ketertiban dan kesopanan dalam majlis jamuan

4
KETERTIBAN DAN KESOPANAN DALAM MAJLIS JAMUAN KESOPANAN DALAM MAJLIS 1. Budi pekerti dan sopan santun yang mulia akan membuatkan seseorang itu senang didampingi dalam sesuatu majlis. 2. Bukan itu sahaja, budi pekerti dan sopan santun juga akan membuat kita dihormati dan disanjung tinggi. 3. Antara perkara yang perlu dielakkan apabila berada dalam sesuatu majlis termasuklah: (a) Menggoyang-goyangkan kaki sama ada semasa duduk atau berdiri. (b) Mengunyah gula-gula getah atau sebagainya sambil bercakap (c) Mencelah perbualan orang lain yang sedang asyik berbual (d) Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan (e) Menggigit kuku, mengorek telinga, hidung dan mencungkil gigi di khalayak ramai (f) Membiarkan sudu dalam gelas atau cawan dan kacau kopi/the dengan berbunyi (g) Memakai minyak wangi yang kuat pada waktu siang (h) Meletakkan barangan peribadi di atas meja makan (i) Mengguna atau berjenaka lucah (j) Bergaduh (k) Bertumpu ke meja makan secara buffet dan mengambil makanan secara berlebihan (l) Berbedak , bergincu dan bersikat rambut di khalayak ramai (m)Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan majlis

Upload: nadzimah

Post on 29-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

adab sopan di tempat awam

TRANSCRIPT

KETERTIBAN DAN KESOPANAN DALAM MAJLIS JAMUANKESOPANAN DALAM MAJLIS1.Budi pekerti dan sopan santun yang mulia akan membuatkan seseorang itu senang didampingi dalam sesuatu majlis.2.Bukan itu sahaja, budi pekerti dan sopan santun juga akan membuat kita dihormati dan disanjung tinggi.3.Antara perkara yang perlu dielakkan apabila berada dalam sesuatu majlis termasuklah:(a)Menggoyang-goyangkan kaki sama ada semasa duduk atau berdiri.(b)Mengunyah gula-gula getah atau sebagainya sambil bercakap(c)Mencelah perbualan orang lain yang sedang asyik berbual(d)Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan(e)Menggigit kuku, mengorek telinga, hidung dan mencungkil gigi di khalayak ramai(f)Membiarkan sudu dalam gelas atau cawan dan kacau kopi/the dengan berbunyi(g)Memakai minyak wangi yang kuat pada waktu siang(h)Meletakkan barangan peribadi di atas meja makan(i)Mengguna atau berjenaka lucah(j)Bergaduh(k)Bertumpu ke meja makan secara buffet dan mengambil makanan secara berlebihan(l)Berbedak , bergincu dan bersikat rambut di khalayak ramai(m)Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan majlis(n)Berkelakuan yang tidak senonoh dan melakukan perkara-perkara sumbang(o)Bercakap dengan nada suara yang tinggi(p)Merokok bagi kaum wanita(q)Berbisik-bisik sesame teman(r)Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami oleh orang lain(s)Berlagak sombong(t)Menyendiri dan menjadi kera sumbangADAB DAN TERTIB DI MEJA MAKAN1.Perkara asas mengenai tertib di meja makan perlu diketahui supaya tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan dalam majlis rasmi.2.Biasa terlihat tetamu yang terpandang-pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan dihidangkan.3.Masing-masing tertunggu-tunggu untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan.4.Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan atau menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan.

MINUMAN SEBELUM JAMUAN1.Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang berlegardi ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringansebelum jamuan.2.Lazimnya, minuman dari jenis jus akan dihidangkan.3.Elakkan meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang tidak dihidangkanoleh tuan rumah.4.Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan.5.Jangan paksa diri untuk minum jika tidak biasa.6.Bukanlah menjadi kesalahan jika anda tidak mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman lebih dari dua gelas.7.Minuman in tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap sekalipun minuman tersebut.8.Selepas minum, letakkan gelas di atas meja-meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada pelayan.

TATACARA PENGGUNAAN PERKAKASAN1.Hidangan cara barat biasanya menggunakan banyak perkakasan dalam sesuatu jamuan.2.Terdapat pelbagai jenis sudu,garfu, pinggan, piring dan gelas di atas meja makan mengikut jenis makanan yang dihidangkan.3.Elakkan daripada membelek-belek perkakasan yang disediakan dan membincanngkannya dengan teman semeja,apalagi mengambilnya sebagai cenderamata.

PANDUAN MENGGUNAKAN NAPKIN TANGAN1.Kain napkin hendaklah diletakkan di atas pangkuan dan jangan diselitkan pada tali pinggang atau pada tali leher.2.Tujuan napkin digunakan adalah untuk mengelakkan makanan yang terjatuh dan mengotorkan baju anda.3.Ia digunakan untuk mengesat mulut dan untuk menutup mulut ketika membuang tulang yang terselit.4.Sekiranya kain napkin jatuh dari pangkuan ketika makan jangan sekali-kali membongkok untuk mengambilnya tetapi mintalah bantuan daripada pelayan.5.Setelah selesai makan, kain napkin hendaklah diletakkan di atas meja tanpa mengubahnya kepada bentuk asal.6.Apabila meninggalkan tempat duduk untuk sementara, letakkan kain napkin di atas kerusi.7.Sekiranya kain napkin diletakkan di atas meja,pelayan akan mengemas peralatan di atas meja kerana menandakan anda tidak akan kembali ke tempat duduk.