarakat hanya didedahkan dengan teknik
penghafalan.RND khsusunya memerlukan pemahaman secara kritikal dan bukannya penghafalan.
Justeru itu kita dapat lihat sekarang bahawa sukar untuk negara kita melahirkan masyarakat yang
intektual tinggi kerana sistem pendidikan sekarang kurang memberi peluang kepada pelajar untuk
mengelurkan kebolehan pelbagai meraka dari awal. dapat juga dilihat kini,ramai dalam kalangan
pelajar-pelajar cemerlang kita yang begitu "gah" dengan pencapaiaan akademiknya tetapi malangnya
"tandus" dengan ilmu yang sepetutnya mereka miliki untuk berhadapan dengan dunia global yang kina
mencabar.
"MINDA HARUS DICABAR,KEMAMPUAN DAN KEBOLEHAN HARUS DIGALI" mungkin inilah yang
seharusnya ada pada sistem pendidikan Malaysia. Jangan sia-sia kan semnagat MALAYSIA BOLEHkita hanya sistem pendidikan .
17 May 2011 at 16:38
Fatinsaid...
PENUKARAN SESI AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA
Penukaran sesi antarasesi baru yang yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru
ini merupakan satu isu baru bagi segelintir masyarakat khususnya para pelajar universiti Malaysia.
Mungkin tidak dapat disangkal bahawa penukaran sesi ini akan membawa arena pendidikan kita
kepada deminsi baru iaitu dapat menggalakkan penukaran bidang ilmu yang lebih dinamik dan
berkesan ,namun apabila difikirkan impaknya kepada pelajar-pelajar kita sendiri wujud jua beberapakesan negatif antaranya ialah para pelajar yang mempunyai status kewangan yang agak kurang
memihak tidak dapat mengambil sesi Antarasesi ini kerana tempohnya telah dipanjangkan dari
tempoh 2 bulan kepada tempoh hampir 4 bulan. Justeru dapat dilihat bahawa hanya sebilangan pelajar
yang benar-benar berkemampuan sahaja akan mengambil sesi ini dan ada diantara mereka terpaksa
mengambil sesi ini kerana mengelakkan lewat bergraduat.
Budaya ilmu yang cuba ditengahkan oleh KPM adalah amat wajar untuk menggalakkan pertukaran
ilmu yang lebih bersifat Universal namun masih perlu diingat bahawa pelajar-pelajar kita masih
"kurang" dari pelbagai aspek untuk dibebaskan dalam arena baru demensi pendidikan ini.Justeru
itu,seharusnya para pelajar kita disediakan terlebih dahulu dengan ilmu yang pelbagai untuk
bersaingan di pentas global pendidikan supaya mereka tidak dilihat begitu "kecil" berbanding apabila
digabungkan dengan pelajar luar yang kemungkinan lebih baik daripada kita dan juga timbangkan apa
yang terbaik yang kita ada untuk dijadikan taruhan terbaik apabila berhadapan dengan dunia luar.
Sediakan dahulu pelajar kita dengan segala ilmu yang mencukupi sebelum dibebaskan dipentas
sebenar dunia pendidikan. Pelajar yang lemah dalam bidang ilmu juga harus tidak dipinggirkan atas
alasan lemahnya mereka namun sentiasa kita beri peluang kepada mereka untuk terus maju dan
bebas kehadapan.
blog bahas isu dan ilmu (intectualmind.blogsport.com)
17 May 2011 at 17:27
setiakasih said...
Masalah sudah diketahui, apa tindakan?
19 July 2011 at 21:04
https://www.blogger.com/profile/17078190559518048670https://www.blogger.com/profile/01438385581843763228https://www.blogger.com/profile/01438385581843763228http://buletinkpm.blogspot.com/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html?showComment=1311080683652#c1494012746256130520https://www.blogger.com/profile/17078190559518048670http://buletinkpm.blogspot.com/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html?showComment=1305624436211#c5163256106510105451https://www.blogger.com/profile/01438385581843763228http://buletinkpm.blogspot.com/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html?showComment=1305621517650#c2448188037101145885https://www.blogger.com/profile/01438385581843763228http://buletinkpm.blogspot.my/search/label/galeri_pendidikan?&max-results=5http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html -
7/23/2019 Ketidakseimbangan Gender 1
4/5
10/15/2015 menterian Pendidikan Malaysia Blog Rasmi Ke
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html 4/5
Newer Post Older Post
Sign out
Notify me
Enter your comment...
Comment as: Azah Zamir (G
Publish
Preview
Home
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagiapa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yangdiperolehi dari blog ini.
Alamat KPM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
Blok E8, Kompleks E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel: 03-8884 6000 E-mel :
VIEW MY COMPLETE PROFILE
Pautan
JPA
1 Malaysia
Portal KPM
Laman Web 1Malaysia
Arkib Blog
Arkib Blog
Label
Asean School s Games(2)
Bakat(2)
bersama komuniti(8)
buku(1)
dialog pendidikan(1)
Ensiklopedia Pendidikan(12)
forum pendidikan(1)
galeri(3)
galeri pendidikan(4)
galeri_pendidikan(11)
http://buletinkpm.blogspot.my/search/label/galeri_pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/galeri%20pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/galerihttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/forum%20pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/Ensiklopedia%20Pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/dialog%20pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/bukuhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/bersama%20komunitihttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/Bakathttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/Asean%20Schools%20Gameshttp://www.1malaysia.com.my/http://www.moe.gov.my/http://www.1malaysia.gov.my/http://www.jpa.gov.my/https://www.blogger.com/profile/14869570296665142340https://www.blogger.com/profile/14869570296665142340https://www.blogger.com/profile/14869570296665142340http://buletinkpm.blogspot.my/http://buletinkpm.blogspot.com/logout?d=https://www.blogger.com/logout-redirect.g?blogID%3D610213259803344240%26postID%3D8153677685471407762http://buletinkpm.blogspot.my/2011/03/kemelut-novel-interlok-terlerai-sudah.htmlhttp://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/ketua-menteri-raikan-guru-di-majlis.html -
7/23/2019 Ketidakseimbangan Gender 1
5/5
10/15/2015 menterian Pendidikan Malaysia Blog Rasmi Ke
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html 5/5
ganjaran untuk guru(1)
GSTT(2)
guru(1)
hadiah(2)
Karnival SKK(1)
kenaikan pangkat guru(1)
komuniti(2)
modal insan(4)
peperiksaan(1)
Pertandingan(2)
prestasi sekolah(1)
RMKe-10(1)
Sekolah Berprestasi Tinggi(1)
sembang_buku(3)
sistem pendidikan(2)
sukan sekolah(1)
Pengikut
Join this sitewith Google Friend Connect
Members (893) More
Already a member? Sign in
Jumlah pengunjung sejak 19
November 2013
Google Plus Buletin KPM
Buletin KPM di
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia
https://plus.google.com/100925523832759580918?prsrc=3http://www.statcounter.com/http://buletinkpm.blogspot.my/search/label/sukan%20sekolahhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/sistem%20pendidikanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/sembang_bukuhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/Sekolah%20Berprestasi%20Tinggihttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/RMKe-10http://buletinkpm.blogspot.my/search/label/prestasi%20sekolahhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/Pertandinganhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/peperiksaanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/modal%20insanhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/komunitihttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/kenaikan%20pangkat%20guruhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/Karnival%20SKKhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/hadiahhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/guruhttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/GSTThttp://buletinkpm.blogspot.my/search/label/ganjaran%20untuk%20guru