kesultanan melayu melaka

15
CATATAN SEJARAH (PROF AMEY) FRIDAY, NOVEMBER 13, 2009 Kesatuan Melayu Muda 1.0 Pengenalan. Banyak persatuan Melayu telah muncul pada akhir tahun 1930-an, antaranya termasuklah Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Muda dan sebagainya. Namun, perjuangan politik yang mula jelas di Tanah Melayu pada akhir tahun 1930-an dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob.[1] Pemimpin-pemimpin lain dalam KMM ialah Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam serta beberapa orang rakan mereka dari Indonesia yang menetap di Tanah Melayu. Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad,telah merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik yang progresif revolusioner pada 1937.Mereka mahu menuntut kemerdekaan dengan apa cara sekali pun. [2] Bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bangsa Melayu sangat berkurangan sama ada dari segi kewangan mahupun ketenteraan.Dengan itu, rancangan itu tidak jadi dilaksanakan. Sementara itu, Ibrahim Yaakob tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan Jepun dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris kerana dia mempercayai bahawa Jepun yang ketika itu sedang berperang dengan China akan menjadi kuasa yang terkuat di Asia. Pada April 1938 baharulah mereka dapat menubuhkan sebuah parti politik kiri yang bersifat nasional yang diberi nama Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pergerakan ini mempunyai cita-cita hendak menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dengan konsepnya 'Melayu Raya'. Gerakan ini juga bersifat pro-Jepun kerana mereka menolong menyebarkan propaganda Jepun melalui akbar rasminya iaitu 'Warta Malaya'. [3] Penubuhan Kesatuan Melayu Muda dirasakan perlu oleh Ibrahim Haji Yaakob dan rakan- rakannya kerana Persatuan-Persatuan Melayu yang ada ketika itu seperti PASPAM dan persatuan Melayu yang muncul di Perak, Pahang, dan Selangor tidak menunjukkan minat dan cita-cita politik. Perjuangan Persatuan Melayu Muda boleh dilihat dalam tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, semasa pendudukan Jepun dan selepas pendudukan Jepun. Dasar perjuangan KMM juga berbeza dengan persatuan- persatuan Melayu yang wujud pada waktu itu kerana persatuan-persatuan negeri ketika dilihat lebih propenjajah dan bersifat kenegerian. KMM bersifat antipenjajah dengan memperjuangkan kemerdekaan dan pembebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Parti ini berpusat di Kuala Lumpur dan ia merupakan parti politik yang pertama ditubuhkan di negara ini kerana KMM dikatakan sebagai pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu yang mula menggunakan perkataan merdeka .[4] KMM juga merupakan sebuah pertubuhan politik Melayu yang radikal dan berhaluan kiri kerana parti ini telah mengikuti dasar perjuangan yang tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Inggeris. [5] 2.0 Matlamat Penubuhan KMM mMenurut Ruslan Zainuddin (2003), KMM ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan semua orang Melayu, tanpa mengira negeri bersama-sama mempertahan, melindungi dan memperjuangkan hak serta kepentingan bangsa Melayu.[6] KMM bermatlamat untuk menghindarkan orang Melayu daripada diperas oleh bangsa-bangsa lain dan ingin melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. KMM melihat persatuan- persatuan Melayu yang berasaskan kenegerian tidak banyak menguntungkan orang Melayu. Oleh itu, KMM meletakkan matlamat memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Ini disusuli pula dengan usaha menggabungkan bekas-bekas tanah jajahan British dan Belanda untuk mewujudkan satu gagasan politik yang dikenali sebagai 'Indonesia Raya' yang akan menjadi satu bangsa terbesar di Asia Tenggara. [7]

Upload: jason-mathew

Post on 15-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

TRANSCRIPT

CATATAN SEJARAH (PROF AMEY)FRIDAY, NOVEMBER 13, 2009Kesatuan Melayu Muda1.0 Pengenalan.Banyak persatuan Melayu telah muncul pada akhir tahun 1930-an, antaranya termasuklah Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Muda dan sebagainya. Namun, perjuangan politik yang mula jelas di Tanah Melayu pada akhir tahun 1930-an dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob.[1] Pemimpin-pemimpin lain dalam KMM ialah Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam serta beberapa orang rakan mereka dari Indonesia yang menetap di Tanah Melayu. Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad,telah merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik yang progresif revolusioner pada 1937.Mereka mahu menuntut kemerdekaan dengan apa cara sekali pun. [2]Bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bangsa Melayu sangat berkurangan sama ada dari segi kewangan mahupun ketenteraan.Dengan itu, rancangan itu tidak jadi dilaksanakan. Sementara itu, Ibrahim Yaakob tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan Jepun dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris kerana dia mempercayai bahawa Jepun yang ketika itu sedang berperang dengan China akan menjadi kuasa yang terkuat di Asia. Pada April 1938 baharulah mereka dapat menubuhkan sebuah parti politik kiri yang bersifat nasional yang diberi nama Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pergerakan ini mempunyai cita-cita hendak menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dengan konsepnya 'Melayu Raya'. Gerakan ini juga bersifat pro-Jepun kerana mereka menolong menyebarkan propaganda Jepun melalui akbar rasminya iaitu 'Warta Malaya'. [3]Penubuhan Kesatuan Melayu Muda dirasakan perlu oleh Ibrahim Haji Yaakob dan rakan-rakannya kerana Persatuan-Persatuan Melayu yang ada ketika itu seperti PASPAM dan persatuan Melayu yang muncul di Perak, Pahang, dan Selangor tidak menunjukkan minat dan cita-cita politik. Perjuangan Persatuan Melayu Muda boleh dilihat dalam tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, semasa pendudukan Jepun dan selepas pendudukan Jepun. Dasar perjuangan KMM juga berbeza dengan persatuan-persatuan Melayu yang wujud pada waktu itu kerana persatuan-persatuan negeri ketika dilihat lebih propenjajah dan bersifat kenegerian. KMM bersifat antipenjajah dengan memperjuangkan kemerdekaan dan pembebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Parti ini berpusat di Kuala Lumpur dan ia merupakan parti politik yang pertama ditubuhkan di negara ini kerana KMM dikatakan sebagai pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu yang mula menggunakan perkataan merdeka.[4]KMM juga merupakan sebuah pertubuhan politik Melayu yang radikal dan berhaluan kiri kerana parti ini telah mengikuti dasar perjuangan yang tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Inggeris. [5]2.0 Matlamat Penubuhan KMMmMenurut Ruslan Zainuddin (2003), KMM ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan semua orang Melayu, tanpa mengira negeri bersama-sama mempertahan, melindungi dan memperjuangkan hak serta kepentingan bangsa Melayu.[6] KMM bermatlamat untuk menghindarkan orang Melayu daripada diperas oleh bangsa-bangsa lain dan ingin melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. KMM melihat persatuan-persatuan Melayu yang berasaskan kenegerian tidak banyak menguntungkan orang Melayu. Oleh itu, KMM meletakkan matlamat memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Ini disusuli pula dengan usaha menggabungkan bekas-bekas tanah jajahan British dan Belanda untuk mewujudkan satu gagasan politik yang dikenali sebagai 'Indonesia Raya' yang akan menjadi satu bangsa terbesar di Asia Tenggara. [7]Walaupun KMM mahu menjalin hubungan dengan Indonesia, tetapi pertubuhan itu tidak berminat kepada fahaman komunis, sungguhpun sesetengah dasarnya sama dengan beberapa buah parti di Indonesia. Malah, KMM mendakwa tidak sedikitpun dipengaruhi oleh parti-parti dari Indonesia.[8]Menurut K.Ratnam (1998) pula dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, beliau mengatakan bahawa tujuan utama KMM ialah melindungi hak orang melayu,mendapatkan kemerdekaan penuh daripada penjajah baik dari segi ekonomi, sosial atau politik serta membentuk satu kesatuan politik dengan Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya atau Melayu Raya supaya bangsa Melayu akan menjadi paling besar di Asia Tenggara[9]. Bagi Maswari Rosdi pula, beliau mengatakan bahawa tujuan penubuhan KMM ialah untuk membebaskan orang Melayu daripada cengkaman penjajah British dan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu serta menyatukannya dengan Indonesia untuk membentuk Indonesia[10]. Melalui objektif yang diterangkan, jelaslah bahawa KMM bukan sahaja ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British namun KMM juga berhasrat untuk memerintah Tanah Melayu.[11]3.0 Dasar Perjuangan KMMDasar perjuangan KMM sebagai sebuah parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu amat berbeza jika dibandingkan dengan dasar perjuangan persatuan negeri-negeri yang lain. Mustapha Hussein menerangkan bahawa dasar KMM bertentangan dengan dasar Persatuan Melayu Perak, Selangor, dan Pahang yang pada masa itu dilihat lebih bersifat propenjajah dan berfahaman kedaerahan. Dasar perjuangan persatuan-persatuan tersebut bertolak belakang dengan dasar KMM yang lebih condong kepada dasar yang bersifat 'antipenjajah' dan enggan mengadakan kerjasama dengan pihak penjajah British. [12]Menurut Ibrahim pula,beliau menerangkan dasar dan matlamat perjuangan KMM yang lebih luas menurutnya bahawa KMM adalah pelopor perjuangan nasional di Malaya secara berorganisasi yang pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar 'non-coorporation' menuntut Malaya Merdeka atas dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia Raya agar seluruh suku bangsa orang Melayu (Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia Tenggara. Mengikut Ibrahim Yaakob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia dan menjadi sebahagian daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya. Bagaimanapun, pada masa itu KMM tidak boleh menyatakan secara terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan.[13]Matlamat untuk menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan. KMM telah didaftarkan sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India Selangor sebagai perlembagaannya. Bagaimanapun,mengikut Roff, KMM yang ditubuhkan pada 1938 itu telah memohon pengecualian daripada pendaftaran di bawah Undang-undang Pertubuhan dan berjaya memperolehnya lebih dua tahun kemudian pada Disember 1940,tetapi pertubuhan itu tidak mengeluarkan apa-apa manifesto,perlembagaan dan daftar pegawainya[14]. Selain itu,matlamat KMM juga ingin menggabungkan semua negeri Melayu,memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu,menggulingkan Inggeris,memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep Melayu Raya.

4.0 Tokoh-tokoh Utama dan Ahli Jawatankuasa KMM Ibrahim Hj Yaakob (lahir 1911 di Temerloh, Pahang dan meninggal dunia pada 1976 di Jakarta) adalah presiden dan pengasas bagi Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu yang menentang kerajaan penjajah British. W.R Roff, pengkaji awal Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah bertanggungjawab menjadikan Ibrahim Haji Yaakob sebagai pendukung penting KMM. Menurut Roff, Ibrahim Haji Yaakob telah mempunyai minat politik yang mendalam yang berorientasikan Indonesia sejak 1929, semasa beliau belajar di Sultan Idris Trainning College (SITC). Beberapa pertubuhan pemuda telah dibentuk seperti Belia Malaya[15] atau Ikatan Semenanjug Borneo[16] untuk mengumpul tenaga pemuda dalam mendukung kebangsaan Melayu. Malah, lebih jauh lagi, Ibrahim Haji Yaakob telah berbincang dengan golongan Marxist di Indonesia melalui Djamaluddin Tamin, orang kanan Tan Malaka di Tanah Melayu. Pada 1928 atau 1929, Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa pelajar lain dikatakan telah menjadi ahli Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Ir. Sukarno. Mereka juga dikatakan melanggan akhbar parti itu, Fikiran Rakyat.Minat Ibrahim Yaakob untuk menjadi pemimpin masyarakat Melayu bukanlah suatu yang baru. Sejak beliau mengenal erti politik di SITC, beliau telah menawarkan diri untuk berkerja bagi orang ramai. Dalam rencananya yang disiarkan dalam Majalah Majlis, beliau telah menawarkan diri dengan mengatakan walaupun beliau "seorang yang tidak terkenal di sisi bangsaku", namun beliau "sedia berkorban badan dan jiwa untuk guna bangsa, tanah air dan raja Melayu" dan "sanggup bersyarah di hadapan penghulu-penghulu, guru-guru, di kelab-kelab, di balai polis dan di tempat-tempat lain, sekiranya diizinkan oleh kerajaan British. [17]Ternyata sekali Ibrahim haji Yaakob ialah seorang yang konservatif dalam pendekatan politiknya pada tahun 1932, iaitu semasa beliau masih lagi menjadi guru sekolah di Bentong. Beliau menerima kepimpinan raja Melayu, malah sangat akur dengan peraturan penjajah British. Tetapi keadaan ini berubah selepas awal tahun kemudian, setelah beliau mendapat pengalaman tentang kegiatan politik Melayu dalam PMS. Kepimpinan golongan itu ditolaknya atas alasan untuk kepentingan bangsa Melayu.[18] Dengan itu Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap penguasaan golongan aristokrat Melayu dalam kepimpinan politik masyarakat Melayu. Beliau mahu kepimpinan politik masyarakat Melayu dikongsi bersama-sama golongan rakyat bawahan, seperti beliau. Minat yang tebal ditanam dalam sanubarinya sejak 1932 telah cuba dijelmakan pada tahun 1938 melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). [19]. Semasa Perang Dunia Kedua, beliau menyokong Jepun semasa pendudukan mereka di Malaysia. Dipenjarakan oleh British pada 1941, beliau dibebaskan oleh pihak Jepun pada Februari 1942 akan tetapi Ibrahim ditangkap kembali oleh tentera British di Singapura pada akhir tahun yang sama. Beliau meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979. [20]Turut menjadi orang penting bagi Kesatuan Melayu Muda ialah Ahmad Boestamam (lahir pada 30 November 1920 ). Nama asalnya ialah Abdullah Thani Bin Raja merupakan salah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini melekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Selain daripada bergiat dalam politik, beliau juga berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel.Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad Boestamam adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad.[21]

Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.[22]Kepentingan Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai Penolong Setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob. Walaupun beliau hanya menjadi orang yang keempat penting dalam organisasi yang menjadi ejen Jepun, tetapi ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan British.[23] Ahmad dianggap sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar. Penangkapan Boestamam pada tahun 1941 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik. Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap anti penjajahannya. Ini menjadi salah satu kemungkinan kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik.[24]Selain daripada dua tokoh di atas, antara lain tokoh yang menjadi penggerak kepada perjuangan Kesatuan Melayu Muda ialah seperti Mustapha Hussein yang bertindak sebagai Naib Presiden, iaitu seorang yang berpendidikan dari Sekolah Pertanian Serdang, Hassan Manan, seorang pelajar lepasan Sekolah Teknik Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Setiausaha Agung dan Idris Hakim sebagai bendahari. Manakala, Abdul Karim dan Onan Haji Siraj menjadi ahli jawatankuasa bersama-sama dengan Bahar bin Abik, Sulung bin Achik, Abdul Samad Ahmad, wartawan Majlis, Abdullah Kami dan Ishak Haji Muhammad. [25]5.0 Perjuangan KMMPerjuangan KMM disebarkan melalui akhbar seperti Warta Malaya yang ditulis oleh Ibrahim Haji Yaakob.[26] Beliau memilih akhbar Warta Malaya kerana akhbar tersebut merupakan sebuah akhbar yang sangat berpengaruh di Selatan Tanah Melayu dan akhbar yang lebih tua yang telah diterbitkan sejak tahun 1930.[27] Cawangannya mula didirikan di Tanah Melayu selepas penubuhan KMM di Kuala Lumpur. Dalam penubuhan cawangan KMM, pelajar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi guru di sekolah-sekolah melayu memainkan peranan utama. Selain itu, guru-guru dan para pelajar sekolah agama turut menjadi ahli dan menubuhkan cawangan KMM seperti di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang dan Maahad ll Ihya dalam KMM setelah mendapat galakan daripada tenaga pengajar ll Ihya,terutamanya Ustaz Abu Bakar al-Bakir yang secara tidak langsung mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua KMM tempatan. [28]Kelangsungan daripada perhubungan tersebut, ramai pelajar ll Ihya dalam KMM bukan sahaja setakat menjadi ahli tetapi ada antara mereka yang telah menjadi pemimpin apabila cawangan Gunung Semenggol atau seluruh Perak Utara ditubuhkan. Antaranya ialah Osman Hamzah (Naib Yang Dipertua, Sabri Abdul Kadir (Setiausaha) Ahmad Yusuf, Yahaya Nasir, Haji Abdullah, Abd Kaisar dan Kassim Mohammad yang kesemuanya menjadi ahli jawatankuasa.5.1 Perjuangan KMM melalui penulisanSelain itu, perjuangan KMM juga banyak dibantu melalui penulisan karya-karya yang menerapkan ideologi mereka. Ishak Haji Muhamad merupakan salah seorang tokoh KMM yang banyak menyumbang memperjuangkan KMM dari segi penulisan. Salah satu karya beliau yang agak popular diperkatakan ialah Putera Gunong Tahan.[29] Karya ini merupakan novel sindiran beliau yang pertama yang mengkritik dan menyindir masyarakat Tanah Melayu, pemimpin tempatan serta penjajah. Sindiran beliau dalam novel ini sebenarnya ingin menyedarkan masyarakat Tanah Melayu supaya bangkit mempertahankan Tanah Melayu dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis penjajah ketika itu kerana ia hanya bertujuan untuk terus menjajah Tanah Melayu.Menurut Ramlah Adam, walaupun begitu, ideologi KMM ini yang ingin mempertahankan orang Melayu sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu tidaklah seperti yang mereka janjikan. Sikap ahli-ahli KMM ini terus berubah apabila telah berjaya membantu Jepun menguasai Tanah Melayu. Mereka berpuas hati kerana berkuasa dalam masyarakat Melayu dan menjadi pemimpin baru orang Melayu.[30] Kata-kata mereka selalu ditunaikan oleh pemerintah tentera Jepun dan keadaan ini telah mengubah sikap mereka menjadi angkuh dan sangat ditakuti orang ramai. Keadaan ini ada diceritakan dalam novel Nyawa Di Hujung Pedang,[31] karangan Ahmad Murad dan turut diceritakan dalam cerpen-cerpen karangan Arena Wati.[32]6.0 Plot Perjuangan KMMPada 1940,Ibrahim Yaacob sebagai Presiden atau Ketua Umum KMM telah menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan rakyat.Sebagai hasil daripada lawatan beliau itu, KMM telah ditubuhkan di beberapa buah negeri termasuk Singapura dan Patani.Abdul Samad telah menyenaraikan nama 37 orang yang dianggapnya sebagai tokoh KMM di negeri-negeri tersebut sementara Mustapha telah menyenaraikan nama 52 orang ahli KMM yang berdasarkan ingatannya.[33] Senarai yang dikemukakan oleh Abdul Samad Idris dan Mustapha Hussein itu mungkin merupakan senarai ahli KMM yang awal iaitu senarai ahli pada 1938 yang mengikut dugaan Roff mungkin tidak lebih daripada 50 atau 60 orang dan kebanyakannya terdiri daripada guru sekolah Melayu,kakitangan atau pelajar Sekolah Teknik Kuala Lumpur,Sekolah Pertanian Serdang dan SITC ataupun wartawan.Senarai ahli pada 1940 dan selepasnya mungkin lebih ramai daripada itu walaupun mengikut dugaan Roff tidak lebih daripada beberapa ratus orang sahaja.[34]Dalam usianya yang singkat,sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941,jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.Ia bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar tetapi juga daripada golongan rakyat bawahan yang kebanyakannya masih takut untuk berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional seperti penghulu,datuk-datuk lembaga (di Negeri Sembilan) dan sebagainya.[35] Dalam hubungan ini, KMM mengambil sikap bermusuhan dengan pembesar-pembesar tersebut. Pada pertengahan 1941, beberapa bulan sebelum Jepun menyerang Malaya, Ibrahim Yaakob iaitu Ketua Umum KMM dikatakan telah dihubungi oleh Jepun yang menawarkan wang untuk membeli surat khabar Melayu yang boleh digunakan untuk melancarkan propaganda anti-British. Ibrahim menerima tawaran itu dan tanpa diketahui oleh pemimpin KMM yang lain telah menjanjikan sokongan KMM kepada Jepun apabila Jepun menyerang Malaya. Dengan wang pemberian Jepun itulah Ibrahim Yaakob membeli akhbar harian Warta Malaya daripada satu keluarga Arab yang menjadi pemiliknya pada Ogos 1941.[36]6.1 Peringkat awal pertubuhan KMM Pada awal pertubuhan KMM sehingga awal pendudukan Jepun, KMM tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat melayu di Terengganu. Hal ini disebabkan masyarakat di Terengganu belum mempunyai kesedaran dalam isu-isu politik. Manakala, dari segi penyertaan pula, KMM tidak mendapat sambutan atau sokongan daripada golongan atasan dan pegawai tinggi kerajaan termasuk kalangan para pemimpin agama. Pada masa pendudukan Jepun, cawangan KMM di Terengganu berjaya meluaskan pengaruh kerana wujudnya hubungan baik antara KMM dengan pihak Jepun.

Walaupun KMM berusaha untuk memperluaskan pengaruh namun pertubuhan ini tidak berjaya menarik lebih ramai pengikut, terutamanya di kalangan rakyat bawahan dan golongan pentadbir Melayu yang berpendidikan Inggeris. Hal ini kerana mereka masih mengharapkan kepimpinan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemunculan KMM di tengah-tengah orang Melayu yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat tani yang masih setia terhadap hubungan sosial bersifat tradisional terutamanya dengan raja-raja Melayu dan para pembesar Melayu sebenarnya tidak banyak membantu KMM meluaskan pengaruhnya.[37] Terdapat golongan yang juga tidak menyokong KMM iaitu golongan Birokrasi kerana KMM bersikap anti birokrasi. [38]Tanpa sebuah perlembagaan bertulis amat sukar ditentukan dengan tepat apakah ideologi yang diperjuangkan oleh KMM. Tambahan pula, idea KMM untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia melalui gagasan Melayu Raya tidak berkesan untuk menarik perhatian orang Melayu. Sebelum Perang Dunia kedua berlaku, KMM lebih banyak bergiat secara sulit dan bergantung kepada hubungan ahli-ahli jawatankuasa pusat dengan rakan-rakan di beberapa buah negeri di Tanah Melayu, khususnya di kalangan bekas pelajar SITC untuk mendapatkan ahli-ahli baru. Jelaslah bahawa KMM gagal mewujudkan satu gerakan massa ataupun suatu pertubuhan politik secara besar-besaran yang berupaya melibatkan penyertaan golongan rakyat bawahan dalam usaha menentang penjajah British di Tanah Melayu.[39]Namun,sejak awal penubuhannya, pihak British sentiasa mengawasi kegiatan KMM. British mendapat maklumat mengenai rancangan para pemimpin KMM umtuk melancarkan gerakan senjata bagi menghalau British keluar dari Tanah Melayu. Kebimbangan British semakin jelas apabila menyedari tentang wujudnya hubungan rapat di antara KMM dengan para pemimpin Indonesia, teutamanya Parti Komunis Indonesia (PKI) berikutan dengan kehadiran Sutan Djenain yang merupakan seorang pelarian politik PKI yang menetap di Tanah Melayu.[40]Bagi meredakan kebimbangan tersebut, pada akhir tahun 1941 pihak British telah menahan Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa orang pemimpin KMM seperti Ishak Haji Muhammad, Hassan Haji Manan,Idris Hakim,Ahmad Boestamam, Mohd Isa Mahmud dan Sutan Djenain berserta 150 orang anggota KMM ditangkap oleh Cawangan Khas Polis British. Walaupun pada mulanya mereka akan di hantar ke India, namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan setelah kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin KMM telah di bebaskan oleh Jepun dan KMM telah meneruskan kegiatan mereka dalam bidang politik. [41]6.2 Kesatuan Melayu Muda Pada Era Pendudukan Jepun.Pada tahap ini,kelihatan satu kegiatan nasoinalisme yang lebih matang dari kegiatan sebelumnya. Peranan golongan radikal Melayu lebih menonjol sekali seperti Ibrahim Haji Yaakob, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad merupakan tokoh-tokoh yang telah menggunakan pendudukan Jepun sebagai satu peluang untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme itu. Sebagai perisik Jepun ketika itu, mereka telah mendapat kedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun yang berjalan selama tiga tahun setengah itu[42]. Mereka membantu Jepun dengan harapan Jepun akan memberi lebih banyak kebebasan politik kepada orang Melayu, jika tidak merdeka sepenuhnya. Mereka berpendapat bahawa penjajahan British di Tanah Melayu perlu dihapuskan.[43] Manakala bagi Jepun pula,mereka mengharapkan ahli-ahli KMM dapat mempengaruhi orang Melayu supaya berkerjasama dengan tentera Jepun semasa mereka menyerang British. Bantuan KMM ini banyak membantu tentera Jepun untuk menakluki Tanah Melayu dengan lebih mudah.[44]Namun, setelah kumpulan ini berkerjasama dengan Jepun dan membiarkan Jepun menekan kegiatan mereka, sifat radikal mereka telah musnah. Tindakan Jepun mengharamkan KMM pada bulan Jun 1942 iaitu enam bulan selepas penguatkuasaan pemerintahannya tidak dapat dibantah oleh Ibrahim Haji Yaakob dan kawan-kawannya. Jepun mengharamkan KMM kerana tindakan sekumpulan pemimpin KMM seperti Mustapha Hussein menuntut kemerdekaan dari Jepun sebaik sahaja Jepun menduduki Tanah Melayu.[45] Selepas Ibrahim Haji Yaakob melihat insiden salah seorang ahli KMM iaitu Mustapha Hussein ditempeleng dan diterajang, beliau terpaksa mengunci mulut dan tunduk terhadap Jepun. Beliau sedar bahawa, kemenangan Jepun di Tanah Melayu bukanlah kemenangan bagi golongan radikal.[46]Begitu juga dengan Dr.Burhanuddin yang telah dilantik sebagai Penasihat hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu di Taiping, Perak. Beliau cuba mengadakan persidangan masyarakat Islam Sumatera dan Semenanjung bagi kali kedua telah ditahan oleh pihak Jepun. Hal ini kerana pihak Jepun bimbang Islam akan menjadi jambatan kebebasan politik di antara kedua-dua buah daerah menentang Jepun.[47] Ishak Haji Mohammad juga terpaksa membiarkan Jepun menyerahkan semula Kelantan dan Terengganu kepada Thailand. Beliau dan kawan-kawannya juga terpaksa mmbiarkan pentadbiran negeri-negeri utara Tanah Melayu disatukan dengan Sumatera dan Singapura diasingkan dari Semenanjung. Beliau seperti juga rakan-rakannya, tidak dapat menyaingi penjajah baru ini.[48]6.3 Pembubaran Kesatuan Melayu Muda Pada bulan Jun 1942, KMM telah dibubarkan oleh Jepun kerana telah mendapati bahawa KMM mula mengecam kedudukan mereka. Kemudian tentera Jepun telah meminta Ibrahim Haji Yaakob supaya menubuhkan Badan Penasihat Bumiputera pada Pemerintahan Tentera Jepun bagi Tanah Melayu dan Sumatera. Lantaran daripada pembubaran tersebut, ini juga bermakna bahawa perjuangan golongan nasionalis kiri yang bergerak atas nama KMM sebagai sebuah pertubuhan politik di Tanah Melayu turut berakhir.[49]7.0 Analisis dan Kesimpulan.Melalui analisis Mohamed Salleh Lamry (2006) dalam bukunya Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan mengatakan di Malaya Kesatuan Melayu Muda (KMM) adalah sebuah organisasi politik yang terawal muncul dan penubuhannya banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik di Indonesia dan berlandaskan fahaman nasionalisme Melayu yang luas tetapi hanya wujud sehingga zaman Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua perjuangan KMM diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).[50] Karya Firdaus Haji Abdullah (1985), Radical Malay Politics mengatakan KMM adalah gerakan politik radikal Melayu yang terawal. Selain daripada itu beberapa tulisan oleh Rustam A. Sani (1976,1983) dan Ahmat Adam (1983, 1996) juga mengkelaskan KMM merupakan gerakan nasionalis kiri Melayu dan Rustam A. Sani (1975) telah menghuraikan asal usul sosial gerakan nasionalis kiri Melayu, khasnya KMM.[51]Jika dinilai perjuangan golongan nasionalis kiri Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru. Perjuangan seperti ini sebenarnya telah dimulakan oleh pembesar tradisional, seperti Datuk Bahaman di Pahang, Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan iaitu dengan sokongan kaum tani, ketika Inggeris mula-mula campur tangan dalam politik dan pentadbiran negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dahulu. Jadi perjuangan golongan nasionalis kiri Melayu itu boleh dianggap sebagai menyambung atau melanjutkan perjuangan pembesar tradisional yang telah dipatahkan oleh Inggeris.[52]Kemunculan gerakan nasionalisme kiri di kalangan orang Melayu pula, sama ada secara langsung atau tidak, banyak dipengaruhi dan didorong oleh perkembangan politik dan gerakan nasionalisme di Indonesia. Bahan-bahan dari Indonesia, sama ada buku, majalah dan surat khabar telah sampai ke tangan anak-anak muda Melayu yang belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Tujuan bahan bacaan itu dibawa masuk ke Tanah Melayu terutamanya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan itu mereka dapat mengikuti perkembangan di Indonesia, seperti Boedi Otomo, Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia, Parti Nasional Indonesia serta peranan Soekarno. Dengan itu, kemasukan bahan bacaan itu telah mendatangkan kesan yang tidak diduga pada mulanya, iaitu sedikit sebanyak telah mendorong timbulnya kesedaran politik anti kolonial di kalangan mereka (Abdul Samad 1982, 310).[53]Menurut Ibrahim (1957) yang menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin politik utama gerakan nasionalisme Melayu kiri itu, tekanan politik dan ekonomi penjajah dalam waktu singkat telah memberikan kesedaran baru kepada orang Melayu. Dengan itu, timbullah bibit-bibit kesedaran nasional di kalangan masyarakat Melayu. Namun, Ibrahim (1957,20) mengakui adanya pengaruh dari Indonesia itu dengan kata-kata seperti berikut :Selanjutnya kesadaran ini bertambah besar sesudah terjadi Pemberontakan melawan Belanda di Jawa dan Sumatera tahun 1926. Berita-berita pemberontakan di Indonesia itu dengan diam-diam disambut oleh orang Melayu di Malaya yang satu keturunan darahnya itu dengan sangat gembira, terutama oleh mereka yang mempunyai hubungan darah langsung dengan suku-suku Bugis, Banjar, Sumatera, Jawa, Sunda, Boyan dan lain-lainya, bahkan beberapa orang pemimpin pemberontakan dari Indonesia itu yang lari ke Malaya diberikan perlindungan saudara kandung oleh orang-orang Melayu, dari orang-orang pelarian ini ada pula yang bergerak di Malaya memberikan kesadaran nasional melawan penjajah di antaranya ialah Djamaluddin Tamin, Tan Malaka, Budiman, Sutan Jenain, Alimin, Mohd Arif dan lain-lainnya.[54]Kenyataan Ibrahim itu telah diperkuat oleh Abdul Samad (1982, 311) yang turut berjuang dalam politik sejak awal munculnya gerakan nasionalisme Melayu dengan merujuk kepada apa yang berlaku di kalangan pelajar Sultan Idris Tranning College (SITC):Dengan banyaknya bahan-bahan bacaan dari luar mencurah masuk ke SITC di Tanjung Malim, bakal-bakal guru ini dapat mengetahui bagaimana gigihnya orang-orang Indonesia menentang penjajah dengan serba kekurangan. Pemberontakan di Jawa dan Pemberontakan di Sumatera telah menjadi inspirasi kepada mereka.[55]Roff (1974) dalam Mohamed Salleh Lamry (2006), sebahagian daripada pelarian politik dari Indonesia itu telah datang ke SITC untuk melanjutkan perjuangan mereka. Dengan itu bakal-bakal guru yang telah sedia bersemangat itu bertambah semarak lagilah semangat mereka setelah mendengar kekejaman pihak penjajah ke atas bangsa Indonesia. [56] Mengikut Ibrahim dalam Mohammed Salleh Lamry (2006) menambah fakta penting tentang pengaruh dari Indonesia dengan penerangan berikut:Sesungguhnya, kesedaran nasional di Malaya itu semakin cepat berkembang di Indonesia (khususnya di Jawa)dan lahir Partai Nasional Indonesia (PNI) yang dipimpin oleh Ir. Sukarno yang menuntut kemerdekaan Indonesia. Gerakan PNI ini disambut baik oleh orang Melayu Malaya dengan perasaan bahawa orang Melayu adalah suku bangsa Indonesia. Dengan demikian sejak tahun 1928 timbullah perasaan nasional Indonesia di Malaya, dan ada pula yang menjadi anggota PNI, diantaranya ialah Sdr. Ibrahim Yaacob yang memimpin perkumpulan mahasiswa di Sultan Idris Training College Tg. Malim beserta kawan-kawannya.[57]Ringkasnya pada tahun 1928 itu tumbuhlah kesedaran nasional di kalangan orang Melayu penduduk Malaya. Dengan demikian pada tahun 1929 Ibrahim telah menubuhkan sebuah gerakan pelajar secara haram yang diberikan nama Ikatan Pemuda Pelajar. Kemudian 1930 beliau menubuhkan Ikatan Semenanjung Borneo (Abdul Samad Idris 1982, 312) atau Belia Malaya mengikut catatan Roff (1974, 225), yang merupakan pertubuhan haram juga. Gerakan ini dianggotai oleh kira-kira 35 orang pelajar SITC . Antara mereka yang menjadi pemimpinnya ialah Ibrahim Haji Yaacob, Muhammad Isa Mahmud, Hassan Haji Manan, Yaacob Muhammad Amin dan Abdul Karim Rashid (Abdul Samad 1982, 312). Merekalah yang disebut oleh Ibrahim Yaacob turut menjadi ahli PNI yang dipimpin oleh Soekarno dan melanggan akhbar parti tersebut Fikiran Rakyat (Roff 1974, 225).[58] Penubuhan gerakan sulit Ikatan Semenanjung Borneo atau Pemuda Malaya ini jelas mengikut model gerakan pemuda yang wujud lebih dahulu di Indonesia, seperti Jong Jawa dan Jong Sumatera, yang merupakan gerakan pemuda Jawa dan pemuda Sumatera.[59]Gerakan sulit nasionalisme Melayu di SITC itu mulai malap selepas 1932, setelah pihak Inggeris dapat mencium gerak-geri para pemimpinnya. Pihak Inggeris telah mengambil langkah untuk menghancurkan gerakan nasionalisme yang bergerak secara sulit yang berpusat di SITC itu. Antaranya ialah memisahkan Ibrahim Yaacob dari rakan-rakannya setelah menamatkan pengajian pada tahun 1931.[60] Ibrahim Yaacob dihantar mengajar ke Bentong, Pahang, sementara rakan-rakannya dihantar mengajar ke merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu, sehingga mereka berjauhan. Di samping itu, tenaga pengajar yang menanamkan semangat nasionalisme juga telah dipecah-pecahkan supaya mereka sukar berhubung antara satu dengan lain.[61] Mereka dihantar sampai ke Borneo dengan alasan kenaikan pangkat. Antaranya Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dijadikan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Borneo, dan Cikgu Harun Muhammad Amin (Harun Aminurashid) dijadikan Penguasa Pelajaran di Brunei.[62]Bagaimanapun, langkah Inggeris menyekat gerakan nasionalisme di SITC itu tidak mematahkan cita-cita dan perjuangan Ibrahim Yaacob. Dengan perpindahannya ke Bentong, Ibrahim memindahkan markas Ikatan Semenanjung Borneo ke Bentong pula. Di Bentong, Ibrahim mendapat sokongan daripada Ishak Haji Muhammad yang ketika itu menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Bentong.[63] Aktiviti politik Ibrahim dan Ishak dapat dihidu oleh penjajah Inggeris dan sekali lagi mereka bertindak menyekat kegiatan politik di kalangan anak muda Melayu itu, Ishak telah ditukarkan ke Pejabat Daerah Rembau, sementara Ibrahim pula ditukarkan mengajar ke Sekolah Latihan Polis di Kuala Lumpur.[64]Setelah berada di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1934 dan awal tahun 1935, Ibrahim Yaacob dapat berhubung semula dengan beberapa orang kawan lama di SITC dan bertemu dengan kawan baru yang sama-sama mempunyai kesedaran nasionalisme dan semangat antikolonial. Antara mereka terutamanya ialah Hassan Manan, Abdul Karim Rasid dan Isa Mohd. Mahmud semuanya dari SITC; Mustapha Hussin, guru Sekolah Pertanian Serdang, dekat Kuala Lumpur serta Ishak Hj Muhamad, anak muda dari Pahang yang baharu berhenti dari Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) (Roff 1974, 226).[65]Ibrahim Yaacob dan Ishak Hj Muhammad, mengikut Abdul Samad (1982, 314) telah merancang untuk menubuhkan sebuah parti yang progresif revolusioner pada 1937.[66] Mereka mahu menuntut kemerdekaan dengan apa cara sekalipun. Bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bangsa Melayu sangat kekurangan sama ada dari segi kewangan mahupun ketenteraan. Dengan itu, rancangan itu tidak jadi dilaksanakan. [67] Sementara itu, Ibrahim Yaacob tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan Jepun dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris, kerana dia mempercayai bahawa Jepun yang ketika itu sedang berperang dengan China akan menang menjadi kuasa yang terkuat di Asia.[68] Pada April 1938 baharulah mereka dapat menubuhkan sebuah parti politik kiri yang bersifat nasional yang diberi nama Kesatuan Melayu Muda (KMM).Mengikut Roff (1974, 222) dalam buku Mohamed Salleh Lamry penubuhan KMM adalah mengikut model Jong Jawa dan Jong Sumatera yang wujud lebih awal di Indonesia walaupun dalam Mustapha (1999, 195, 198) dalam memoirnya menyatakan bahawa pemuda-pemuda nasionalis dalam KMM seperti beliau mahu mencontohi gerakan Muda Turki (Young Turks) dan tidak mengakui KMM dipengaruhi oleh parti-parti politik dari Indonesia. Dalam hal ini, kenyataan Ibrahim mungkin lebih tepat, kerana pada masa itu, pengaruh dari Indonesia, sama ada dari segi bahan bacaan dan hubungan secara langsung dengan pejuang politik dari Indonesia, memang lebih ketara.[69]

Dengan itu, kita dapat membuat penilaian sendiri mengenai hubungan ini iaitu satu perkara yang menarik yang mana dalam Majlis Penubuhan KMM turut dihadiri oleh Sutan Jenain, seorang kader komunis dan pelarian politik dari Indonesia yang mana juga sebagai ahli PKM. Pendapat saya ini saya sokong dengan petikan dari Mustapha (1999,197) yang mana Sutan Jenain sering menasihati beliau dan kawan-kawannya supaya menubuhkan badan politik Melayu yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan. Mengikut Roff (1974, 231-232) pula mengatakan Sutan Jenain memainkan peranan penting sebagai penghubung (liaison) antara PKM dengan KMM.[70]Tentang dasar dan matlamat perjuangan KMM mengikut Mustapha (1999, 198) ialah sebagai sebuah parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu dan berbeza dengan dasar Persatuan Melayu negeri-negeri, ini kerana Persatuan seperti Melayu Perak, Selangor dan Pahang baru ditubuhkan dan persatuan ini bersifat propenjajah dan berfahaman kedaerahan tetapi KMM pula antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British.[71]Manakala Ibrahim (1957, 25) pula mengatakan KMM adalah pelopor perjuangan nasional di Malaya secara berorganisasi yang pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar non-corporation menuntut Malaya Merdeka, atas dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia Raya, agar seluruh suku bangsa orang Melayu (Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia Tenggara.[72]Dengan Perkataan lain, mengikut versi Ibrahim Yaacob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya.[73] Bagaimanapun pada masa itu KMM tidak boleh menyatakan secara terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan. Matlamat untuk menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan.[74] Mengikut Mustapha (1999,199) KMM telah didaftarkan sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India Selangor sebagai perlembagaannya.[75]Dalam usianya yang singkat, sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941, jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Ia bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar, tetapi juga daripada golongan rakyat bawahan yang kebanyakkannya masih takut berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional, seperti penghulu, datuk-datuk lembaga (Negeri Sembilan) dan lain-lain. Dalam hubungan ini, KMM mengambil sikap bermusuhan dengan pembesar-pembesar tersebut (Abdul Samad 1982, 317).[76]Dalam konteks perjuangan nasionalis kiri Melayu ini timbul persoalan yang kami utarakan sebagai kesimpulan sejarah KMM ini iaitu seperti berikut:Pertama, di mana letaknya perjuangan golongan nasionalis kiri Melayu yang dikatakan radikal itu dari segi sejarah? Setakat mana pentingnya perjuangan mereka?Kedua, apakah sumbangan mereka kepada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu?Ketiga, mengapa mereka sanggup bekerjasama dengan pihak Jepun?Persoalan ini ada yang sudah terjawab dalam pembacaan dan penyelidikan kami seperti yang dihuraikan dalam penulisan esei ini. Namun masih timbul pelbagai persoalan yang lebih menarik untuk dikaji. Persoalan-persoalan kian bercambah dalam minda kami sewaktu mengkaji tentang sejarah KMM ini yang mempunyai kesinambungan dengan sejarah sebelum, semasa dan selepasnya, hal inilah yang menjadikan sejarah itu sesuatu yang unik; disebalik cerita ada persoalan-persoalan perlu dikaji barulah lahir jawapan yang betul-betul benar, terselit nasihat dan pengajaran untuk generasi seterusnya. Ada satu nasihat (advice) yang menarik dipetik di sini daripada Sutan kepada dua orang budak lelaki yang sedang bertumbuk dalam tulisan Insun Sony Mustapha (2005, 134) Do not Fight. It is not good. You will never hurt. We dont want children to get hurt by this. [77] Kalau dinilai dengan kritis nasihat ini merupakan teguran, peringatan dan juga tanda kasih sayang. Sejarah mengajar kita erti hidup. 1 Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 453.[2] Abdul Rahman Hj. Ismail, 2006. Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia,Pulau Pinang: USM, hlm.86[3] Ahmad Salleh Lamry,2006.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,Bangi:UKM,hlm.37-38.[4] Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 453. [8] Ruslan Zainudddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 453. [9] K. Ratnam, 1998. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Subang Jaya, SelangorDarul Ehsan : Pustaka Sarjana Sdn Bhd, hlm.110.[11] Ruslan Zainuddin, 2003. op.cit, hlm. 453. [12] Ahmad Salleh Lamry,2006.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,Bangi:UKM,hlm[15] W.R Roff, 1969. The Origins Of Malaya Nationalisme, Yala University Press, hlm. 222.[17] Ramlah Adam, 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia 1938-1965, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, hlm. 5.[18] Ramlah Adam,2004, Gerakan Radikalimse Di Malaysia(1938-1965), Kuala Lumpur, DBP, hlm 6.[20] http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob[21] Ibrahim Mahmood, 1981.Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu,Kuala Lumpur:PenerbitanPustaka Antara,hlm.35.[24] http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Boestamam[26] Ruslan Zainudddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 453.[29] William R.Roff, Nasionalisme Melayu, Universiti Malaya, 2003, hlm.249.[30] Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), Kuala Lumpur:DBP, 2004, hlm.37.[33] Ahmad Salleh Lamry,2006.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,Bangi:UKM,hlm.39-40.[34] Insun Sony, Mustapha Hussein, 1999. Pejuang Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.hlm 28.

[37] Ruslan Zainuddin, op.cit, hlm. 455.[42] Ramlah Adam, 1998. Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, hlm. 110.[43] Ruslan Zainuddin, op.cit, hlm. 456.[45] Ramlah Adam, op.cit. hlm 111.[49] Mohamad Idris Salleh, 1994, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publication andDistributors Sdn.Bhd. hlm.71.[50] Ahmad Salleh Lamry, op.cit, hlm. 36[59] Ahmad Salleh Lamry,2006, Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi:UKM, hlm.36.[77] Insun Sony Mustapha, 2005. Malay National Before Umno (The Memoirs Of Mustapha Hussain).Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd. Hlm.137. Bibliografi.Abdul Rahman Hj. Ismail, 2006. Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Ahmad Boestamam, 2003. Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.Ahmad Salleh Lamry, 2006. Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Insun Sony Mustapha, 2005. Malay National Before Umno (The Memoirs Of MustaphaHussain). Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd. Insun Sony, Mustapha Hussein, 1999. Pejuang Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.K. Ratnam, 1998. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Subang Jaya,Selangor Darul Ehsan : Pustaka Sarjana Sdn Bhd. Mohamad Idris Salleh, 1994, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publicationand Distributors Sdn.Bhd.Ramlah Adam, 2004.Gerakan Radikalisme di Malaysia 1938-1965, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ramlah Adam, 1998. Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ruslan Zainudddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

William R.Roff,2003. Nasionalisme Melayu, Universiti Malaya: Petaling Jaya, Selangor : Pelanduk Publications.http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakobhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_BoestamamPAK SAKO PEJUANG YANG DILUPAKAN

Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM (dipetik dari lanailestari)Tanggal 14 November yang baru lalu genaplah 100 tahun (jika masih hidup) usia pejuang kemerdekaan yang digeruni penjajah, reformis bangsa yang mendahului zaman dan genius Melayu yang namanya sentiasa meniti di bibir rakyat, Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Pak Sako.Tokoh besar dalam sejarah tanah air dan cendekiawan Melayu bertaraf negarawan ini mempunyai sejarah perjuangan yang panjang bermula dengan kerelaannya meninggalkan kehidupan elit sebagai pegawai kerajaan Inggeris demi untuk bergelumang dengan perjuangan memerdekakan bangsanya. Pengorbanannya pula terpaksa ditebus dengan harga yang mahal termasuk ditohmah sebagai berhaluan kiri, komunis dan diperap ke penjara sebanyak tiga kali. Namun begitu sejauh manakah jasa patriot bangsa ini dikenang dan dihargai?Apakah pihak berkuasa jujur dengan beberapa fakta melibatkan tokoh-tokoh tertentu seperti Pak Sako dalam sejarah perjalanan negara ini menuju kemerdekaan?Bagi adik Pak Sako, Khalid Muhammad, 75, intipati serta sepak terajang perjuangan hero rakyat itu perlu diketengahkan supaya dihayati generasi muda terutama pelajar-pelajar pengajian tinggi. Namun begitu beberapa fakta sejarah yang difahami umum selama ini perlu diperbetulkan kembali.Betulkan balik fakta sejarah. Kerajaan kena jujur dan adil. Selama ini yang diketengahkan memperjuangkan kemerdekaan hanyalah Umno. Tanpa menolak sumbangan Umno, parti itu lebih berperanan dalam tiga aspek iaitu merundingkan kemerdekaan dengan Inggeris, menandatangani perjanjian kemerdekaan dan seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan. Sedangkan mereka yang bergelumang dengan perjuangan menuntut kemerdekaan sebenar terus dilupakan dan dimomok-momokkan pula sebagai berhaluan kiri atau komunis.Dari segi anutan politik mungkinlah Pak Sako tidak sealiran dengan parti pemerintah, tetapi fakta sejarah tidak boleh dilencongkan. Bagaimana dengan tulisan-tulisannya yang membangkitkan kesedaran orang Melayu dulu untuk merdeka daripada belenggu penjajahan? Sepatutnya kajian tentang perjuangan beliau dikembangkan lagi, katanya.Khalid berkata, Pak Sako tidak dilayan setimpal dengan jasanya. Dalam masa beliau dipuja ramai, sebenarnya beliau pergi begitu sahaja tanpa apa-apa penghargaan setimpal daripada kerajaan sebagai negarawan. Ketika ini bandar kelahirannya sendiri di Temerloh, nama pak Sako hanya diabadikan pada jalan yang tidak penting.Sebagai contoh, dulu ada exco yang berjanji untuk meletakkan tanda nama pada makam Pak Sako untuk memudahkan pelawat berkunjung. Tapi hingga kini janji tetap tinggal janji. Bayangkan jika datang pelancong dari Barat yang membaca sejarah negara ini. Bagaimana pandangan mereka bila melihat sambil lewa dan tiada penghargaan daripada pihak berkuasa terhadap tokoh tempatan?, keluh Khalid.Dari pegawai Inggeris ke bidang penulisan dan politikPak Sako diputerakan pada 14 November 1909 di Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung. Tengah, Temerloh bermula tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928 dan lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun 1929 di Sekolah Inggeris Raub.Pada tahun 1930 melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar dan seterusnya memulakan perkhidmatan sebagai pegawai daerah bermula pada tahun 1931.Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Majistret di Bentong dan Rembau, Negeri Sembilan. Setahun kemudian ditukarkan pula ke Kuala sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada tahun 1935 bagi menumpukan usaha menuntut kemerdekaan.Ketika itu negara-negara di rantau Asia sedang bergelut bagi membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Pak Sako mengikutinya dengan penuh minat.Pada peringkat itu beliau memilih kerjaya kewartawanan bagi merealisasikan cita-citanya dan mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang dan penterjemahan. Dari situ beliau terus meningkatkan kegiatannya dalam bidang penulisan. Pada tahun 1938 beliau menghasilkan novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan.Pak Sako merupakan pengasas penerbitan akhbar Utusan Melayu yang pada waktu itu sangat berpengaruh meniupkan semangat antipenjajah dan berkhidmat bersama Abdul Rahim Kajai dan Yusof Ishak bermula pada tahun 1939 hingga tahun 1941.Pada tahun tersebut Pak Sako ditangkap penjajah kerana terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan rakannya Ibrahim Yaakob.Setelah dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk Singapura pada tahun yang sama, beliau menjadi Ketua Pengarang Berita Malai.Setelah tamat Perang Dunia Kedua, pada tahun 1945 Pak Sako mengasaskan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan PKMM diharamkan, Pak Sako disumbatkan seklai lagi di Penjara Pudu, Kuala Lumpur bersama Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aziz Ishak. Beliau kemudiannya telah dibebaskan tanpa syarat dalam bulan Mei 1953.Setelah bebas dari tahanan tidak lama kemudian beliau dilantik Ketua Pengarang akhbar Semenanjung di Singapura. Walau bagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah malap terutama apabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist Front.Dalam pilihan raya umum (PRU) 1959, Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang dan pada tahun 1964 bertanding di Temerloh, namun gagal untuk menang.Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1965, Pak Sako telah ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliau kembali menulis dengan Utusan Melayu dan penulis ruangan pojok Pepatah Petitih dalam majalah Gila-gila.Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Pak Sako menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk mengobarkan semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial.Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya. Beliau menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah daripada 17 novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat.Selain Utusan Melayu, Berita Malai dan Warta Malaya beliau juga menulis dalam akhbar Watan, Warta Jenaka, Semangat Asia, Pelita Malaya, dan Suluh Asia.Antara nama pena yang digunakannya ialah Isako San, Anwar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden dan Nenek Kebayan. Penulisannya menarik minat ramai kerana berbentuk sindiran, kritik, seloroh dan jenaka, bertujuan mengkritik, mengajar dan menghibur masyarakat menarik minat massa.Persoalan yang dimainkan dalam penulisannya mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti. Inilah hasil rasa cintanya terhadap bangsa dan negara yang terlalu besar.Pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan dan pada 29 Mei 1976 pula, dianugerahkan gelaran Pejuang Sastera oleh Perdana Menteri Malaysia.Pak Sako kembali ke rahmatullah pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Hulu Langat, kerana diserang angin ahmar. Jenazah insan yang banyak berjasa itu diterbangkan dengan helikopter Nuri balik ke kampung asalnya di Buntut Pulau.

Sebagai menghargai jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan Tokoh Kewartawanan Negara pada 24 September 1995.Pak Sako manusia luar biasaSeorang pengamal undang-undang, Ahmad Nizam Hamid, 40, kagum dengan pemikiran, perjuangan dan keberanian Pak Sako yang sentiasa mendahului zamannya. Bagi beliau Pak Sako manusia luar biasa yang sanggup meninggalkan kehidupan elit dan terhormat sebagai pegawai daerah dan majistret dalam perkhidmatan kerajaan Inggeris demi menceburi perjuangan membebaskan anak bangsanya yang dibelenggu penjajahan.Beliau yang pernah membawa Pak Sako berceramah di Asrama Zaba semasa menuntut di Universiti Malaya pada 1990, Pak Sako mempunyai keperibadian yang tinggi dan idea yang tajam dalam berunding.Pak Sako seorang hebat, tercatat dalam sejarah selepas Jepun kalah dan Bintang 3 memerintah dengan zalim, beliaulah yang berperanan menjadi pendamai di Temerloh sehingga dapat dielakkan pertumpahan darah dengan orang Melayu tempatan. Ertinya dia berkeperibadian tinggi, pintar dan sangat dikagumi.Pak sako juga tidak memilih establishment di mana beliau tidak menyertai Umno dan sanggup mengorbankan dirinya daripada kesenangan sedangkan beliau boleh memilih untuk kekal hidup mewah seperti pegawai Melayu lain yang berkhidmat dengan kerajaan Inggeris.Masyhur ceritanya semasa Pak Sako menjadi majistret di Kuala Pilah, dia bentang tikar untuk rakyat membuat aduan dan melaporkan masalah. Ini bermakna jiwanya sangat dekat dengan rakyat dan tidak pernah memikirkan soal darjat. Itulah Pak Sako yang walaupun berpendidikan Inggeris, tetapi amat kuat berpegang dengan jati diri dan budaya Melayunya.Salah seorang rakan rapat semasa hayat Pak Sako, Alang Ahmad Teh, 70, mahukan tokoh politik dan sasterawan terbilang ini dicatat dalam sejarah negara sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.Saya masih ingat ketika Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) mencadangkan Sekolah Menengah Seberang Temerloh diberi nama Sekolah Ishak Muhammad, ia mendapat tentangan daripada kalangan penduduk tempatan sendiri, kata bekas Ketua Biro Utusan Pahang itu.Menghimbau kenangan bersama Pak Sako apabila ke mana-mana dari Temerloh, ke Kuantan dia akan disambut meriah oleh orang yang dia sendiri tidak mengenalinya. Apabila Pak Sako pergi ke pekan sari atau masuk kampung beliau selalu dihadiahkan dengan pelbagai barangan. Yang peliknya, semua pemberian orang itu kemudiannya diberikan pula kepada orang lain. Ini membuktikan beliau pemurah, disayangi dan menjadi sanjungan orang ramai.Alang juga sempat mengikut Pak Sako berkempen semasa bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU tahun 1964 melawan calon Perikatan Yusof Mahmud dia hanya memberikan joran kail. Selepas kalah dalam pilihan raya tersebut seorang penganalisis politik berbangsa Inggeris datang kepadanya melahirkan rasa hairannya dengan mentaliti pengundi Temerloh bagaimana tokoh yang begitu terkenal seluruh dunia hanya dikalahkan oleh calon biasa daripada parti pemerintah.Seorang lagi pengkagum Pak Sako yang juga pernah membantunya dalam PRU, Suhaimi Said, 65, menganggap beliau sebagai nasionalis tulen yang sanggup berkorban demi masa depan anak bangsanya. Katanya pemikiran Pak sako jauh mendahului zaman dan bersifat global apabila mendokong penyatuan Melayu Raya yang meliputi Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.Menurut Suhaimi semasa bertanding dalam PRU 1964 di Parlimen Temerloh, Pak Sako tinggal di rumah rakit di Kuala Semantan bersebelahan rakit beliau.Katanya, perkenalan dengan Pak sako secara tak sengaja apabila semasa tinggal di rumah rakit berhampiran, saya yang semasa itu lebih cenderung kepada Umno selalu membaling batu ke arahnya.Namun itulah Pak Sako, saya yang pada ketika itu masih berumur lingkungan 14 tahun akhirnya berjaya dilunakkannya dan saya mengambil cuti sekolah selama tiga bulan untuk mengikutnya berkempen.Pada masa itu kawasan pilihan raya bagi Temerloh luas iaitu dari sempadan Jerantut hingga sempada Kuantan dan Negeri Sembilan dan tempoh berkempen pula selama tiga bulan. Saya selalu ikut dia untuk mengangkat bateri untuk pembesar suara. Pada masa itulah saya diperkenalkan dengan barisan pimpinan parti sosialis seperti Lee Siew Choh, Naza Nong, Karam Singh dan lain-lain.

Apabila saya pulang dari menuntut di England, persahabatan kami diteruskan dan saya sering memandu kereta membawanya ke seluruh negara, katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.Suhaimi mencadangkan, pihak yang berautoriti sepatutnya mengambil inisiatif mengkaji pemikiran Pak Sako kerana lazimnya apa sahaja yang diperkatakannya menjadi kenyataan pada masa hadapan.Saya ambil contoh mudah, satu ketika pada masa kempen dia pernah mengingatkan orang kampung jangan suka menebang pokok jering nanti satu masa harganya melonjak empat biji seringgit. Pada masa itu beliau diketawakan tetapi hakikatnya ingatannya ternyata benar.Jadi kalau perkara sekecil inipun boleh diucapkan Pak Sako, maka khazanah pemikirannya sudah tentu lebih banyak lagi hikmah yang terkandaung di dalamnya. Jadi buatlah kajian pemikirannya.