ketaksaan dalam ayat

26
KETAKSAAN DALAM AYAT 1. PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Ketika berkomunikasi, kita sering kali berhadapan dengan pentafsiran makna. Kita juga sering keliru dalam memahami makna yang diucapkan oleh orang yang bercakap dengan kita dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan terdapat perkataan-perkataan yang jelas maknanya ada juga perkataan- perkataan yang tidak jelas maknanya. Perkataan tersebut memerlukan pentafsiran yang mendalam akibat berlakunya kekaburan makna. Jadi, pada hari ini kita akan melihat pula mengenai ketaksaan. Ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, 1994: 41 menyatakan taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada lagu bahasa atau intonasi

Upload: norhafizah-bordin

Post on 13-Aug-2015

846 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketaksaan Dalam Ayat

KETAKSAAN DALAM AYAT

1. PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Ketika berkomunikasi, kita sering kali berhadapan dengan pentafsiran makna. Kita

juga sering keliru dalam memahami makna yang diucapkan oleh orang yang bercakap dengan

kita dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan terdapat perkataan-perkataan

yang jelas maknanya ada juga perkataan-perkataan yang tidak jelas maknanya. Perkataan

tersebut memerlukan pentafsiran yang mendalam akibat berlakunya kekaburan makna. Jadi,

pada hari ini kita akan melihat pula mengenai ketaksaan.

Ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu

makna. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa ialah sesuatu yang

mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih

daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, 1994: 41 menyatakan taksa ialah ayat

yang tidak pasti maknanya. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu.

Hal ini demikian bergantung pada lagu bahasa atau intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang

dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan.

Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi

lebih daripada satu tafsiran. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti sesuatu ayat, kita

perlu secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu

mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat tertentu jika diucapkan dengan lagu

bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Jelaslah bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu

kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan pula, hal ini dapat

Page 2: Ketaksaan Dalam Ayat

dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.

Demikian wajah ayat yang mengandungi unsur ketaksaan, kerana satu pola ayat tidak

semestinya mempunyai satu makna. Satu pola ayat yang sama dapat diertikan dengan lebih

daripada satu pengertian. Jadi, untuk dapat mengenali perbezaan erti ini kita perlulah

menyedari kewujudan dua erti yang terkandung dalam satu ayat yang sama itu. Hanya intuisi

berbahasa kita yang dapat menentukannya.

Ketaksaan adalah salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ketaksaan penting sebagai satu

gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan proses kreatif,

pemikiran dan ideologi pengarang. Ketaksaan juga membawa maksud ‘perihal yang kabur

atau ‘taksa’ (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau ketaksaan itu bertujuan untuk

menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru sifat ketaksaan menjadi penting dalam

karya kreatif sebagai sebuah teks mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan

dengan jelas oleh pengarangnya. Ketaksaan atau ambiguiti diletakkan dalam kategori

‘intuition’ dan bertaraf (degree of evidence) yang sinonim ertinya dengan uncertainty,

incertitude, doubtfulness, dubiety, dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility,

perplexity, dan hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku

sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap, dalam

rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti gaya yang

bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping kata imperspicuity. Kata

sifat: obscure, confused, ambiguous, vague, unintelligible, dan involved ini, kesemuanya

diletakkan dalam kelompok ‘Komunikasi Idea’ dalam Roget’s Thesaurus, (1992; 571).

Page 3: Ketaksaan Dalam Ayat

1.2 Penyataan Masalah

Setiap manusia tidak pernah luput dari berkomunikasi. Komunikasi merupakan suatu

cara bagi manusia untuk berinteraksi dengan manusia lainnya. Salah satunya dengan

menggunakan media bahasa. Dengan menggunakan bahasa inilah manusia dapat

berkomunikasi. Bahasa Melayu adalah bahasa yang terpenting di Malaysia, karena dengan

adanya bahasa Melayu, semua kaum yang ada di Malaysia dapat disatukan sehingga dapat

berkomunikasi dengan baik iaitu dengan menggunakan Bahasa Melayu. Ada pepatah yang

menyatakan bahawa “bahasa menunjukkan bangsa”. Tutur bahasa seseorang menunjukkan

tinggi rendahnya budaya orang itu. Malaysia merupakan Negara yang berbilang kaum dan

bangsa dengan latar belakang yang berbeza-beza. Disitulah letak fungsi bahasa Melayu iaitu

menyatukan bangsa dengan satu bahasa sehingga menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan atau bahasa rasmi di Malaysia.

Meskipun Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia, tetapi masih ada

penggunaan Bahasa Melayu yang tidak sesuai dengan cara penggunaannya, iaitu masih ada

kesalahan-kesalahan dalam penggunaan bahasa, baik dalam pengucapan mahupun pada

penulisan. Salah satu jenis kesalahan dalam berbahasa dan komonikasi suatu tulisan atau

tuturan ialah kerana adanya ketaksaan. Oleh kerana banyaknya kesalahfahaman dalam

menggunakan suatu kata atau kalimat, pengkaji cuba menganalisis kesalahan tersebut dalam

tajuk kajiannya “Ketaksaan Dalam Ayat”.

Page 4: Ketaksaan Dalam Ayat

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat jenis-jenis ketaksaan yang sering didapati atau

berlaku dalam sesuatu ujaran atau ayat yang mendorong sehingga mengakibatkan terjadinya

ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat. Objektif kajian ini akan tertumpu pada aspek aspek

berikut:-

1. Mengenalpasti jenis-jenis ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat.

2. Mengesan ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat.

3. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksaan dalam

sesuatu ujaran atau ayat.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah apabila seseorang itu membina

ayat, adakah aspek makna atau semantik diberi perhatian yang sewajarnya, selain aspek

tatabahasa? Jika ayat yang dibina tidak memberi perhatian kepada aspek makna, maka sudah

tentu ayat yang dibina atau diujarkan itu akan menimbulkan ketaksaan atau ambiguiti. Oleh

yang demikian, aspek makna tidak boleh dikesampingkan ketika membina atau mengujarkan

ayat. Kita haruslah berhati-hati ketika membina ayat supaya tidak terperangkap dalam

membina ayat yang taksa.

Page 5: Ketaksaan Dalam Ayat

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan dalam kajian ini diantaranya ialah kita akan mendapat pengetahuan baru

tentang kesalahan berbahasa khususnya ketaksaan, yang sekaligus akan menggerakkan kita

untuk bertindak supaya memperbaiki kesalahan-kesalahan tersebut dan mengaplikasikannya

di dalam kehidupan seharian.

2. Analisis Kajian

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian

bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud

dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan

ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu

tafsiran.Contoh:

1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu

nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibubapa Mustafa telah meninggal

dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan ertiini, kita perlu, secara intuisi, menyedari

kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang

terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza

bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.Dalam ayat 1 di atas, jika kita

meletakkan tekanan pada kata ibu,kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah

ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal

dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan

ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa

Page 6: Ketaksaan Dalam Ayat

Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelaslah bahawa dalam ujaran, intonasi dan

jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat.

Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk

menentukan ketaksaan ayat berkenaan.

Ketaksaan juga dapat dilihat dalam amalan menerima surat pekeliling daripada

majikan oleh pegawai-pegawai di bawahnya. Hal yang ingin ditimbulkan di sini ialah aspek

bahasa yang terkandung dalam surat pekeliling tersebut. Cara pekeliling tersebut ditulis

menjadi persoalan di sini. Salah satu ayat dalam surat itu berbunyi: “Tuan/puan dijemput

hadir dan kehadiran adalah diwajibkan.”. Sekilas imbas kelihatan ayat ini menetapi aturan

nahu, dan tidak berbunyi ganjil atau janggal. Ayat ini sebenarnya merupakan ayat majmuk

gabungan yang menggabungkan dua ayat penyata, iaitu ayat (1) Tuan/puan dijemput hadir’

dan ayat (2) ‘Kehadiran adalah diwajibkan’. Ayat gabungan ini merupakan ayat yang terdiri

daripada dua ayat penyata untuk dijadikan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan

kata hubung dan.

Menurut Tatabahasa Dewan (1993), ayat majmuk gabungan ialah ayat-ayat yang

disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.

Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun

secara berturut-turut. Hal ini bermakna fakta-fakta yang disusun adalah bersifat urutan, dan

dengan demikian ayat kedua mengukuhkan hal yang diperkatakan dalam ayat pertama.

Umpamanya, dalam ayat majmuk gabungan ‘Zainab mengambil pen dan menulis surat

kepada kawannya’, terdapat urutan antara dua ayat ‘Zainab mengambil pen’ dan ‘Zainab

menulis surat kepada kawannya’. Kedua-dua ayat yang digabungkan ini kelihatan

mempunyai urutan idea dan hubungan makna. Justeru ayat majmuk gabungan yang dibina di

atas merupakan ayat gramatis kerana tidak terdapat percanggahan atau pertentangan makna

antara kedua-dua ayat tersebut. Selain itu, ayat ini turut mematuhi aturan nahu.

Page 7: Ketaksaan Dalam Ayat

Bagaimana pula dengan ayat: “Tuan/puan dijemput hadir dan kehadiran adalah

diiwajibkan?” Sudah nyata timbul keraguan tentang makna ayat ini kerana terdapat

pertentangan makna dalam ayat ini. Jika diamati ayat tersebut dengan teliti, jelas wujud

keraguan tentang makna yang didukung dalam ayat ini. Hal ini kerana terdapat pertentangan

makna antara ayat (1) ‘Tuan/puan dijemput hadir’ dan ayat (2) ‘Kehadiran adalah

diwajibkan’. Yang menjadi pertentangan makna dalam ayat ialah penggunaan perkataan

jemput dan wajib dalam ayat (1) dan ayat (2).

Berdasarkan komponen makna bagi perkataan jemput dan wajib, jelaslah bahawa

kedua-duanya tidaklah bersinonim. Kata jemput bermaksud ‘pelawa, alu-alu,’ manakala

wajib pula diertikan sebagai mesti, perlu dan tidak boleh tidak. Dengan demikian jelas

bahawa dalam ayat-ayat ini terdapat percanggahan makna antara kata jemput dan wajib.

Dalam hal membina ayat, makna merupakan aspek yang amat penting. Tanpa menghitung

aspek makna dalam binaan ayat, maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahu,

namun boleh menimbulkan keraguan maksud. Cuba perhatikan ayat-ayat yang berikut:

1. Rosli masih menduda walaupun sudah berkahwin.

2. Kereta baru Raj amat cantik tetapi kelihatan hodoh.

3. Ah Long gagal dalam peperiksaannya meskipun sudah lulus.

4. Saya membenci semua perkara yang saya suka.

5. Kapal terbang masih di darat walaupun sudah berlepas sebentar tadi.

Seperti yang terpapar dalam ayat-ayat ini, kelihatan ayat-ayat ini, walaupun dibina

secara gramatis, namun tidak boleh dianggap ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang

wujud di dalam beberapa perkataan dalam ayat-ayat itu. Terdapat percanggahan makna

dalam kelima-lima ayat di atas. Terdapat percanggahan makna antara perkataan bujang dan

Page 8: Ketaksaan Dalam Ayat

berkahwin, cantik dan hodoh, gagal dan lulus, membenci dan suka, dan di darat dan berlepas..

Misalnya, dalam ayat (1) terdapat dua ayat penyata,iaitu ‘Rosli masih bujang’dan ‘Rosli

sudah berkahwin’. Lazimnya, orang bujang ialah orang yang belum berkahwin dan dengan

demikian tidaklah lojik kalau orang itu masih boleh mengekalkan taraf bujangnya, walaupun

sudah berkahwin. Apabila seseorang itu sudah berkahwin, tentunya dia akan hilang status

bujangnya. Dengan demikian tidak dapat diterima ayat ini sebagai ayat gramatis kerana

ketaksaan makna dalam ayat ini. Seperti juga hal dalam ayat-ayat lain kerana wujud

ketaksaan makna.

Berbalik kepada persoalan ayat dalam surat pekeliling tadi, penggunaan perkataan

jemput hadir dan wajib hadir menimbulkan ketaksaan makna di kalangan pembaca. Timbul

beberapa tanda tanya: Adakah semua staf diwajibkan hadir majlis itu? Adakah semua staf

hanya dijemput hadir? Kalau semua staf diwajibkan hadir, memadailah kalau ayat itu

berbunyi ‘Tuan/puan diwajibkan hadir’ sahaja dan kalau tidak diwajibkan hadir, sepatutnya

ayat itu berbunyi, “Tuan-tuan dijemput hadir’ sahaja. Dengan cara yang sedemikian, pembaca

surat pekeliling akan mengetahui maksud surat tersebut, lalu akan mengambil keputusan yang

tepat, sama ada mahu hadir atau tidak hadir dalam majlis tersebut.

Ketaksaan dapat ditimbulkan dalam berbagai variasi tulisan atau tuturan .sehubungan

dengan ketaksaan ini Kompson (1977) yang dikutip oleh Ullman (1976) menyebutkan tiga

bentuk utama dari ketaksaan, ketiganya berhubungan dengan fonetik, gramatikal, dan

leksikal. Ketaksaan ini muncul bila kita sebagai pendengar atau pembaca sukar untuk

menangkap pengertian yang kita ucapkan atau yang kita dengar. Ketaksaan merupakan

bahagian dari makna bahasa yang terdapat dalam sebuah tuturan atau tulisan. Ketaksaa dapat

terjadi pada semua tataran bahasa, baik kata, frasa, klausa, kalimat, maupun sebuah wacana.

Ketaksaan sering digunakan oleh para penutur dengan maksud-maksud tertentu, yang

kadang-kadang sengaja di buat untuk menyembunyikan maksud tuturannya yang sebenarnya,

Page 9: Ketaksaan Dalam Ayat

ini biasanya untuk menyindir seseorang namun dengan perkataan yang tidak dengan

sesungguhnya.

Ketika berkomunikasi, mungkin dapat dilihat dengan pengucapan yang agak perlahan,

sedangkan untuk yang bertulis, apabila kurang sedikit saja tanda baca maka kita akan

menafsirkan suatu kalimat atau kata menjadi berbeza dari makna yang diinginkan oleh

penulis. Dari sudut linguistik, ada tiga bentuk ketaksaan, iaitu:

1. Ketaksaan fonetik,

2. Ketaksaan gramatikal

3. Ketaksaan leksikal

Berikut adalah penjelasan tentang ketiga-tiga jenis ketaksaan itu :

Ketaksaan fonetik (bunyi)

Ketaksaan pada peringkat ini terjadi kerana terdapatnya bunyi-bunyi bahasa yang

diucapkan. Kadang-kadang kita salah mentafsirkan makna suatu kata atau frasa kerana

ketika berkomunikasi, frasa atau kata itu terlalu cepat diucapkan. Misalnya, ujaran ”Yang

berdiri di depan kakak ibu”. Ujaran ini jika pengucapannya tidak dibatasi oleh jeda akan

dapat ditafsirkan, yang berdiri di depan itu kakak kepada ibu (makcik) atau boleh juga

ditafsirkan, yang berdiri di depan kakak itu adalah ibu.

Ketaksaan gramatikal

Ketaksaan gramatikal muncul ketika terjadinya proses pembentukan satuan

kebahasaan baik dalam tataran morfologi, kata, frasa, ujaran ataupun patagraf dan wacana.

Ketaksaan kata yang disebabkan kerana morfologi akan hilang dengan sendirinya ketika

Page 10: Ketaksaan Dalam Ayat

diletakkan dalam konteks kalimat yang benar. Berikut adalah contoh ketaksaan gramatikal :

a) Ketaksaan yang disebabkan oleh peristiwa pembentukan kata secara gramatikal.

Misalnya kata tidur setelah mendapat awalan pe- berubah menjadi penidur. ”Penidur”, kata

ini dapat diertikan sebagai orang yang suka tidur dan dapat juga diertikan ubat yang

menyebabkan orang tertidur.

b) Ketaksaan pada frasa. Contoh, orang tua dalam bahasa melayu boleh diertikan orang

tua kita iaitu ibu dan ayah, atau orang yang sudah tua. Untuk menghindari ketaksaan ini, kita

harus menambahkan unsur penjelas seperti: orang tuaku atau orang tuanya untuk frasa yang

mengacu kepada ayah dan ibu. Sedangkan untuk makna yang kedua dapat ditambahkan kata

“yang” maka menjadi orang yang sudah tua.

Ketaksaan leksikal

Setiap kata dalam bahasa dapat memiliki makna lebih dari satu. Akibatnya, orang

sering kali keliru mentafsirkankan makna suatu kata. Jadi, makna suatu kata mungkin berbeza

bergantung kepada konteks sesuatu ujaran atau ayat tersebut. Seperti kata menggali yang

digunakan dalam bidang perkebunan akan berbeza maknanya jika digunakan dalam bidang

hukum atau keadilan. Contoh dalam ayat: “petani sedang menggali tanah dibelakang

rumahnya”. Akan berbeza maknanya dengan ayat “Polis sedang berusaha menggali informasi

daripada saksi-saksi yang melihat kejadian”.

Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksaan dalam ayat.

Setelah menganalisis sumber-sumber tentang ketaksaan, didapati terdapat beberapa

faktor yang menyebabkan terjadinya ketaksaan dalam ujaran atau ayat iaitu dari sudut

morfologi, sintaksis dan struktural. Berikut adalah penerangan bagi setiap sudut:

Page 11: Ketaksaan Dalam Ayat

Sudut Morfologi

Morfologi dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu cabang dalam ilmu yang

mempelajari tentang perubahan bentuk kata yang dapat menimbulkan makna baru yang lebih

luas. Terdapat beberapa jenis ketaksaan dalam bidang morfologi seperti:

Afiks : Suatu bentuk yang di dalam suatu kata merupakan unsur langsung, bukan

bentuk bebas serta memiliki kesanggupan melekat pada bentuk-bentuk lain untuk

membentuk kata baru ; imbuhan.

• Prefiks ter : Memiliki erti dapat, tak sengaja, paling, sampai ke-. Pada ayat dibawah ini

misalnya : Pil itu tertelan oleh saya. Dapat bererti akhirnya dapat ditelan atau mungkin

juga bererti tak sengaja ditelan.

• Prefiks ber : Mempunyai erti menghasilkan, mempunyai, mengucapkan, dan melakukan.

Taman bunga itu kini telah berkembang. Berkembang dalam kalimat ini boleh bererti

telah menghasilkan kembang atau berubah keadaan menuju kearah lebih baik.

• Prefiks pe : Memiliki dua erti, dapat bererti orang yang melakukan pekerjaan dan juga

alat yang digunakan melakukan pekerjaan. Seperti beberapa contoh berikut, yang

menyebabkan ketaksaan adalah kedua makna yang dimiliki oleh prefiks pe-.Pemijat itu

tidak bekerja dengan baik. Dimana pemukulnya?

• Sufiks –an : Bila digunakan dalam ujaran dapat bererti hasil, cara, alat, apa yang di….

Oleh sebab itu, ketaksaan boleh terjadi kerana berbagai erti tersebut. Sebagai contoh:

Pengukurannya sangat akurat.

Telitilah agar penghitungannya tepat.

Pukulannya memang hebat.

Page 12: Ketaksaan Dalam Ayat

Kata pengukuran dapat diertikan cara mengukur, alat pengukur atau hasil pengukuran.

Kata penghitungan dapat diertikan cara menghitung atau hasil penghitungan. Sedangkan kata

pukulan dapat diertikan cara memukul, alat memukul, dan hasil memukul.

Leksikon (Faktor kata)

• Kepolisemian

Suatu bentuk kata yang mempunyai makna lebih dari satu sehingga terbentuk menjadi ayat

yang taksa.

- Aku sedang mencari ilham. (nama orang, inspirasi)

- Saya minta diri ke belakang. (lawan dari depan, tandas)

• Kehomoniman

Suatu bentuk kata yang sama ejaannya tetapi memiliki makna yang berbeza. Kata yang

homonim sangat berpotensi menyebabkan ketaksaan dalam ayat atau ujaran berbahasa

melayu. Seperti contoh dibawah ini.

- Orang itu tidak ingin tahu. (nama makanan yang diperbuat dari kacang soya, mengetahui).

- Saya yakin itu pasti bisa. (racun yang dimikili oleh ular, boleh diselesaikan)

• Preposisi

Misalnya preposisi ke- dalam ujaran berikut :

- Saya keberatan jika keputusannya seperti itu. (keberatan dapat diertikan tidak menyetujui

atau ke tempat yang namanya Beratan)

Page 13: Ketaksaan Dalam Ayat

- Keranjang itu akan dibawa ke ranjang.

- Bawa kemeja itu dan letakkan disana

Apabila ujaran kedua di ucapkan maka akan menimbulkan ketaksaan, tapi jika dituliskan

akan dapat dilihat perbezaannya.

• Antonim

Penggunaan kata yang dinegatifkan akan mengakibatkan sebuah ujaran atau ayat menjadi

taksa.

- Joni tidak cukup pintar

- Sepertinya orang itu sudah tidak muda lagi

Ketaksaan dapat di lihat apabila kata minggu boleh saja bererti isnin, selasa, rabu, dan

seterusnya. Manakala tidak muda belum tentu bererti tua sekali.

Sudut Sintaksis

Sintaksis merupakan pengetahuan tentang susunan kata dan ayat ( ilmu tatabahasa).

Jenis kata majmuk dan ungkapan. Contohnya;

- Siapa pun yang hadir di sini boleh bersuara ( kata 'bersuara' dapat bermakna mengeluarkan

suara atau 'menyampaikan aspirasi').

- Ketika ini dia sedang gulung tikar (sedang menggulung tikar atau muflis)

- Real Madrid kalah, penonton gigit jari (menggigit jarinya atau menyesal)

Jenis kata ulang. Contoh:

Page 14: Ketaksaan Dalam Ayat

Kata ulang juga memungkinkan terjadinya pentafsiran taksa.

- Zaki menjual buah-buahan (kata buah-buahan dapat ditafsirkan bermacam-macam buah

atau buah tiruan).

Sudut Struktur

Ketaksaan boleh disebabkan struktur pada ayat atau ujaran atas beberapa bahagian antara

lain struktur frasa dan struktur ayat.

a. Struktur Frasa

Frasa adalah satuan gramatikal yang berupa gabungan kata yang bersifat

nonpredikatif. Batasan itu diguna untuk membezeakan frasa dengan ujaran (klausa) kerana

ujaran merupakan gabungan kata yang bersifat predikatif. Ujaran bermakna ganda yang

disebabkan struktur frasa, misalnya:

1. Isteri kopral yang ramah itu mengenakan baju biru.

2. Isteri kopralnya yang ramah atau kopralnya yang ramah.

Itu buku Haziq.

Itu buku milik Haziq, itu buku karangan Haziq atau itu buku tentang Haziq.

b. Struktur Kalimat

Struktur ujaran merupakan salah satu penyebab pentafsiran makna suatu ujaran

menjadi taksa. Walaupun semua kegandaan itu pada akhirnya akan menyebabkan kegandaan

pada ujaran tetapi kegandaan kerana struktur ujaran perlu dikhususkan kerana kegandaan ini

hanya dapat diketahui dalam keseluruhan ujaran.

Page 15: Ketaksaan Dalam Ayat

Contoh : “Pelantikan Dekan baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam”

Pelantikan-Dekan baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam.

Pelantikan Dekan-baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam.

Pelantikan untuk Dekan baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam.

Kesimpulan

Berdasarkan analisis di atas maka dapat diperoleh beberapa kesimpulan sebagai

berikut. Ketaksaan (ambiguity) ; 1 sifat atau hal yang bererti dua: kemungkinan yang

mempunyai dua pengertian; taksa; 2 ketidaktentuan; ketidakjelasan; 3 kemungkinan adanya

makna yang lebih dari satu atas suatu karya sastra; 4 kemungkinan adanya makna lebih dari

satu pada suatu kata, gabungan kata, atau ujaran.

Tiga bentuk utama ketaksaan adalah ketaksaan pada sudut fonetik (bunyi), ketaksaan

pada sudut gramatikal, dan ketaksaan pada sudut leksikal. Ketaksaan dalam ujaran

dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu dari segi morfologi, sintaksis, dan struktural.

Diharapkan setelah membaca analisis ini, pembaca dapat memahami dengan baik apa yang

dimaksudkan dengan ketaksaan dan apa-apa saja faktor yang menyebabkan ketaksaan. Oleh

yang demikian pada masa hadapan dapatlah diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Kesalahan-kesalahan dalam berbahasa pada umumnya dan ketaksaan dalam ayat dan ujaran

pada khususnya dapat kurangkan atau mungkin dihilangkan.

Page 16: Ketaksaan Dalam Ayat

Bibliografi

S. Nathesan(2008). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Muhammed Salehudin Aman(2009). Tatabahasa: Ketaksaan Ayat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kridalaksanan, Harimurti. 1993. Kamus Linguistik. Edisi Ketiga. Jakarta:

Gramedia Pustaka Utama

Umar Junus, 1988. Karya Sebagai Sumber Makna: Pengantar Strukturalisme. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber internet

http://nathesan.com/ketaksaan.htm

http://sosiosofuan.blogspot.com/2012/04/22-ketaksaan-dan-kekaburan-makna.html

http://pelabuhanrasaadi.blogspot.com/2010/12/ketaksaan-ambiguitas.html

Page 17: Ketaksaan Dalam Ayat

SEMANTIK BAHASA MELAYU

BBM 5205

TAJUK : KETAKSAAN DALAM AYAT

NAMA : SITI NORZEHAN BINTI BORDIN

NO. MATRIK : GS 34819

SEMESTER : 1

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ZAITUL AZMA BT

ZAINON HAMZAH

.

Page 18: Ketaksaan Dalam Ayat